Khamis, 19 Mei 2011

BERHATI-HATI MEMILIH WATAK



sajak sms suara pulau

Dalam hidup ini ada banyak watak
jika anda memilih watak jahat
samalah  memilih gelarannya.
Jika memilih watak menjadi dalang
tidak ada orang mengelarnya watak baik.

Jika anda terlalu sangat suka persenda
mempermainkan orang dan rakan
tidak hairanlah  hari ini juga
ada musuh yang ingin  mencabar
tentang kewibawaan diri anda.

Jika anda sering memutar belitkan fakta
jika cerita sadikit dikaitkan  berjela
tidak hairan sejarah akan merakamkan
dimana  kelemahan  lakonan anda
pasti akan terserlah kepada khayalak.

Berhati-hatilah memelih watak
dalam lakonan hidup  yang sadikit  ini
kita sebagai pelakon tanpa skrip
jika watak telah pun  tercalar
terlalu sukar untuk memadamnya.


Oleh:Suara Pulau
sajak  sinis catatan dari akhbar  UM.
Isnin  jam pagi di perkarangan mahkamah.
kekalahan dijangka  tanggal 12hb Mei, dua kosong sebelas




50 ulasan:

  1. ULASAN:
    Sajak en nuri bertajuk MEMILIH WATAK tak per diulas semua orang dapat faham. kecuali bagi mereka yang sengaja tak mahu faham dan ingin membuat kacau sekadar mencari publisiti murahan semacam cuba pula menghina mahkamah. Bila keputusan dipertikaikan sehingga selama tiga tahun dimana lagi
    perlu diputar belit. Sebelum malaikat maut datang menjemput. Bertaubat dan bersumpah laknat bukti bukan sebagai fitnah. Cukup memalukan bawa penyokong untuk menegak kemungkaran..

    OLEH: MENTARI SENJA

    BalasPadam
  2. CERITA-CERITA DONGING RAKYAT SEDUNIA DARI NEGARA PAKISTAN . SELASA 26HB APRIL 2011 CITRA BERTAJUK: SYAHIR DAN SYAKIR DICERITAKAN SEMULA SECARABEBA OLEH:NURIMANJA.
    ______________________________________________________________________

    Siri Ke Sepuluh.

    SETELAH ketujuh kepala naga itu tidak bergerak lagi. Putera Wira Syhair segera menuju ke ancah-ancah yang terdapat tuan puteri Rambulan Senja. Dengan tidak membuang masa dia segera melompat sempantas kilat menurunkan tuan puteri yang terikat di kerusi di atas ancah-ancah itu.

    Orang ramai yang melihatnya bertempek sorak dengan girangnya melihat keadaan itu. Berbagai andain telah kedengaran. Mereka memuji dan menceritakan sesame sendiri tentang kehebatan Putera Wira Syahir itu. Ada yang mengatakan dia pantas melompat seperti kilat dengan pantas mencantas dan memancung ketujuh kepala naga sang rajunatapa itu.

    Akhirnya berita ini telah dipersembahkan kepada bendahara dan dikahbarkanlah kepada raja Gundang Gulana ayahnda kepada Tuan Puteri Rambulan Senja. Makan dengan sukacitanya ingin mengistiharkan akan janji-janjinya kepada sesiapa yang telah menyelamatkan tuan puterinya itu.

    Dalam keadaan yang kurang jelas dan nyata itu dating pula tyuan orang putera di raja dari Negara Entah berantah member pengakuan bahawa mereka berdua yang telah membunuh Sang Naga rajunatapa itu.

    Bukannya seperti yang dicanangkan oleh penduduk nelayang kampong miskin dan penduduk tukang besi Guni Sekarung.

    Perbalahan pun berlaku dan pertikaian pun bermula Bedahara dan penasihat kepada memanda menteri yang telah tua dan uzur terpaksa membuat penyiasatan membuktikan kesyahihan siapa yang sebenarnya membunuh dan memancung kepala Sang naga Rajunatapa kepala tujuh itu.

    Dua orang putera raja itu amat khuatir jika tuan puteri Rambulan Senja itu berkhawinan dengan gulungan yang bukan berdarah raja dengan rasa cemburu mereka sesama mereka cuba raja itu dengan memberanikan diri mengaku mereka yang membunuhnya.

    Dengan Pantas mereka naik ke atas ancah-ancah sambil memperkenalkan diri mengatakan kepada kyalayak ramai. beta yang bernama Putera Naga Samundera dan saudara beta ini yanmg bernama Putera Sastria Juragan mengistiharkan kamilah yang membunuh Sang Naga Rajunatapa berkepala tujuh itu.

    BERSAMBUNG.

    BalasPadam
  3. GADIS ITU MEMILIKI 5 SENYUMAN

    senyuman pertama
    mengurai ikhlas buat hati terpesona
    tak ada jengah seluruh cakrawala
    senyuman kedua
    ruang dada menyentakkan ghairah
    menjalar jarimu terkibaskan hawa
    serupa kesturi melemahkan sendi
    lalu cinta kau tenggarai
    ada terpaku didalam rusuk
    senyuman ketiga
    tak lebih segaris datar bibirmu
    simpati dustamu pada rona suasana
    tak hinggap di laluan rasa
    senyuman keempat
    melengkapi bahasa memainkan cerita peliknya mata menatap silau
    rumitnya telinga yaring beranda
    senyuman kelima
    panduan jalangnya paras,
    menggandakan warna rupa tepian hari
    berseri susun lirik makna sendiri

    Tengku Hasbullah
    sajak simbolik (P.blog)

    BalasPadam
  4. MASIH BANYAK PERLU DI TAFSIRKAN

    sebuah penanda waktu.
    dia kini tidak lagi merindukan
    karena padanya kutahu
    sebuah gerak pertautan keperibadian
    lebih memberikan makna
    sesuatu jelas dan pasti segalanya.
    hidup bermakna ketika
    masih banyak kemungkinan
    selalu terbuka untuk ditafsirkan.

    Tuan Haji
    sajak simbolik (ahli baru)

    BalasPadam
  5. TANPA PREJUDIS DAN WASANGKA

    hari ini
    kita lupakan sengketa dan duka
    semalam biar berlalu
    abai tangis dan sedu itu
    esok genggam erat tanganku
    mula langkah satu
    cahaya pasti menunggu
    selamanya kita tetap bersama
    melayari suka duka baru disemai
    tanpa prejudis dan wasangka

    Kelana Nusantara
    Sajak simbolik (ahli baru)

    BalasPadam
  6. MINYAK NAIK

    bila minyak naik
    semua sekali naik
    harga barang naik
    suhu darah naik
    tangan cepat naik
    penyepak turut naik
    naik minyak
    tokey pam naik seri
    tokey market naik tocang
    tokey gula naik iri
    tokey dapur naik geram
    si kuli naik pitam
    subuh-subuh naik LRT
    kereta di garaj naik karat
    si boss naik angin
    pagi-pagi naik minyak
    semua mintak naik gaji
    aku naik urat di dahi naik marah!

    Tommy Lee
    sajak isu semasa (p. blog)

    BalasPadam
  7. PUISI- PUISI SAYEMBARA BULAN MEI 2011 DIANTRA AHLI CITRARASA DAN PB.

    Tengku Hasbullah dengan sajak GADIS ITU MEMELIKI 5 SENYUMAN penceritaan yang agak berbelit panjang ceritanya. Maksud atau mesejnya sudah ada tetapi cara penyusunan ayat dan merengkaskan sadikit cerita agar lebih puitis dan bersahaja. Lihat sajak-sajak yang terpilih. Apakah yang dimaksudkan dengan simbolik kepada apa bayangan dan perbadingannya? sebagai panduan anda seterusnya. Okey! usaha lagi lain kali. harap maaf sekadar disini sahaja pohon berhenti (TK)

    BalasPadam
  8. PUISI- PUISI SAYEMBARA BULAN MEI 2011 DIANTRA AHLI CITRARASA DAN PB.

    Tuan Haji ahli baru dengan sajaknya bertajuk MASIH BANYAK PERLU DITAFSIRKAN, Pengucapannya ingin menceritakan kehidupan seorang itu agak terhad ditentukan tuhan. dalam dunia sementara ini kita perlu mengunakan sebaik mungkin akan kenekmatan dan mentafsirkan seketika segala kewujudan . Buatlah yang terbaik sementara nadi masih berdenyut dan hidung masih menafas ini . Cuma andaian apa pun berbagai andain boleh ditafsirkan. Layak untuk sajak sayembara seterusnya (SM)

    BalasPadam
  9. PUISI- PUISI SAYEMBARA BULAN MEI 2011 DIANTRA AHLI CITRARASA DAN PB.

    Sajak ahli baru sdra Kelana Nusantara dengan sajaknya yang bertajuk TANPA PREJUDIS DAN WASANGKA. Pengucapannya puitis dan bersahaja. berbagai andain boleh kita tafsirkan. Pada kisah cinta, politik dan sebagainya.Apa pun penceritaanya bagai lagu P. Ramlee buang yang keruh ambil yang jernih, sepatutnya kita bekerjasama buang segala prejudis danwasangka atau pun buruksangka demi menekmati kehidupan yang sedikit dalam dunia sementara dan yang penuh pancaroba. Layak menyertai sayembara seterusnya (SM)

    BalasPadam
  10. PUISI- PUISI SAYEMBARA BULAN MEI 2011 DIANTRA AHLI CITRARASA DAN PB.

    Sajak Tommy Lee Pb dengan sajak komedi dan sinisnya dalam isu semasa yang bertajuk MINYAK NAIK. Penceritaanya mudah dan sesiapa pun boleh faham dan mengerti. Walaupun pun syabas juga ada gaya dan kemampuan untuk menulis cuma sajak komedi isu penceritaaan biasa dini hari, Kerana ada dua sajak yang lebih mencabar hebat pengucapannya dan telah memberi persaingannya yang hebat . sajak anda terpaksalah dikeluarkan. Harap maaf usaha lagi Tommy lain kali. (TK)

    BalasPadam
  11. sambung lagi best jgk cerita ni

    BalasPadam
  12. macam tgk cerita harry potter plak cerpen en nuri ni

    BalasPadam
  13. cerita ni sama panjang dgn langsuir ke?

    BalasPadam
  14. wah! makin lama makin rancak la

    BalasPadam
  15. boleh buat novel cerpen en nuri ni

    BalasPadam
  16. cerpen ni kalau buat versi komik byk bdk2 beli ni

    BalasPadam
  17. cerita ni en nuri ambik kt mana?

    BalasPadam
  18. cerita benar ke ni?

    BalasPadam
  19. buat filem pecah panggung cerpen en nuri ni

    BalasPadam
  20. sampai berapa siri lagi ni?

    BalasPadam
  21. cerita mcm ni sampai berapa siri pun boleh sbb best

    BalasPadam
  22. ancah2 tu apa en nuri?

    BalasPadam
  23. mcm hikayat merong mahawangsa pun ada ancah2

    BalasPadam
  24. pelik la nama raja tu? hahahaha

    BalasPadam
  25. ada jgk nama raja gundang gulana? hahahaha

    BalasPadam
  26. nk tergelak nama raja tu? hahahaa

    BalasPadam
  27. pelik btol nama raja tu? hahaha

    BalasPadam
  28. raja tu kenapa nama dia gundah gulana? hahahhahaa

    BalasPadam
  29. semua nama dah unik cantik yang raja tu plak nama lawak? hahahha

    BalasPadam
  30. huh! nama aku pun ada siap jadi watak antogonis plak? hahahaha terima kasih en nuri!!!!

    BalasPadam
  31. ingatkan nama naga jadi watak naga rupanya jd watak jahat plak? ok la tu dpt jgk masuk dalam cerpen en nuri... hehe

    BalasPadam
  32. kenapalah nama aku jadi puteri plak? alahai...

    BalasPadam
  33. ni yang dikatakan pak sibuk pandai2 mengaku dia yg buat

    BalasPadam
  34. 2 orang mangkuk tu dtg dari mana plak?

    BalasPadam
  35. pak sibuk la 2 orang malaun tu pandai2 je mangaku!

    BalasPadam
  36. mmg muka xde malu la boleh plak mengaku?

    BalasPadam
  37. kenapa x guna nama sy je en nuri jadi putera

    BalasPadam
  38. 2 org putera tu datang dari mana plak?

    BalasPadam
  39. sebelum ni xde pun tiba2 muncul plak?

    BalasPadam
  40. mmg xde malu langsung la putera tu boleh mengaku plak?

    BalasPadam
  41. mg muka x malu la naga dgn satria tu

    BalasPadam
  42. dulu xde pun dah mati naga tu dtg dari mana plak putera tu?

    BalasPadam
  43. kurang asam pnya putera tu x malu mengaku plak?

    BalasPadam
  44. nampaknya putera syahir xdpt la nak kwin

    BalasPadam
  45. mcm mana dia nak kwin ada plak 2 org pak sibuk?

    BalasPadam
  46. harap2 ada org kmpung tolong putera syahir ni

    BalasPadam
  47. sian putera syahir

    BalasPadam
  48. rasanya syahir xpdt kwin jgk la kot?

    BalasPadam
  49. ada plak mangkuk 2 org tu buat kacao x kwin la syahir ni

    BalasPadam
  50. mmg kacau daun la 2 putera tu

    BalasPadam