Isnin, 1 Ogos 2011

KHUTBAH DI RUMAH IBADAH (2)




sajak utama
 
Ada khutbah di rumah ibadah itu
tapi ada kata-katanya
yang menyerap didalam jiwa
tapi ia kehilangan bahasa
ada juga kata-katanya
berkembang didalam dada
tapi kehilangan warna dan makna
hidup terus berlalu tanpa resah
sungai mengalir arus dalam riaknya
muara menghitung jarak dengan senyap
tapi apa yang sedang
si pencerita itu lantunkan
dalam khutbahnya?

 
Oleh: Emily Osman
ketika tunggu kekasih sy solat jumaat terdengar org berkhutbah 
tp mcm bukan cerita psl agama 29 Julai 2011 1:08 PM



40 ulasan:

  1. SAYEMBARA PUISI PUSINGAN AKHIR JULAI KATEGORI AHLI DAN PJGA. BLOG WANTA CR. 2011

    Sdri Emily Osman dengan sajaknya KHUTBAH DI RUMAH IBADAT. Setelah mendapat sinar cahaya hidayah. Pengucapannya kini melakarkan kisah benar dalam ungapannya yang bersahaja.walaupun kurang puiitis tapi ada daya kreatif mengolah isi cerita atau mesej yang hendak disampaikan. Pembicaraanya tentang satu khutbah yang di dengarinya, mungkin di tambah johor agaknya ada yang faham dan sebaliknya. Kebarangkalian,lewat kebelakangan ini ada khutbah sengaja Diselitkan kebatalan dijadikan kebenaran utk kumpulan tetentu, bila politik diselitnya menjadikan saudara barutambah keliru. Apa pun anda kena banyak berfikir dengan matang mengunakan ilmu bantú yang ada, dan deria hati akan menentukan sesahihan yang sebenarnya buat orang yang beriman. Insyaallah! Syabas! Layak juga sehingga ke penghujung sayebara ini. Sajak anda dibri tempat kedua kategori sajak wanita utama (2)

    BalasPadam
  2. 4.ISRAK DAN MIKRAJ FASA 2 8/7/2010

    KESIMPULANYA;

    Peristiwa israk dan mikraj yang berlaku ke atas nabi Muhamad saw ini satu kenyataan yang tidak boleh kita nafikan kebenaranya sebagai muslim yang (committed) dengan ajaran Islam.

    Semoga dengan cara ini kita tidak tergolong daripa orang-orang yang cuai dan lalai, leka dan hanyut dengan keindahan dunia yang tidak abadi ini, sehinga kita boleh mengabaikan tanggungjawab sebagai khalifah Allah di dunia yang fana ini Amin.

    SEBNARNYA KISAH INI MASIH BANYAK LAGI sewaktu nabi pulang dan orang arab qurais mempertikaikannya, dan berlaku pula berbagai kekecuhan pada pagi itu bila nabi mendakwa dirinya di israk dan di mikrajkan oleh Allah swt. kecuali Abu Bakar sahaja yang berkata BENAR (Wallahuaklam bissawab)

    SELESAI CUMA DISINI POHON BERHENTI.

    Sambung esok

    BalasPadam
  3. KU JALANI

    Kujalani hidupku tanpa kepastian
    Kulewati hariku dengan keraguan
    Mungkin kebaikan juga keburukan
    Mungkin kebahagian juga kesedihan
    Hanya ada ketidaktahuan
    atas kemungkinan dan juga kepastian
    Adalah kejutan dalam hidup
    penuh tantangan apa bisa kurasa
    Kulihat apa yang kujalani
    apa mampu kuraih sembunyikan apa
    Jauh dalam hati dan jiwaku

    Olie Pajutdy
    sajak jiwa2

    BalasPadam
  4. BERSAMA ANGIN

    Bersama angin panas siang ini
    Langkah berkejar dengan daun jatuh
    diantara debu yang menyapa
    Kenangan saat-saat keasingan
    Bersama angin panas siang lalu
    Langkahnya menyusur garis panjang
    tiba waktu tidak menjadi penting
    Bersama angin panas siang nanti
    Berharap masih dikenali
    Mata ramah dengan cahaya hangat
    Mengungkapkan perasaan
    Dan jawab atas tanya

    Diana Sanubari
    sajak simbolik

    BalasPadam
  5. MERINDUKANMU


    lama tak kutemui kau
    di serambi pagi di lembar-lembar tersurat senjakala
    hanya yang terbaca dalam halaman
    bilakah kau akan letih berlari
    duduk kembali di sini
    aku begitu merindukanmu

    Puspa Kamala
    sajak jiwa2

    BalasPadam
  6. ANDAI MASA DATANG

    ketika angin bintang
    menjelma bukan lagi bayang,
    apa yang kau impikan?
    rumah dari semua puisi cinta
    belum sempat kita tuliskan?
    taman bunga dari selaksa rindu
    selama ini pendam kejam?
    tapi karena kita adalah jelata
    akan meruntuhkan singgasana
    mencabut mahkota
    maka jangan banyak berharap
    selain bulan madu di surga.

    Puteri Bunian
    Sajak sinis

    BalasPadam
  7. 1 Ogos 2011 6:53 PM
    SAYEMBARA PUISI ANTARA AHLI CITRA RASA DAN PENJAGA.BLOG OGOS 2011


    Olie Pajutdy dengan sajaknya KU JALANI, Adik beradik ke dengan Majudy palera?Seorang penulis di serawak tahun lapan puluhan? .Kami cuma menyentuh isi atauMaksudnya sahaja.dalam kehidupan kita ini, sesiapa pun tidak dapat menentukan masa yang akan dilaluinyam sama seperti tidak mengetahui hari kematiannya.sekadar kita boleh berusaha dan menunggu keputusannya. Apa pun kita sekadar berdoa dan berikhtiar itu sahaja. kisah biasa orang muda (TK)

    BalasPadam
  8. SAYEMBARA PUISI ANTARA AHLI CITRA RASA DAN PENJAGA.BLOG OGOS 2011


    Diana Sanubari bersama sajaknya BERSAMA ANGIN Pembicaraannya tentang hal semasa atau kebarangkalian. Mungkin ada angin yang baik atau sebaliknya. teringat akan cerita angin panas bersama daun dan debu , semuanya kini bukan lagi cerita penting.. Apa pun kita perlu lalui garis yang masih panjang, Semoga segala bertanyaan akan terjawab dengan sendirinya dimanakah berlaku rasa kecelaruan minda kebenarannya. (SM)

    BalasPadam
  9. SAYEMBARA PUISI ANTARA AHLI CITRA RASA DAN PENJAGA.BLOG OGOS 2011


    Puspa Kamala dengan sajak MERINDUKANMU . pembicaraan tentan orang yang dirindu, Mungkin lama takjumpa sekadar berjumpa di halaman facebok . bila agaknya punya masa yang baik atau waktu lapang untuk bersua, selain dengan tugas yang sebuk dan membebankan sehingga tidak punya ruang untuk bersua. Bicara biasa kisah orang muda. (TK)

    BalasPadam
  10. SAYEMBARA PUISI ANTARA AHLI CITRA RASA DAN PENJAGA.BLOG OGOS 2011


    Puteri Bunian dengan sajak ANDAI MASA DATANG. Pembicraan sekadar sinis pada pihak tertentu yang mungkin jika berjaya untuk mimpi mabuk kuasa. Kini belum sempat berkuasa. Sudah mula menabur janji, dengan mencabar untuk meruntuhkan singgasana dan mencabutkan mahkota baginda. Kini jangan banyak mengharap sangat, sehingga boleh berbulan madu di surga.Namun kini ternyata yang untung syaitan yang bercadang naik diangkasa bersama roketnya. (SM)

    BalasPadam
  11. btol2 terjadi ke israk mikraj atau hanya imaginasi en nuri?

    BalasPadam
  12. ingatkan israk mikraj en nuri reka2 mcm cerita kembar seiras jgk

    BalasPadam
  13. mcm mana en nuri thu psl israk mikraj ni?

    BalasPadam
  14. xnk percaya xpe ke psl irak mikraj ni sbb sy baca mcm x logik je

    BalasPadam
  15. semoga kita bermuhasabah diri bila baca israk mikraj en nuri ni

    BalasPadam
  16. sama2 ingat mengingati lps baca istrak mikraj ni

    BalasPadam
  17. btol tu kdg2 manusia lalai dgn keindahan dunia

    BalasPadam
  18. walau langsung x phm israk mikraj ni dan mcm x logik saja cerita ni tp sy percaya jgk

    BalasPadam
  19. aik! emily osman pun dgr khutbah jgk ke?

    BalasPadam
  20. sama la mcm sy kdg2 en sanusi solat jumaat sy kena tunggu dlm kereta kdg2 tu terdengar jgk khutbah kt sini byk hentam kerajaan saja

    BalasPadam
  21. kt singapore ada khutbah jumaat ke?

    BalasPadam
  22. lupa nak beritahu nnt org ingat sy dgr khutbah kt singapore sy dgr di tambak johor saja msa tu bkn di singapore

    BalasPadam
  23. aik! sajak psl khutabah plak patutlah pun

    BalasPadam
  24. selalu khutbah jumaat klu ana x ada msti ada org yg mengantikan ana cerita psl anuar di fitnah kdg2 sakit hati jgk

    BalasPadam
  25. skrg khutbah jumaat xboleh pakai asyik cerita psl politik je!

    BalasPadam
  26. kt penang lagi la setiap minggu msti ada psl anuar di fitnah! adoi.. pening kepala

    BalasPadam
  27. skrg byk org gunakan khutbah jumaat selitkan politik!

    BalasPadam
  28. selalu pembangkang mmg ambik kesempatan masa kat shutbah la

    BalasPadam
  29. kt teluk kumbar lagi la selalu sgt khutbah psl politik org yg baca khutbah tu pun org pembangkang rasanya

    BalasPadam
  30. pelik dgn org skrg ni khutbah pun nk selitkan politik?

    BalasPadam
  31. byk tok imam suka pergunakan khutbah utk politik kotor

    BalasPadam
  32. best la israk mikraj ni ada lagi x?

    BalasPadam
  33. seronok baca israk mikraj rasa insaf seketika

    BalasPadam
  34. byk pengajaran dalam israk mikraj ni

    BalasPadam
  35. sama2 kita hayati israk mikraj ni

    BalasPadam
  36. perkongsian yg menarik israk mikraj ni

    BalasPadam
  37. cerita israk makiraj ini tidak hairan kalau ada orang bukan agama islam tidak percaya, keana pada zaman nabi mhamad saw dahulu pun rang-orang arab qurais bangsa dan
    keturunan nabi sediri pun tak percaya.

    Malah temaksuk bapa sadaranya seiri abu jahal dan abu lahab. Apapun kita yang tuhan beri hidayah akan terus membacanya untuk jangan lupa dan
    melupainya, sebagai panduan dalam hidup seharian,

    BalasPadam
  38. Dan yang anihnya Mr, ravi pula yang percaya walaupun dia bukan muslim lagi. Biasanya orang yang percaya ini ,mereka mendapat hidayah daripada allah swt.


    Dia India pun beribu ada orang India
    muslim , mereka lebih pandai dan faham dari en nuri tentang ceita
    israk makiraj ini. Amin.

    Dalam islam tidak ada paksaan.
    tiap orang berhak berpegang pada
    agama mereka masing-masing. Okey!

    BalasPadam
  39. jika kamu puasa esok , hari ini sudah bercadang untuk makan kari kepala ikan.maka jadilah puasa
    kamu itu ,puasa kari kepala ikan.

    BalasPadam
  40. jika kamu rasa hari dalam bualan puasa, sama saja dengan hari-hari
    sebelumnya. masih juga ingin mahu
    melakukan perkara maksiat. tabiat hariannya.

    Nescaya iblis dan syaitan telah pun setkan kepala kamu dengan tabiat
    lama untuk kamu lakukan dalam bulan puasa. sedangkan iblis dan syaitan telah terikat.

    BalasPadam