Selasa, 10 Januari 2012

32 .HARIMAU MUDA




 
Sayembara puisi Cr


Tahniah skuad harimau muda
berjaya akhirnya jinakkan garuda di pentas sukan asia
jika dilihat permainan gerakan
tangkas larian kawalan padang layak kamu menang
hebat mengaum menerkam
lagak bagai pemangsa hebat tangkas kerah kuasa kudrat
untuk kawal segala jentera
itu semangat harimau kian lama kita tagih dan tunggu
teruskan lagak aksi hebatmu
buktikan pada mereka semua  bahawa kita juara juara


Oleh: Ustaz Omar Sharif

sajak buat pasukan malaysia../19 November 2011 1:37 PT
 




30 ulasan:

  1. SAYEMBARA PUISI CINTRANURI PUSINGAN KE 4 PEMENANG BULANAN 2011

    Ustaz Omar Sharif dengan peminat bola x ada idea lagi, kini dengan tajuk HARIMAU MUDA. Apa pun harimau muda menang lagi dengan Indonesia dan mymmar 1-0 pula, ada harap kah juara sukan sea game ? Pengucapannya bersahaja , Nampaknya si penulis semacam ingin turut serta sahaja dalam sayembara kali ini, tidak nampak kesungguhannya lagi. Atau kekeringan idea ? Harap maaf cuma di ini terpaksa berhenti (TK)

    BalasPadam
  2. SIRI 11.

    CERPEN BERTAJUK: PENGHIJRAH YANG PULANG OLEH: NURIMANJA.
    _____________________________________________________________________


    Hadi terus mengambil parang panjang aruah ayahnya yang tersangkut di hujung bentul di bawah rumahnya. Dia terus mengasah dan menajamkan mata parang panjang itu, berkilat dan tajam nampaknya, biar sekali lembas berpuluh rumput selaput tunggul putus berderai jatuh ke tanah.


    “Hadi, sekarang kita tidak susah lagi. Pemerentah suruh kita tanam padi dua kali setahun. Ada diberi benis dan baja percuma. Jual padi pula ada tambahan subsiti lagi. Tak banyak sepuluh ringgit seguni. Jadilah kalau kita dapat sepuluh guni, sudah dapat seratus,cukuplah,” Hadi dengar dengan teliti kata-kata ibunya.


    Hadi terbayang bagaimana dia boleh mengumpul dan menabung wang hasil jualan padinya. Malah dia juga boleh mengambil upah dari tanah sawah orang lain jika padi di sawahnya sudah selesai dituai, tentu banyak dapat duit. Ibu tentu suka sekali.


    Bila banyak wang. Hadi bolehlah meminang anak siapa yang dia suka, ibunya akan turut sahaja. Kalau ibu pilih lebih berkat. Ibu pasti pilih menantu yang yang solehah, tidak tinggal sembahyang, dan yang taat perentah ibu bapa dan patuh kehendak suami,
    serta bertanggungjawab terhadap pengurusan rumah tangga.


    Kalau Hadi sudah khawin, mak tentu dapat timang cucu, mak tentu boleh cium cucu, mak boleh tolong jaga cucu, menantu mak pun senang untuk memasak di dapur. Hadi rasa cukup bahagian hidup berumah tangga. Hidup sebagai orang kampong biasa sahaja. Ahh! Alangkah indahnya ada anak dan punya isteri yang taat pada perentah Aallah swt.


    Hadi senyum lagi, Bila Hadi nampak mak timang cucu, mak main cak cekur udang gamait dengan cucu, mak main cuk cuk empin dengan hujung jari mak geletek ketiak cucu mak. Cucu mak pun ketawa kerana terlalu geli. Ketawa terkekeh-kekeh, mak pun turut ketawa sama.

    Bila terlalu geli, cucu mak pun terkencing di atas riba mak. Lalu mak pun memekek
    “Ahhh! Cucu mak dah kencing….” Mak akan berkata cucu mak ini nakal selalu membasahkan kain mak. Hadi senyum mengulum,. Tanda senang hati.


    BERSAMBUNG. ESOK SIRI 12.

    BalasPadam
  3. PAHLAWAN MELAYU

    pahlawan melayu terus mengalir
    waris kekal sejak berzaman
    pantang tunduk pantang menyerah
    tekad dipegang bulat di hati
    walau bercerai nyawa dari badan
    takkan undur walau selangkah
    ikatan sama sendiri kukuh tersimpul
    tiada langsung erti bersendirian
    kukuh padu dijiwa mereka

    Pendekar Waja
    sajak pejuangan

    BalasPadam
  4. SEJUK MENAHAN NAFAS

    sejuk hangat menahan nafas
    saat angin mencari jati diri
    salju menyombongkan kesucian
    hidup seakan mati membatu
    hanya menyimpan mimpi..
    ada sesuatu yang ingin ku beri
    kelu lidah ku dan hangat darah..
    mencoba mengungkapkan ada waktu
    terlewati kenangan diresapi
    jiwa tertinggal tersimpan kekal

    Paloi Atang
    sajak simbolik

    BalasPadam
  5. GETIR

    kita menanti dengan pasti..
    jelmaan harapan dalam hati..
    datang dengan berlari..
    walau kabur tersiram air mata
    Bergelut dengan kenangan
    berdendang dengan getir
    Ternyata disini aku terbodoh..
    ternyata kegetiran
    terasa nikmat di sanubariku….

    Latif Bomba
    sajak pasrah

    BalasPadam
  6. MELAPUK

    di ambang dua pilihan menyeksa
    meneruskan sudah mencukup bimbang
    waktu masa lalu terlalu matang
    masa kini tak berkembang
    aku mulai menuntut segala pasrah
    menyerah aku tak mau lemah
    walau aku lapar benar
    tapi aku tak banyak bicara
    seiring waktu terus melapuk !

    Jeffry
    sajak dilema

    BalasPadam
  7. ANGIN YANG TERSESAT

    Bebaskan aku dengan cepat
    angin gemalai menari penuh tergoda
    ikut angin meliuk berputar
    ketika angin bertiup sepoi-sepou
    terpatri kuat di kulitku melilit
    perlahan pudar tanpa kusadar
    daun tua coklat terbang meninggi
    perlahan pudar terlepaslah segala
    belengu mengikat angin tersesat

    Edy Capil
    sajak buat alam semula jadi

    BalasPadam
  8. BISA MENDENGAR

    Aku masih bisa mendengar
    Teriakan dari ingatan terbuang
    Rintihan dari perasaan tersingkir
    Tawa dari kenangan terlupakan
    Setiap langkah dari impian maya
    Mengalir begitu saja
    dalam jalur yang tak tersentuh
    Nengikis jalan mulai
    kering dari air mata

    BUlan terang
    sajak simbolik

    BalasPadam
  9. SERANGKAI

    dunia ini adalah hasil serangkai
    kemungkinan dimana terbahagi
    dalam beberapa dunia yang berbeza begitulah cara menerjemah hidupku
    ekspedisi yang dingin membeku
    munculnya dalam cahaya warna warni
    misteri jauh di langit itu
    pertanda kemana aku harus menuju

    Inspektor Halim
    sajak kehidupan

    BalasPadam
  10. SENJENTIK MENGELIAT

    Aduan sukup sejentik menggeliat
    makan setelah terpendam dalam gelap
    Agar tambah bermalap kelam
    Beradu tercium bau
    hingga ujung nafas
    Bisakah adengar suara ini?
    Meskipun tutup semua celah,
    Biarpun kau halangi tembok kokoh,
    Walaupun sembunyi dalam ketegar

    Naga Samduera
    sajak simbolik

    BalasPadam
  11. 2. Paloi Atang berkata...

    SEJUK MENAHAN NAFAS (TBD)-P

    sejuk menahan nafas
    saat angin mencari jati diri
    salju menyombongkan kesucian
    hidup seakan mati membatu
    hanya menyimpan mimpi..
    ada sesuatu yang ingin ku beri
    kelu lidahku dan hangat darah..
    coba mengungkapkan kata
    terlewati kenangan diresapi
    jiwa tertinggal tersimpan kekal

    Oleh: Paloi Atang
    sajak simbolik/11 Januari 2012 5:21 PTG

    SAYEMBARA PUISI CITRARASA SARINGAN AHLI DAN PENJAGA BLOG 2012

    BICARA RENGKAS

    Buat sdra Paloi Atang kini muncul kembali menulis walaupun lama tidak menjelma ke gerbang final. Namun kali ini dengan sajak SEJUK MENAHAN NAPAS tema simbolik katanya..Apa pun cerita biasa dalam pahit getir kemelut kehidupan . Pengucapannya perlu diperbaiki lagi . mesejnya mngambarkan satu kesilapan yang dialaminya selama ini. Maaf .cuma disini terpaksa berhenti! (TBD)

    BalasPadam
  12. 3..Latif Bomba berkata...

    GETIR (TBD)

    kita menanti dengan pasti..
    jelmaan harapan dalam hati..
    datang dengan berlari..
    walau kabur tersiram air mata
    Bergelut dengan kenangan
    berdendang dengan getir
    Ternyata disini aku terbodoh..
    bersama kegetiran melanda
    terasa nikmat di sanubariku….

    Oleh: Latif Bomba
    sajak pasrah/11 Januari 2012 5:23 PTG

    SAYEMBARA PUISI CITRARASA SARINGAN AHLI DAN PENJAGA BLOG 2012

    BICARA RENGKAS

    Buat sdra Latif Bomba kini muncul kembali menulis walaupun lama tidak menjelma ke gerbang final. Namun kali ini dengan sajak GETIR tema pasrah nampaknya..Apa pun cerita biasa dalam pahit getir kemelut kehidupan . Pengucapannya perlu diperbaiki lagi . mesejnya mngambarkan satu kesilapan yang dialaminya selama ini. Maaf .cuma disini terpaksa berhenti! (TBD)

    BalasPadam
  13. 4.Jeffry berkata...

    MELAPUK (TBD)-P

    di ambang dua pilihan menyeksa
    meneruskan sudah mencukup bimbang
    waktu masa lalu terlalu matang
    masa kini tak berkembang
    aku mulai menuntut segala pasrah
    menyerah aku tak mau lemah
    walau aku lapar benar
    tapi aku tak banyak bicara
    seiring waktu terus melapuk !

    Oleh: Jeffry
    sajak dilemma/11 Januari 2012 5:25 PTG

    SAYEMBARA PUISI CITRARASA SARINGAN AHLI DAN PENJAGA BLOG 2012

    BICARA RENGKAS

    Buat sdra Jeffry kini muncul kembali menulis walaupun pernah juga melangkah ke gerbang suku atau separuh final. Namun kali ini dengan sajak MELAPUK tema dalam dilema..Apa pun cerita biasa dalam kehidupan buat seorang muda menunggu exam . Pengucapannya boleh diterima . mesejnya mengaharapkan satu perubahan dalam kehidupan yang dialaminya selain melapuk.. Maaf .cuma disini terpaksa berhenti! (TBD)

    BalasPadam
  14. 5. Edy Capil berkata...

    ANGIN YANG TERSESAT (LSS)

    Bebaskan aku dengan cepat
    angin gemalai menari penuh tergoda
    dengan irama gemalai meliuk lintuk
    ketika bertiup sepoi-sepoi bahasa
    terpatri kuat di kulitku melilitnya
    tetapi perlahan pudar tanpa kusadar
    daun tua coklat terbang meninggi
    perlahan ia pudar terlepaslah pergi
    dari belenggu yang mengikat aku selama ini.
    Oleh: Edy Capil
    sajak buat alam semula jadi/11 Januari 2012 5:34 PTG
    SAYEMBARA PUISI CITRASA NURI SARINGAN AHLI DAN PENJAGA BLOG 2012

    BICARA RENGKAS

    Buat sdra. Edya Capil kini muncul kembali walaupun belum pernah melangkah ke gerbang final. namun kali ini dengan sajaknya bertajuk: ANGIN YANG TERSESAT . tema simbolik pada alam semula jadi. Pengucapannya kabur ada sadikit pembetulan agar lebih kreatif. Mesejnya mengambarkan perlu brhati2 bila kita mulai tergoda dengan keindahan yang tidak abadi . Layak untuk sayembara seterusnya (LSS)

    BalasPadam
  15. 6. Bulan terang berkata...

    BISA MENDENGAR (LSS)

    Aku masih bisa mendengar
    Teriakan dari ingatan terbuang
    Rintihan dari perasaan tersingkir
    Tawa dari kenangan terlupakan
    Setiap langkah dari impian maya
    Mengalir begitu saja tanpa berita
    dalam jalur yang tidak bisa tersentuh
    mengikis jalan mulai kering si air mata

    Oleh: Bulan terang
    sajak simbolik/11 Januari 2012 5:42 PTG

    SAYEMBARA PUISI CITRASA NURI SARINGAN AHLI DAN PENJAGA BLOG 2012

    BICARA RENGKAS

    Buat sdra. Bulan Terang kini muncul kembali walaupun pernah melangkah ke gerbang final. namun kali ini dengan sajak bertajuk: BISAMENDENGAR. tema simbolik nampaknya. Pengucapannya kabur cuma ada kreatif. Mesejnya memberi peringatan pada pihak tertentu kerana lantasan pejuangan agama sebenar mulai tergelincer. Layak untuk sayembara seterusnya (LSS)

    BalasPadam
  16. 7. Inspektor Halim berkata...

    SERANGKAI (LSS)

    Dunia ini bagaikan serangkai
    kemungkinan dimana terbahagi
    dalam beberapa sudut yang berbeza
    begitulah cara menterjemahkan hidupku
    ekspedisi yang ku lalui dingin membeku
    munculnya dalam cahaya berwarna warni
    penuh misteri terasa jauh di langit biru
    sebagai satu pertanda kemana aku harus menuju

    Oleh; Inspektor Halim
    sajak kehidupan/11 Januari 2012 5:42 PTG


    SAYEMBARA PUISI CITRASA NURI SARINGAN AHLI DAN PENJAGA BLOG 2012

    BICARA RENGKAS

    Buat Sdra. Isspektor Halim muncul kembali walaupun sebuk dengan tugas dan belum pernah melangkah ke gerbang final. Namun kali ini dengan sajaknya: SERANGKAI . tema kehidupan, tapi sayang tidak dinyatakan sadikit penerangan. Pengucapannya kabur tapi ada daya kreatifnya sadikit pembetulan utk lebih menyakinkan.Mesejnya mengambarkan kekeliruan dan keganjilan berlaku dalam tugas seharian dimana ia harus mencari kebenarannya? Layak unuk sayembara seterusnya (LSS)

    BalasPadam
  17. 8.Naga Samduera berkata...

    SENJENTIK MENGELIAT (TBD)

    Aduan sukup sejentik menggeliat
    makan setelah terpendam dalam gelap
    Agar tambah bermalap kelam
    Beradu tercium bau
    hingga ujung nafas
    Bisakah dengar suara ini?
    Meskipun tutup semua celah,
    Biarpun kau halangi tembok kokoh,
    Walaupun sembunyi dalam ketegar

    Oleh; Naga Samduera
    sajak simbolik/11 Januari 2012 6:02 PTG

    SAYEMBARA PUISI CITRASA NURI SARINGAN AHLI DAN PENJAGA BLOG 2012

    BICARA RENGKAS

    Buat Sdra. Naga Samudera muncul kembali walaupun belum pernah melangkah ke gerbang final. Namun kali ini dengan sajak SEJENTIK MENGELIAT. tema sembolik , tapi sayang tidak dinyatakan sadikit penerangan. Pengucapannya kabur dan kurang menyakinkan. Menjadikan mesejnya juga gagal untuk kami menangkap maksud isi ceritanya.. Maaf .cuma disini terpaksa berhenti! (TBD)

    BalasPadam
  18. 1. Pendekar Waja berkata...

    PAHLAWAN MELAYU (LSS)

    Darah pahlawan melayu terus mengalir
    di urat waris kekal sejak berzaman
    pantang tunduk pantang menyerah
    bertekad bulat kental di hati
    walau bercerai nyawa dari badan
    tidak akan undur walaupun selangkah
    ikatan sama sendiri kukuh tersimpul
    tiada langsung erti bersendirian
    tetap kukuh dan padu dijiwa mereka.

    Oleh: Pendekar Waja
    sajak pejuangan/11 Januari 2012 5:18 PTG

    SAYEMBARA PUISI CITRASA NURI SARINGAN AHLI DAN PENJAGA BLOG 2012

    BICARA RENGKAS

    Buat sdra Pendekar Waja kini muncul kembali walaupun belum pernah melangkah ke gerbang final. namun kali ini dengan sajaknya bertajuk:PAHLAWAN MELAYU. tema perjuangan Pengucapannya ada sadikit pembetulan bersahaja oleh diterima. Mesejnya mengambarkan sumpah setia hidup matinya sebagai pertugas seorang tentera Layak untuk sayembara seterusnya (LSS)

    BalasPadam