Khamis, 5 Januari 2012

26.MENGANGANKAN DIRIKU



 
 sayembara puisi Cr.

Mengangan Diriku ini
ketika terbang melayang
tapi kucoba menarik serta anganku
mengajakku menyempurnakan
kehidupan satu kali saja
sementara semua disisiku 



Oleh: Bulan Terang
sajak dari adik bongsu sy dia nk sgt hntr sajak dia padahal sajak sy ada tp xpa beri peluang
./22 November 2011 2:21 PTG




30 ulasan:

  1. SAYEMBARA PUISI CINTRANURI PUSINGAN KE 4 PEMENANG BULANAN 2011


    Sdra. Bulan Terang dengan sajak pendeknya 6 baris kali ini bertajuk: MENGANGANKAN DIRI. Pengucapannya terlalu biasa buat rang muda dengan sajak jiwa2nya, berbagai fanti atau khayalan akan datang menjelma , malah lebih dahsat jika burung terbang tinggi , fantasi orang muda lebih tinggi lagi dari tingginya beburung yang terbang. Begitulah keadaan yang melanda hati seorang anak muda. Kerana muda Cuma sekali sahaja.Harap maaf cuma disini saja penyertaan anda terpaksa berhenti (TK)

    BalasPadam
  2. CERPEN BERTAJUK: PENGHIJRAH YANG PULANG OLEH: NURIMANJA.
    _____________________________________________________________________
    SIRI 6.



    “kalau begitu, mak benarkan saya pergi…”

    “Dengan siapa kau nak pergi?”

    “Dengan Madian lah mak siapa lagi?”

    “Setahu mak, Madian mana ada keluarga di bandar itu, dimana kamu nak tinggal?”

    “Madian janji, duduk dengan dia sama-sama bayar sewa”

    “kalau kau di sana nanti , jangan luma mak di sini,” Pesan ibunya.

    “Ahh! Mak tak usah bimbang, saya akan kirim duit setiap bulan untuk mak,” Begitulah janji Hadi kepada ibunya.


    Di Bandar yang angkuh dan sumbung itu. Hadi saban hari membakar tubuhnya dibawah sinar terek mentari. Hidup bekerja sebagai seorang buruh kasar mesti bersikap tahan lasak, kasar, dan tidak perlu pada pengurusan diri atau penampilan yang hebat, baik dan teratur.


    Makan pun sebarangan, tidur pun sekadar melepaskan keletehan badan, malah serringkali tidur lewat jauh malam, kerana untuk menyiapkan kotrak mengikut jadual yang telah ditetapkan, jika tidak syarikat akan menanggung kerugian.


    Selepas sebulan dua Hadi telah dapat merasa pahit mautnya hidup pekerja sebagai seorang buruh kasar di bangunan perumahan di tengah Bandar kota Khucing yang mencabar ini. Apa yang lebih menyedihkan, bila berlaku cuaca perubahan alam. semua kerja akan tergendala.


    Biasa hadi tidak dapat melakukan kerja menunang semen dalam lubang batang tiang yang telah di buat acuannya. Kerana bangunan yang tinggi berpuluh tingkat dalam keadaan hujan rebut, peter kilat sabunng menyabung. Terpaksa kerja di tanguhkan. Semua pekerja bersembunyi di bawah bangunan. Masa pun terbuang. Bila hujan berhenti. Hadi dan kawan-kawannya terpaksa melipat gandakan kerja yang terbengkalai itu. Kekadang sampai jam 12 malam baru selesai. Esok mereka sambung lagi.


    BERSAMBUNG ESOK.

    BalasPadam
  3. 1 Prof Naquib berkata...

    TELINGA FIKIRANKU (LSS)

    ini lautan awan atau darah
    bergumpal-gumpal bergulung-gulung
    berbentuk menggemuruh seram
    jauh ciptaan itu menjelma bayang
    tak tergambarkan wujud tak terkata
    apa di sana ada tumpah cahaya
    mata yang membuka perlahan,
    silau terang dari kelopak malam
    langsung terjebak di gelora lukisan
    meski guruhnya tetap tinggal
    di genderang telinga pikiranku

    Oleh Prof Naquib
    sajak sinis 6 Januari 2012 8:49 PTG

    SAYEMBARA PUISI CITRARASA SARINGAN AHLI DAN PENJAGA BLOG 2012

    BICARA RENGKAS

    Buat sdra Prof Naquib walaupun dalam kesebukan masih mampu menulis dan telah melangkah ke gerbang akhir final. Namun kali ini dengan sajak TELINGA FIKIRKU. tema sinis pihak tertentu. Pengucapannya ada perbidalan. Mesejnya melepaskan sinis tajam kepada pembawa cerita indah khabar dari rupa. Layak untuk sayembara seterusnya (LSS)

    BalasPadam
  4. 2 Hadi hamzah berkata...

    SEPANJANG SUNGAI (TBD)

    jalan sejarah yang lelah
    entah bau harum dari genting
    di atas gunung kubelai masa lalu
    dengan ragu-ragu payungi aku
    langit kelabu serta
    kota ini menjelma nyata
    di hampar mata sedang fantasiku
    tertelan di halaman yang berlayar
    di atas perahu sepanjang sungai

    Oleh Hadi hamzah
    sajak fantasi 6 Januari 2012 8:51 PTG


    BICARA RENGKAS

    Buat sdra Hadi Hamzah kini muncul kembali menulis walaupun masih juga belum melangkah ke gerbang final. Namun kali ini dengan sajak SEPANJANG SUNGAI tema fantasi. Apa pun cerita biasa dalam kehidupan orang muda . Pengucapannya agak kabur dan mengelirukan . mesejnya mungkin terlalu melayani khayalan sehingga dibawa ke alam fantasi luar dugaan. . Maaf .cuma disini terpaksa berhenti! (TBD)

    BalasPadam
  5. 3 tetamu malam berkata...

    MENGHELA NAFAS (TBD)

    aku menghela nafasku ke puisi
    denyut jantungnya terus ke ilusi
    bermakna desir hatiku syair
    mimpi tidurku kisah sajak
    semua terukir di udara
    matahari cinta membara peristiwa
    samudera bahasa dari sana
    lahir yang menyebar
    mencari di pantai-pantai

    Oleh tetamu malam
    sajak fantasi 6 Januari 2012 8:54 PTG

    BICARA RENGKAS

    Buat sdra Tetamu Malam kini muncul kembali menulis walaupun masih juga belum melangkah ke gerbang final. Namun kali ini dengan sajak MENGHELA NAFAS temafantasi jiwa2 Apa pun cerita biasa dalam kehidupan orang muda . Pengucapannya agak kabur .mesejnya mengambarkan dunia fantasi yang begitu jauh hanyut dalam kehidupan . Maaf .cuma disini terpaksa berhenti! (TBD)

    BalasPadam
  6. 4 Nuri Jaguh berkata...

    TANAH AWAN PUTIH (LSS)

    di atas dataran yang kudatangi.
    Ayahku langit, Ibuku bumi
    Tujuh bersaudara kami semua.
    Aku penguasa hutan
    kakakku angin, adikku hujan.
    andai kubisa bertutur kata
    Di tanah awan putih ini
    aku mengenang seluruh saudaraku.
    Irama kami berpadu
    biarpun mati dan hidup kembali.
    Nyawaku berdiam di lumut batu

    Oleh Nuri Jaguh
    sajak dari saudara sebelah isteri sy berasal dari jawa saya pun tak tahu sajak apa ni? tinggi sgt puitis dia..6 Januari 2012 8:57 PTG

    SAYEMBARA PUISI CITRARASA SARINGAN AHLI DAN PENJAGA BLOG 2012

    BICARA RENGKAS
    Buat sdra Nuri Jaguh walaupun dalam kesebukan masih mampu menulis dan belum melangkah ke gerbang akhir final. Namun kali ini dengan sajak TANAH AWAN PUTIH tema pasrah nampaknya. Pengucapannya simbolik dan bersahaja Mesej mengambarkan rasa pasrah kepada penguasa alam, (Allah swt) bila dimana sahaja kita berada . Layak untuk sayembara seterusnya (LSS)

    BalasPadam
  7. 5 Badrolshah berkata...

    BEBASKAN ANUAR

    singgah kedai kopi dapat
    cerita hangat bualan ramai
    pertembungan dua puak
    ternyata sama sahaja rupa
    rambut hitam warna kulit tak beza
    bila disebut pasal parti
    bezanya sangat ketara
    si muda kudrat hebat
    bersuara penuh lantang
    seru semua berkumpul secara aman
    katanya tak ganggu orang ramai
    cuma berhimpun ramai-ramai
    tapi mengapa harus berkumpul
    itu jadi perhimpunan haram
    kita mesti pelihara keamanaan

    Oleh Badrolshah
    sajak politik 6 Januari 2012 9:03 PTG

    BICARA RENGKAS

    Buat sdra Badrolsahah kini muncul kembali menulis walaupun masih juga belum melangkah ke gerbang final. Dulu menarik diri hadiahnya disambar ustaz rahman. kali ini dengan sajak BEBASKAN ANUAR tema politik Pengucapannya bagaikan rencana berita. mesejnya tentang mencari pengaruh di kalangan orang yang bodoh menilai kebenaran dalam kehidupan Maaf cuma disini terpaksa berhenti! (TBD)

    BalasPadam
  8. 6 Gelora Maya berkata...

    BERIKAN KU WAKTU (LSS)

    Kau beriku sadikit waktu
    bagi mengingatMu disaat aku ragu
    ketika kukeliruan kakiku melangkah
    ke jalan lorong hitam
    apakah kumampu hadir diaras-Mu
    semua dosaku bergelimang diragui
    ku minta tolong bakar sisa nafas masa lalu
    bersama rangkai rembulan diufuk timur
    aku idtak perlu takut akan akhir
    semua akan menjadi bahagia
    kerana apa yang tertutupi pasti terlihat

    Oleh Gelora Maya
    sajak keinsafam 6 Januari 2012 9:07 PTG


    SAYEMBARA PUISI CITRARASA SARINGAN AHLI DAN PENJAGA BLOG 2012

    BICARA RENGKAS

    Buat sdra Gelora maya penulis yang belum melangkah ke gerbang akhir final. Namun kali ini dengan sajak BERIKAN AKU WAKTU . tema pasrah Keinsafan. Pengucapannya nampak bersahaja . Mesejnya mengambarkan tentang kekeliruan yang dialami selama ini pastinya akan terdedah untuk dinyatakan kebenarannya.. Layak untuk sayembara seterusnya (LSS)

    BalasPadam
  9. 7 Ravi Ramachandran berkata...

    DEWA BERTANYA (TBD)-P

    Tak ada samar yang ada
    hanya terikan bernyanyi
    dewa bertanya dalam mimpiku
    aku menjawab tapi bisu kelu bibirku
    bukan berontak tapi tak kuasa aku pada dunia ini
    pada janjinya aku bariskan awan
    hitam didepan kemudian putih
    agar ku susun cerita diujung senja
    agar dapat ku berikan
    kepada penguasa abadiku ini

    Oleh Ravi Ramachandran
    sajak ketika mengalami mimpi agak misteri 6 Januari 2012 9:10 PTG

    SAYEMBARA PUISI CITRARASA SARIN
    GAN AHLI DAN PENJAGA BLOG 2012

    BICARA RENGKAS

    Buat Sdra Ravi Ramachandram yang hamper melangkah ke gerbang final muncul kembali menulis dengan sajaknya bertajuk: DEWA BERTANYA tema mimpi misteri .Pengucapannya agak kabur mesejnya sukar dibuat andaian. Kerana mimpi misteri ada hikmah dan pengajarannya yang tersembunyi... Maaf .cuma disini terpaksa berhenti! (TBD) -P.

    BalasPadam
  10. 8 En Sanusi berkata...

    EMBUN DI PAGI HARI (LSS)

    Butiran embun dipagi hari
    Menyejukan isi relung hati
    Mendamaikan jiwa raga ini
    dari tetesan embun dipagi ini
    Mengalir mengisi kedalam jiwa
    Terungkap akan makna seribu erti
    buat membimbing jiwa yang pasrah
    hargailah makna hidup setiap detik
    Pada waktu-waktu yang telah dilalui
    nilailah tetesan embun penyejuk hati
    yang boleh mendamaikan jiwa raga
    sebagai penawar buat diri kita sendiri

    Oleh En Sanusi
    sajak nasihat



    SAYEMBARA PUISI CITRARASA SARINGAN AHLI DAN PENJAGA BLOG 2012

    BICARA RENGKAS

    Buat sdra En Sanusi walaupun belum melangkah ke gerbang akhir final. Namun kali ini dengan sajaknya yang bertajuk: EMBUN DI PAGI HARI. tema nasihat .Pengucapannya bersahaja. Mesej peringatan atau kata nasihat buat mereka yang mengerti tentang tetesan embun di pagi hari. . Layak untuk sayembara seterusnya (LSS)

    BalasPadam
  11. hadi pergi ke bandar jd bancuh simen je ke

    BalasPadam
  12. madian tu baik ke

    BalasPadam
  13. berapa gaji hadi ni

    BalasPadam
  14. eh! boleh hidup ke hadi tu

    BalasPadam
  15. madian tu tipu dia x

    BalasPadam
  16. hadi tu mati ke akhir sekali

    BalasPadam
  17. mcm mana nasib dia di bandat tu

    BalasPadam
  18. agaknya dia boleh berdikari ke

    BalasPadam
  19. mak dia mati apa akhir sekali

    BalasPadam
  20. mcm mana akhir sekali

    BalasPadam
  21. smbung lagi en nuri

    BalasPadam
  22. makin menarik kisah ni

    BalasPadam
  23. best jgk cerpen ni

    BalasPadam
  24. buat filem msti sedih 1 panggung

    BalasPadam