Rabu, 18 Mei 2011

AKU SEPI SENDIRI AKU SEPI SENDIRI



sajak pilihan ahli CR.
 

Sepi sebenarnya aku sunyi
hari-hari yang aku lalui
seolah-olah  tiada erti
dari pagi hingga ke malam hari
hingga bertemu pagi kembali
aku masih begini...
aku tak tahu aku mahu
sering tak menentu
aku makin buntu...
seringkali aku terasa
jauh ingin kembara
membuka mata dan jiwa
derita ini telah lama
membuat aku merana
kerana isinya cinta
terhadap manusia
jauh aku hanyut dalam noda
berpaut di ranting asmara
yang menghulurkan sengsara...
sering juga aku cuba berlari
menggapai sang pelangi
rebah aku di kaki duri
sepi itu menggamit lagi
kisah luka hari ke hari...

 
Oleh: Salikin samsudin
sajak jiwa2/23 Mac 2011 9:07 PM



50 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  2. 1 ulasan:
    DARI SAJAK SILINGAN BUAT CR. (SS) SAJAK SELINGAN (SM) SAJAK MENANG

    Aku Sepi Sendiri sajak oleh Salikin . cerita biasa saja cerita anak muda begitu juga bila Adam yang duduk dalam syurga pun terpaksa resah gelisah mencari teman untuk bergurau senda. Lalu Allah jadikan Hawa dari tulang rukuhnya. Maka sehingga kini kerinduan itu ada dimana-mana selagi manusia masih benyawa Dan memerlukan kemesraan bersama dengannya. Sajak jiwa-jiwa sekadar selingan saja (SS)

    Oleh: Tinta Azimad. 23 Mac 2011 4:48 PM

    BalasPadam
  3. Saiful saksi bercakap benar
    Oleh Ahmad Johari Mohd Ali dan Norhashimah Mohd Radzali
    bhnews@bharian.com.my
    2011/05/17 (siri 1)

    KUALA LUMPUR: Bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah saksi yang benar, berwibawa dan diyakini serta keterangannya disokong dengan penemuan pakar, demikian diputuskan Mahkamah Tinggi semalam sebelum mengarahkan Ketua Pembangkang itu membela diri atas tuduhan liwat dihadapinya.

    Mahkamah juga putuskan penemuan profil DNA mengaitkan Anwar dengan pertuduhan liwat juga tidak meragukan, walaupun ada dakwaan ia mengalami kerosakan, tercemar dan ada elemen gangguan.

    Malah, mahkamah berpendapat ada bukti daripada saksi lain yang menyokong keterangan Mohd Saiful dalam perbicaraan tertutup mengenai apa yang berlaku antara beliau dan Anwar di kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara di sini antara jam 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008 seperti dalam tuduhan.

    Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dalam penghakimannya yang dibacakan hampir dua jam, berkata, beliau berpuas hati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap fakta dan pertuduhan liwat dihadapi Anwar.

    Katanya, antara persoalan perlu diputuskan mahkamah adalah sama ada keterangan Mohd Saiful selaku saksi utama pendakwaan mengenai apa yang berlaku di antara beliau dan Anwar di kondominium itu, boleh diterima atau sebaliknya.

    “Menyedari tuduhan itu bergantung kepada keterangan Mohd Saiful, maka pihak pembelaan melalui sesi soal balas dan hujahan panjang lebar dan kadang kala seolah-olah mengganggu, cuba menggambarkannya sebagai saksi tidak berwibawa, tidak boleh dipercayai dan perlu diketepikan mahkamah.

    “Malah, pembelaan juga cuba menyatakan beliau bukan seorang penganut agama Islam yang baik, datang daripada keluarga yang berpecah belah, saudara perempuannya melarikan diri mengikut kekasihnya, pembelot dan penyokong Barisan Nasional.

    “Bagaimanapun, itu semua tidak relevan (dengan tuduhan). Dalam kes ini, ada peluang liwat berlaku dan Mohd Saiful menceritakan dengan terperinci bagaimana tertuduh meliwatnya, malah melalui keterangan panjang lebar olehnya serta saksi lain, tiada keterangan lain yang menunjukkan kejadian itu tidak berlaku.

    BERSAMBUNG

    BalasPadam
  4. MEGA HITAM

    pantai ini merubah dirinya
    menjadi teduh
    beberapa suduttumbuh padang rumput.
    Ini adalah pantai kenangan.
    berlalu terserak pandang,
    bayang menikung hilang
    dalam balutan mega-mega hitam
    bergurat warna perak kusam.

    Nur Atikah
    sajak kenangan

    BalasPadam
  5. MEMUJA PELANGI

    Ketika ada pelangi muncul,
    jangan dipuja karena jika
    tidak mempunyai jiwa besar
    maka semua kepribadian orang dipuja
    muncul dalam sekilas pandang
    tentang semua terbaik dan terburuk,
    apa kau lakukan
    takkan terlalu bermakna,
    karena kau pun sudah tahu
    semuanya dengan mudah,
    tiada gerak menafsirkan dirinya.

    Anis Syahila
    sajak simbolik Sindiran

    BalasPadam
  6. SEMBELIT

    Penantian itu kadang-kadang
    seperti sembelit Diteran-teran,
    dierang-erang ditunggu-tunggu,
    tapi akhirnya hasilnya
    cuma seketul tahi,
    yang berdarahnya punggung sendiri.

    Tasya Humairah
    sajak komedi

    BalasPadam
  7. TAK SANGGUP MENANGGUNG

    Dalam tawa lawan sedih gelisahku
    Tak seperti biasa Perkataanmu damai
    Menggumpal dalam mendung
    resahku enyumanmu…
    Yang teduhkan amarahku
    Seakan menguak terikku
    Setiamu Harapanku juga cemasku
    Benarkah kau sudah bosan
    Dengan rumahku yang tak sanggup
    Menampung hartamu indahmu…
    Dan mungkin juga Cintamu….


    Balqish
    sajak kesedihan

    BalasPadam
  8. PUISI- PUISI SAYEMBARA BULAN MEI 2011 DIANTRA AHLI CITRARASA DAN PB.
    Nur Atikah yang selalu kalah kini sajaknya bertajuk MEGA HITAM Tajuknya suduh cukup membayangkan kesedihan mungkin kenangan kisah pahit, penceritaannya sama bagai sajak pelangi,. Pengucapannya bersimbolik pada alam walaupun sebagai kenangan sahaja. Apa pun satu gambaran yang berlaku sadikit masa dulu cerita yang memerekan agaknya dalam kehidupan si penulis, kini Cuma tinggal kenangan. Diberi peluang untuk sayembara seterusnya (SM)

    BalasPadam
  9. PUISI- PUISI SAYEMBARA BULAN MEI 2011 DIANTRA AHLI CITRARASA DAN PB.

    MEMUJAPELANGI sajak oleh Anis Syahila masih banyak lagi perlu diperbetulkan, kira ada gambaran atau mesej yang baik untuk disampaikan kami terdaya untuk membantu atau memperbetulkan, kami akan usahasekadar yang mampu. Pengucapannya berbau sendiran atau sinis.Kerana buat sesiapa yang memuja PELANGI biasanya tidak abadi, dan cerita pelangi ramai orang telah mengertri kewujudannya tidak lama keindahannya Cuma sementara. Begitu juga dengan janji dan cinta jika tidak sejati begitulah jadinya. Layak untuk diberi peluang sayembara seterusnya (SM)

    BalasPadam
  10. PUISI- PUISI SAYEMBARA BULAN MEI 2011 DIANTRA AHLI CITRARASA DAN PB.

    Tasya Humairah dengan sajak lucunya bertajuk SEMBELIT kalau Brade Joe dengan sajak Mee Meggenya . Menang kerana dua sajak lagi walaupun ayatnya puitis jika maksudnya tidak dapat dihuraikan. Setelah beberapa kali dibaca , kami gagal mendapat maksud atau mesej yang hendak disampaikan, terpaksa kerluar. Sajak ada ramai persaingan lebih hebat. maka kelucuan ini tidak dapat diteruskan. Maaf Cuma disini saja pohon berhenti. Usaha lagi.(TK)

    BalasPadam
  11. PUISI- PUISI SAYEMBARA BULAN MEI 2011 DIANTRA AHLI CITRARASA DAN PB.
    Balqis dengan sajak TAK SANGGUP MENANGGUNG penceritaanya pada tajuk kita rasa bagai tidak tertahan menanggung beban dengan kata lain tidak sanggup lagi. Persoalannya beban cinta atau rumah tangga atau harta. Pengucapannya kurang jelas. Aapa yang kita dapat andaikan sekadar menanggung rasa kesihan sahaja. Sajak ini agaknya banyak lompat. kerana terdapat di tengah ayat ada pula huruf besar. Apa pun usaha lagi. Maaf sayembara anda cuma setakat ini sahaja (TK)

    BalasPadam
  12. kenapa sajak aku ni tajuk dia dua kali ulang?

    BalasPadam
  13. sajak sedih ke salikin ni?

    BalasPadam
  14. msti putus cinta salikin ni

    BalasPadam
  15. sajak putus cinta dgn Tasya Humairah ke salikin ni? hahaha

    BalasPadam
  16. sajak jiwa2 nampaknya salikin ni? hehe

    BalasPadam
  17. salikin ni muka ganas tp sajak jiwa2 plak? hahahaha

    BalasPadam
  18. salikin sajak jiwa2 setahu aku kat pejabat dia paling garang sekali x sangka sajak jiwa2 plak? hahaha

    BalasPadam
  19. msti putus cinta dgn tasya humairah salikin ni

    BalasPadam
  20. msti salikin ni bergduh dgn tasya humairah sbb tu sajak mcm sedih jer

    BalasPadam
  21. jiwa2 jgk salikin ni orgnya

    BalasPadam
  22. ingatkan jiwa kental saliki ni rupanya jiwa2 jgk? hahaha

    BalasPadam
  23. bukan bukan sekumtum salikin oi...

    BalasPadam
  24. patutlah salikin x mahu jaga blog ni rupanya dia sedih dan kecewa dgn gf

    BalasPadam
  25. tu la salikin dulu kapel pnya lama kawin x jugak?

    BalasPadam
  26. sian salikin xpe pmpuan byk lagi salikin

    BalasPadam
  27. klu x salah aku tasya humairah xmau kat salikin sbb salikin ni kuat merokok? adoi.. berhenti la rokok salikin

    BalasPadam
  28. sian salikin xde jodoh dgn tasya humairah tp jgn jeles aku dgn jupri nak kwin bulan 6 ni... hehehe

    BalasPadam
  29. salikin sajak jiwa2 kecewa ke?

    BalasPadam
  30. lain kali ko kena berhenti merokok la salikin

    BalasPadam
  31. dulu salikin jaga elok blog ni rupanya dia xmau jaga sbb kecewa ke? hehe

    BalasPadam
  32. gagal dalam bercinta nampaknya salikin ni

    BalasPadam
  33. klu xsalah sallikin ni byk kali putus cinta bila nak kwin daaa... umur pun dan 27 salikin oi...

    BalasPadam
  34. eh! sambung agi best jgk cerpen ni

    BalasPadam
  35. sambung cepat2 sikit en nuri cerpen menarik ni

    BalasPadam
  36. panjang lagi ke cerpen ni?

    BalasPadam
  37. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  38. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  39. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  40. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  41. seram plak baca sajak en nuri ni

    BalasPadam
  42. saya pun selalu mimpi arwah jgk

    BalasPadam
  43. saya dulu kerap mimpi arwah tp skrg dah jarang

    BalasPadam
  44. selalunya kalau mimpi arwah ni baik buat tahlil kat mereka

    BalasPadam
  45. mimpi arwah kalau x silap maksud bagus dalam tafsir mimpi

    BalasPadam
  46. saya pun selalu mimpi arwah tanya ustaz2 kata mngkin saya x lawat pusara mereka sbb kesibukan tp skrg sy selalu lawat kubur arwah yg sy mimpi lps tu jarang dah mimpi arwah

    BalasPadam
  47. kalau mimpi arwah bagus sbb arwah ingatkan kita dan doakan kita

    BalasPadam
  48. sy klu mimpi arwah bangun mesti naik bulu roma

    BalasPadam
  49. sy dulu pun sama mimpi arwah skrg anak2 plak yg kerap mimpi

    BalasPadam
  50. sy xpnh lagi mimpi arwah tp kalau boleh xnk la takut la

    BalasPadam