Jumaat, 19 Ogos 2011

RAMADHAN! AKU MASIH SETIA MENANTI



 awas! malam 21 ramadhan ini.


Ramadan yang kurindui, aku masih setia menantimu,
sejak kedatanganmu pagi hari petama
aku sering menyebut dan memujamu dengan munajat cinta kudus di hujung malam
aku juga masih setia menanti akan janji–janjimu
jenguklah walaupun seketika pada malam yang kurindui
janganlah kau siakan harapan cintaku yang tenat ini
untuk bertemu dan menghidu baumu
buat azimat satu malam yang penuh keramat


Oleh: Nurimanja,
Catatan bila asa gelisah,
3hb ogos, 2011.



30 ulasan:

  1. 6. KEGAGALAN MEMBAWA KEJAYAAN



    Jonhson seorang pemuda Inggeris yang tidak begitu hendsame , tetapi mempunyai seorang kekasih yang sangat jelita, sebab Jonhson terlalu sayang kepada kekasihnya, dia sangup membuat apa saja demi kekasihnya,

    Setiap hujung minggu Jonhson selalu bersiar-siar di sebuah tasik, dihujung bandar tempat mereka tinggal, Sewaktu itu ada seorang penjual aiskerim di seberang tasik.Kekasihnya meminta Jonhson membelinya,

    Jonhson segera mencari se buah perahu, kebetulan di tasik itu ada se buah perahu kecil bersama pengayuhnya, tidak berlengah lagi Jonhson terus berdayung sehingga ke seberang tasik.

    Setelah Jonhson membeli dua batang aiskerim dia berkayuh kembali,setibanya di tebing tasik aiskerimnya habis cair, kekasih Jonhson terus menangis, Jonhson memujuknya dan sekali lagi dia berkayuh ke seberang tasik, untuk membeli aiskerim itu tetapi apabila dia kembali aiskerimnya habis cair.

    Kekasih Jonhson terus merajuk dan melarikan diri daripadanya. Jonhson amat kecewa, Dia kembali kerumahnya,dengan perasaan sedih , Di rumahnya dia berfikir bagaimana untuk menjadikan perahu itu lebih laju, Di ternampak enjin mesin rumput ayahnya yang telah rosak, Dia bercadang untuk memperbaikinya.mengubah suai menjadi se buah enjin perahu.

    Setelah Jonhson berjaya mencipta enjin bots , berita tersebut telah tersebar kepada orang ramai, Nama Jonhson disebut-sebut, ramai pula yang mencuba bot s berenjin ciptaan Jonhson.

    Akhirnya ada se buah syarikat yang mahu membeli enjin ciptaan Jonhson dengan kerjasama untuk dikeluarkan.
    Selepas lima tahun akhirnya Jonhson menjadi jutawan produaknya mendapat sambutan hangat oleh pera nelayan dan pemancit ikan. Sehinggalah ke hari inienjin bots Ciptaannya Diberi nama JONHSON
    .

    TAMAT

    Oleh ; NURIMANJA

    BalasPadam
  2. Tiada ulasan , anda boleh buat ulasan ini sendiri secara bebas
    an hentam sajalah apa yang anda
    dapat tangkap dengan maksud atau mesej yang en nuri hendak sampaikan.

    BalasPadam
  3. HUJUNG RAMADHAN

    jelas sekali terpancar
    bintik warna keputihan
    menyelubungi hitam hati
    apakah ia jadi putih semuanya
    atau kekal bertompok
    putih dan hitam hujung ramadhan
    lailatul qadar diintai
    jadi igauan siang malam
    tidak rela terlepas mahu ditawan
    kala lidah mula basah
    dengan alunan ayat suci zikir ilahi
    dalam sujud dalam berdiri
    istiqamah penuh harap
    agar pahala seribu bulan dimiliki
    di lailatul qadar
    agar putih kembali

    Harimau Berantai
    sajak puasa

    BalasPadam
  4. SETENGAH BULAN?

    Di daerah subur
    Di tengah-tengah perkampungan
    track besar melintas
    Melewati jalan kampung yang rosaK
    Debu dan asap beterbangan
    Membuat sesak pernapasan
    pada pagi pukul 8
    Berkumpul orang menggunakan seragam
    Bekerja pagi siang malam
    Hanya dapat bonus setengah bulan


    Geletak Malam
    sajak tak puas hati

    BalasPadam
  5. PERMATA BERHARGA

    kurniaan dari tuhan
    amanah buat kamu gilap
    agar bersinar terang
    selubung seluruh alam
    pasti kamu bangga timbulnya sayang
    tautan hati dan jiwa
    bahagiakan seluruh hidupmu
    pasti kamu riang buat kamu titip
    ilmu iman juga amal
    agar terang hidupnya
    penuh cahaya suci
    jadi soleh solehah
    pasti kamu untung berjaya mereka
    berjayalah kamu
    itulah permata paling berharga

    Bulan Terang
    sajak simbolik

    BalasPadam
  6. GELAK TAK INGAT

    langsung tak terduga
    gelak sedemikian rupa
    lepaskan begitu sahaja
    tiada langsung dikawal
    berdekah berguling-guling
    terkeluar anak tekakgelak tak ingat
    tahulah geli hati tercuit rasa
    tapi sedarlah diri sedikit
    kamu itu perempuan
    penuh ciri kelembutan
    penuh adat kesopanan
    penuh budaya terbela
    nanti semua tak nak dekat
    sebab semua hilang rasa hormat
    timbul rasa meluat
    nanti jadi andartu tua

    Pak Ngah But
    sajak buat anak perempuan saya yang gelak terbahak-bahak mengalah lelaki

    BalasPadam
  7. SAYEMBARA PUISI ANTARA AHLI CITRA RASA DAN PENJAGA.BLOG OGOS 2011

    Harimau Berantai kali ini dengan sajak semasa HUJUNG RAMADHAN menceritakan akan satu harapan pada setiap manusia yang bergelar hamba allah. Sepatutnya banyak beribadat dan sebaiknya jadikan kelangsung ibadat dibulan puasa ini berterusan jadi amalan harian pada bulan yang lain juga, bukannya untuk memutihan hati yang hitam bergelumang dengan dosa, Sebenarnya bukan di bulan yang ada malam seribu bulan nilai ini saja kita beribadat, selepas itu kembali melakukannya.sebnarnya bulan ini bulan tarbiah untuk mereka yang baru ingin belajar dan mendekati tuhannya. Layak unuk sayembara seterusnya (SM)

    BalasPadam
  8. SAYEMBARA PUISI ANTARA AHLI CITRA RASA DAN PENJAGA.BLOG OGOS 2011

    Geletek Malam dengan sajak tak puas hatinya bertajuk: SETENGAH BULAN? Ini juga Saturday kekcewaan yang Nampak jelas pada wajah penjawat awam. Selalu mereka kata matan Tun dr mahader juga yang terbaik. Walaupun dia banyak buat pembangunan bonus seribu juga dia bagi. Tiap menjelang raya. Apa pun najib baik sikit dari pak lah , walapun lima ratus. Maaf kerana ada Persaing dengan usu yangg lebih menarik sajak anda terhenti di sini saja (TK)

    BalasPadam
  9. SAYEMBARA PUISI ANTARA AHLI CITRA RASA DAN PENJAGA.BLOG OGOS 2011

    Bulan Terang dengan sajaknya PERMATA BAHAGIA. Pembicaraanya mengingatkan kita Setiap oeang punya permata yang perlu dijaga dengan baik, iaitu perlu menjaga kebahagianRukun rumah tangga, atau boleh juga disimbolikkan sebagai iman dalam hati, sealulah kita mengelapkannya agar dia bercahaya setiap masa dengan amalan ya ng soleh dan tanggungjawab yang sebenar keatas keluarga sebagai ibadat juga dikira , terutama di bulan puasa begini. Layak Untuk sayembara seterusnya (SM)

    BalasPadam
  10. SAYEMBARA PUISI ANTARA AHLI CITRA RASA DAN PENJAGA.BLOG OGOS 2011

    Pak Ngat But dengan sajak GELAT TAK INGAT. Pembicaraannya tentang ketawa yang berlebihan ini , selalu membawa padah. Kerana nabi tidak suka gelak besar, cukup sekadar senyum saja. Teruma anak gadis perlu banyak bersopan santun, jaga adat ketimuran kita, nilainya tinggi pada pandangan orang luar. Apa pun,. Maaf kerana ada Persaing dengan isu yang lebih menarik sajak anda terhenti di sini saja (TK)

    BalasPadam
  11. ada ke enjin boat nama johnson?

    BalasPadam
  12. kalau roti john pnh dgr la...

    BalasPadam
  13. aik? ada jgk nama johsnon?

    BalasPadam
  14. mmg motivasi la cerita ni

    BalasPadam
  15. btol org yg gagal x bermaksud gagal selamanya

    BalasPadam
  16. walau gagal dia boleh berjaya jgk?

    BalasPadam
  17. wah! mmg dia x putus asa la...

    BalasPadam
  18. eh! dia bina enjin plak?

    BalasPadam
  19. aik? mcm ni rupanya kisah enjin johson

    BalasPadam
  20. eh! btol ke ni asal usul enjin?

    BalasPadam
  21. wah! trus dia cipta enjin plak?

    BalasPadam
  22. mmg bgus idea dia

    BalasPadam
  23. klu dia x cipta xde la enjin? hehe

    BalasPadam
  24. kretif jgk otak dia cipta enjin

    BalasPadam
  25. ada jgk enjin nama johsnon?

    BalasPadam
  26. huh! enjin pun ada nama?

    BalasPadam
  27. mmg bermotivasi kisah enjin ni

    BalasPadam
  28. klu dia x cipta xde la enjin

    BalasPadam
  29. maaf sibuk sikit lupa ulasan

    BalasPadam
  30. oh mcm ni asal usul enjin jongson ke?

    BalasPadam