Sabtu, 2 Julai 2011

USTAZ DENGAN KULIAH



 buat mereka yang mengerti


Terlalu banyak ustaz berceramah
terlalu banyak pula kuliah dibuka
sehingga setiap waktu lepas solat
kesanya bagaikan air di daun keladi

Saban waktu ustaz mengucap seru
sehingga berbuih mulut berdakwah
memberi  pesanan dan amanah Allah
hidup jangan terjerumuh di jalan salah

Tetapi kuliah ini tidak menjadi
tidak berkesan dan memberi arti
bertamabh ustaz memberi tazkirah
semakin banyak kerja onar dan mungkar.

Dimanakah silapnya kita sebenar?
atau ceramah diberi tidak ikhlas
terlalu banyak memutar belit fakta
menjadikan pandangan tidak bermoral


Oleh: Nuimanja,
Catatan petang hari/ 27/6/2011.
bila matahari kian merangkak ke hujung senja.




30 ulasan:

  1. ULASAN :

    Mulai hari ini sajaka- sajak lagenda en nuri kali ini tidak dibenarkan warga blog Cr mengulasnya.
    Cuma buat ahli dan P/blog Cr sahaja diminta atau dibenarkan mengulasnya. Harap maklum.Terima kasih!


    semua sajak berunsur atau tema agama dan ketuhannan.Dalam pembentukkan insan yang berakhlak mulia
    dan boleh diharapankan membina negara masa depan..


    (en nuri)

    BalasPadam
  2. ISRAK DAN MIKRAJ SIRI 4 TARIKH 18/6/2010


    SEBELUM BERLAKU?

    HADIS RIWAYAT BUKHARI pada malam kejadian itu nabi sedang tidur di masjidil-Haram bersama Hamzah dan sepupuna Jaafar bin Abu Talib.lalu nabi idatangi malaikat Jibrail dan Mikail mengangat nabi dibawa ketepi elaga zam-zam, lalu dibedah dari leher ke perutya, dikeluarkan hati diberih dengan air telaga zam-zam.kemudian dimasukan , Ilmu, hikmah dan iman.lalu ditutup semula tanpa meninggalkan kesan,
    kemudian dicop pada belkatnya tanda kenabian.Semuanya dengan izin Allah SWT. an sempurna.

    Sebnarnya ada hikmah, hati merupakan raja segala angota,bagi orang muslim meti berikan hati daripad sifat keji ini, seperti dengki, khianat, tamak, angkuh, sombong an sebagainya.unuk itu kita patutlah mengambil sikap ikhlas, bersih hati,cekal dan sejahtera agar mudah menerima ilmu.

    Setelah selesai semua itu, nabi dibawa menaiki seekor BORAQ dari syuga bergerak pantas seprti kilat. semuanya dengan kuasa Qudrat dan Iradat Allah swt.kerana dialah yang Maha berkuasa.Apakah pengajaran yang perlu kita ambil.Kalau kita hendak berjalan jauh perlulah mengunakan sebuah keinderaan yang baik dan sempurna.

    Begitu juga penajaran di atas tentang HATI; contoh jka seorang panglima perang berperang bukan kerana kekuatannya, ttapi kerana keiklasan hatinya mempertahankan nagara, bangsa dan agamanya.

    Begitu juga seorang Dermawan menderma bukan untuk menunjukkan banyak hatanya, ttapi ikhlas hendak membantu kerana Allah kepada saseoran. Begitu juga Tok Khatib yang membaca khutah bukan kerana kelantangan khutebahnya di atas mimbar untuk mendapat pujian makmum, tetapi kerada Allah menyeru untuk kebaikan semua makmun dan dirinya juga. Amin

    Bersambung esok!

    BalasPadam
  3. HADAPI KENYATAAN

    tentang bualan pengorbanan
    tak pernah tulus dipinta
    tentang buaian kasih-sayang
    selalu pupus oleh harapan
    karena kita hanyalah manusia
    hanya di bibir di kata
    yang digulung waktu
    karena umur berakhir
    tidak mestinya lebur
    bersama laut yang tenggelam
    buang kata buang puisi buang mimpi
    hadapi kenyataan

    Jeffry
    sajak simbolik

    BalasPadam
  4. SI ULAT TIKET

    Salah satu sumber penghasilan
    menghasilkan banyak wang
    Memanfaatkan kesusahan orang
    Yang susah untuk pulang ke kampung
    Hampir di setiap pelabuhan
    Memborong hampir semua tiket
    membuat calon penumpang panik
    terpaksa harus membeli
    Meski dengan harga sangat tinggi
    Tapi si ulat tak peduli
    penting dapat wang untung besar
    Tak peduli ada larangan
    bagi mereka hanya tulisan

    Srikandi Juwita
    sajak isu semasa

    BalasPadam
  5. DITEPIAN GUA

    Menyusuri jejak kaki di tepian gua
    Jejak berkelok jauh ke hujung air
    Kepak camar laut tak kuhiraukan
    Hasrat begitu kuat
    Jejak menghilang di hujung jari
    Pergi ke air sepi terbit kembali
    Sendiri pecahan air
    Desiran angin mentari

    Puteri Bunian
    sajak alam sekitar

    BalasPadam
  6. SEGALA-GALANYA

    Manusia lahir dengan kebijaksanaan
    Kadang sebuah pilihan
    menjadi sulit untuk ditentukan
    Bukan pilihan baik untuk ditentukan
    Tapi pilihan terakhir paling sukar
    Jalan pintas bukan berarti kematian
    Jalan pintas adalah kesesatan
    Pilihan sulit bagi kita
    Tapi tidak bagi mereka,
    kehormatan bukan segalanya
    hanyalah keturunan yang kekal

    Jalal Rafzee
    sajak sinis

    BalasPadam
  7. wah! nabi kena bedah x sakit ke?

    BalasPadam
  8. aik! walaupun dibedah xde parut ke?

    BalasPadam
  9. xkn bedah pakai tangan x hantar hospital ke?

    BalasPadam
  10. byk pengajaran jgk cerita ni

    BalasPadam
  11. ana cadang nak ambik israk mikraj ni nk baca khutbah tp dulu boleh la skrg kami diberi taks jd x boleh ambil dh

    BalasPadam
  12. menarik jgk kisah nabi ni

    BalasPadam
  13. dia bedah pakai tangan boleh plak?

    BalasPadam
  14. x akit ke nabi masa tu?

    BalasPadam
  15. ingatkan dia pakai ubat bius rupanya xde..

    BalasPadam
  16. eh! dh bedah hidup balik plak?

    BalasPadam
  17. rupanya nabi dibedah dulu

    BalasPadam
  18. ingatkan ia bedah cara ghaib

    BalasPadam
  19. lps bedah ada chop plak? mmg pelik

    BalasPadam
  20. kisah benar ke en nuri psl bedah ni?

    BalasPadam
  21. mcm mana la nabi rasa kena bedah

    BalasPadam
  22. mmg untung nabi dh bedah di basuh dgn ai zam zam plak?

    BalasPadam
  23. en nuri tipu ke ni? sbb mana org kena bedah hidup balik

    BalasPadam
  24. sambung lagi best jgk kisah nabi ni

    BalasPadam
  25. eh! mcm mana la perjalanan nabi naik boraq nnt

    BalasPadam
  26. SAYEMBARA PUISI PUSINGAN KE2 JUN 2011 DIANTARA AHLI CR./DAN P/BLOG

    Sajak bertajuk HADAPI KENYATAAN oleh Jaffry kedai dua. tepi masjid.warung kopi ramai orang waktu petang. Pengucapannya bersimbolikkan pada situasi keadaan setempat n sekeliling nya apa yang dilihat dan dipandang. Crita yang berbau politik cakap yang sering memutar fakta.
    Menegak sesuatu yang Cuma bersandarkan pada agama. Tetapi pada realitinya tidak satu pun nampak terlaksana.Cakap tidak serupa bikin. Apa pun hadapilah kenyataan yang sebenar, siapa yang lebih berjaya dan mampu memberi kemakmuran kepada rakyat. Layak untuk sayembara seterusnya.(SM)

    BalasPadam
  27. SAYEMBARA PUISI PUSINGAN KE2 JUN 2011 DIANTARA AHLI CR./DAN P/BLOG


    Sajak SI ULAT TIKET oleh Srikandi Juwita. Pengucapan biasa dalam kehidup bila pulang raya.
    Si penipuan akan mencari mangsa. Sajak lama agaknya. Penceritaan dan maksud mudah ditangkap. Apa pun ada kemampuan Anda kalau ingin menjadi penulis pencatat berita. Maaf cuma di sini sahaja, usaha lagi dengan sajak yang lebih kreatif dan puitis lagi. Terpaksa berhenti (TK)

    BalasPadam
  28. SAYEMBARA PUISI PUSINGAN KE2 JUN 2011 DIANTARA AHLI CR./DAN P/BLOG

    Puteri Bunian sajak bertajuk DI TEPIAN GUA: Pembicaraan biasa mlawat ke tepian gua.Melihata alam sekitar, menilai kejadian tuhan. Melihat camar dan mendengar deseran anginbersama pecahan air dan menekmati sepi. Maksud dan pengucapannya terlalu biasa. Masih perlu berusaha lagi dengan menulis catatan eindahan alam.Maaf usaha lagi lain kali. Cuma disini terpaksa berhenti (TK)

    BalasPadam
  29. SAYEMBARA PUISI PUSINGAN KE2 JUN 2011 DIANTARA AHLI CR./DAN P/BLOG


    Sajak En Jalal Rafzee bertajuk SEGALANYA bukan sajak ciptaan tunang? Pengucapannya Ada daya kreatif bermain dengan ungapan kata dan boleh diterima. Penceritaan membawa makana dua tangapan dan andaian. Satu mungkin memilih jodoh , keduanya ada juga berbau politik semasa. Sinis pada sesiapa saja yang mahu buat pemilihan demi masa depan atau pun mengekal keturunan parti yang bersifat kekeluargaan. Bukan nilai kehormatan. Apa pun terpuang pada fikiran anda.Sajak ini layak untuk sayembara seterusnya (SM)

    BalasPadam