Rabu, 6 Julai 2011

JANGAN SALAH ORANG MELAYU?




sajak pilihan warga Cr.


Kita tak kisah bila orang kata.
Melayu buang anak.
Melayu seks bebas.
Melayu bodoh dekat sekolah.
Melayu gaduh bila kena langgar
Melayu gaduh sebab bola
Melayu bergaduh dalam pilihanraya.
Melayu rempit sini sana.
Melayu lawan mak bapak.
Semua senyap macam tuli tak reti.
Bila si polan mula bukak pendapat.
Si polan lain dengan beri
beri amaran berani kamu?
Saya bertanya.
Kenapa hal remeh di ambil peduli.
Semua mahu tunjuk suara.
Sedang hal telungkupkan bangsa kita
Siapa pun tak endah.
Melayu kaya adat dan budi bahasa.
Melayu ada pandai bukan semua hina.
Jangan sangka setandan pisang busuk semuanya.

Oleh: Pak Awang
Kota Sarang Semut
10pagi Waktu Malysia Barat.







30 ulasan:

  1. Catat Ulasan

    ULASAN:

    Sajak ini telah hilang ulasannya. Mungkin dulu telah diulas oleh en nuri.Apa pun sila buat ulasan sajak ini.

    Sy igin menambah!Kata Pak aziz bila melayu nak rosak bangsa kenapa takendah dan tak mahu ambil kira? Malah ada pula yang menyokong kerja gila. nak jadi durhaka dan pengkianat negara.?
    jangan bersubahat, buatlah kerja baik sadikit, malaikat nak catat pun nampak senyum....

    BalasPadam
  2. CERITA DONGING RAKYAT SEDUNIA DARI NEGARA PAKISTAN . SELASA 26HBJUNE 2011 CITRA BERTAJUK: SYAHIR DAN SYAKIR ( KEMBAR SEIRAS) DITULIS DAN DICERITAKAN SEMULA SECARA BEBAS OLEH: NURIMANJA
    ______________________________________________________________________

    Siri Ke sebelas.

    SATU malam yang tidak di duga Putra Syakir bermimpikan saudaranya Putra Syahir dalam keadaan sesat mencari jalan pulang tidak ditemui, Dia seperti terperangkap dalam satu kawasan yang penuh dengan batu besar dan kecil bagaikan tidak boleh bergerak.

    Lama Putra Syakir bermenung dia bagaikan menerima satu petanda kurang menyenangkan hatinya kini.Hatinya terasa berdebar-debar bagaikan ada satu isyarat daripada abangnya minta bantuan untuk dilepaskan dari kesesatan itu.

    Beberapa kemudian Putra Syakir telah mengambil keputuan untuk pulang ke tempat dimana mereka telah berpisah selama ini. Dia masih ingat akan janjinya dengan saudaranya Putra Syahir untuk menetak pokok ara rentang di persimpangan jalan permiahan mereka , jika ia tidak keluar getah petanda saudara sulungnya dalam kesuahan.

    Setelah perkara ini di ceritakan kepada isterinya Putri dan Dan Katuri. Keputusan telah diambil untuk menjejaki saudara sulungan Putra Syair. Dalam keadaan rasa pilu dan terharu Puta Syakir menungang kuda sakti kesayangan meredah pagi dingin yang penuh berkabus itu menuju ke tempat yang pernah di janjikan dahulu..

    Beberapa purnama dalam perjalanan itu , akhirnya dia bertemu persimpangan jalan yang telah memisahkan merka dua bersaudara. Dengan tidak membuang masa Putra Syakir mencari pokok ara rentang yang masih berada di persimpangan jalan itu.

    Apa bila dia memabut pedangnya dan menetak pokok ara rendang itu, tenyata sekali tidak terluka, tetapi tidak mengeluarkan getah, dia cuba sekali lagi,masih juga dalam keadaan yang sama ,lalu dia menetaknya bebeapa kali lagi, masih idak mengeluarkan getah. Keadaan cemas menguasai dirinya.

    Tanpa mmbuang masa lagi Putra Syakir dengan pantas dia memecutkan kudanya menuju ke arah jalan yang saudara sulungnya Putra Syahir melaluinya dahulu. Dia amat terasa dalam gerakan hatinya bahawaPutra Syahir dalam keadaan yang mencemaskan . Ternyata mimpinya itu memberi satu pertanda yang benar dan nyata.

    BERSAMBUNG.

    BalasPadam
  3. ANGIN GUNUNG TENGAH LAUT

    semua tak nampak lekuk itu gunung
    kerana gunung itu di balik awan
    walau gunung ada di tengah lautan
    hingga badai pantai sembunyikannya
    tapi ombak boleh menceritakan
    jadi saya tak mahu pergi
    lekas dari ini pantai
    kerana mahu hirup itu embun
    yang dibawa angin pantai
    datang dari gunung ditengah laut
    gunung itu takkan lari
    cuma awan yang akan pergi
    aku suka kerana gunung di lautan
    membawa angin yang luar biasa

    Apek Liew
    sajak wa sendiri sajak ketenangan

    BalasPadam
  4. MATA AIR

    Mata air dihatiku meluap
    genangi kelopak mataku
    Tetes demi tetes disela mataku
    Terjatuh lepas bersama seduku
    Tiap tetes air mata hilang
    Yang pernah untukku selalu
    Semua tak sempurna
    Karenaku telah temukan malaikat
    Semua hanya jadi drama
    Dengan tawamu diatas
    Walau hatiku teriak
    tapi rasa itu masih ada
    walau ku harus tetap bersandiwara
    apakah menanti suatu hal memuakkan

    Geletek Malam
    sajak sy bersama isteri sumbang idea

    BalasPadam
  5. AKU DI MANA?

    Aku kembali dililit jerami kusam
    mataku lenyap dalam gelap suram
    aku kini mengembara dalam
    gumpalan yang membuat tubuhku kaku
    Aku tercengang melihat api itu
    sepertinya ingin membakar tubuhku
    apakah aku bermimpi? dimanakah aku
    Kuteriakkan pada malam
    bahwa aku telah dewasa
    pikiranku tak lagi berlumut sepi
    namun malam tak menghiraukan kataku
    Apakah tubuhku kecil ini
    membuat mulutku tak bisa bersuara?
    tapi aku tak sekecil
    awan yang membungkus matahari
    Aku ingin terus berteriak
    biar pun malam tak mendengar
    tapi aku akan terus mencoba

    Raja Muda
    sajak misteri situasi dalam mimpi

    BalasPadam
  6. MENGHITUNG MENTARI

    Menghitung datang perginya mentari
    Cerah dan gigil seolah mengejek
    Entah bilakan berlalu
    Tegak kupandang cermin jujur
    Tampang buruk rupa cermin jiwa
    Kuperiksa lagi jalan kutempuh
    Memang kegelapan kadang membayang
    Aku pasrah sambil meinsafi diri
    Betapa kebodohanku menyakitiKu
    Tangisan dan derita kulalui semuanya dengan tabah
    Sekalipun derita masih ada
    kurasa hidup bukan permainan
    hidup adalah pejuangan
    Siapa berlindung pada Tuhan
    Tidak akan dikecewakan

    Jalal Rafzee
    sajak ketuhanan

    BalasPadam
  7. SAYEMBARA PUISI PUSINGAN (S/A) JUN 2011 DIANTARA AHLI CR./DAN P/BLOG

    Apek Liew kini dengan sajaknya yang agak menyengat dengan tajuknya: ANGIN GUNUNG TENGAH LAUT. Pengucapannya juga ada daya kreatif dan puitis. Pnceritaannya simbolik pada alam semula jadi. Mengambarkan sesuatu tempat atau ngeri yang mungkin oang tidak nampak akan kemakmurannya dan kedamaiannya yang hidup penuh ketenangan.mnjadikan Apek Liew engan meninggalkan tempat ini dan sring membawa kemakmuran yang luar biasa, Tidak hairan Jika ramai pendatang asing yang datang menagih kemakmuran dan kedamaian di negara ini.Layak untuk ke hujung sayembara ini (SM)

    BalasPadam
  8. SAYEMBARA PUISI PUSINGAN (S/A) JUN 2011 DIANTARA AHLI CR./DAN P/BLOG

    MATA AIR oleh sdra. Geletek Malam. bergabung daya cipta bersama isterinya. Penucapannya ada daya kreatif dan boleh juga diterima, Cuma masih longgar pada kepuitisannya. Pembicaraan yang hendak disampaikan, terasa kabur dan menghindarkan keykinan. terlalu banyak bermain dengan ungapan. Mesej yang hendak disampaikan menjadi hambar. Gagal untuk para pembaca menangkap maksud. Biasanya sajak berkongsi idea seperti satu kapal dua nahoda. kerana ada persaingan yang lebih hebat dengan 4 sajak lain yang begitu mencabar pada pengucapannya, agak kreatif dan puitis, Harap maaf cuma di ini penyertaan anda terpaksa berhenti (TK)

    BalasPadam
  9. SAYEMBARA PUISI PUSINGAN (S/A) JUN 2011 DIANTARA AHLI CR./DAN P/BLOG

    AKU DI MANA? Sajak Raja Muda dengan tajuk bertaya. Pengucapannya sudah menjadi cerita
    dan penceritaan. Hilang daya kreaif dan puitisna. Bentuk penceritaannya juga tergantung. Leih ketara di hujung penutupnya. Sajak ini kalau diolahkan dengan tersusun pasti akan menjadi lebih
    berkesan, walaupun sekadar fantasi atau khayalan dalam mimpi atau misteri. Kerana ada sajak persaingan yang lebih hebat dengan 4 sajak lain yang agak mencabar pengucapannya, kreatif dan puitis, Harap maaf sekadar di sini saja, sajak anda terpaksa berhenti (TK)

    BalasPadam
  10. SAYEMBARA PUISI PUSINGAN (S/A) JUN 2011 DIANTARA AHLI CR./DAN P/BLOG


    En Jalal Rafzee bersama sajaknya yang agak mengancam dengan tajuknya: MENGHITUNG MENTARI. Pengucapannya ada daya kreatif walau terasa keras puitisnya. Tema ketuhanan ini agak serius bila kita menghadapi perjuagan dalam kehudupan, Tidak ada sesuatu yang kita lakukan tanpa ada ujian? Hidup bukan maianan atau suka-suka. Justeruitu hanya padaNya kita berserah dan berdoa, Insyakallah. nescaya kejayaan akan mengatasi segala kekecewaan hambanya .Layak untuk ke hujung sayembara. (SM)

    BalasPadam
  11. aik! dia mimpi abang dia plak?

    BalasPadam
  12. dia mcm boleh thn je abang dia dalam kesusahan

    BalasPadam
  13. dah lama bru dia perasan psl abang dia ke?

    BalasPadam
  14. eh! abang syakir ni hidup ke mati?

    BalasPadam
  15. pelik jgk apa kena mengena dgn pokok ara dgn abang dia??

    BalasPadam
  16. pokok ara ada kluar getah ke?

    BalasPadam
  17. pokok ara mana ada getah?

    BalasPadam
  18. mcm mana la keadaan abang dia nnt

    BalasPadam
  19. dia tahu ke nak ke mana nnt?

    BalasPadam
  20. abang dia entah hidup lagi ke dh mati?

    BalasPadam
  21. abang dia dah jadi batu kan??? makna kata dah mati la

    BalasPadam
  22. org kembar mmg boleh rasa apa kesusahan yg dialami sesama sendiri

    BalasPadam
  23. boleh ke dia jejak balik abang dia?

    BalasPadam
  24. dia dgn abang dia kembar btol2 sama ke mcm adil dgn zafuan???

    BalasPadam
  25. kalau buat filem cerpen ni org yg layak pemain bola sepak malaysia yg kembar tu... hehe

    BalasPadam
  26. boleh ke dia jmpa abang dia semula?

    BalasPadam
  27. mcm tipis je harapan utk dia jmpa abang dia balik

    BalasPadam
  28. sambung lagi! best jgk ni

    BalasPadam
  29. mcm mana la perasan dia bila thu abang dia jd batu

    BalasPadam
  30. ada harapan ke abang dia boleh diselamatkan?

    BalasPadam