Isnin, 12 September 2011

MENCARI CAHAYA DI BUMI AMBIA (SM)



 sajak layak utk ke korea

kembara hamba ke daerah asing
bersama segunung impian suci
buat terangi hidup insani
seribu makna buat insan kerdil
yang dahagakan titik ilmu
yang melata di pelusuk dunia
yang menunggu tangan mengutip
terdampar akhirnya di sini
mencari cahaya di bumi ambia
cahaya itu makin lama terkumpul
dalam dakapan dada hambanya
cahaya ilmu yang pasti bisa terangi
hati-hati yang senantiasa dahaga
buat dikongsi kemudian harinya
mereka tiada putus berdoa berharap
terangkah sinaran cahaya itu
tunggulah mereka nyalakan sumbunya

 
Oleh: Ustazah Hamidah
sajak ketuhanan/30 Ogos 2011 3:23 AM






30 ulasan:

  1. SAINGAN KE2/AKHIR SAYEMBARA PUISI ANTARA AHLI CR. DAN P/B OGOS 2011

    Sajak trpilih kali ini beratajuk: MENCARI SINARDI BUMI AMBIA oleh;Ustazah Hamidah membicarakanTentang pentingnya menuntut ilmu ,
    dalam hadis nabi menntut ilmu itu wajib ke atas lelaki dan wanita. Dan dua lagi hadis nabi lain tuntutlah ilmu dari buai hingga
    ke liang lahat, atau tuntutlah ilmu itu , walaupun smpai ke negeri china.selain ditimur tenah. Munkin tamadun negara china tua
    di waktu itu lebih maju. bila sudah Ada ilmu yang berbagai bidang baru bangsa kita boleh diangkat di mata dunia. Atau bergelar negara maju. Amin layak untuk kemenangan. Thahniah! (SM)

    Ulasan: Qalam.

    BalasPadam
  2. CERITA DONGING RAKYAT SEDUNIA DARI NEGARA PAKISTAN . SELASA 26HBJUNE 2011 CITRA BERTAJUK: SYAHIR DAN SYAKIR ( KEMBAR SEIRAS) DITULIS DAN DICERITAKAN SEMULA SECARA BEBAS OLEH: NURIMANJA
    _____________________________________________________________________________
    Siri Ke duapuluh empat (BB)

    PELAHAN dia melewati sebuah perkampongan di atas gunung itu . Apa yang dialami bagai mimpi dan igauan pula. Kini Putra Wira Syakir berhadapan dengan suasana yang cukup luar biasa. Dia perlu berhati-hati tersilap langkah . Dia akan menjadi batu pula. Dalam keadaan dia berfikir dan mengawasi tempat yang suyi sepi bagai tiada berpenghuni itu. tetiba dia terasa bagaikan ada orang yang sedang memerhatikan dirinya.

    Dia cuba mengaleh pandangannya kekiri dan ke kanan, tetapi hampa tidak pula nampak sesiapa di sini, namun dalam hatinya dia terasa ada orang yang sedang memerhati tingkah lakunya. Tetiba dia terdengar helai ketawa, cukup terperdaya dan memposonakan. Putra wira Syakir cuba mencari dari mana arah datang bunyinya suara helai ketawa itu.

    Bagaikan suara ketawa anak-gadis sunti atau perawan di dalam kesunyian bukannya mengerunkan tetapi belahan hati boleh tertawan. Tenyata ketawa itu kian menjadi-jadi. Bukan seorang , malah berdua pula bunyinya. Anih. kerisauan mula menyerang benak hati Putra Wira Syakir.

    Seketika dia ternampak kelibat dua orang gadis bagaikan tuan pueri yang datang menjelma dalam suasana alam damai dan tenang itu di hadapannya. Putra Wira Syakir cuba mengejarnya sekadar ingin bertanya dimana jalan ke arah menuju puncak ke Gunung Mentra Alam lebih cepat dan pantas.
    “Wahai tuan hamba tuan puteri cantek jelita , siapa gerangan hamba. tunggu sebentar , hamba ingin bertanya?” Kata Putra Wira Syakir memanggil dengan suara yang lembut .

    “Kami sudah tahu ada orang yang melewati kawasan ini. Tidakkah tuan hamba takut, akan tidak boleh pulang lagi ke bawah kaki gunung nanti?” Tanya salah seorang Putri yang cantek bersiri.

    “Maaf , Hamba bernama Putra Wira Syakir, dan tuan hamba berdua siapa namanya Gerang? Dan kenapa gelelak ketawa di perkampungan yang sunyi bergini?” Tanya Putra Wira Syakir pula.

    “Kami berdua penghuni di daerah ini. di tugaskan oleh nenek kebayan di pintu Gerbang utama bersama gajah hitamnya bernama Tok Mia . Hamba bernama Puteri Salju dan teman hamba ini bernama Puteri Bunian.

    Ini adalah kawasan larangan. tidak dibenarkan sesiapa pun melewati di sini. kecuali dia kena melaksanakan tiga tugas penting . Sebelum di buka pintu gerbang terakhir untuk sampai ke puncak Gunung Mentera Alam di atas sana.” kata tuan Puteri Salju itu.

    BERSAMBUNG

    BalasPadam
  3. KERANA KAU

    karena kau bidadari hati
    Pada sekuntum mawar yang mekar
    air sungai yang mengalir
    disitu ku lihat terukir wajah mu
    tertulis kisah cinta kita berdua.
    Sebuah nostalgia yang lalu
    tidak mudah untuk ku lupakan
    masih ku simpan erat-erat
    didalam sebuah lukisan kita

    Petualang Tiga
    sajak jiwa2

    BalasPadam
  4. MEMUPUK

    aku bangga menjadi sang pemupuk
    walau tak pernah menatapku padaku
    walau tak pernah mengingat
    keringatku jatuh saat memupuknya
    dinginnya malam membuatku pilu
    aku tetap terus walau
    dengan tangan mulai membeku
    biarlah tak perlu mengingat semua aku terima semuanya dengan senyuman
    membuatku tersenyum merekah
    melihat senyuman yang mempesona
    membuat lelah ku terbang ke angkasa
    hanya melihatnya dari ufuk timur
    tanpa berani melihatnya dari dekat
    memang di otakku hanya ada logika

    Raju Linggam
    sajak cinta

    BalasPadam
  5. WANGI IKAN MASIN

    semalam budak-budak itu datang
    tapi mereka bukan malaikat terbang
    cuma mereka dihembus angin
    Mencuba lepas rantai di leher
    Kelmarin aku masih terbahak
    Pagi ini aku menangis
    Saat angin mengirimkan wangi
    ikan masin yang di goreng
    dari dapur tetanggaku

    Richard Sirosa
    sajak marah sebab tak tahau jiran masak ikan masin terbau busuk 1 rumah!

    BalasPadam
  6. BANTULAH AKU

    kenapa aku ini bodoh tak menyadari
    Engkaulah jawaban ini semua
    Tuhan aku sedar tak berdaya tanpaMU
    tak ada membantuku selain Engkau
    izinkan Aku dekatiMu
    sambil mengangkat kedua tanganku,
    memohon untukMu bantulah aku
    memahami musibah2 dan kegagalan supaya ada rasa sayangku padaMu
    Bantulah aku dan bimbinglah aku
    Ke jalan yang diredha olehMU

    Raja Muda
    sajak penyesalan

    BalasPadam
  7. SAYEMBARA PUISI-PUISI CINTA RASA DINATARA SAHABAT DAN P/BLOG BULAN SEMTEMBER 2011

    Sdra. Petualang Tiga dengan sajaknya bertajuk: KERANA KAU. Pembicaraannya tentang rasa kekecewaan yang sukar dilupakan, agaknya. Tema sajak jiwa 2 ini cuma dua orang sahaja bersaingan sajak Raju Linggam bertajuk MEMUPUK. Apa Pun kekuatan pengucapannya terserlah kepada Petualang tiga, berbeza penceritaanya dengan sajak Raju Linggam agak samar dan mengelirukan. Justeru itu salah seorang daripadanya terpaksa terkeluar. Anda diberi peluang untuk sayembara seterusnya (SM) Harap maklum, Cuma di sini terpaksaberhenti (TK)

    BalasPadam
  8. SAYEMBARA PUISI-PUISI CINTA RASA DINATARA SAHABAT DAN P/BLOG BULAN SEMTEMBER 2011
    sajak Raju Linggam bertajuk MEMUPUK. Pembicaraannya tentang rasa cinta yang tidak berani diluahkan agaknya. Tema sajak jiwa 2 ini cuma dua orang sahaja bersaingan iaitu Petualang Tiga dengan sajaknya bertajuk: KERANA KAU. Apa Pun kekuatan pengucapannya terserlah kepada Petualang tiga, berbeza penceritaanya dengan sajak Raju Linggam agak samar dan mengelirukan. Justeru itu salah seorang daripadanya terpaksa terkeluar. Harap maklum, Cuma di sini terpaksa berhenti (TK)

    BalasPadam
  9. SAYEMBARA PUISI-PUISI CINTA RASA DINATARA SAHABAT DAN P/BLOG BULAN SEMTEMBER 2011

    Sdra Richard Sirosa dengan sajaknya bertajuk: WANGI IKAN MASIM . Penceritaanya sajak dan tema nya menyentuh tntang kisah - peribadi diri sendiri dalam kehidupan seharian. Ada tiga persaingan nampaknya , lebih kurang sama dengan tiga sajak yang lain, Cikgu Salina bertajuk: JATUH. Dan seorang lagi sajak Lagenda Pulau bertajuk: KEHILANGAN AKAL. Apa pun diantara tiga penlis ini, ternyata terserlah pengucapannya dan maksud penceritaanya kepada cikgu Salina. Yang lain nampak kabur dan terasa semacam melompat-lompat ungapannya. Harap maklum. Usaha lagi . (TK)

    BalasPadam
  10. SAYEMBARA PUISI-PUISI CINTA RASA DINATARA SAHABAT DAN P/BLOG BULAN SEMTEMBER 2011

    Saudra Raja Muda dengan sajak BANTULAH AKU. Pembicaraannya menyentuh tentang kisah penyesalannya sesuatu yang berlaku dalam kehidupannya kebarangkalian. Bertemakan ketuhanan. Dalam kehidupan kita seharian ini, tiap orang ada permasallahannya,atau musibah yang menimpa tidak kira darjat atau pun pangkat, merupakan satu ujian Tuhan ke atas hamba-hamba nya. Dan mintalah bantuan daripadaNya, Kerana Allah itu amat maha megetahui, kerana darinya kita datang kepadanya kita kembali. Amin. Layak untuk sayembara seterusnya (SM)

    BalasPadam
  11. wah! dia jmpa puteri 2 org tu la

    BalasPadam
  12. rasanya syakir xde masalah nak lanksana tugas

    BalasPadam
  13. eh! syaikir dh jmpa ke puteri tu?

    BalasPadam
  14. eh! skir rasanya boleh berjaya

    BalasPadam
  15. sykir boleh berjaya pnya

    BalasPadam
  16. wah! ada tugasan jgk kt syakir

    BalasPadam
  17. agaknay tugasan apa la

    BalasPadam
  18. alamak! ada tugasan jgk nampaknya

    BalasPadam
  19. eh! tugasan apa yg dia dpt nnt

    BalasPadam
  20. tugasan yg sama jgk ke?

    BalasPadam
  21. boleh tahan sajak ustazah ni

    BalasPadam
  22. mmg layak dia menang sajak menarik!

    BalasPadam
  23. sajak apa usatzah ni?

    BalasPadam
  24. aik! sajak di mekah ke usatzah ni

    BalasPadam
  25. boleh tahan jgk sajak ni

    BalasPadam
  26. boleh tahan sajak ni menarik

    BalasPadam
  27. sajak agak menarik!

    BalasPadam