Isnin, 12 September 2011

HENING MALAM (SM)


 sajak layak utk ke Korea

Dalam hening malam ini
hanya gelap dingin seperti
sekuntum bunga telah mengering.
Namun aku mengartikan sendiri
seperti sebuah senja
merindukan kelip bintang di langit.
Aku akan mencintai yang fana,
walau semua hilang punah
Saat fajar pagi menyapa,
hidup baru harus dilanjutkan.
Saat itu kuceritakan

 
Oleh:Tengku Anita
sajak simbolik/30 Ogos 2011 3:26 AM




30 ulasan:

  1. SAINGAN KE2/AKHIR SAYEMBARA PUISI ANTARA AHLI CR. DAN P/B OGOS 2011


    Sajak Tengku Anita dengan sajak HENING MALAM. Mungkin membicarakan tentang suasana kehiningan malam yang tiap orang yang telah
    lanjut usia akan mengumpul kembali akan nostalgianya yang lalu. Lalu menilainya kembali di antara ada kisah suka dan duka atau
    dosa dan pahala. Kini tiap orang yang masih rumaja masih mngumpul ceritanya. Justeru itu waspadalah anda memilih watak yang
    terbaik dari yang terbaik untuk dinilai i kemudian hari. Amin layak untuk kemenangan. Thahniah! (SM)
    Ulasan : Qalam.
    __________________________________________________

    BalasPadam
  2. CERITA-CERITA DONGING RAKYAT SEDUNIA DARI NEGARA PAKISTAN . SELASA 26HB APRIL 2011 DARI BLOG CITRARASA BERTAJUK: KEMBAR SEIRAS WAJAH (SYAHIR DAN ADIKNYA SYAKIR) DITULIS DAN CERITAKAN SEMULA SECARA BEBAS ATAU OLEH:NURIMANJA.
    ___________________________________
    Siri Ke duapuluh lima. (BB)

    Mendengar penerangan itu Putra wira Syakir memohon untuk berehat barang sehari dua bagi menghilangkan keletehannya. Lantas dia berkata. “Bolehkah hamba tompang bermalam sehari dua di sini sebelum hamba berangkat menjejak kaki mencari saudara sulung hamba Putra wira Syahir.” Katanya.

    Sesekali dia terfikir mungkin saudara sulungnya dahulu pernah bermalam di sini, sambil dia , memerhati keadaan sekeliling, Dia melihat ada saekor kuda halaman teratak sana sama seperti kuda saudara sulungnya kaku telah mejadi batu.

    Dalam menghadapi kekalutan dan kegelisahan itu . Putra Wira Syakir menjadi serba salah dan leteh jadinya , bila memekirkan keadaan itu sudah pasti tiga kali kesalahan yang telah dilakukan oleh saudara sulungnya. Mungkin inilah rupa hukuman yang telah dilaluinya

    kini dimana dia tidak boleh lagi menonggang kudanya untuk melaluinya terlalu banyak batu bergerigi dengan batu tajam dan besar pula menghalang. Kudanya juga nampak leteh dan beberapa kali berhenti. kakinya menjadi keras dan berat. pelahan –lahan dia tidak bergerak dan tidak dapat berjalan lagi. Begitulah perasaan yang dapat dibawangkannya.

    Putra Wira Syakir juga berasa bimbang akan kejadian itu boleh menimpa dirinya juga . Dia mengambil keputusan untuk tidak terjebak bersama kuda sakti kesayangannya dan dia Sepatutnya berhati-hati dan tidak sepatutnya melanggar syarat yang telah ditetapkan. Dua hari kemudian Putera wira Syakir di hantar oleh kedua puteri salji dan puteri bunian ke pintu gerbang Terakhir dipuncak gunung mentra alam itu.

    Dengan perasaan sedih dan pilu Putera Wira Syakir meneruskan perjalanannya tanpa ditemani kuda sakti kesayangannya. Tetiba dia terasa sudah berada di satu kawasan yang agak luar biasa. Penuh ketenangan dan terdengar bagai berada disebuah perkampung yang damai dan yaman dirasa. udaranya begitu segar dan mengasyikannya.

    BalasPadam
  3. KEHILANGAN AKAL

    Saat aku kehilangan akal
    Aku tak peduli jadi aku tutup mata
    Cium dirimu sendiri
    Pikirkan tentang waktu!
    Yang telah lalui dan apa ertinya,
    Bagiku tak ada kehilangan
    yang ada semua kebahagiaan
    Kebahagiaan yang kau belikan
    Kesepianku tetap menghibur
    Kemarahan bertempat tinggal
    Aku bawa keluar semua
    kotoran kau titipkan
    Sampai Kau benar-benar tak bernafas

    Lagenda Pulau
    sajak simbolik

    BalasPadam
  4. TAK TAHU TAPI TAHU

    Mungkin kau tak tahu
    siapa presiden malaysia
    Tapi pasti kau tahu siapa namamu
    Mungkin kau tak tahu asal usul
    Tapi pasti kau tahu di mana rumahmu
    Mungkin kau tak tahu sejarah
    Tapi pasti kau tahu apa akibatnya
    Mungkin kami semua tak secerdikmu
    Karena wajahmu berbunga
    Mungkin kerana kau Menteri
    perasan wajahmu enak dipandang
    Aku yakin kau belum punya akal
    jadi biarlaj aku jadi otakmu
    Siapa tahu aku bisa memberimu
    pemikiran yang cerdik?

    Pak Ngah But
    sajak sinis

    BalasPadam
  5. JATUH

    hilang tumpuan berjalan di tepian
    gigitan dingin meresapi tubuh
    sendi lemah nafas lelah
    tumpuan berpusing gapai sini sana
    pegang apa saja
    cepat tergesa naik tangga
    di kiri,di kanan memusing
    tegang leher dan urat saraf
    terus gelap lalu jatuh?

    Salina
    pengalaman apabila pitam disekolah selepas perhimpunan

    BalasPadam
  6. BUMI DEMAM

    Kapal laut tenggelam
    kapal udara jatuh
    Gempa bumi,banjir,tanah runtuh
    Kemarau panjang dan
    kebakaran hutan berbulan-bulan
    Jutaan hektar jadi jerebu berkepul
    Bumiku demam berat menggigil air
    Beribu pencari nafkah pulang
    Penyakit kelamin tak tersembuh
    Penyakit nyamuk dayang berpesta
    Berjuta belalang menyerang pertani
    Bumiku sekarang demam berat

    Ustazah Janariah
    sajak bencana alam

    BalasPadam
  7. SAYEMBARA PUISI-PUISI CINTA RASA DINATARA SAHABAT DAN P/BLOG BULAN SEMTEMBER 2011

    Sajak Lagenda Pulau bertajuk: KEHILANGAN AKAL. Penceritaanya sajak dan tema nya menyentuh tentang kisah - peribadi diri sendiri dalam kehidupan seharian. Ada tiga persaingan nampaknya , lebih kurang sama dengan tiga sajak yang lain, Cikgu Salina bertajuk: JATUH. Dan seorang lagi Sdra Richard Sirosa dengan sajaknya bertajuk: WANGI IKAN MASIM . Apa pun diantara tiga penlis ini, ternyata terserlah pengucapannya dan maksud penceritaanya kepada cikgu Salina. Yang lain nampak kabur dan meragukan , bait-baitnya juga terasa semacam melompat-lompat ungapannya. Harap maklum. Usaha lagi . (TK)

    BalasPadam
  8. SAYEMBARA PUISI-PUISI CINTA RASA DINATARA SAHABAT DAN P/BLOG BULAN SEMTEMBER 2011

    Sajak Pak Ngah But bertajuk: TAK TAHU TAPI TAHU.Penceritaan tentang suasana politik di tanah air kita agaknya.Sajak bertemakan sinis ada berbau politik ini. Menyentuh tentang kedua blah pihak yang cuba pengararuh mempengaruhi hati rakyat dan pengokong mereka. Kita juga rasa terpanggil unuk cuma memperkatakan sesuatu apa yang berlaku. Seorang tokoh seblah mengatakan penganas itulah hero negara menentang penjajah . Rakyat marah dan membantah , seorang tokoh A pula berkata tidak ada tindak yg perlu diambil. Kemarahan pula kini berpindah dari A kepada si B. Apakah tujuan B kata begitu. Takut diugut peluru hidup. Org sebelah pun pernah juga diugut lari ke dutaan turki. Ataupun semunya sekadar sandiwara. Apakah yang di atas cuba memperbodohkan yang di bawah? Jadi biarlah Pak Ngah But jadi otak ahli fikir yang berdahi sempit untuk kedua tokoh…Layak untuk sayembara seterusnya.(SM)

    BalasPadam
  9. SAYEMBARA PUISI-PUISI CINTA RASA DINATARA SAHABAT DAN P/BLOG BULAN SEMTEMBER 2011

    Cikgu Salina bertajuk: JATUH.. Penceritaanya sajak dan tema nya menyentuh tentang kisah - peribadi diri sendiri dalam kehidupan seharian. Ada tiga persaingan nampaknya , lebih kurang sama dengan tiga sajak yang lain, Dan seorang lagi sajak Lagenda Pulau bertajuk: KEHILANGAN AKAL. Dan sajak Sdra Richard Sirosa dengan sajaknya bertajuk: WANGI IKAN MASIM diantara tiga penulis ini, ternyata terserlah pengucapannya dan maksud penceritaanya kepada cikgu Salina. Memaparkan kisahnya yang jatuh pitam. Diberi peluang unuk sayembara seterusnya (SM)

    BalasPadam
  10. SAYEMBARA PUISI-PUISI CINTA RASA DINATARA SAHABAT DAN P/BLOG BULAN SEMTEMBER 2011

    Ustazah Janariah dengan sajak alam sekitarnya bertajuk: BUMI DEMAN . Penceritaanya agak biasa dan bersahaja. Bincana alam dengan kehendak yang maha kuasa, mungkin ada hikmahnya. Berbeza sadikit dengan Pak Ngah But sinis simbolik pada politik tanah air terkini. Apapun menilai dari unggapan dan daya kreatif dan puitis , ternyata sajak Pak Ngah But lebih mencabar membuka minda tentang isu semasa dalam negara , bukan alam umum keseluruhannya. Harap maaf usaha lagi. Kerana pemilihan cuma terhad kepada 4 orang sahaja sajak anda terpaksa di keluarkan (TK)

    BalasPadam
  11. kenapa mcm cerita ni mcm pnh baca jer?

    BalasPadam
  12. eh! cerpen ni 2 kali terbit ke?

    BalasPadam
  13. sajak hening malam ni boleh menang jgk? x sangka

    BalasPadam
  14. tengku anita sajak jiwa2 pun menang ke dulu?

    BalasPadam
  15. syakir x sampai lagi ke?

    BalasPadam
  16. jauh jgk perjalanan syakir ni

    BalasPadam
  17. agaknya mcm mana la tugasan dia

    BalasPadam
  18. oh sajak ni ke girlfriend aku menang dulu

    BalasPadam
  19. mcm mana halagangan syakir nnt

    BalasPadam
  20. 45t54t54t345r324r24r

    BalasPadam