Selasa, 4 Oktober 2011

KITA DIPIHAK MANA? (SM)





Sekarang matahari semakin tinggi
bertahta juga di atas puncak kepala
di dalam udara panas kita bertanya
kita ini dididik diberi ilmu tetapi
untuk memihak yang mana ?
disini ilmu diajarkan pengetahuan diberi
menjadi bebas ataukah penindasan
sebentar matahari akan tenggelam
malam pun akan menguasai susana
cicak mula akan berbunyi di tembok
sang rembulan berlayar di tengah laut
tetapi pertanyaan kita masih juga belum reda

 
Oleh: Lukiee
sajak tentang persoalan/29 September 2011 1:30 AM



30 ulasan:

  1. SAYEMBARA PUISI PUSINGAN KE2. CR. DINATARA SAHABAT DAN P/BLOG BULAN SEMTEMBER 2011


    Sdra Lukiee sajak sendiri atau pinjam dari sajak Lim Swee Ting seorang sastrawan negara dari kelantan. Kini Lukiee dengan sajaknya bertajuk: KITA DI PIHAK MANA? Ada tema berbau politik sikit. Pengucapannya juga menarik. Bila satu satu persoalan menjadi tanda tanya di hati. Siapakah kita jika diperhatikan bagai orang tidak mengenang budi? Setelah ilmu diajar pengetahuan diberi. Tetapi masih mahu jadi seorang yang memutar belitkan keadaan bila diangkat jadi ketua? Dimana kita? Sehingga usia hamper senja , rumah kata pergi , kubur kata mari. Masih juga ingin bermain sandiwara. Dima kita ? Pembela atau pengkhianat negara? Pertanyaan itu masih juga belum reda. Layak dicalunkan sayembara seterusnya (SM)

    BalasPadam
  2. POLITIK
    Anwar kini serba salah

    TELOK KEMANG 30 Sept – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini berada dalam kedudukan serba salah dalam isu hukum hudud sama ada mahu menyebelahi Pas yang mahu melaksanakan undang-undang itu atau DAP yang menentangnya.

    Ahli Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad berkata, ini kerana, beliau mahu mendapatkan sokongan ahli-ahli Pas tetapi tersepit kerana Pengerusi DAP, Karpal Singh adalah peguam bela dalam kes liwat beliau.

    Ketua Penerangan UMNO Negeri Sembilan itu berkata, oleh kerana itu, rakyat boleh melihat pakatan pembangkang tidak membuat pendirian yang jelas mengenai isu itu selepas mereka mengadakan mesyuarat malam kelmarin.

    “Anwar serba salah kerana dia mahukan sokongan Pas tetapi pada masa yang sama peguam belanya adalah Karpal Singh. Sebab itu jawapan yang diberikannya banyak dolak-dalik,” katanya kepada para pemberita ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Galeri Sejarah Tan Sri Mohd. Isa Abd. Samad di sini, semalam.

    Menurutnya, pakatan pembangkang akan terus mencipta pelbagai isu dan membangkitkan dakwaan dengan harapan rakyat akan menyokong mereka.

    Umpamanya di peringkat negeri ini, katanya, mereka mendakwa akan dapat menawan Negeri Sembilan dengan mudah pada pilihan raya umum akan datang.

    “Dakwaan ini hanya untuk menyenang hati penyokong mereka saja dan berharap mereka tidak akan hilang keyakinan dan berubah pendirian,” katanya.




    KOMENTAR:

    Semacam orang tercekek tulang. nak telah takut nak buang sakit. Jawapannya kena banyak dolak dalik. Akhir sekali "kita semua boleh tidur lena". katanya,
    tapi muka nampak macam tidur tak cukup....

    BalasPadam
  3. 56h6h65h6545etgerdg

    BalasPadam
  4. apa kuasa yg ada kat snggul emas tu?

    BalasPadam
  5. aik? kelemahan dia snggul emas?

    BalasPadam
  6. lukis pun org politik rupanya

    BalasPadam
  7. lukiee minat politik ke?

    BalasPadam
  8. politik plak lukiee ni?

    BalasPadam
  9. eh! sajak politik rupanya lukiee ni aku ingatkan apa?

    BalasPadam
  10. bru pertama kali aku join buat sajak tema politik x sangka menang trus? hehhee

    BalasPadam
  11. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  12. 54h54hgjkuiop009oiujyhg

    BalasPadam
  13. lambat la korg berdua lps sajak hbis tanpa nama masuk!

    BalasPadam
  14. 5u56u56yuh654yefwdvcbbhgtf

    BalasPadam
  15. MAKAN HALAL

    makan mesti halal
    itu sudah tentu
    mahu cari yang halal
    belek sahaja di kedai
    ada logo halal keluaran JAKIM
    ia pasti halal usah lagi dipersoal
    belilah di mana sahaja
    beli di kedai cina melayu india
    janji halal trtera redah tanpa sisa
    makan mesti halal itu kewajipan
    tapi tunggu dari mana datang duit
    adakah dari adakah?
    judi,hasil curi,pecah amanah,rasuah
    jika begitu walau tertera halal
    makanmu tetap haram
    makan mesti halal
    sumbernya juga mesti halal…

    Damia Norika
    sajak nasihat

    BalasPadam
  16. PENJARA TANAPA JENDELA

    Tuhan yang Maha Esa,
    alangkah malangnya
    melihat hidup yang tergadai,
    fikiran yang dikotori,
    masyarakat yang diternakkan.
    Malam rebah dalam udara yang kotor.
    Di manakah harapan akan dikaitkan
    bila tipu menjadi seni kehidupan
    Dendam diasah seret dalam gelombang
    Perkelahian dalam hidup sehari-hari
    telah menjadi kewajaran.
    tak akan menyelesaikan masalah
    bagi hidup yang bosan,
    terpenjara, tanpa jendela.

    Sarah
    sajak simbokik

    BalasPadam
  17. BAIK UNTUK SIAPA

    jika kita bertanya kenapa
    maksud baik tidak selalu berguna
    kenapa maksud baik bisa berlaga
    orang berkata kami ada maksud baik
    kita bertanya baik untuk siapa
    ada yang jaya, ada yang terhina
    ada yang bersenjata, ada terluka
    ada yang duduk, ada yang diduduki
    ada yang berlimpah, ada bertakung
    kita disini bertanya
    maksud baik untuk siapa ?

    OLie Pajutdy
    sajak pertanyaan

    BalasPadam
  18. KALIMAH

    ketika subuh bergema
    semua orang bangkit bersama kalimah Astagfirullah..halâadzim, Allahuakbar, Allahuakbar,
    Lailahaillallah Muhammadarrasulullah
    Syukur Alhamdulillah……
    tanpa semuanya syuku
    dapat hidup lagi buat sehari lagi
    dan aku jugak begitu
    Hanya padamu aku berserah ya Allah

    Tuna Tatiati
    sajak ketuhanan dan kesyukran

    BalasPadam
  19. KEKASIHKU

    Wahai kekasihkuuuuu….
    Sampai saat ini hatiku hanya untukmu
    Telah lama kau tinggalkan aku
    Berharap kau kembali bersamaku
    Kenapa kau tinggalkan aku
    Tanpa sebuah cerita lenyap sekejap
    Hatiku merintih
    dalam sebuah lamunan cinta

    Shuhadah
    sajak jiwa2

    BalasPadam
  20. APA MEREKA BUAT?


    telah datang suatummasa indah
    dimana setiap hembus angin
    sangat berarti dan aku bahagia saat matahari mulai menyinari bumi
    aku bersedih saat
    digantikan oleh bulan
    masa saat malam terasa hangat
    pada saat siang apa
    yang mereka telah buat?

    Ku Dania
    sajak ni poltik bukan saya puna ayah yg punya dia kuat berpolitik

    BalasPadam
  21. KEINDAHAN HATI

    Cukup sudah keindahan hari
    Biarlah kujaga sampai nanti
    Ia sesakit ini?
    saat tercampak seperti daun kering tak berarti terbang terbawa angin
    diinjak-injak oleh keangkuhan
    mana cinta selalu terucap dibibirmu
    atau semuahanya kata manis
    hingga mengikat erat dileherku
    mencekik mematikan rasa dalam hati

    Balqish
    sajak jiwa2

    BalasPadam
  22. CAHAYAMU

    tak satupun berkas cahyamu
    ingatkan aku sampai pesanuntuk esok
    inikah tanda yang diberikan padaku
    karna tak mampu bicara padaku
    inikah yang kau mahu
    untuk tinggalkanku dengan caramu
    tinggalah bulan menemaniku
    tertatih kutuju jalanku

    Puteri salju
    sajak simbolik

    BalasPadam