Selasa, 10 Mei 2011

DALAM PERJALANAN HIDUP INI



 apa yang terjadi kini?


Dalam perjalanan hidup ini
terlalu banyak aku dengar
jangan terlalu mengharap
dan jangan banyak berjanji.
kerana di satu masa nanti
harapan akan menjadi musnah
dan janji tidak akan tertunai
semuanya membinasakan diri
Waspadalah dalam hidup ini
jangan suka sangat  mengharap
jangan terlalu sering berjanji
jika semuanya tidak ditunaikan.


Oleh: Nurimanja,
catatan pagi hari jam delapan khamis
bersamaan 05/05/2011




54 ulasan:

  1. ULASAN:

    Sajak en nuri kali ini bertajuk DALAM HIDUP INI memberi peringatan atau pesanan ataupun nasihat yang sepatutnya kita renung bersama. Lewat kebelakangan ini, Jenayah yang tidak diduga dan disangka sering saja berlaku. Anak bunuh ayah, tunag bunuh kekasih, cucu sembelrh atuknya. Anak bunuh bapak dan berbagai lagi. Ini semuanya bisa berlaku bila tekanan , harapan , janji tidak ditunaikan, harapan tidak di sampaikan, sakit jiwa memendam rasa , akhirnya bertindak luar biasa, bila prasangka, jemburu, sakit hati dlln. Oleh itu jangan suka memberi harapan dan janji kepada sesiapa pun yang rasanya tidak boleh ditunaikan.Termasuk juga parti-parti politik jika janji tidak ditunaikan , penyokong akan marah, dan terimalah padahnya.

    BalasPadam
  2. CERITA-CERITA DONGING RAKYAT SEDUNIA DARI NEGARA PAKISTAN . SELASA 26HB APRIL 2011 CITRA BERTAJUK: SYAHIR DAN SYAKIR DICERITAKAN SEMULA SECARABEBASOLEH:NURIMANJA.
    ______________________________________________________________________________


    Siri Ke enam.

    Syahil kini dapat mengerti kenapa pendudukan di kampung ini dirundung kesayuan. mungkin sudah ramai anak gadis mereka yang menjadi mangsa korban naga kepala tujuh itu.

    Kini dia bercadang dan nekad untuk menyelamatkankan Tuan Puteri Rambulan Senja. Dia bertekad untuk mengmbalikan semula wajah kemurungan di sekitar penghuni Desa Setengah Mati ini.

    Bila tiba hari yang ditetapkan ramailah orang berdeyung-duyung hadir melihat anaknda Tuan Puteri Rambulan Senja akan di hadiahkan kepada Sang Naga Kepala Tujuh sebagai santapan tahunan.

    Begitulah janji Baginda raja kepada Sang Naga Kepala Tujuh yang turun bertapa di puncak gunung Mentera Alam..

    Sebuah ancah-ancah yang dibina khas telah di dirikan di tepi kaki gunung Mentera Alam. Tuan Puteri Rembulan Senja pun di naikan di atas ancah-ancah berbentuk sebagai sebuah pentas yang dihiasi penuh dengan bunga-bungaan.

    Kemudian disediakan sebuah kerusi khas buat Tuan Puteri Rembulan Senja di dudukkan dengan tangannya yang terikat. Diberi pakaian serba putih .

    Beberapa orang bentara di raja memukul gong dan gendang sambil meniup sembungan sebagai member isyarat bahawa menjelang petang Sang Naga bertapa akan turun membaham Tuan Puteri Rembulan Senja.

    Jika ada sesiapa yang ingin menyelamat dan berani menentang Sang Naga yang bernama Rajunatapa. Silalah bersiap sedialah dari sekarang menghadapinya.

    Kelihatan juga beberapa orang anak muda yang bersiapa sedia dengan baju besi dan petang tersarung di penggang, Ada juga yang membawa lembing, panah dan sebagainya. Semuanya kelihatan sebagai pahlawan dan anak-anak raja dan sebagainya.

    Semuanya menanti dengan penuh keraguan. Syahil cuba menghitung jika mereka semua gagal menentangnya. Dia terpaksa menawarkan diri berdepan dengan sang Naga rajunatapa ini , demi menyelamatkan Tuan Puteri Rembulan Senja.

    Dari kejauhan terdengar bunyi gemuruh , gerak gempa bunyinya. pokok dan rating kayu patah, ketul-ketul batu dan daun kering berterbangan di udara. Pertanda Sang Naga Rajunatapa sedang bangun dari pertapaannya.

    BERSAMBUNG.

    BalasPadam
  3. CHONG WEI

    chong wei berehat di waktu petang
    segarkan diri seketika
    menyedut udara segar
    di taman tasik cempaka
    terlihat sekumpulan budak
    riuh memukul bulu tangkis
    bulu tangkis hampir lunyai
    berbekal reket murah
    dua sepuluh ringgit
    berlagak ala jaguh dunia
    ala datuk lee chong wei
    terdetik rasa hati
    siapa pengganti chong wei
    kita ramai pelapis
    tapi sekadar picisan
    menonjol di pentas kampungan
    tunduk di medan dunia
    duit banyak dah habis
    demi pembangunan katanya
    jurulatih semua terhebat
    semua bekas jaguh dunia
    namun hasilnya hampa
    kosong tiada makna
    tiada cemerlang gemilang terbilang
    mana silapnya entah…

    Ummu Akilah
    sajak buat chong wei

    BalasPadam
  4. DERITA BAHAGIA

    dalam derita ada bahagia
    terlihat di suatu sudut
    seorang anak kecil
    berlarian bermain lelayang
    ditemani ibu ayah
    penuh gelak ketawa
    bahagia jelas terpancar
    suka terlihat pula di sudut sana
    seorang anak kecil
    hulur tangan minta ihsan
    ke sana sini terjingkit
    kaki kudung satu
    berteman sebuah bakul
    berisi dua keping syiling
    jadi bahan permainannya
    wajah penuh kucam
    terpancar riak duka
    kasihan ketentuan dari tuhan
    semua untuk kematangan
    dalam bahagia terselit duka
    dalam duka ada bahagianya

    Salina
    sajak kenangan

    BalasPadam
  5. JAGA-JAGA

    Aku jaga kata menyusun ayat,
    di depan dan di belakang
    kau, mengata-ngata menyusun khianat
    di depan, dan di belakang.
    Bila bertemu muka aku mengalah.
    Kalah Kerana kau banyak pengaruh
    Tapi ingatlah dan jaga-jaga
    aku bukannya baik sangat,
    Cuma aku tak biasa.

    Yusmanira
    sajak amaran

    BalasPadam
  6. AKU SANGGUP MEMBUNUH

    Setiap langkahmu aku jejaki.
    Ke mana saja kau pergi aku ikuti.
    Aku gembira bila kau sendiri.
    Tapi aku radang bila
    teman-temanmu menghampiri.
    Setiap saat aku lihat aku terancam
    Bila orang lain berbicara denganmu
    Meski berkaitan peribadi.
    Tapi aku tak ingin mengatakan
    Yang aku punya fikiran dangkal.
    Aku hanya ingin melindungimu.
    Dan aku rasa orang lain tiada hak
    Untuk mendekati apatah lagimenggoda
    Aku sanggup membunuh jika diizinkan
    Bagiku kau hanya untukku.

    Nurul Husna
    sajak untuk tunang sy

    BalasPadam
  7. AKU SANGGUP MEMBUNUH

    Setiap langkahmu aku jejaki.
    Ke mana saja kau pergi aku ikuti.
    Aku gembira bila kau sendiri.
    Tapi aku radang bila menyediri
    teman-temanmu menghampiri.
    Setiap saat aku lihat aku terancam
    Bila orang lain berbicara denganmu
    Meskipun berkaitan peribadi.
    Tapi aku tak ingin mengatakan
    Yang aku punya fikiran dangkal.
    Aku hanya ingin melindungimu.
    Dan aku rasa orang lain tiada hak
    Untuk mendekati apatah lag imenggoda
    Aku sanggup membunuh jika diizinkan
    Bagiku kau hanya untukku.

    Oleh: Nurul Husna
    sajak untuk tunang sy/12 Mei 2011 11:47 AM

    BalasPadam
  8. JAGA-JAGA

    Aku jaga kata menyusun ayat,
    di depan dan di belakang
    kau, mengata-ngata menyusun khianat
    di depan, dan di belakang.
    Bila bertemu muka aku mengalah.
    Kalah Kerana kau banyak pengaruh
    Tapi ingatlah dan jaga-jaga
    aku bukannya baik sangat,
    Cuma aku tak biasa.

    Oleh: Yusmanira
    sajak amaran/12 Mei 2011 11:45 AM

    BalasPadam
  9. DERITA BAHAGIA

    dalam derita ada bahagia
    terlihat di suatu sudut
    seorang anak kecil
    berlarian bermain lelayang
    ditemani ibu ayah
    penuh gelak ketawa
    bahagia jelas terpancar
    suka terlihat pula di sudut sana
    seorang anak kecil
    hulur tangan minta ihsan
    ke sana sini terjingkit
    kaki kudung satu
    berteman sebuah bakul
    berisi dua keping syiling
    jadi bahan permainannya
    wajah penuh muram
    terpancar riak duka
    kasihan ketentuan dari tuhan
    semua untuk kematangan
    dalam bahagia terselit duka
    dalam duka ada bahagianya

    Oleh: Salina
    sajak kenangan/12 Mei 2011 11:44 AM

    BalasPadam
  10. CHONG WEI

    chong wei berehat di waktu petang
    segarkan diri seketika
    menyedut udara segar
    di taman tasik cempaka
    terlihat sekumpulan budak
    riuh memukul bulu tangkis
    bulu tangkis hampir lunyai
    berbekal reket murah
    dua sepuluh ringgit
    berlagak ala jaguh dunia
    ala datuk lee chong wei
    terdetik rasa hati
    siapa pengganti chong wei
    kita ramai pelapis
    tapi sekadar picisan
    menonjol di pentas kampungan
    tunduk di medan dunia
    duit banyak dah habis
    demi pembangunan katanya
    jurulatih semua terhebat
    semua bekas jaguh dunia
    namun hasilnya hampa
    kosong tiada makna
    tiada cemerlang gemilang terbilang
    mana silapnya entah…

    Oleh: Ummu Akilah
    sajak buat chong wei/12 Mei 2011 11:37 AM

    BalasPadam
  11. mcm sajak lama je dalam hidup ini ni

    BalasPadam
  12. delapan tu benda apa plak dalam sajak ni?

    BalasPadam
  13. mcm sajak ketuhanan je

    BalasPadam
  14. sajak psl apa plak ni?

    BalasPadam
  15. sajak kehidupan ke ni?

    BalasPadam
  16. tajuk sajak ni mcm pnh dgr tp isi sajak ni je yg bru

    BalasPadam
  17. eh! sajak jiwa2 ke ni?

    BalasPadam
  18. eh! en nuri pun ada sajak jiwa2 ke? hehe

    BalasPadam
  19. mcm sajak ketuhanan pun ada jiwa2 pun boleh jgk

    BalasPadam
  20. sajak ni bermacam2 maksud la..

    BalasPadam
  21. sajak dalam hidup ini boleh membawa maksud mcm2...

    BalasPadam
  22. la..ingatkan dah sampai siri berapa rupanya baru 6

    BalasPadam
  23. la.. baru siri 6 rupanya kenapa lama sgt

    BalasPadam
  24. makin lama makin menarik plak cerita ni

    BalasPadam
  25. puteri rembulan senja plak? ade... kenapa pakai rembulan senja... nampaknya aku kena tukar nama la

    BalasPadam
  26. puteri srembulan senja nama dia? ada sorg ahli citra rasa pun nama mcm tu tp laki hahaha

    BalasPadam
  27. cerita en nuri ni sebijik mcm cerita CLASH OF TITAN la....

    BalasPadam
  28. mcm cerita pahlawan rome dulu2 plak? hehe

    BalasPadam
  29. naga kepala tujuh!!! wah!!!

    BalasPadam
  30. byk gila kepala naga tu mcm dalam filem org putih plak?

    BalasPadam
  31. ancah2 tu benda apa?

    BalasPadam
  32. ancah2 pelik la bnda apa tu?

    BalasPadam
  33. ancah2 klu x salah tempat org teropong dari puncak atas

    BalasPadam
  34. ancah2 bentuk dia mcm rumah api kan?

    BalasPadam
  35. rajuna tapa??? unik2 semua nama

    BalasPadam
  36. hai semua! aku tukar nama baru... harap en nuri salin... sy la danial dari UUM.. hehe

    BalasPadam
  37. mcm cerita org putih la siap ada naga plak

    BalasPadam
  38. ingatkan mcm hikayat merong tp hikayat merong xde naga

    BalasPadam
  39. kenapa nama dia rajuna tapa?

    BalasPadam
  40. serius mcm tgk filem org putih cerita en nuri ni

    BalasPadam
  41. boleh ke semua orang nak lawan dgn naga tu?

    BalasPadam
  42. eh! boleh ke syahir nak menentang naga tu?

    BalasPadam
  43. rsanya semua mati cuma shahir je selamat.. hehe

    BalasPadam
  44. boleh ke syahir nk lawan sorg2 dia?

    BalasPadam
  45. rsanya syahir mati la nnt abang dia dtg tolong

    BalasPadam
  46. syahir mcm cerita kartun SHERK plak... hehe

    BalasPadam
  47. apa terjadi seterusnya nnt

    BalasPadam
  48. sambung lagi en nuri!! best2 cerita ni

    BalasPadam
  49. mcm tgk filem org putih dulu2 plak cerita en nuri ni

    BalasPadam
  50. SAJAK SAYEMBARA BLOG BULAN MEI 2011 DIANTRA AHLI CITRARASA DAN PB
    AKU SANGGUP MEMBUNUH sajak oleh sdri Nurul Husna pengucapannya bagaikan member amaran pula pada tunangannya. Rengkasannya siapa yang sudah ada tuning kena jaga hati tuning dan begitulah sebaliknya diantara kalian berdua. Dan bagi yang dah tahu si dia itu punya tuning atau ada buah hati jangan pula terlalu terlebih mesra nanti disalah angapan.Isalm pun melarangnya Jika saseorang itu ada buah hati atau tunangan orang janganpla masuk meminang, Maaf sajak ini Telah diulas , hilang pula. Apa pun ceritanya pengucapan biasa khas buat tunang, salingan ingat mengigati. Cuma disini sahaja (TK)

    BalasPadam
  51. SAJAK SAYEMBARA BLOG BULAN MEI 2011 DIANTRA AHLI CITRARASA DAN PB
    BERHATI SEBELM BERBICARA sajak oleh Yusmanira dengan kata lain berhati atau pun berfikilah terlebih dahulu untuk berkata, jika baik niatnya baiklah jadinya, jika sebalik akan menjadi perbalahan dan perseelsihan pula, Jadi rengkasannya berfikirlah ahulu sebelum kita berkata. Kerana hati yang sering dicorekan akhirnya akan teluka parah dan marah. Layak untuk anda ke sayembara seterusnya (SM)

    BalasPadam
  52. SAJAK SAYEMBARA BLOG BULAN MEI 2011 DIANTRA AHLI CITRARASA DAN PB
    DERITA BAHAGIA Sajak cikgu Salina menceritakan dua menolok dalam episud kehdupan kita ini, mungkin di taman readah atau di pasar biasa atau malam. Yang beada mungkin ada kemapuan bergembira dengan anak keayangan brmain lelayan. Ang brnaib malang sekadar cuba meminta sedekah,mengharap belas kasihan orang ramai. Ini semua ketentuan dari tuhan sebenarnya unuk menguji keimanan kita. Layak untuk sayembara eterusnya, (SM)

    BalasPadam
  53. SAJAK SAYEMBARA BLOG BULAN MEI 2011 DIANTRA AHLI CITRARASA DAN PB

    CHONG WEI sajak daripada sdri Ummu Akilah mengiahkan hal biasa anakkecil dan anak muda
    Mereka erng saja menikut musim, bila musim bemain bulu tangkis atau badminton, semuanya ingin menjadi jaguh atau pelapis, begitu juga dengan bola. Semuanya trpulang kepada kemahuan hati,jika tidak habis wang Negara saja. Apa pun terpulang pada individu itu sendiri. Harap maaf uma crita biasa dan kurang kputiannya, cuma di sini saja (TK)

    BalasPadam