Selasa, 24 Mei 2011

HIDUP BAGAIKAN LELAYANG




Janganlah kamu engkar
akan ketetapan Allah
kerana perjalanan hidup ini,
kita berada dibawah terajunya
Bebila saja kalau Dia mahu
akan direntapnya turun
sebagaimana yang kita lihat
jatuhnya lelayang di udara.

Pernahkah kita terfikir?
naik dan jatuhnya kita
dibawah kekuasaaNya
jadi mengapa mesti angkuh?
dengan  kerja mungkar dan onar
bercakap sengaja berputar belit
menegak benang yang basah
Apakah tuhan tidak mengerti?


Oleh: Nurimanja,
Catatan bila melihat tanda kebenaran
Tanggal  hari Jumaat  bulan Mei, dua ribu sebelas




50 ulasan:

  1. ULASAN:

    Sajak en nuri kali ini semacam biasa-biasa sahaja untuk dibuat renungan. Kerana lewat kebelakangan ini penipuan sudah menjadi lumrah kehidupan( juga mengingatkan diri saya juga kerna banyak pula megunakan nama pena, namun ini tidak ada keberuntungan apa-apa sekadar suka-suka) Apa pun yang amat menyedehkan anak pinak, saudara mari, isteri suami, sahabat handai pun tersilap cara akan menipu juga, Demi wang dan kemewahan dan nafsu serapah iblis akan Berjaya mengodakannya. Inilah fenomena yang sepatuntnya kita renungkan. Tidakah kita tahu disebalik kemewahan dan kelakuan kita ada satu kuasa yang memerhati disabaliknya?

    BalasPadam
  2. BERSAMBUNG.
    CERITA-CERITA DONGING RAKYAT SEDUNIA DARI NEGARA PAKISTAN . SELASA 26HB APRIL 2011 CITRA BERTAJUK: SYAHIR DAN SYAKIR DICERITAKAN SEMULA SECARABEBA OLEH:NURIMANJA.
    ______________________________________________________________________


    Siri Ke empatbelas.

    Bila mentari mulai condong ke timur . Kelihatan orang ramai telah pun berkumpul di sekeliling gelanggang. Setelah semuanya bersiap sedia termasuk kepala juri Sang Arjuna Tapa dan Panglima sakti dan Pendekar Waja .

    Maka permulaan buka gelanggang dibunyikan sebanyak tujuh kali.
    Dari jauh kelihatan Putera Sateria Juragan berdiri di tepi gelanggang menunnggu arahan untuk masuk ke gelanggang menyambungkan sayembara bertikam pedang. Putera Wira Syahir juga kelihatan di penjuru sebelah kanan semacam sedang bertafakur membaca doa laganya.

    Bila gong isyarat akhir dibunyikan. Putera Pendekar Waja meluru ke tengah gelangan dengan pedangnya yang bersinar tajam yang terhunus, Nampak bengis mukanya untuk menikam mangsa. Putera Wira Syahir melangkah dengan penuh berhati-hati.

    Belum pun sempat Putera Wira Sharil masuk ke gelanggang satu tikaman maut dating bertubi-tubi dating menyeranginya. Dengan ilmunya yang ada dan beberapa kali menjuara sayembara di kampong dan di daerahnya dengan tangkas dia melompat mengelak dan menepis dengan perisainya.

    Orang ramai dan para penyokong bertempek sorak memberi semangat. Ternyata sokongan nampanya lebih ramai kepada Putera Wira Syahir, kerana para penyokong Putera Naga samudera yang telah kalah berpaling datah menyokong Putera Wira Syahir.

    Melihat akan kepintaran Putera Wira Syahir bermain pedang dengan gaya tangkis dan lompatnya yang penuh berirama memperdayakan lawan, tanpa melepaskan tikaman, orang ramai bertepek sorak gembira. Semunya gaya dan lagat Putera Wira Syahir telah di perhatikan oleh Neneknda Puteri Rambulan Senja.

    Beberapa kali dia terkenang akan anakndanya yang bernama Putera Damain Sari yang telah merantau jauh meninggalkan istana beberapa dekat yang lalu dengan khabarnya dia telah berkawin dengan seorang puteri dusun yang bernama Seri kandi Juwita Sakti. Menjadikan air mata neneknda Mayang Mengurai menitiskan air mata.

    BERSAMBUNG.

    BalasPadam
  3. CEMBURU BAGAI ULAR

    cemburu bagai ular melilit meracuni
    tiap jengkal relung jiwa
    mengoyak bukan hati
    tapi nurani sebuah harga diri
    mestikah aku kuat dan terus kuat
    sementara jelas dihatimu
    aku telah kalah telak
    oleh pesona dan harta
    janji biarlah janji
    aku akan terus menggengamnya
    meski panas dan kosong
    kuputuskan untuk terus bertahan
    sebagai laki hidup sebuah janji

    Yusmanira
    sajak simbolik

    BalasPadam
  4. KETUK PINTU

    semalam hari yang tak biasa
    aku berbuka puasa tanpa selera
    airmata berada di pelupuk mata
    hati kecewa penuh duka lara
    tengah asik ku melayan rasa
    mendengarkan lagu-lagu cinta
    pintu bilikku di ketuk tiba-tiba
    otakku bertanya siapa di luar sana?
    sejurus kemudian pintu ku buka
    kudapati tiada siapa?
    adakah aku berkhayal atau hantu?

    Salina
    ni sebenarnya sajak sy dan suami masa baru pindah ke rumah sewa hari pertama

    BalasPadam
  5. MEMBUNUH DENGAN TAK SENGAJA

    kalau aku ini buta sekali pun ,
    aku boleh hidu apa kau sembunyikan
    sialan apa yang kau cuba mainkan
    seumpama aku binatang
    kau lupa asal usul mu .
    kau bongkak dengan kedudukan mu
    apa kau fikir kau sudah cukup gah
    untuk kau terus berpura pura ?
    jangan anggap hidup ini enteng
    maka kau akan menyesal nanti .
    ini amaran jadi kau jaga jaga
    aku takut di tahan penguas
    kerana ada dibunuh tersengaja .


    Ramona Singh
    sajak kemarahan kpd tunang sy

    BalasPadam
  6. HILANG RESAH

    terkadang rasa resah
    berlegar di ruang fikir
    bertamu di pelusuk hati
    bagai ada tidak kena
    duduk rasa mahu berdiri
    berdiri rasa mahu berlari
    tidur rasa mahu jaga
    jaga rasa mahu menjerit
    hilangkan rasa resah
    bacalah al-quran
    jika belum cukup
    berkhalwat dengan Allah
    jika masih resah
    ingatilah saat mati
    masih ada lagi cubalah berpuasa
    kawal sedikit nafsu
    akhirnya bersolatlah

    Masyitah
    sajak peringatan

    BalasPadam
  7. SAYEMBARA PUIS-PUISII NURIMANJA BULAN MEI 2011 DIANTRA AHLI CITRARASA DAN PEKERJA BLOG

    CEMBURU BAGAI ULAR sajak Yusmanira pengucapannya biasa Cuma kisah kekasih cemburu agaknya . Penceritannya seperti dalam delima kehidupan nampaknya diantara janji dan cemburu membuta tuli. Apa pun mungkin ini perasaan kerana terlalu saying dan ciunta sejati agaknya. Perlulah bertahan kerana sudah seia sekata buat janji. Cuma kesabaran dan keikhlasan yang dapat mengatasinya. Biasalah orang di dalam fantasi kisah orang muda punya biasa. Diberi peluang untuk sayembara seterusnya. (SM)

    BalasPadam
  8. SAYEMBARA PUIS-PUISII NURIMANJA BULAN MEI 2011 DIANTRA AHLI CITRARASA DAN PEKERJA BLOG

    Cikgu Salina dengan cerita misteri nampaknya . Ini mungkin khalayalan jika badan terlalu letih, atau pun ada orang cuba mengusik sebagai tetamu baru di tempat yang baru. Jarang sangat orangpergi sewa di Geretak Sanggul , malah orang yang beli disitu pun mahu jual rumah mereka. sudah sewa mahal jauh di curuk jalan mati. Sajak KETUK PINTU nampaknya penceritaan biasa pengucapan puisi sudah jauh larinya, semacam cerita seram pula. Apa pun Cuma disini usahala lagi Harap maaf terpaksa dikeluarkan (TK)

    BalasPadam
  9. SAYEMBARA PUIS-PUISII NURIMANJA BULAN MEI 2011 DIANTRA AHLI CITRARASA DAN PEKERJA BLOG

    Ramona Sing dengan sajak marahnya lagi bertajuk MEMBUNUH DENGAN TAK SENGAJA. Apa punya cerita dalam sajak pun anda boleh tulis pasal cerita dendam dan marah. alah cabar mencabar pula.dan ugut mengugut pun ada. Sinder menynder, umpat dan cela. Semacam satu petengkaran pula. Apa pun sajak ini tidak wujud rasa puitis lagi kerana tercemar dengan bahasa kemarahan. Maaf Cuma disini, usaha lagi lain kali. Dipohon berhenti (TK)

    BalasPadam
  10. SAYEMBARA PUIS-PUISII NURIMANJA BULAN MEI 2011 DIANTRA AHLI CITRARASA DAN PEKERJA BLOG

    Masyitah dengan sajaknya HILANG RESAH pengucapannya juga kurang bertenaga, malah rasa puitisnya juha hilang. Cuma ceritanya sahaja ada sadiki menyakinkan dengan tema kesedaran danmemberi pengajarannya, nasihat dan peringatan. kerana ada dua sajak terpaksa dipilih dan persaingan tiada hebat diantara empat peserta wanita anda diberi peluang untuk menyertai lagi sayembara seterusnya (SM)

    BalasPadam
  11. 2 atau 8 bulan 6 baru sy balik khusus insyaallah saya jaga balik

    BalasPadam
  12. habis smua hilang bagi kat jamil ni

    BalasPadam
  13. rasanya ahli x perasan kot sbb gambar pun hilang jgk adeh...

    BalasPadam
  14. wah! syahir lawan sgn satria

    BalasPadam
  15. boleh ke dia kalahkan syahir?

    BalasPadam
  16. hbis la kalah la satria tu

    BalasPadam
  17. kalau satria juragan menang hbis la syahir

    BalasPadam
  18. syahir ni keturunan raja jgk ke sbb selalunya hanya anak raja je yg pandai main pedang

    BalasPadam
  19. dasyat jgk dorg berlawan ni

    BalasPadam
  20. menarik cerita ni bila baca boleh buat imaginasi sendiri mcm manaa dorg berlwan

    BalasPadam
  21. kalau ada gambar lagi best baca cerpen ni

    BalasPadam
  22. mcm baca komik plak cerpen en nuri ni sbb byk aksi

    BalasPadam
  23. rasanya syahir menang dgn mudah je ni

    BalasPadam
  24. x mngkin syahir kalah msti menang pnya

    BalasPadam
  25. selalunya hero xkn kalah pnya hehe

    BalasPadam
  26. ramai jgk penyokong syahir

    BalasPadam
  27. org ramai lagi byk sokong syahir nampaknya

    BalasPadam
  28. perlawanan agak sengit jgk nampaknya

    BalasPadam
  29. putera damian sari tu mcm mana saya jer? heehe

    BalasPadam
  30. wah! perlawanan sengit jgk ni

    BalasPadam
  31. lompatam pun penuh irama? pelik2....

    BalasPadam
  32. eh! saya kawin dgn putera damien ke? hahahaha

    BalasPadam
  33. wah! byk jgk nama ahli dah msuk dalam cerpen ni

    BalasPadam
  34. agaknya bila nama sy nk kluar dalam cerpen en nuri ni

    BalasPadam
  35. makin mencabar jgk perlawanan dorg ni

    BalasPadam
  36. eh! makin lama makin rancak perlawanan dorang dua ni

    BalasPadam
  37. eh nenda dia teringat sapa plak?

    BalasPadam
  38. nenda dia terkenang anak dia????

    BalasPadam
  39. kenapa dgn nenda dia terkejut tgk syahir?

    BalasPadam
  40. mana la syakir ni

    BalasPadam
  41. sampai skrg syakir x nampak pun kelibat dia

    BalasPadam
  42. syakir tu entah hidup ke mati

    BalasPadam
  43. makin lama byk plak plot tp agak menarik

    BalasPadam
  44. eh! ada kena mengena ke syahir dgn nenda puteri tu?

    BalasPadam
  45. eh! mcm mana la dia nak kalahkan satria

    BalasPadam
  46. alamak! syahir dia keturunan di raja ke?

    BalasPadam
  47. puteri dusun plak sapa tu?

    BalasPadam
  48. eH! apa cerita dgn syakir?

    BalasPadam
  49. eh! kenapa dia x cari adik dia balik?

    BalasPadam
  50. hmm... sapa yg menang kali ni?

    BalasPadam