Ahad, 1 Mei 2011

CIRI ORANG BERIMAN



Sajak untuk kanak-kanak

Orang yang beriman itu tenang
kelihatan Wajah menyenangkan
Bicaranya penuh berhikmah
Wataknya sentiasa terpesona
Dengan aura yang dikurniakan
Ciri orang yang beriman mudah
Berjumpa cukup menyenangkan
Bagaikan jumpa para syuhada
Tidak mudah menyinder sesiapa
Atau menyakitkan hati orang
Kerana jiwanya sentiasa zuhud
Malah hatinya mengingat dosa
Kepada pembalasan hari akhirat
Maka keadaannya sentiasa takut
Dalam kewaspadaan  siap siaga
Memelihara akan Hati dan lidahnya.


Oleh: Nurimanja.
Pagi hari jam 8 30.
sajak lagenda untuk renungan
diterbitkan semula tarikh: 30/04/2011.





50 ulasan:

  1. Sumpah laknat Eskay urusan peribadi (BB)
    KUALA LUMPUR 29 April - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tindakan Datuk Shazryl Eskay Abdullah bersumpah laknat berhubung isu video seks hari ini adalah keputusan peribadinya dan bukan urusan kerajaan atau UMNO.... Berita Penuh

    KOMENTAR

    Panisahat PKR kini bukan lagi berdepan dengan UMNO tetapi menghadapi musuh dan kawan baiknya bersama sewaktu mereka berkawan baik dulu. Jadi AMPKR perlu melihat dengan lebih resinoal. Dan bukan membuat kacau dalam masjid. Menjadikan anda lebih lemah dan menjatuhkan diri sendiri. Pilih saja penganti lain yang ada keperibadian yang baik untuk menganti ketua umum PKR baru jika benar ingin menegak keadilan. Begitu juga BN mereka sanggup mengundurkan Pak Lah demi parti UMNO.

    BalasPadam
  2. CARA BUAT KEK LAPIS

    Bahan-bahan ( 81/2 x 8/12 inci )

    * BAHAN A (dalam kek)
    * 5 biji kuning telur
    * 3 biji putih telur
    * 150 gram gula kastor
    * 100 gram tepung hong kong
    * 1 sudu makan ovelet
    * BAHAN B (dalam kek)
    * 200 gram mentega/butter
    * 3 sudu makan susu pekat
    * BAHAN UTK BHGN LUAR KEK
    * 300 gram putih telur (8 biji putih telur)
    * 190 gram tepung hong kong
    * 150 gram gula kastor
    * 1 sudu makan ovelet
    * 250 gram butter/mentega (cairkan)
    * 50 ml susu cair

    Cara-cara

    1. CARA UTK MEMBUAT DLM KEK
    2. Pukul Bahan B hingga sebati.
    3. Pukul Bahan A hingga kembang. Kemudian masukkan ke dalam Bahan B. Gaul sebati.
    4. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Bhgn pertama masukkan pewarna hijau, bhgn ke 2 masukkan pewarna merah & bhgn ke 3 masukkan pewarna kuning.
    5. Bakar bhgn pertama dulu, bila hampir masak, lapiskan bhgn ke 2 dan seterusnya bhgn ke 3. Buat 3 lapisan.
    6. Bila masak, sejukkan dulu. Apabila sudah betul2 sejuk potonglah kek tersebut berbentuk memanjang. Kemudian potong segitia kecil2 atau segiempat sama. Biarkan dulu.
    7. CARA UTK MEMBUAT LAPISAN LUAR KEK
    8. Pukul putih telur hingga kembang. Kemudian pukul semua bahan kecuali mentega cair. Akhir sekali barulah masukkan mentega cair. Gaul rata & sebati.
    9. Bakar lapisan pertama sebanyak 5 sudu makan. Bila hampir masak susunkan kek yang telah dipotong tadi di atasnya. Masukkan adunan di atasnya sehingga menutupi semua kek yang telah dipotong. Bakar lagi.
    10. Bila hampir masak susun lagi kek yang telah dipotong tadi. Buatlah begitu sehingga semua adunan habis.
    11. GUNA ACUAN 81/2 x 81/2 inci

    BalasPadam
  3. Muffin Coklat

    Bahan-Bahan

    * ½ cawan mentega
    * ½ cawan minyak jagung
    * 1 ¼ cawan gula perang
    * 3 biji telur
    * 2 ½ cwn tepung gandum
    * 1 sudu teh baking powder
    * 1 sudu teh soda bikarbonat
    * 3 sudu makan serbuk koko
    * 200 ml susu segar ( vanilla atau coklat)
    * Sedikit coklat chip untuk hiasan.

    Cara-cara:

    1. Panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 180’C selama 15 minit.
    2. Pukul mentega, minyak jagung dan gula perang dalam bekas adunan
    3. Masukkan telur sebiji demi sebiji.
    4. Tepung gandum, soda bikarbonat, serbuk koko dan baking powder perlu diayak bersama dan dicampur ke dalam adunan tadi.
    5. Kemudian campurkan susu segar berselang-seli dengan tepung sehingga sebati.
    6. Paipkan adunan ¾ ke dlm cup kertas dan letak sedikit coklat chip di atasnya.
    7. Siap untuk di bakar. Bakar selama 20 minit.

    Tips:

    1. Oven perlu dipanaskan terlebih dahulu supaya adunan kita boleh naik dengan sempurna.
    2. Pukul adunan dengan menggunakan pemukul telur biasa (pemutar belon). Tak perlu guna mixer kerana adunan muffin berbeza dengan kek.
    3. Jangan guna minyak masak yang berkacang kerana ia member kesan pada rasa muffin anda. Minyak jagung adalah yang terbaik.
    4. Untuk mendapatkan rasa coklat sebenar, guna susu segar perisa coklat (Dutch Lady).
    5. Untuk mendapat muffin yang sedap, gantikan tepung gandum dengan Tepung Ros (ayak terlebih dahulu) yang boleh didapati dikedai2 bakeri. Harga tepung ros ini mahal sedikit tetapi untuk hidangan sendiri sangat berbaloi.
    6. Muffin yang dibakar hendaklah dipusing kedudukan setiap 10 minit supaya adunan masak dengan sempurna.
    7. Anda boleh mengguna kan cup kertas saiz 3 atau 8. Jumlah muffin yang akan diperolehi sekitar 35-38 biji (saiz 3) atau 17-20 biji (saiz 8).

    BalasPadam
  4. PAN CAKE

    Bahan-bahan ( lebih kurang 8 biji )

    * 115g Tepung Gandum
    * 1 sudu kecil (5ml) Soda bikarbonat
    * 1 sudu kecil (5ml) Krim tartar
    * 25g Butter
    * 1 biji Telur
    * 150ml Susu Segar
    * 1 sudu besar Gula
    * Secubit Garam

    Cara-cara

    1. Campurkan tepung dan soda & krim tartar - kalau rajin ayaklah (Along selalu nya gaul je, malas nak ayak)
    2.
    Dsc02688
    Rub in butter sampai berderai macam serbuk roti - jgn di gaul terlalu lama nanti berketul macam doh. Lihat lah gambar ni...
    3.
    Dsc02689
    Lubangkan tepung di tengah2 nya. Gaulkan telur (di pukul dulu sedikit) & susu. Gaul sebati. Lihat gambar adunan yg dah siap.
    4.
    Dsc02692
    Tuangkan sesenduk adunan ke atas kuali pancake yg panas & di lenser dgn sedikit minyak. Along guna kuali pancake bersaiz 5 inci diameter, so semua pancake Along sama besar.
    5.
    Dsc02693
    Masak sehingga ada buih2 udara & tunggu sehingga buih2 tu pecah baru di terbalikkan.
    6.
    Dsc02699
    Tengok ni betapa gebu nya texture pancake ni. Hidangkan dgn sirap favourite anda - maple syrup, honey, butter atau icecream. Makan panas2 lagi best.
    7.
    Pancake_syrup
    Nak letak gambar maple syrup utk yg bertanya tapi dah habis pulak. So, kat sini Along letak lah gambar pancake syrup (Sorry, yg ni pun hampir habis, tinggal suku botol je.... ni sebab anak2 selalu je makan pancake & waffle). Nanti bila dah beli maple syrup, Along akan letakkan gambar nya pulak.
    8.
    Blueberry_syrup
    Ini pulak blueberri syrup, my boys' favourite mkn dgn pancake & waffle. Dah nak habis baru sempat ambik gamba.
    9.
    Krim_of_tartar
    Untuk yg bertanya, ini dia gambar krim tartar. Ianya serbuk putih.

    BalasPadam
  5. testing pertama kali masuk sini

    BalasPadam
  6. hrp semua selesa dgn saya

    BalasPadam
  7. ulasan tgh disusun skrg ni

    BalasPadam
  8. lps ni sy lps 4 sajak tp letak sehari 1 saja sajak jgn letak lebih pening kepala nk susun

    BalasPadam
  9. kalau x penuh ulasan mcm mana ni?

    BalasPadam
  10. xpa x cukup ulasan sy penuhkan

    BalasPadam
  11. kek lapis plak resepi kali ni?

    BalasPadam
  12. eh! jalal pnya abang setahu aku mana reti masak mna pnya resepi dia ambik ni>?

    BalasPadam
  13. kek lapis resepi yg sy tunggu2 ni

    BalasPadam
  14. ni kek lapis mana? sarawak ke?

    BalasPadam
  15. resepi ke lapis mesti cuba ni

    BalasPadam
  16. kek lapis? lama x mkn

    BalasPadam
  17. sapa yg jaga blog skrg ni?

    BalasPadam
  18. eh! resepi pnya byk kali ni?

    BalasPadam
  19. kenapa byk sgt resepi ni jamil?

    BalasPadam
  20. resepi byk sgt plak kali ni

    BalasPadam
  21. byk sgt la resepi nk komen mne 1 ni?

    BalasPadam
  22. apesal byk sgt resepi ni

    BalasPadam
  23. kenapa lepas sekali gus resepi?

    BalasPadam
  24. semua resepi kali nisedap2 belaka

    BalasPadam
  25. boleh gemuk aku mcm ni byk resepi!

    BalasPadam
  26. dh mcm blog masakan je? hehe

    BalasPadam
  27. kek lapis ni resepi sendiri ke?

    BalasPadam
  28. boleh jadi ke buat kek lapis mcm ni?

    BalasPadam
  29. eh! ada kek lapis la dah lama aku cari ni

    BalasPadam
  30. kek lapis ni selalunya ada kat sarawak jer

    BalasPadam
  31. gf org sarawak ke jamil?

    BalasPadam
  32. kek lapis ni setahu aku orang sarawak pnya? curi ke?

    BalasPadam
  33. byk btol resepi kali ni

    BalasPadam
  34. gila pnya byk resepi ko letak

    BalasPadam
  35. mcm mana nak komen psl politik sbb bila tgk resepi trus jd lapar

    BalasPadam
  36. boleh buka kedai kek la kalau mcm ni?

    BalasPadam
  37. byk resepi kek nampaknya

    BalasPadam
  38. boleh kencing manis smua resepi kek je?

    BalasPadam
  39. resepi kek kali ni nmpk sedap2

    BalasPadam
  40. boleh cuba resepi kat sini

    BalasPadam
  41. baik beli je susah nak buat la resepini

    BalasPadam
  42. resepi byk sgt plak nampaknya?

    BalasPadam
  43. KELIRU

    keliru dengan diri sendiri,
    Termangu mengenangkan sikapmu,
    Tak pernah ku rasakan
    hidup penuh bererti,
    Hadirmu membawakan sinar baru.
    Terasa pantas masa berlalu,
    Engkau dan aku semakin jauh,
    Biar pernah kita
    sama cipta bahagia,
    Namun semua hilang
    musnah tak kusangka.

    Sufian Al Zahri
    sajak jiwa2 dulu sebelum kwin

    BalasPadam
  44. WAKTU AKU BOSAN

    waktu ini aku bosan
    jadi aku merapu
    tentang apa apa sahaja
    terlintas dikepala
    waktu tidur tapi seperti kebiasaan
    aku akan merapu mengarut
    untuk hilangkan tension
    wahai sang langit gelap
    temani aku seorang
    bebintang aku mahu berkawan?

    En sanusi
    sajak kehabisan idea

    BalasPadam
  45. MEMBELAH SUBUH

    Maafkan ku membelah subuh
    dengan deruan kereta
    untuk mengelak sesak lebuh raya
    lalu menyimbah asap dan debu
    Hingga petang untuk mengejar
    hidup yang kian menghimpitku
    burung-burung bertempiaran
    daun-daun kering kehilangan arah
    aku semakin payah
    untuk sampai ke sekolah.

    Ustaz Sahzan
    ketika dalam perjalanan ke sekolah

    BalasPadam
  46. MENGOMEL

    padanlah mereka mengomel membebel
    luahkan ketidakpuasan hati
    yang terbuku sedari pagi
    kau ciptakan kiamat kecil
    baju kau campak ke lantai
    seluar kau biar di katil
    tuala terperuk tepi pintu
    pinggan kau biar atas meja
    cawan terhurung semut di sinki
    sisa tumpahan kopi tiada kau lap
    habuk rokok berselerak di jendela
    seluar dalam tergumpal di bantal
    stokin tersadai atas kerusi
    kasut berselerak tiada tersusun
    pasu bunga tunggang terbalik
    siapa bereskan cantikkan susunkan
    mesti bukan kamu merekalah jua
    biarkanlah mereka mengomel
    tahan sahaja telinga mahu marah?
    jangan sekali-kali kamu yang salah…

    Mat Noh
    sajak tak puas hati

    BalasPadam
  47. Sdra Sufian Keliru tajuk sajak ini pun telah diulas panjang lebar telah hilang diserang virus lebih 3 hari. sehingga hart dist pun terbakar panas kena ganti sehingga kami tak dapat membuka blog. (masa itu blog mantan Tun Dr. mahather kena serang)

    Maaf sajak ini juga telah pun terkeluar kerana penceritaan biasa atau satu memori lama agaknya.
    apa pun usaha lagi Cuma di sini pohon berhenti. (TK)

    BalasPadam
  48. Waktu aku bosan tajuk sajak ini telah diulas panjang lebar telah hilang diserang virus lebih 3 hari.sehingga hart dist pun terbakar panas kena ganti sehingga kami tak dapat membuka blog. (masa itu blog mantan Tun Dr. mahather kena serang)

    Ternyata bebanan tanggyng jawab menjadikan seorang itu diganggu untuk berfikir apatah lagi
    melahirkan ilham yang lebih mencabar dan puitis, lalu menulis ikut kata hati sahaja. Ssajak ini juga telah terkeluar . Maah Cuma disini sahaja usahala gi (TK)

    BalasPadam
  49. Membelah sebuh sajak inipun telah diulas panjang lebar telah hilang diserang virus lebih 3 hari.
    sehingga hart dist pun terbakar panas kena ganti sehingga kami tak dapat membuka blog. (masa itu blog mantan Tun Dr. mahather kena serang)

    Sajak ini telah pun terpilih untuk seterusnya . Penceritaan tentang tugas yang mencabar saban hari memerlukan ketabahan dan kecekalan hati menempuh kehidupan seharian demi tugasa untuk bangsa agama dan negara. Layak untuk (SM)

    BalasPadam
  50. Mengomel tajak sajak ini telah pun diulas panjang lebar telah hilang diserang virus lebih 3 hari.sehingga hart dist pun terbakar panas kena ganti sehingga kami tak dapat membuka blog. (masa itu blog mantan Tun Dr. mahather kena serang)

    Sajak ini penceritaananya berkenaan dengan leteran yang terlalu biasa dengan keadaan rumah tangga yang terlalu sempit dan banyak tekanan dan permasallahan . Maah sajak ini telah terkeluar Cuma usaha lagi pohon berhenti (TK)

    BalasPadam