Rabu, 14 September 2011

DERA ANGIN MENGHERET (SM)






Dera angin singgah di beranda ini.
Saat malam masih dalam lamunan,
langit menghitam bertabur bintang
lembut cahaya bulan malam
sebagai sebuah hikayat panjang.
Walau sepi dari gema bahagia,
namun dapat berkata tentang
satu kehidupan sebelum perjalanan
terus mendera dan menyeret
dalam langkah panjang dan fana.

 
Oleh: Bulan Terang
sajak simbolik/30 Ogos 2011 3:19 AM



30 ulasan:

  1. SAINGAN KE2/AKHIR SAYEMBARA PUISI ANTARA AHLI CR. DAN P/B OGOS 2011


    Sdra Bulan Terang dengan sajak bertajuknya yang mnarik; DERA ANGIN MENGHERET. Sajak ini mungkin membicarakan atau menyentuh akan perik getil kehidupan yang sesekali dihimpit kekalutan.lalu manusia yang lemah ini (goyah dengan keimanan) menjadi terhempet di bawa angin atau arus serba pembangunan yang mencabar kewibawaan hati nurani kehidupan di alam fana ini. Amin layak untuk kemenangan. Thahniah! (SM)

    BalasPadam
  2. CERITA-CERITA DONGING RAKYAT SEDUNIA DARI NEGARA PAKISTAN . SELASA 26HB APRIL 2011 DARI BLOG CITRARASA BERTAJUK: KEMBAR SEIRAS WAJAH (SYAHIR DAN ADIKNYA SYAKIR) DITULIS DAN CERITAKAN SEMULA SECARA BEBAS ATAU OLEH:NURIMANJA.
    ___________________________________

    Siri Ke duapuluhtujuh. (BB)


    “Hamba datang ke sini dengan niat dan tujuan yang baik, demi mencari saudara sulung hamba yang bernama Syahir dan ingin mengetahui ,apa yang telah terjadi kepadanya.?”walaupun hamba tidak dapat kembali lagi selagi hamba tidak dapat menemuinya.hamba tetap mendaki di puncak gunung Metra Alam itu,” jawab Putra Wira Syakir dengan keras bunyinya.

    “Syaratnya mudah, setelah pintu gerbang ini kami buka sila teruskan perjalanannya, tuan hamba akan bertemu dengan makhluk yang menghuni di daerah sana, kami tidak dapat menceritakannya , kerana kami sendiri tidak pernah menjijikan kaki di puncak sana, silakan,” kata puteri salju pula.
    Ketika pintu gerbang dibuka, bunyi rantaianbesi bergemercek dan mengerunkan, lengang sunyi dan sepi sahaja kelihatan. Seketika baru bunyi deruan angin sepoi bahasa. Apabila Putra Wira Syakir melangkah kehadapan beberapa langkah sahaja, pintu gerbang berantai besi itu pun tertutup dengan sendirinya.

    Dua orang puteri yang mengiringinya juga sudah tidak kelihatan lagi, terasa dirinya kini terasing di satu daerah yang asing.Terpinga-pinga jadinya Putra wira syakir mencari arah hendak di tuju. Dia bertekat untuk meneruskan perjalanan , walau apa pun sekali yang terjadi nanti, akan dihadapinya.

    SEKETIKA dia berada dalam se buah tanam dan kebun sayuran yang berbagai tanaman dan buahan. Di satu suduh dia kelihatan ada seorang perempuan muda dan jelita mengawasi perkerja-pekerjanya. Dia kelihatan sebagai seorang pemaisuri yang tidak beraja. Amat cantek dan menawan, hamper terpaut hati Putra Wira Syakir melihatnya.
    Beberapa orang dayang dan pengeringnya begitu berhemah dan taat terhadapnya bagaikan melayani seorang yang amat disayangi oleh seluruh pekerjanya. Setelah bertegur sapa dan berkenalan , dan menceritakan akan niatnya Putra Wira Syakir .

    Ratu Pemaisuri Kelakatu itu pun berkata seperti sambil mengoda. “Tidakkah tuan ingin memperisterikan hamba, kerana telah lama menjada. Kerana semua suami hamba akan mati bila berkhawin dengan hamba.” kata ratu Pemaisuri Kalkatu itu, sambil tersenyum penuh menawan.
    Melihat keadaan itu menjadikan beberapa kali Putra Wira syakir menelan air liur, rasa kegeraman mulai memuncak, apabila ratu Pemersuri itu yang putih gebu dan melepak itu mengangkatkan sadikit kainnya sehingga menanpakan betisnya yang gebu dan menawan itu.

    BERSAMBUNG.

    BalasPadam
  3. ATUK GATAL

    atuk oh atuk apa atuk buat
    sampai terbatuk batuk
    keluar segala urat
    lemah segala sendi
    merokok tak henti henti
    tiada sedarkan diri
    mengapa atuk begitu
    malu kat anak cucu
    atuk bukannya muda
    mengapa mesti mengada
    lagak bagai orang muda
    tak sedar kudrat tiada
    masih mengejar janda beranak tiga
    usah buat hal lagi
    rumah dah kata pergi
    kubur ternanti nanti
    orang lain dah naik haji
    atuk tetap steady
    ulang berulang kali
    seru tak sampai lagi
    sampai bila lagi sedar atuk
    izrail dah tunggu atuk

    saudagar Emas
    sajak buat orang tua seberang kampung aku yang agak gatal sebab dia nak kawin dengan adik aku baru 20tahun

    BalasPadam
  4. LUCUNYA SEMUA KENA CONG

    banyak muncul sekarang
    hangatkan suasana semasa
    tambahkan mana kurang
    biar cukup perisa dan diri dipuja
    biar puaskan hati puas diri sendiri
    geli hati melihatnya
    gelagat menggeletek rasa
    kisah serius jadi jenaka
    kisah sedih jadi lucu
    kisah orang jadi bahan ketawa
    kisah sendiri diamkan sahaja
    tiada kesah menikam jiwa
    tiada kesah hati terluka
    tiada kesah panas telinga
    semuanya omongan kosong
    semua kena cong…

    Dam Catur
    sajak sinis buat mat sabu

    BalasPadam
  5. MURAI BATU KECOH LAGI

    murai batu kecoh lagi riuh berkicau
    mula bingitkan suasana
    perangai lama menjelma
    dulu cuma diam seketika
    dah habis bulan puasa
    mula buka cerita
    cerita tiada hujung
    ada sahaja idea
    cerita macam-macam
    sambil bertenggek tepi tangga
    hinggap tepi meja
    berteman baki kuih raya
    mulut mengunyah sambil cerita
    tak kuasa aku mendengarnya
    bikin sakit di dada panas telinga
    wahai murai batu sanggup kamu ratah
    daging busuk saudaramu
    berubahlah si murai batu…

    Ezad Emir
    sajak sinis

    BalasPadam
  6. TERLIHAT TAK TERSENTUH

    Terlihat Namun tak tersentuh,
    Dekat Namun tak terasa,
    Sesosok bayang gelap,
    Hembusan Angin kecil,
    Suara-suara riuh itulah AKu..
    Aku tak terindahkan,
    karena aku tak terlihat
    Kau pun tak mendengar
    karena aku hanyalah Angin lalu

    Brader Joe
    sajak simbolik

    BalasPadam
  7. SAYEMBARA PUISI-PUISI CINTA RASA DINATARA SAHABAT DAN P/BLOG BULAN SEMTEMBER 2011


    Ada tiga buah sajak simbolik dan kabur penceritanya , tema tidak dinyatakan namun berbau sinis tajam agaknya. Dalam Ketiga sajak ini Brader Joe TERLIHAT TIDAK TERSENTUH bunyinya aja semacam teka teki pula? Seperti bebayang. Dan Haji Atang BISIKAN SENYAP bunyinya semacam ada satu gerak Senyap atau komplot bawah tanah. Ini tersa semacam pakatan gerak politik pembangkang yang cuba meresapkan Jarumnya dalam senap seperti apa yang beralaku 2008.Dan sajak terakhir dari Jengking Perak WAKTU BERJALAN penceritaannya. lebih mudah kami menangkapnya. Begitulah keadaan hidup kita dalam peredaran waktu yang terus berjalan, jika sesuatu tempat itu tidak juga ada perubahan, amatlah terinanya, jika orang lain sudah kedepan, maka jadilah mereka kaun yang terhina atau ketinggalan zaman.maka kaum itulah perlu berusaha untuk merumbak nasib mereka. Setelah dinilai jengking perak terpilih. Harap maaf dan usaha lagi (TK)

    BalasPadam
  8. SAYEMBARA PUISI-PUISI CINTA RASA DINATARA SAHABAT DAN P/BLOG BULAN SEMTEMBER 2011

    Ada tiga Sajak temanya sama Ezad Emir , Dam Catur, Saudagar Emas, semuanya membicarakan tentang sajak lucu, tetapi punya kiasan atau sinis tajam, namun penyampaian Ezad Emir lebih terserelah dengan Mengunakan simbul sinisnya kepada Murai Batu. Ketig tiganyabaik, ada kemapuan.. Kisah Atuk Gatal oleh saudagar Emas lucunya gian seorang atuk inginkan anak dara dua puluhan, dan Dam Catur lucuya semua kena cong kisah mat sabu bisa difahamkan. Apa pun dalam bahasa sajak sebaiknya tidak boleh dilempar tepat, sinis atau bidalan kepada sesuatu untuk mengenakan orang lain itu menarik. Kerana seorang saja dipilih Dari tema yang agak sama lucu. Ezad Emir layak untuk sayembara seterusnya. (SM)

    BalasPadam
  9. SAYEMBARA PUISI-PUISI CINTA RASA DINATARA SAHABAT DAN P/BLOG BULAN SEMTEMBER 2011

    Ada tiga Sajak temanya sama Ezad Emir , Dam Catur, Saudagar Emas, semuanya membicarakan tentang sajak lucu, tetapi punya kiasan atau sinis tajam, namun penyampaian Ezad Emir lebih terserelah dengan mengunakan simbul sinisnya kepada Murai Batu. Ketig tiganya baik ada kemampuan. Kisah Atuk Gatal oleh saudagar Emas lucunya gian seorang atuk inginkan anak dara dua puluhan, dan Dam Catur lucuya semua kena cong kisah mat sabu bisa difahamkan. Apa pun dalam bahasa sajak sebaiknya tidak boleh dilempar tepat, sinis atau bidalan kepada sesuatu untuk mengenakan orang lain itu menarik. Kerana seorang saja dipilih Dari tema yang agak sama lucu. Ezad Emir layak untuk sayembara seterusnya. Harap maaf Anda terpaksa berusaha lagi (TK)

    BalasPadam
  10. SAYEMBARA PUISI-PUISI CINTA RASA DINATARA SAHABAT DAN P/BLOG BULAN SEMTEMBER 2011

    Ada tiga Sajak temanya sama Ezad Emir , Dam Catur, Saudagar Emas, semuanya membicarakan tentang sajak lucu, tetapi punya kiasan atau sinis tajam, namun penyampaian Ezad Emir lebih terserelah dengan Mengunakan simbul sinisnya kepada Murai Batu. Ketig tiganya baik ada kemampuan . Kisah Atuk Gatal oleh saudagar Emas lucunya gian seorang atuk inginkan anak dara dua puluhan, dan Dam Catur lucuya semua kena cong kisah mat sabu bisa difahamkan. Apa pun dalam bahasa sajak sebaiknya tidak boleh dilempar tepat, sinis atau bidalan kepada sesuatu untuk mengenakan orang lain itu menarik. Kerana seorang saja dipilih Dari tema yang agak sama lucu. Ezad Emir layak untuk sayembara seterusnya. Harap maaf Anda terpaksa berusaha lagi (TK)

    BalasPadam
  11. aik! kelkatu plak?

    BalasPadam
  12. nampaknya kelkatu tu nak goda dia plak? hahah

    BalasPadam
  13. aik! kelkatu pun dia nak ke aykir ni? hahaha

    BalasPadam
  14. syakir ni dh kwin ke blum?

    BalasPadam
  15. eh! sykir ni digoa kelkatu? hahaha

    BalasPadam
  16. xkn la dia tergoda kat kelaktu plak?

    BalasPadam
  17. eh! dia dh sampai kat kelaktu ke?

    BalasPadam
  18. tugasan yg sama mcm abang dia ke?

    BalasPadam
  19. terima ksih tersiar jgk sajak sy

    BalasPadam
  20. ingatkan sajak politik bulan terang ni

    BalasPadam
  21. sajak kehidupan ke ingatkan politik?

    BalasPadam
  22. sajak agak menarik jgk dari bulan terang

    BalasPadam
  23. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  24. eh! sajak kehidupan yg melret rupanya bulan terang ni

    BalasPadam
  25. boleh tahan jgk sajak bulan terang ni

    BalasPadam