Isnin, 1 Ogos 2011

ENGKAU BAGAIKAN BEBUNGA LIAR (1)




sajak terutama

Engkau bagaikan bebunga liar
tumbuh di puncak kesunyian
terjerat dalam jaring kesangsian
dan kisah tentang laut dalam
resah tertahan dimatamu
jalan setapak terasa dingin
dedaun luruh rindukan tangkainya
muara didasar lembah kepedihan
melukis keindahan dilengkung pelangi
mestikah hanya dibawah
bebunga liar tumbuh kembang tidak terjaga.

 
Oleh: Nurul Syahirah
sajak bersimbolikkan pada fantasi/ 29 Julai 2011 1:01 PM



40 ulasan:

  1. SAYEMBARA PUISI PUSINGAN AKHIR JULAI KATEGORI AHLI DAN PJGA. BLOG WANTA CR. 2011

    Nurul Syahirah dengan sajak fantasinya ENGKAU BAGAIKAN BEBUNGA LIAR. Pengucapannya agak kabur atau sengaja diolah menjadi sukar menangkap maksud,agar pembaca berfikir, walaupun ada daya kreatif dan puitisnya pada tiap ungapan dan baitnya.. ternyata ada maana tersendiri Gambaranya juga sengaja dikaburkan .pembicaraan isi cerita sengaja disimbolikan pada fantasi. Cuma andaian saja, kebarangkalian mungkin kisah gadis yang inginkan mencari kebebasan dalam kehidupan, lalu ia melakukan apa saja.sehingga menjangkau pekara yang luara batasan.cuma adat, agama dan undang-undang yang jadi penghalangnya.jika mereka lakukan juga , masyarakat tidak akan menerimanya dan jadilah mereka kelas bawahan yang hina dan liar bagaikan bebunga hutan yang kembang terbiar dan tidak terjaga. Syabas! anda layak dinobatkan sebagai Sajak kategori wanita tempat yang terutama (1)

    BalasPadam
  2. CERITA DONGING RAKYAT SEDUNIA DARI NEGARA PAKISTAN . SELASA 26HBJUNE 2011 CITRA BERTAJUK: SYAHIR DAN SYAKIR ( KEMBAR SEIRAS) DITULIS DAN DICERITAKAN SEMULA SECARA BEBAS OLEH: NURIMANJA
    ______________________________________________________________________

    Siri Ke duapuluh dua


    DALAM kejutan demi kejutan mendengar pemaisuri anai-anai atau kalkatu merupakan binatang kecil melata dan iitek angsa berbulu emas boleh berkata-kata , Putra Wira Syakir menjadikan serba salah ada perkra yang telah saudara sulungnya melanggar peraturan dan syarat yang telah dikenakan.

    Hatinya kian berdebar-debar. Kali ini dia perlu berhati-hati. Dalam kekalutan dia berfikir tetiba kudanya yang bersusah payah meliwati dicelah batu dan curam, menjajadikan pergerakannya pelahan. Terasa pula keletehan menguasai tubuhnya.
    Putra Wira Syakir dan kudanya berhenti berehat seketika di sebelah rumpun pokok bunga golwakawali, sewaktu dia turun dari kudanya. keadaan sekeliling terasa semacam berubah menjadi kebun bunga yang banyak bunga-bungaannya. Sekali lagi kuda kesayangannya terkejut dan memekek rasa kehairanannya itu.

    Putra Wira Syakir terasa benar-benar berada di sebuah tanam yang belum pernah ditemui selama ini. Wah begitu aneh ada taman pula di puncak gunung Mentra Alam ini. bisek hati kecilnya. Dia melihat ada berbagai pokok bunga yang sdang berkembang dan harum baunya. Semakin lama semakin bertambah pula pokok bunga itu datang mengelilinginya.

    Sehingga bau keharumannya menguasai seluruh tubuh menjadikan dia susah hendak menapas dan bergerak pula. Beberapa ratus ekor lebah sedang giat menyedut madu dari kelopak bunga-bunga yang sedang berkembang mekar dan segar itu.

    Kerana terlalu sesak dan sukar untuk bergerak dan bernafas kerana bau keharumannya itu Putra Wira Syakircuma tersenyum. Tetapi dalam banyak bunga itu ada yang semacam terpotong dan terkulai layu nampaknya.

    Melihat keadaan itu Putra Wira Syakir dan kuda kesayangan menjadi bertambah hairan dan mengerunkan akan kejadian aneh itu. Tetiba mereka terdengar pula satu suara dari celah rimbunan pokok-pokok bunga itu seperti marah saja bunyinya:

    BERSAMBUNG

    BalasPadam
  3. aik! syakir kena marah plak ke?

    BalasPadam
  4. syakir dah lalui semua sekali ke?

    BalasPadam
  5. eh! apa yg di lalui org syakir kali ni

    BalasPadam
  6. syakir pun kena marah jgk ke?

    BalasPadam
  7. apa cerita dgn abang dia mati ke?

    BalasPadam
  8. anai2 plak dia jmpa kali ni

    BalasPadam
  9. eh! ad lagi ke dia jmpa lps ni?

    BalasPadam
  10. anai2 plak dia jmpa kali ni

    BalasPadam
  11. ada suara plak celah semak?

    BalasPadam
  12. golkawali plak pelik nama?

    BalasPadam
  13. wah! bau wangi pun syakir x tahan ke?

    BalasPadam
  14. bau wangi plak syakir lalui?

    BalasPadam
  15. dia ada kat surga ke cantik taman tu

    BalasPadam
  16. aik! susah nak bernafas sbb wangi ke?

    BalasPadam
  17. syakir senyum je?

    BalasPadam
  18. dorg bagi tugasan x kat syakir nnt

    BalasPadam
  19. ada ke tugasan kat syakir nnt

    BalasPadam
  20. wah! dia gagah jgk nak naik atas bukit tu

    BalasPadam
  21. eh! apa cerita sgn syakir nnt

    BalasPadam
  22. kuda dia pun gagah jgk nak naik ke?

    BalasPadam
  23. panjang lagi ke cte syakir ni

    BalasPadam
  24. sajak psl pmpuan yg dh rosak ke?

    BalasPadam
  25. bunga tu perumpamaan perempuan ke?

    BalasPadam
  26. sajak psl pmpuan sundal ke nurul syahirah?

    BalasPadam
  27. sajak syahirah ke yg sepatutnya menang

    BalasPadam
  28. sian syahirah spetutnya sajak dia yg menang

    BalasPadam
  29. bunga liar tu pempuan liar ke?

    BalasPadam
  30. menarik jgk cerita ni semakin mencabar

    BalasPadam
  31. HINGGA

    hingga kau hentikan jantung
    pikiran saling berlari kencang
    angin berhembus selatan ke utara
    satu nyawa dilanda resah
    daun kembali menari bimbang
    seperti rindu tak pernah berhenti
    melebihi bunyi nyaring kemarin….
    sekarang kau mengukur jarak
    angin semakin mendesah kencang dalam hembus derai gerimis
    hingga kau hentikan langkahku kini…

    Abang
    sajak simbolik

    BalasPadam
  32. EKSPIDISI

    Ekspdisi menjelajahi dunia
    di luar batas logika
    berdasarkan peta tertera
    di ujung tiap lidah
    meliputi rahsia kuno
    abadi kian tersimpan
    tertanya selagi kudaki
    akankah ku menjumpai anekafenomena,
    meski kuketahui alasan
    segala ini kadang liar
    tetap tidak tertapak sebelum pulang
    biar aku petik mimpi
    dari pengalaman fana ini

    Sohibul Wakdiamin
    sajak simbolik dari bulan 5 tersimpan sbb dulu puak qulbai

    BalasPadam
  33. MELIHATNYA

    pada bunga aku berkata
    kemarin mataku menangkap
    sebuah bayang bidadari
    disinari mentari walau bukan pagi
    dadaku menahan sesak jantung getar
    kalau aku telah terperangkap
    diantara hutan kini kulukis
    sebuah gambaran maya
    kuberi mentari padanya
    kutambahkan bintang di matanya
    sambil kuberi warna keindahan disetiap sudut hati namun
    hanya bisa dalam dinding hatiku
    menunggu seseorang buka melihat

    Asyar Mujid
    sajak jiwa2

    BalasPadam
  34. CINTA SESESAKIT INI

    apa cinta sesakit ini?
    saat hilang perlahan
    kaupun menghilang
    dalam rindu tak berujung
    benci mulai hadir
    kucubamencari jejak dalam kesunyian
    tapi cuma bekas luka tertinggal
    saat dilupakan rindumu mulai pudar
    tak lagi kudengar kata sayang
    tak lagi kulihat senyum manis
    harus semua tinggal kenangan?
    kenangan terasa pahit mengingatnya

    Jupri Helmi
    sajak cinta

    BalasPadam
  35. SAYEMBARA PUISI ANTARA AHLI CITRA RASA DAN PENJAGA.BLOG OGOS 2011


    Abang dengan sajaknya SEHINGGA . Kini membicarakan tentang simbolik pada kehidupan yang agak mencelarukan minda. Apa-apa pun dalam kehidupan kita masa menentukannya. Kita sebagai manusia akan tetap terus menjalani kehidupan di atas jalan yang luru dan benar.selagi nafas belum berhenti. Layak untuk sayembara setrusnya. (SM)

    BalasPadam
  36. SAYEMBARA PUISI ANTARA AHLI CITRA RASA DAN PENJAGA.BLOG OGOS 2011


    Soibul Wakdiamin budak yang baru sedar dari kecelaruan minda yang melandanya dahulu.Tuhan masih sayang pada anda diatas sesuatu yang benar dan nyata.(bukan indviu tetapi sejarah yang mnceritakan keadaan) tajuk sajak meneraik EKSPIDISI . Begitulah keadaannya bila kita berjalan dan menyelajah dengan minda yang luluhur, bukan dengan rahsia kono atau fahaman yang memutar belitkan keadaanya dengan mengujudkan berbagai fenomena yang mengharu birukan keadaan fana ini. Mana mungkin manusia boleh pulang dengan aman dan diredhai Allah untuk masuk ke dalam syuganya. Layak untuk sayembara seterusnya. (SM)

    BalasPadam
  37. SAYEMBARA PUISI ANTARA AHLI CITRA RASA DAN PENJAGA.BLOG OGOS 2011


    Asyar Mujid dengan sajaknya yang masih berminat dengan jiwa-jiwa , lalu mengutarakan sajak bertajuk;MELIHATNYA. Sajak ini jika diolah dengan dua pengertian lebih berjaya , kerana aya kreatif an puitisnya udah ada, mmandangkan pada tajuknya bolh buat dua pengertian, satu pada ketuhannan dan satu lagi buat orang yang dipuja. Apa pun usaha lagi (TK)

    BalasPadam
  38. SAYEMBARA PUISI ANTARA AHLI CITRA RASA DAN PENJAGA.BLOG OGOS 2011


    Jupri Helmi kawan baik jalal selmat bepuasa, hikmahnya melatih kita jadi leluhur di tempat tersembunyi dan nyata.sajak anda kali ini bertajuk; CINTASESAKIT INI. Sajak ini juga boleh menghidupakan jika di slitkan dengan simbolik pada ketuhanan. Kerana cinta yang abadi kepadaNya bukan sesama makhluk yang Cuma sementara di dunia fana ini. Apa pun kini ada sudah ada rasa kemampuan mencipta saja dengan gayanya yang tersendiri.usala lagi (TK)

    BalasPadam
  39. sesiapa yang berpuasa dengan niat mendapat mengampunan dari allah swt.
    Allah akan mengampun dosanya seperti
    seperti kanak-kanak baru lahir

    BalasPadam
  40. sesiapa yang mendengar ceramah dalam bulan puasa, satu langkah sama dengan setahun perjalan ganjaran pahalanya.

    BalasPadam