Isnin, 4 Julai 2011

PENGEMBARA DAN AWAN



sajak pilihan warga Cr.

Belum lagi jemu
mengintai celahan awan,
jangan sampai awan
lebur dihembus angin.
pengembara memujuk awan
berlari redup lindungnya
daripada kejamnya
ultra ungu dan rumah hijau
menggigit setiap inci kulit

aku rayu awan
kirimkan titis-titis hujan
buat kau redakan amarah alam
supaya kau sentiasa nyaman
terlukis senyuman di wajahmu
jadi belahan jiwa angan-angan
yang tak pasti penghujungnya.

 
Oleh: Adi Cana
Sarawak/2010 Jun 13 16:09




30 ulasan:

  1. ULASAN:

    Sajak ini telah hilang ulasannya. Mungkin dulu telah
    diulas oleh en nuri.Apa pun sila buat ulasan sajak ini.

    BalasPadam
  2. CERITA DONGING RAKYAT SEDUNIA DARI NEGARA PAKISTAN . SELASA 26HBJUNE 2011 CITRA BERTAJUK: SYAHIR DAN SYAKIR ( KEMBAR SEIRAS) DITULIS DAN DICERITAKAN SEMULA SECARA BEBAS OLEH: NURIMANJA
    ______________________________________________________________________

    Siri Ke sembilan.


    Berbahgialah Putra yakir dengan Tuan Puteri dan Dan Kasturi sebagai pangsan suami isteri diberi gelaran kebesaran ke bawah duli banginda di negeri sunyi sepi kepada negeri yang kini gegak gempita. Begitulah suasana rasa kegembiraan yang diterima bagi puteri dan putra kesayangan baginda sultan Dan Dan Badrolshah.
    Kini sang ular sawa batik jawa sahabat jelmaan pun amat terasa bahagia kerana jasa dan budi Putra Syakir telah pun dapat dibalas. Dia berkira untuk pulang kembali ke lembah paya tempat kediamannya untuk menemui anak isterinya yang tercinta.

    Maka tinggalah sahabat jelamaanya sang katak mondok masih terharu dan termanggu untuk membalas Jasa dan budi Putra Syakir yang belum lagi terbalas olehnya. Dengan lenangan air mata dia terpaksa melepaskan sahabatnya jelmaannya ular sawa batik jawa, pergi dengan rela hati.

    Setelah berapa purnama tinggal di istana tuan puteri itu bersama Putera Syakir , sang katak mondok jelmaan tetap menjadi hamba kepada keduanya, malah diberi kuasa ketua pengawal kepada pengawai dan dayang-dayang di istana itu dibawah jagannya.

    Satu hari yang tidak i duga semasa tuan Putri Dan Dan kasturi bermain di tepian telaga tua di istana itu. Tetiba cincin kesayangan pemberian neneknda nya yang telah lama mangkat terjatuh di dalam telaga tua yang berusia ratusan tahun lamannya.

    Berita ini telah dikabarkan kepada putera Syakir yang baru sahaja pulang dengan sang katak mondok jelmaanya. Dalam keadaan yang amat sedih dan pilu nampaknya jelas wajah tuan puteri bermuram durja. Sehingga enggan makan dan minum Cuma mengalirkan air mata.

    Putra Syakir menjadi seba salah dengan masalah keadaan ini. Dia termenung sejenak untuk memikirkannya bagaimana cara untuk mendapatkan kembali cincin permata warna jinga kesayangan tuan Puteri Dan Dan kasturi isterinya itu.

    Sepanjang malam dia memkirkan, sehingga tidak dapat tidur, mundar mader di luar istana . keadaan ini diperhatikan oleh sahabat jelmaanya. akhirnya sang katak mondo memberi jaminan.

    “jangan bersedih Putra Syakir, malam ini juga hamba akan terjun ke dalam telaga tua berusia ratusan tahun lamanya itu, untuk mencari cincin kesayangan tuan Putri Dan Dan Kasturi itu,”. Kata sang katak mondok sahabat jelmaanya itu.

    BERSAMBUNG.

    BalasPadam
  3. APA DIMILIKI SEKARANG TAK GUNA

    Apa kita miliki sekarang?
    Dari negeri kaya raya ini
    hanya dapat dilihat didengar
    Namun tak dirasakan dinikmati
    kalau isi laut dijarah
    pasir laut dikeruk
    sumber mineral dieksploitasi
    logam mulia diambil semua
    hutan rimba ditebang
    harga diri kita terkoyak
    kedaulatan tak dihargai
    Semua kekayaan kita di rampas

    Ustaz Zulkarnain
    sajak peringatan

    BalasPadam
  4. LAMPU USANG TUA

    lampu tua itu masih menyala
    masih mampu menerangi kegelapan
    nyalaan masih tetap sama
    masih kekal sejak berabad
    ingatan bersama masih kekal utuh
    sewaktu meniti titian kedewasaan
    sinaranmu jelas menunjuk jalan
    arah tujuan jelas di hadapan
    walau terpalit jelaga hitam
    masih tetap jua bersinar terang
    walau dimamah usia
    dikau tetap jua berbakti
    tetap memberi sinar petunjuk
    pada insan memerlukan
    pada anak bangsa tercinta
    pada yang dahaga ilmu

    nahul Hidza
    sajak simbolik

    BalasPadam
  5. MICHAEL JACKSON

    terkenang michael jackson
    raja pop dunia tiada galang ganti
    punya bakat semulajadi
    hebat menari punya gaya tersendiri
    gaya moonlight tersohor
    mengapa dikenang michael jackson
    tiada salah cuma teringat
    sekadar ingatan mainan
    berlalu di angin lalu
    baik ingatkan muhammad ada fadilat
    insan agung manusia paling hebat
    punya kuasa syafaat
    semua mahukan syafaatnya
    buat lepas api neraka
    ingatilah sepanjang masa
    bukan sekadar di bibir
    hayati segala amalnya sunnahnya
    ikut segala ajarannya
    pasti sejahtera hidup
    kerana dia kekasih Allah
    dia sayangkan kita semua
    kita ummat Muhammad

    Datuk Borhan
    sajak nasihat

    BalasPadam
  6. LANTERA

    Sebuah Lentera pagi ini
    kusambut dengan enggan,
    dengan mataku malas,
    nafas-nafas kelelahan.
    epada matahari aku hanya berkedip
    menunduk malas karena tak kujumpai
    lagi sebuah lentera,
    karena sebuah terang besar,
    seringkali menindas dan melupakan darimana aku beranjak
    mencari hidup bara kecintaan ini.

    haji khali
    sajak simbolik

    BalasPadam
  7. MUNGKIN AKU HARUS PULANG

    Mungkin aku harus pulang,
    pagi senja yang kutinggalkan
    dikelopak kamboja nisan kecemasanku
    Mungkin aku harus pulang,
    rinduku bercengkerama dengan hujan
    mencari segala sunyi
    Aku tetap akan pulang
    isi lembayung dikamar kerinduanmu
    pulang seorang diri
    saat senja itu datang lagi
    saat kelopak kamboja mekar
    ketika hujan mengajakku bercanda
    dipangkuan cemas resah sesungguhnya
    Hidup adalah kepulangan
    aku kan segera pulang

    Mat Noh
    sajak simbolik

    BalasPadam
  8. SYAIR MATI

    syair mati di tengah malam
    entah tertidur entah binasa
    tapi gelombang sunyi
    malam ini menyisakan luka
    dari memori malam
    di bawah remang bulan
    di atas gemerisik rumput bernyanyi
    daun pohon kemboja juga bernyanyi
    seakan tak pernah terjamah
    ini malam sama malam itu

    nasruq haqq
    bukan sajak sy pinjam sajak ayah di kampung

    BalasPadam
  9. PESTA

    rasa bodoh menikam hati,
    tanpa menyadari hati nurani,
    butakan nafsu biadap
    tak menyedari akhir kebusukan jiwa
    hasutan mulut mula rasa penyesalan
    kesucian terbayar omong kosong
    janji busuk melakukan biadap
    dunia ini penuh orang kecundang
    keberanian diri lupakan tuhan,
    tanpa hati suci neraka dekati diri
    berpesta hancurkan kedaulatan
    berpesta dalam kehancuran
    biadap nafsu tak berhati telus

    Lukiee
    sajak utk org yg nk menganjur perhimpuan haram!

    BalasPadam
  10. SAYEMBARA PUISI PUSINGAN KE3 JUN 2011 DIANTARA AHLI CR./DAN P/BLOG


    Sajak peringatan dari Ustaz Zulkarnain yang bertajuk : APA DIMILIK SEKARANG TAK GUNA. Pembicaraanya isu semasa ada berbau politik dan sinis tajam juga. Kita melihat di luar negara berapa banyak negara yang kaya raya akan musnah dan hancur jadinya. Begitu juga dengan negara kita bila pihak luar dan berkuasa besar masuk campur .Apa yang kita miliki pasti tidak berguna lagi. Layak untuk sajak seterusnya (SM)

    BalasPadam
  11. SAYEMBARA PUISI PUSINGAN KE3 JUN 2011 DIANTARA AHLI CR./DAN P/BLOG

    Sajak bersimbolikkan LAMPU USANG DAN TUAoleh Sdra Nahul Hidza . Pembicaraanya dan pengucapannya punya daya kreatif dan puitis. Tema mengenangkan jasa sebuah lampu usang tua.Kisah mungkin lampu dijlanan yang telah lama memberi perkhidmatan , sama seperti seoarng tua yang banyak bjasa, tetapi jarang ada orang yang pernah menilai akan jasa dan baktinya selama ini. Ini hati dan citarasa seorang penulis yang ingin jadi penyair,merakam seuatu yang luar jangkaan orang biasa, Layak untuk sayembara seterusnya.(SM)

    BalasPadam
  12. SAYEMBARA PUISI PUSINGAN KE3 JUN 2011 DIANTARA AHLI CR./DAN P/BLOG

    Datuk Borhan dengan sajaknya MICHAEL JACKSON .Pembicaraannya menisahkan dengan sinis akan keadaan anak muda dulu.(mungkin sajak lama) tgilakan gaya eorang bintang yang Agak ganjil seribu dalam satu dengan tarian dan nyanyiannya .(kini mendiang) Tetapi ada lebih baiklagi ingatkan seorang nabi Mhamad saw yang membawa safaat kepada kita dihari akhirat.Tema nasihat dan peringatan, Pengucapannya boleh diterima. Mudah ditangkap maksudnya. Tetapi kerana ada persaingan hebat dengan 4 sajak lagi yang lebih mencabar pengucapannya, kreatif dan puitis, Harap maaf Cuma di ini terpaksa berhenti (TK)

    BalasPadam
  13. SAYEMBARA PUISI PUSINGAN KE3 JUN 2011 DIANTARA AHLI CR./DAN P/BLOG

    Tuan Haji Khali dengan sajaknya LANTERA. Pembicaraan penuh simbolik pada lantera.sama dengan sajak lampu usang tua oleh Nahul Hidzar, Cuma ceritanya agak berbeza dengan skop yang berbeza. Pengucapanya sama kreatif dan puitis , namun LANTERA agak kabur sadikit, sukar menangkap maksud yang sebenar. Apa pun ada kemampuan. Tetapi kerana ada persaingan hebat dengan 4 sajak lagi yang lebih mencabar pengucapannya, kreatif dan puitis, Harap maaf Cuma di ini terpaksa berhenti , usaha lagi (TK)

    BalasPadam
  14. huh! lps dia balas jaga terus dia jd ular balik ke?

    BalasPadam
  15. katak ni nk tolong dia mcm mana plak agaknya?

    BalasPadam
  16. kwin jgk dorg akhirnya

    BalasPadam
  17. kenapa dia x jadi manusia terus kenapa jd ular balik?

    BalasPadam
  18. wah! katak tu nk terjun dalam telaga tu ke?

    BalasPadam
  19. katak kalau jdtuh dalam perigi ni boleh ke dia naik balik?

    BalasPadam
  20. aik! katak nk terjun dalam telaga tu ke?

    BalasPadam
  21. hrp2 katak tu boleh selamatkan dia kali ni

    BalasPadam
  22. kalau katak tu tolong dia lps katak tu pergi sapa plak nk tolong dia nnt mana ada haiwan lagi????

    BalasPadam
  23. katak tu boleh ke nk tolong dia/

    BalasPadam
  24. wah! untung syahir semua benda org lain yg tolong

    BalasPadam
  25. syahir terlalu bergantung kat sahabat jelmaan dia kalau dua2 dh pergi nk minta tolong sapa plak?

    BalasPadam
  26. untung syahir semua dia xpyh buat

    BalasPadam
  27. eh! ular tu terus pegi kenapa x tunggu lagi?

    BalasPadam
  28. apa cerita dgn abang syakir ni

    BalasPadam