Jumaat, 19 Ogos 2011

SOLEHIN




Aku ingin menjadi Abu Bakar
Menjalin agung sebuah persahabatan
Sebagai Omar yang sedia
berkorban demi sebuah keadilan
Berdiri tatkala tunduknya manusia
Bersuara tatkala diamnya mereka
Inginku seteguh Ibnu Zubair
Yang setia menahan panah hajjaj
Bersama ibu tua Lantas mati
dalam dakapan sejarah
aku ingin seperti pemuda Ghiffari
menentang kezaliman walau diancam
Aku ingin selam keredha hati Yusuf
Yang memaafkan saudaranya
Walaupun berteman
kegelapan di perigi tua
Serta tawakal Ibrahim
Ketika meninggalkan insan tercinta
Di bumi tandus tanpa bicara
Ingin ku semai benih iman Al-Banna
Yang merelakan tubuh dimamah peluru
Serta senyuman Al-Qutb
Ketika berteman dengan tali maut
Lantas terukir haruman dipusara ku
Bagai harum pusara Ashabul Ukhdud….
 

Oleh: Ustaz Zulkarnain
Sk Sungai Batu, Teluk kumbar, Pulau Pinang
10pagi/2010 Oktober 7 02:10





30 ulasan:

  1. 1 ulasan:


    Ustaz Zulkainan sk sungai batu sajaknya bertajuk SOLEHIM juga mengupas sirah kisah silam para nabi dan para ambiak attabie dalam memperjuangkan agama allah Dan tingkahlaku kehidupan mereka yang patut kita contohi. Kehidupan dari para perjuang yang terdahulu kebanyaknya akhirat di junjung dunia pula dikelek.

    Justeruitu tidak hairanlah kalau mereka beribadat saolah untuk mati esok hari dan berkeja saolah mahu hidup seratus tahun lagi. Tetapi umat Islam akhir zaman, lewat kebelakangan ini, telah melakukan sebaliknya. Walau bagaimana pun semua perjuagan terpulanglah kepada nawaitunya. Amin. Syabas. Semoga berusaha lagi ustaz Zulkainan.

    Oleh: Qalam Mutiara
    6 Oktober 2010 3:33 PM

    BalasPadam
  2. KISAH PARA AMBIAK CR. SIRI 6. DISUSUN SECARA BEBAS ; OLEH : NURIMANJA ; MALAIKAT BERTANYA NABI



    Bilal bin Rabbah azannya sampai ke sitdaratulmuttaha. satu pagi ada seorang hamba Allah meminta kepada nabi untuk azan subuh bagi memperdengarkan suaranya pula, nabi mengizinkan.

    Selepas solat subuh para malaikat datang berjumpa nabi dan bertanya , "Pagi tadi tiada solat subuh ke?" lantas nabi bertanya semula, "Kenapa?" jawab malaikat, " sebab tiada ada sampai ke atas sana?" . "Ada, tetapi orang lain yang azan,
    dan aku sendiri yang mengimamkannya, jawab nabi. para malaikat terdiam.

    Pengajaran;

    Tok Bilal yang ada hari ini ambil sempena nama Bilal bin rabbah.maka orang kampung dan bandar hari ini siapa azan bilal. Bila nak azan biarlah ada orang yang bersuara merdu garau dan membangkitkan hati untuk beribadah, janganlah kalau suara pun macam kambing nak beranak atau kaldai tua, kasi orang lain saja laa. kecuali memang dah tak ada orang lain lagi di qariah atau kampung itu. hentam ajalah...

    BalasPadam
  3. DUSUN RAMAHDAN

    hadir ke dusun ramadhan
    jelas di pandangan mata
    hidangan penuh kenikmatan
    menggamit semua insan
    melambai penuh kesyahduan
    hati-hati suci dusun ramadhan
    penuh pohon merendang
    dengan buah segar meranum
    siap sedia dipetik dijamah
    kurniaan tuhan yang esa
    demi kecintaan pada hambanya
    terima kasih kurnia dusun ramadhan
    pasti kami rebut sepuasnya
    walau sepurnama rasanya sudah cukup
    buat kenyangkan jiwa
    hingga ke ramadhan akan datang

    Ku Dania
    sajak puasa

    BalasPadam
  4. AKU SUKA MALAYSIA

    aku suka malaysia
    tiada perlu dipersoal
    tempat darah ibu menitis
    waktu ku hadir ke dunia
    segalanya indah di sini
    di sini bumi bertuah
    walau lama terjajah
    manis merdeka tetap dirasa
    hasil buah tangan pejuang bangsa
    hasil amukan perwira negara
    hasil peluh dan darah kesatria
    aku suka malaysia
    walau dicanang hujan emas
    walau ditimpa hujan batu
    tetap aku di sini
    di bumi penuh damai
    di ceruk penuh hijau
    di laman penuh mewah
    di lopak penuh madu
    aku merdeka di sini

    Damia Norika
    sajak buat malaysia sbb pertama kali raya di malaysia sebelum ni semua raya di Canada

    BalasPadam
  5. SETIAP MASA ADA DIA

    Setiap saat selalu ku coba hilangkan rasa sakit hati ini
    Bukan tenang kurasa
    Semakin ku coba sesak hati ini
    Akan rasa cinta padanya
    Setiap saat ku coba hilangkan wajahnya dalam anganku
    Membuatku semakin terlena
    Bayang wajahnya semakin jelas
    Semakin besar cinta kurasa
    ku terlarut bayang senyumnya
    Andai dia bisa baca pikiran ku
    Dalam setiap ruang jiwaku dirinya
    Setiap denyut nadiku namanya
    Setiap hembus nafasku namanya

    Ummu AKilah
    sajak buat suami yg berada di hutan pahang dia xpdt beraya thn ni

    BalasPadam
  6. PENAT

    penat kadang hinggapi,
    namun angan tiupkan sejuk mimpiku
    hidup didunia bagai meronta
    hidup didunia bagai alunan pesona
    sering kudengar kata terungkap,
    nikmati hidupmu didunia hanya sekali
    apakah seperti itu?

    Saidatul AIni
    sajak simbolik

    BalasPadam
  7. SAYEMBARA PUISI ANTARA AHLI CITRA RASA DAN PENJAGA.BLOG OGOS 2011

    Ku Dania dengan sajak DUUN RAMADHAN. Pembicaraannya rkaitan dengan bulan yang pnuh rahmat dan kemaat ini, yang sesiapa beribat di dalamnya dikira epuluh kali ganda, dan Carilah pula satu malam di dalamnya jika dapat beribadat satu malam yang dikira dengan sribu bulan lebih krang 43 tahun, kalau dapat tiap-tiap tahun mesti umurnya lebih panjang seperti Nabi-nabi zaman dahulu. Amin gunalah ebaik mungkin. Layak untuk sayembara seterunya (SM)

    BalasPadam
  8. SAYEMBARA PUISI ANTARA AHLI CITRA RASA DAN PENJAGA.BLOG OGOS 2011

    Damia Norika ahli atau p/blog baru dengan sajak bertajuk; AKU SUKA MALAYSIA. Penceritaannya menarik dan boleh menyedarkan rakyat malaysia atau sekurangnya rasa malu dengan mereka yang turut serta mengadakan perhimpunan bersih yang sah diharamkan oleh pemerentah kerajaan Malaysia. Cukup malu bila orang lain mengatakan negara kita aman, tetapi rakyat negara malaysia sendiri hendak mengadakan hururara. Ini satu pengkianatan dan pendurhakaan kepada raja. Ternyata mereka tidak ikhlas, tetapi ada agenda politik kotor mereka. Layak untuk sayembara seterusnya (SM)

    BalasPadam
  9. SAYEMBARA PUISI ANTARA AHLI CITRA RASA DAN PENJAGA.BLOG OGOS 2011


    Ummu Akilah dengan sajaknya SETIAP MASA ADA DIA. Engan berpisah nampaknya ummu Akilah ini.Begitulah kalau ingin jadi isteri solehah.apapun perkara biasa bagi seorang yang bertugas demi untuk bangsa , agama dan negara, dikira apat pahala di atas kesabaran itu, perkara ini juga berlaku di zaman nabi dan sahabatnya. Apa pun kerana ada persaingan yang lebih dengan isu semasa. Sajak ada terpaksa terkeluar maaf.harap maklum. (TK)

    BalasPadam
  10. SAYEMBARA PUISI ANTARA AHLI CITRA RASA DAN PENJAGA.BLOG OGOS 2011


    Saidatul Aini dengan sajaknya bertajuk; PENAT pendatang baru agaknya daripada p/blog mungkin. Apa pun penceritaannya kisah penat menilai akan pengertian hidup. Diantara bisikan yang amat mengelirukan, hidup di dunia ini memang sekali, tetapi kena nilai tiap saat apa yang kita lakukan di dunia ini ada ganjaran dan balsannya . buatlah yang maaruf jauhilah yang mungkar. Apa pun kerana ada persaingan yang lebih dengan isu semasa. Sajak ada terpaksa terkeluar maaf.harap maklum. (TK)

    BalasPadam
  11. sajak ustaz zul ni ke yg menang dulu?

    BalasPadam
  12. wah! boleh sampai ke atas awan ke bilal azan?

    BalasPadam
  13. bilal ni walau hitam tp suara sedap

    BalasPadam
  14. ambik semperna nama dia rupanya

    BalasPadam
  15. patutlah dorg panggil tok bilal

    BalasPadam
  16. mmg bgus bilal ni...

    BalasPadam
  17. zaman skrg xde org boleh tandingi bilal

    BalasPadam
  18. kalau bilal ada lagi mmg aku nk suruh dia azan kat teluk kumbar ni sbb tok imam selalu azan tu suara x sedap hehe

    BalasPadam
  19. msti merdu suara bilal ni

    BalasPadam
  20. mcm mana la suara bilal agaknya

    BalasPadam
  21. msti merdua suara dia kan?

    BalasPadam
  22. bilal ni xdpt nabi ke?

    BalasPadam
  23. kenapa bilal bukan rasul dia layak dpt rasul suara pun sedap

    BalasPadam
  24. selalu org x smart suara sedap mcm bilal ni la

    BalasPadam
  25. agaknya kalau dia ada lagi msti hari2 org nk dgr suara bilal ni

    BalasPadam
  26. bilal ni xde anak ke?

    BalasPadam
  27. bilal ni zaman nabi muhamad ke nabi lain?

    BalasPadam
  28. mana dia belajar suara dia mmg merdu aku dgr bilal ni

    BalasPadam
  29. bilal ni keturunan arab badawi ke?

    BalasPadam
  30. trus lagi kisah2 ambia best

    BalasPadam