Rabu, 11 Mei 2011

BILA KEMUNGKARAN DIBIARKAN




Azab Allah itu amatlah pedeh
bila kemungkaran dibiarkan
malah semuanya akan menerima
pembalasan di atas kesilapan
bila masyarakat telah membiarkan
bersubahat menyokong kemaksiatan.

Maka terimalah azab Allah swt
tidak kira alim ataupun kejahilan
akan diberi diazab kesemuanya
tidak kira  baik ataupun jahatnya
itulah cara penyseksa amat dahsat
dalam cengkaman tanpa dilepaskan.


Oleh: Nurimanja,
Catatan Ahmad 8hb, Mei, 2011.
jam lima pagi .




54 ulasan:

  1. ULASAN:


    Sajak catatan oleh nurimanja mengingatkan kita pada tajuknya BILA KEMUNGKARAN DIBIARKAN. Sesungguhnya bila kemungkaran itu dibiarkan tidak ditegah , malah ada pula yang cuba bersubahat dan memberi sokongan. ternyata disatu masa dan ketika Allah akan menurunkan azabNya yang amat pedeh dan dahsat. Apa yang lebih membimbangkan. Musibah yang Allah turunkan tidak dikira bulu rupa atau agama, diborong semua, semacam tsunami. orang alim atau jahil pukul rata, kerana Allah tidak akan melepaskan cengkaman di tangannya.

    Kemudian bila di akhirat barulah diasingkan siapa yang baik dan mungkar. Apa yang amat menyedehkan dasar undang-undang kita semacam membiarkan buat orang tertentu, walaupun pemerentah berkata tidak kira bulu, tetapi kalau orang lain yang tidak punya nama kes begini mudah saja. ambil DNA habis cerita.

    Tidak ada berdolak dalih lagi dalam soal ini. Jangan wujudkan panglima ketot ke dua di negara kita yang telah membuka pintu kota melaka kepada penjajah. Sejarah telah memberi pengajaran buat kita. renungkanlah..

    BalasPadam
  2. CERITA-CERITA DONGING RAKYAT SEDUNIA DARI NEGARA PAKISTAN . SELASA 26HB APRIL 2011 CITRA BERTAJUK: SYAHIR DAN SYAKIR DICERITAKAN SEMULA SECARABEBASOLEH:NURIMANJA.
    ______________________________________________________________________


    Siri Ke tujuh.

    KINI genap serahun Naga Sang Rajunatapa berkurung di dalam persada Gunung Mentera Alam. Petang ini dia turun untuk mendapatkan janjinya dengan penghuni Desa Negeri Setengah Mati.Itulah kata sepakat yang telah dimenterainya. Jika tidak lebih ramai lagi akan menjadi mangsa habuan isi perutnya.

    Dia mahu hidangan anak gadis ayu berusia tujuh belas tahun ke atas sebagai ulaman santapannya. Bersama beberapa orang putera, panglima atau hulubalang yang sanggup menentangnya. Akan di jadikan habuan untuk ditelan untuk menyedatkan isi perutnya.

    Sudah genap setahun perutnya tidak di isi, kekosongan dan kelaparan berkeroncong bunyi di ruang kosong perutnya.Petang ini dia akan menelan sebanyak mungkin habuannya.tidak kora siapa saja yang cuba menentang dan menghalang perjanjiannya dengan penghuni Desa Negeri Setengah Mati itu.

    Orang ramai mulai menyembunyikan diri dicelah perdu pokok-pokok besar dan dicelah batu –batu pejal di celah kaki gunung Mentera Alam itu. Kelihatan ancah-ancah bergoyangan akibat gegaran gemurun bunyinya deruman Sang Naga Rajunatapa turun dari Gunung Mentera Alam.

    Anak-anak kecil menangis ketakutan, perempuan tua dan muda bertempiaran lari, Memekek dan menjerit dalam ketakutan, begitu hebat dan dahsatnya troma yang datang setahun sekali yang menyerang desa negeri setengah mati itu Kini barulah Syahir mengetahui akan duduk perkara, kemurungan penghuni di desa itu.

    Dari kejauhan kelihatan Tuan Puteri Rembulan Senja yang terikat dengan mulutnya yang tersumbat dengan kain , agar mengelak dari suaranya memekek dan menjerit ketakutan meminta tolong, pastinya akan lebih menyedehkan lagi rasa pilu hati penghuni desa negeri setengah mati itu.

    Seketeka beberapa orang anak muda kampung yang gagah perkasa, bersama beberapa orang putera anak raja berpakain kemas bersama alat senjata datang dari negeri masing –masing jauh dan dekat , Begitu juga dengan panglima dan hulubalang yang ingin mencuba nasib untuk mentang dan membunuh Naga Sang Rajunatapa kepala tujuh itu.

    BERSAMBUNG.

    BalasPadam
  3. MENGAPA KAU JADI MANUSIA

    satu soalan ikhlas dariku
    mengapa kau jadi manusia
    mengapa tidak kau jadi kayu batu
    atau kau jadi bola
    senang buat ku sepak
    agar jauh sejauhnya dariku
    lagi satu soalanku
    mana kau letak otakmu
    mengapa tidak di kepala
    mengapa kau letak di lutut
    susah nak kau gunakan
    lagi satu mana hilang akalmu
    mengapa tiada diguna
    sia-sia tuhan kurniakan
    agar jadi makhluk bijak
    makhluk hebat lagi mantap
    makhluk bernama manusia
    kau tetap jadi binatang

    Abul Hassan
    sajak buat sesumpah

    BalasPadam
  4. SENJA MENYAPA

    Senja menyapa
    memberi warna jingga keemasan
    kau berdiri menatap kosong
    Dengan basahan hujan yang lebat
    Memberi sepi di dada
    Tatapan hampa penuh harap
    penuh rindu menanti
    kau takkan kembali
    Menanti bibirmu mengucap kata cinta
    Menanti harapan panjang tak bertepi

    Ai Kutubudin
    sajak jiwa2

    BalasPadam
  5. SATU KIRI SATU KANAN

    kiri dan kanan satu kiri satu kanan
    berputar menadah kearah senja
    menelan liur menghela nafas
    kulit terkelupas dan terbiarkan
    tak peduli malam siang
    aku masih menadah dengan tenang
    langkah terus terulang
    ada satu tujuan tak jelas arah
    entah kiri atau kanan
    entah siang atau malam

    Inspektor Halim
    sajak dalam dilema

    BalasPadam
  6. SANGGUP MEMANGKU BULAN

    jauh mana pun kau lempar
    aku tetap masih sabar
    jauh mana pun kau maki
    aku tetap masih kenang
    kalau gelap jadi halang
    aku sanggup pangku bulan
    biar terang takkan suram
    biar hilang seribu penghalang
    aku masih tetap bertahan
    biar perit aku takkan lari
    aku tunggu smpai kau mahu
    malam masih seperti biasa
    seperti malam yang sama
    tapi bila akan tiba waktu pagi ?
    aku setia menunggu pagi
    moga yang tiba bukan mimpi

    Brader Joe
    sajak simbolik percubaan pertama kali

    BalasPadam
  7. SANGGUP MEMANGKU BULAN

    jauh mana pun kau lempar
    aku tetap masih sabar
    jauh mana pun kau maki
    aku tetap masih tenang
    kalau gelap jadi halang
    aku sanggup pangku bulan
    biar terang takkan suram
    biar hilang seribu penghalang
    aku masih tetap bertahan
    biar perit aku takkan lari
    aku tunggu smpai kau mahu
    malam masih seperti biasa
    seperti malam yang sama
    tapi bila akan tiba waktu pagi ?
    aku setia menunggu mentari
    moga yang tiba bukan mimpi

    Oleh: Brader Joe
    sajak simbolik percubaan pertama kali/12 Mei 2011 11:56 AM

    BalasPadam
  8. SATU KIRI SATU KANAN

    kiri dan kanan satu kiri satu kanan
    berputar menadah kearah senja
    menelan liur menghela nafas
    kulit terkelupas dan terbiarkan
    tak peduli malam siang
    aku masih menadah dengan tenang
    langkah terus terulang
    ada satu tujuan tak jelas arah
    entah kiri atau kanan
    entah siang atau malam

    Oleh: Inspektor Halim
    sajak dalam dilema.12 Mei 2011 11:54 AM

    BalasPadam
  9. SENJA MENYAPA

    Senja menyapa
    memberi warna jingga keemasan
    kau berdiri menatap kosong
    Dengan basahan hujan yang lebat
    Memberi sepi di dada
    Tatapan hampa penuh harap
    penuh rindu menanti
    kau takkan kembali
    Menanti bibirmu mengucap kata cinta
    Menanti harapan panjang tak bertepi

    Oleh: Ai Kutubudin
    sajak jiwa2/12 Mei 2011 11:50 AM

    BalasPadam
  10. MENGAPA KAU JADI MANUSIA

    satu soalan ikhlas dariku
    mengapa kau jadi manusia
    mengapa tidak kau jadi kayu batu
    atau kau jadi bola
    senang buat ku sepak
    agar jauh sejauhnya dariku
    lagi satu soalanku
    mana kau letak otakmu
    mengapa tidak di kepala
    mengapa kau letak di lutut
    susah nak kau gunakan
    lagi satu mana hilang akalmu
    mengapa tiada diguna
    sia-sia tuhan kurniakan
    agar jadi makhluk bijak
    makhluk hebat lagi mantap
    makhluk bernama manusia
    kau tetap jadi binatang

    Oleh: Abul Hassan
    sajak buat sesumpah/12 Mei 2011 11:49 AM

    BalasPadam
  11. mantera alama nama gunung tu wah!!!

    BalasPadam
  12. semua nama hebat2 dalam cerita en nuri

    BalasPadam
  13. mana en nuri dpt semua nama2 dalam cerita ni unik2 semuanya

    BalasPadam
  14. kenapa nama desa tu desa setangah mati? hehe

    BalasPadam
  15. setiap tahun msti ada yg terkorban ke?

    BalasPadam
  16. kenapa x guna nama sy je en nuri? hehe

    BalasPadam
  17. kenapa dia nak makan orang naga ni bukan kenyang pun makan lagajah lagi byk isi.. hehe

    BalasPadam
  18. gila la naga tu asyik makan orang je x keracunan makanan ke? hahaha

    BalasPadam
  19. mcm cerita BOUWOLF pun ada cerita en nuri ni

    BalasPadam
  20. naga tu asal dari mana puncak gunung ke?

    BalasPadam
  21. kenapa naga tu nak makan orang pmpuan je?

    BalasPadam
  22. kenapa naga tu x makan org tua isi liat ke? hahahha

    BalasPadam
  23. kenapa semua penduduk kampung x mhu menyembunyikan diri jer...

    BalasPadam
  24. sian anak dara kt kmpung tu di jadikan korban

    BalasPadam
  25. kenapa nak anak dara umur 17 sian muda2 lagi dah kena baham

    BalasPadam
  26. patutlah semua murung je rupanya takut naga

    BalasPadam
  27. boleh ke syahir nak selamatkan kmpung tu?

    BalasPadam
  28. org kmpung tu x berpakat ke bunuh naga tu dgn cara lain?

    BalasPadam
  29. selamatlah cerita ni hanya dulu2 je berlaku klu skrg berlaku xthu la

    BalasPadam
  30. rsanya syahir akan bunuh naga tu mcm cerpen sebelum ni maharaja cina bunuh naga dgn meriam

    BalasPadam
  31. ada ke cara nak bunuh naga tu nampak mcm semua mustahil jer

    BalasPadam
  32. msti syahir mati la nnt mngkin syakir nnt dtg tolong

    BalasPadam
  33. sapalah yg akan jadi hero nnt adakah syahir ke syahir? hehe

    BalasPadam
  34. harap2 anak aku dah besar jgn jd mcm syahir dan syahir sbb merbahaya la keja bunuh naga

    BalasPadam
  35. kenapa syahir x turut serta sekali dlm pertempuran tu?

    BalasPadam
  36. rasanya semua nak nak tolong puteri tu semua mati katak jer

    BalasPadam
  37. mcm misi nak bunuh diri je mana boleh manusia nak bunuh naga

    BalasPadam
  38. lps ni terjadi la pmbunuhan beramai2 sbb naga tu msti baham semua sekali

    BalasPadam
  39. cerita ni mmg susah nak teka sbb byk x dijangka

    BalasPadam
  40. cerita ni mmg meyerupai cerita org putih dulu2 la.... tp en nuri pnya lagi menarik

    BalasPadam
  41. boleh ke dorang nak menentang naga tu?

    BalasPadam
  42. rasanya naga tu x jadi nak makan puteri tu sbb kenyang makan panglima yang ramai2 tu

    BalasPadam
  43. semua akan jadi mayat la sbb naga tu besar mcm mana nak lawan

    BalasPadam
  44. pakai la meriam baru boleh bunuh naga mcm cerpen sebelum ni

    BalasPadam
  45. agaknya boleh ke syahir nak bunuh naga tu?

    BalasPadam
  46. nak bunuh naga kena pakai akal yg licik

    BalasPadam
  47. dorang kena pasang perangkap baru boleh bunuh naga tu

    BalasPadam
  48. nampaknya pejuangan dorang semua sia2 rasanya smua mati

    BalasPadam
  49. mustahil la panglima ramai2 tu nak bunuh naga kepala tujuh tu

    BalasPadam
  50. makin lama makin enjoy la jalan cerita yg menarik!

    BalasPadam
  51. SAJAK SAYEMBARA BLOG BULAN MEI 2011 DIANTRA AHLI CITRARASA DAN PB

    Sajak mengharap oleh Brade Joe bersimbolikkan SANGKUP MEMANGKU BULAN. Ternyata Penucapannya menatang bulan selama ini untuk agama bangsa dan negara. Biar seribu halangan Jiwa tetap memujanya, kini terlalu banyak pula cerita yang kurang menyenangkan, namun untuk megharap pagi, pastikah sang mentari bukan cerita mimpi. Harap maaf Cuma cerita biasa yang masing-masing punya pilihan hati kurang ada keyakinan mana satu untuk ditatang. Apa yang menyedihkan bulan pun hilang , bintang pun malap, mntari juga tengelam. Yang berjaya kini roket kian bertambah naik di angkasa, berbaun politik (TK)

    BalasPadam
  52. SAJAK SAYEMBARA BLOG BULAN MEI 2011 DIANTRA AHLI CITRARASA DAN PB
    Sajak dalam delima oleh Inspektor Halim bertajuk: SATU KIRI SATU KANAN pengucapannya Bagai berada ditengah pesimpangan jalan mana akan dipilih, jika mendengar cerita dan berita keduanya sama seperti sing dan malamm dua baik dan dunia ada kelemahan dan kekuatannya. Tapi apa yang lebih mendebarkan, kebanyakan cerita semuanya bagai ada kepentingan, namun siapa yang agak banyak memantu rakyat mungkin hati akan terdekit unk menytujuinya.Kini masih perhati dan lihat. Krana engan melihat kerenah poliik. Layak unuk seterusnya (SM)

    BalasPadam
  53. SAJAK SAYEMBARA BLOG BULAN MEI 2011 DIANTRA AHLI CITRARASA DAN PB

    SENJA MENYAPA daripada sdra Ai Kutubudin penceritaanya bagai mengharapkan seuatu dari seorang yang dinanti ,mungkin telah pergi meninggalkan kekosongan di hati, bagai basahan hujan lebat yang memberi sepi di dada, malah rindu dan haraan kian menjadi hampa. Si dia yang pergi tidak akan kembali jauh sekali untuk mengucap kata cinta, bagai hanyut di lautan yang tidak bertepi.. Sajak mengharap dan kekecewaan.Terpilih dari pegucapan bahasanya ada puitinya
    Layak kesayembara seterunya (SM)

    BalasPadam
  54. SAJAK SAYEMBARA BLOG BULAN MEI 2011 DIANTRA AHLI CITRARASA DAN PB

    Abul Hassan dengan motif sajak pertanyaan buat sesaorang yang semacam cuba pula mempermainkan keadaan atau kerana ada orang yang berpengaruh di belakangan yang menjadikan dia lebih berani dan ingin meneruskan agenda rantaian dalam dan luar negara yang si pembangkang kini boleh bermaharajalela.dengan demontarasi jalanan.Tetapi kita yakin jika mereka brjaya, kekuasaan bukan untuk kita,untuk dijadikan ukurannya, tetapi menang boleh sekadar jadi boneka dalam sangkar .Sahaja. Maaf sajak politik kurang diberi tumpuan kini. Terpaksa deluarkan (TK)

    BalasPadam