Rabu, 25 Mei 2011

WAJAH SEORANG TUA




Dari kaca mata
aku lihat kedaifan
wajah seorang lelaki  tua
yang penuh disalut keuzuran
matanya yang kabur
pipinya yang kendur
giginya yang bertabur,

Sesuap nasi
terlalu sukar ditelan
matanya yang cengkung
ada lenangan air bertakung
bagai mengharap kasih sayang
daripada anak-anak yang tersisih
mungkin dibuai beban  tugas harian,
kini dia penuh debar
menanti  hari-hari  terakhir….


Oleh: Nurimanja,
Cataan Rumah Orang Tua Hospital Taiping
sajak lagenda 28hb February, 2005





50 ulasan:

  1. ULASAN:

    Sajak en nuri kali ini mungkin petekan dari catatan sajak-sajak Lagenda atau antologinya yang terbengkalai WARNA YANG DITEMPAH . Pengucapannya bersahaja, menceritakan akan kisah derita seorang tua di rumah orang tua-tua di hospital di Bandar Taiping agaknya. Begitulah keadaan hidup kita didunia ini. kekadang bernasib baik jika anak-anak yang mengerti erti kasih saying. jika sebaliknya.dia akan memburu kebendaan dengan tugas yang membebankan. Ibu bapanya di hantar ke rumah orang tua-tua. Dengan hati yang memendam rasa ditambah keuzuran yang melanda, terpaksa diterima sehingga dating hari-hari terakhirnya.

    BalasPadam
  2. CERITA-CERITA DONGING RAKYAT SEDUNIA DARI NEGARA PAKISTAN . SELASA 26HB APRIL 2011 CITRA BERTAJUK: SYAHIR DAN SYAKIR DICERITAKAN SEMULA SECARABEBA OLEH:NURIMANJA.
    ______________________________________________________________________

    Siri Ke limabelas.

    Dalam hati neneknda Mayang Mengurai yang melahirkan putera Damen Sari sewaktu kecilnya ada tanda dua sambul di atas kepalanya . Menandakan seorang yang cekal hati. Begitu juga dengan kembarnya yang bernama Putera Damen Suria yang selalu sedeh dan berduka cita mengenangkan rakyatnya yang di jadikan habuan naga sang rajunatapa setiap tahun. sehingga rakyat mengelarnya baginda dengan Maharaja Gundah Gulana.

    Ketangkisan Putera Wira Syahir terlalu sukar untuk Putera Satria Juragan menentanganya, beberapa kali dia tersungkur kerana tikamnya yang tidak mengena. Dan dituruti pula dengan gelak ketawa para penonton di tepian gelanggang sayembra bertikam pedang, mungkin kerana kelucuan yang amat sangat..
    Kerana beberapa kali dia tersungkur dan rebah, dan bangun jatuh dan rebah, tersungkur lagi, akhirnya kelihatan kepenatannya yang menguasai tubuh. Ternyata kelihatan seperti orang mabuk selepas minum peraman air anggur merah bertahun lamanya. namun putera Wira Syahir masih pun belum menghunuskan pedangnya.

    Melihatkan keadaan yang anih itu ketiga juri yang diketuai oleh Laksemana Sang Rajuna Tapa bersama Pendekar Waja dan Panglima Sakti. Mereka membunyikan gong tanda kekalaghannya. Apa yang melucukan para penonton, belum lagi gong dibunyikan, Putera sateria Juragan terlebih dahulu tumbang ke tanah dan pensan keletihan.

    Orang ramai yang melihatnya begitu gembira bertempek sorak begitu mengamatkan ditepian gelanggang sayembara bertikam pedang itu. Terutama penyokong Putera Wira Syahir dan penyokong Putera Naga samudera .

    Melihat keadaan kepantasan Putera Wira Syahir bermain pedang Cuma tepis dan elak saja belum mengeluar pedang menjadikan Putera Naga Samudera memberi kemenangan percuma.

    Maka dengan keputusan itu orang ramai dan rakyat jelata menyambutnya dengan penuh kegembiraan Maka Raja Gundah Gulana pun mengistiharkanlah perkhawinan puterinya Rambulan Senja bersama Putera Wira Syahir dengan mengadakan majlis keramaian dan Negara selamat dari acaman bahaya dari Sang Naga Rajunatapa berkepala tujuh itu.

    Majlis di adakan selama empat puluh hari empat puluh malam. Semua orang besar Negara jiran dan rakyat jelata diberi makan minum percuma sepanjang hari keramaian dan majlis perkhawinan anakndanya itu.

    BERSAMBUNG.

    BalasPadam
  3. MALAM MINGGU BERSAMA MATAHARI

    malam tadi bulan tiada
    kugamit lengan matahari
    biar ia datang sekali
    menyelinap di usai senja
    berkeliling kota kita jalan
    bisik di telinga matahari
    di tengah hiruk pikuk pasar
    di sela anak muda berkata kasar
    jantungnya laju berdebar
    beringsut perlahan menunduk diam
    malam bukan tempatku berada
    ia risau rautnya ingin pulang saja

    Bob Kuli
    sjak jiwa2 simbolik

    BalasPadam
  4. TIGA PATAH KATA

    cuma tiga patah kata
    kita jadi bodoh
    berputar cari kata indah
    susun jadi lagu merdu
    bersama syahdu bahasa penuh bunga
    setelah tiga purnama
    terciptalah satu puisi
    penuh lenggok keasyikan
    memuja sang kekasih dan perindu
    meluahkan kata hati seorang diri
    sambil memetik gitar tua
    puaskan hati kekaguman melanda diri
    berjaya hasilkan puisi
    buat titipan kekasih hati
    padahal hanya cukup
    dengan tiga patah kata
    aku cinta kamu i love you…

    Chiat Lee Sing
    sajak jiwa2

    BalasPadam
  5. LANGIT BIRU BERGAUN MERAH

    di bawah langit biru bergaun merah
    kau berdiri tegak rambut terurai
    ada sepasang kumbang
    bersepatu berwarna coklat muda
    terselip di kedua daun telingamu
    seolah tercerahkan senyum manis.
    Ketika pandang darimu,
    menerpa wajahku bayangkan diriku
    adalah bukit karang menjulang
    dari deretan gugus karang
    di pantai berombak ganas.

    Satria Juragan
    sajak simbolik

    BalasPadam
  6. PENGGULUNG KATA

    Melepas kata-kata hingga
    membumbung tinggi ke udara
    cair dibakar mentari
    hingga menjadi serpihan nada
    menetes hingga sirami jiwa
    kemudian bangkitkan rasa
    larut dalam kata penuh makna
    Begitu pandai engkau pemoles kata
    sedikit jiwa terlepas beribu makna
    Sedangkan ku si pegulung kata

    Tuan haji
    sajak simbolik

    BalasPadam
  7. sajak utk org tua ke ni?

    BalasPadam
  8. sedih plak baca sajak en nuri

    BalasPadam
  9. hari ni sy lepas awal sikit ulasan sbb ptg sy sibuk sikit

    BalasPadam
  10. sian org tua bila baca sajak en nuri

    BalasPadam
  11. mmg kena jaga org tua2 ni sian mereka

    BalasPadam
  12. en nuri buat sajak utk org tua mana?

    BalasPadam
  13. sajak utk anak2 muda bagus ni

    BalasPadam
  14. harap anak2 muda x abaikan ibu bapa mereka

    BalasPadam
  15. mmg kalau pergi rumah org tua2 mmg menyedihkan

    BalasPadam
  16. rumah org tua2 kalau pegi msti nk menitis air mata

    BalasPadam
  17. eh! sajak utk org tua2 plak

    BalasPadam
  18. sedih plak sajak en nuri kali ni

    BalasPadam
  19. sajak kali ni agak menyedihkan jgk

    BalasPadam
  20. sajak yg menghibakan

    BalasPadam
  21. terkenang mak bapak kt kmpung plak baca sajak ni

    BalasPadam
  22. nampaknya sajak kali ni mmg emosi jgk baca

    BalasPadam
  23. en nuri suka buat sajak org tua2 ni bertambah sedih ni

    BalasPadam
  24. rsa mcm nak nangis plak baca sajak ni

    BalasPadam
  25. mmg menyentuh hati la sajak kali ni

    BalasPadam
  26. sajak yg sedih giler

    BalasPadam
  27. semoga sajak ni jd iktibar utk kita semua

    BalasPadam
  28. sayu je sajak ni

    BalasPadam
  29. aik! sy pun ada kembar jgk?????

    BalasPadam
  30. mmg keturunan kembar la syahir ni

    BalasPadam
  31. patutlah pun bapak dia dulu kembar jgk

    BalasPadam
  32. wah! syahir langsung x pakai pedang? hahahaha

    BalasPadam
  33. xpkai pedang pun boleh menang?

    BalasPadam
  34. hebat syahir xpakai pedang pun boleh menang? hahaha

    BalasPadam
  35. dia x pakai pedang hbis dia lawan mcm mana?

    BalasPadam
  36. langsung x pakai pedang ke? hahaha

    BalasPadam
  37. xpakai pedang pun boleh menang? hebat!!!

    BalasPadam
  38. kalah sbb letih je? hahaha

    BalasPadam
  39. kalah mudah je aku dgn syahir? adoi...

    BalasPadam
  40. lagi la bengong satria tu? hahaha

    BalasPadam
  41. hahahhaa kalah mudah je?

    BalasPadam
  42. ni dah kira hebat ni tanpa mengguna pedang boleh menang

    BalasPadam
  43. dia mengelak je tanpa guna pedang? wah!!!

    BalasPadam
  44. menang mudah je syahir tu? hahahaa

    BalasPadam
  45. x pyh bawak pedang pun boleh menang sayhir?

    BalasPadam
  46. mmg campion la syahir ni xpai pedang!! hahahaha

    BalasPadam
  47. SAYEMBARA PUIS-PUISII NURIMANJA BULAN MEI 2011 DIANTRA AHLI CITRARASA DAN PEKERJA BLOG

    MMBM sajak Bob Kuli Pengucapannya agak mengelirukan berdasarkan simboliknya. pada malam minggu yang dikatakan, menilai pada temanya pula jiwa-jiwa . Agak susah dan gagal untuk menangkapnya isi dan maksud yang hendak disampaikan.. Siapa sang mentari mana mungkin terbit diwaktu malam . Mungkin Kisah anak muda yang berpeliseran, kadangkala boleh memeningkan kepala orang tua. melihatanya buat hati kacau, ada baiknya pulang saja ke rumah.Kerna kami tidak dapat menilai dimana ugapan puitis dan cerita yang hendak disampaikan. terasa gagal. Harap maaf terkeluar (TK)

    BalasPadam
  48. SAYEMBARA PUIS-PUISII NURIMANJA BULAN MEI 2011 DIANTRA AHLI CITRARASA DAN PEKERJA BLOG

    TPK sajak sdra Chiat Lee Sing Pengucapannya kali ini kurang pula menyengat. Penceritaan yang biasa dan jiwa-jiwa. Bgaimana seorang yang begitu kuat khayalannya boleh menghabaiskan masa kerana cinta, menulis , mencipta puisi dan lagu dengan getarnya , Cuma sekadar ingin membisikkan kata cintanya.Bukanlkah lebih baik dilapaskan dengan mudah Aku cinta kamu! Harap maaf kerana isi dan maksud kisah cinta ini tidak mengetengahkan sesuatu yang ada kelainannya. Maka disini saja terpaksa berhenti usaha lagi. (TK)

    BalasPadam
  49. SAYEMBARA PUIS-PUISII NURIMANJA BULAN MEI 2011 DIANTRA AHLI CITRARASA DAN PEKERJA BLOG
    Sajak LBBM oleh Satria Juragan Pengucapannya begitu sukar untuk diterjemahkan kepada khalayak. Penceritannya juga sukar ditangkap maksudnya. Apa pun sekadar andaian sahaja. Mungkin diibaratkan seorang perempuan atau kekupu malam dengan hidup memperdagangkan. menghadapi cabaran dalam dunia ranjau kehidupan yang ganas. Diberi peluang untuk seterusnyabuat sayembara seterusnya. (SM)

    BalasPadam
  50. SAYEMBARA PUIS-PUISII NURIMANJA BULAN MEI 2011 DIANTRA AHLI CITRARASA DAN PEKERJA BLOG

    Sajak PENGGULUNG KATA oleh Tuan Haji . Pengucapannya agak luar dugaan menangkap maksud. Terlalu banyak andaian yang boleh terlintas dalam pemekiran kyalayak.Apa pun penceritaanya semacam ingin berbahas dan berhujah, mungkin dunia kepolitikan, kerana orang orang politik ini biasanya mereka boleh melepas kata, yang anihnya mereka boleh pula tidur lena Dan langsung tidak memperdulikan orang yang mereka bedal atau sinis di siang hari, Inilah kelebihan mereka, esok jumpa dengan muka selamba boleh seyum pula.cerita bidas membidas udah menjadi asam garam mereka.Mungkin itulah cerita pengulung kata mesej tajuknya. Cuma andain saja. Maseh diberi peluang untuk sayembara seterusnya (SM)

    BalasPadam