Sabtu, 23 April 2011

RAGAM MANUSIA DI KAKI LIMA



sajak pilihan ahli Cr.

Melihat anak kecil mengutip nasib
di celah sampah jadikan tin
untuk syiling duit
ibu tua pula ditiduri
debu malu di kaki pasar malam
meraba wang di dalam simpati
senyum tawar manusia lapar
membunuh maruah diri
lelaki di tepi pintu bank
termenung sejenak
sambil bergendang lagu hidup
dalam sumbang nyanyian untuk makan.
membilang anak-anak kecil
menghitung ibu tua
lelaki yang dibunuh mimpi hidup.
siapa yang untung hanya pemerhati

Oleh: Mei Ling
sajak peristiwa berlaku di kaki lima apabila sy tunggu bas
maaf kalau ayat sy tungang terbalik sikit qalam2011 Februari 8 02:36
diterbitkan semula tarikh; 23hb, April, 2911.




49 ulasan:

  1. Qalam berkata...

    SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    RAGAM MANUSIA DI KAKI LIMA sajak nukilan daripada Mei Ling. Pengucapannya agak berani memaparkan sesuatu kehidupan apa yang dirasakan sebenar untuk
    diceritakan. Bagaimana kehidupan segelinter manusia di bandar yang masih lagi merempat, anak kecil memungut tin, ibu tua meminta belas di pasar malam, kerana kelaparan sanggup membunuh maruah diri. Apa yang sedeh pemerhati terlalu ramai yang bersimpati sedeh terlalu sadikit, mungkin hanya seorang dua pengawal pintu bank .semoga pihak tertentu segera lunas situasi begini sebelum bandar kota yang ingin membangun tidak tercemar teruk. Dicalunkan
    (TU)tp.

    Oleh: Qalam Mutiara.
    7 Februari 2011 8:29 PM

    BalasPadam
  2. BAYU BERBISIK

    sudah lama tiada bayu berbisik
    mendayu mengalun cerita
    sudah lama tiada bicara mulus
    mengait kata menjalin rasa
    barangkali himpitan waktu
    menghalau segalanya.
    salam mesra buat tatapan semua
    rindu ini telah terluah kini.

    Jengking Perak
    sajak salam pengenalan

    BalasPadam
  3. PESAN USTAZ DULU

    kata ustaz buat baik
    pada ibu bapa lebih utama
    daripada beribadat dua juta tahun
    tapi bila aku pergi
    menyelusuri perut kota bulan lepas
    bercuti bersama keluarga
    ketika melalui jejantas tinggi
    manusia bersesak
    mencari ruang hidup sendiri.
    tapi ku lihat ibu-ibu tua
    merempat dalam kesibukan
    menjual tisu meminta simpati
    perut perlu diisi
    jadi di manakah anak yang baik

    Muhamad Akmal
    ketika pertama kali ke KL pergi melawat rumah kakak

    BalasPadam
  4. ANDAI KAU DATANG SEBAGAI

    andai kamu datang sebagai
    pembunuh kesakitan lampau
    aku merendah diri
    berterima kaseh pada yang di atas
    andai kamu datang sebagai
    penyuluh kepada kegelapan
    aku merelakan cuba menyapa
    yang berada dalam gelita
    andai kamu datang sebagai
    pekebun di wilayah hati dan jiwa
    aku memang sudi kekalkan
    mekar tumbuhan untuk terus tumbuh
    andai kamu datang sebagai penggapai tangan luhur
    aku sanggup menyambut
    dipimpin untuk terus meniti
    andai kamu datang sebagai
    yang tertulis buat diriku
    aku sujud tanda kecintaan
    melangit pada keagunganNya

    Abang
    sajak ketuhanan jiwa2

    BalasPadam
  5. MENDAKI ROHANI JASMANI

    Karam di dasar laut esa
    Lemas jasad dimamah ahadiyat
    Tiada sesuatu zat
    Hilang nama laku dan sifat
    Berdiri aku dia kamu jadi satu
    Jika ditanya bagaimana
    rupa kubur jasmani
    Kerahkan ruhani mendaki
    dari Jabarut ke Malakut
    Di atas sana barulah dijawab
    tiada seumpama

    Muhamad rabbi
    sajak ketuhanan

    BalasPadam
  6. SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

    BAYU BERBISIK oleh Jengking Perak Pengucapannya agak puitis, walaupun rengkas tetapi peceritaannya menyatakan tentang perpisahan, lama tidak berjumpa atau bertanya khabar rindu dengan rakan-rakan di kampung atau laman blog atau facebook. Mungkin terlalu sebuk ataupun dihimpit tugasan seharian dalam kehidupan ini. Penceritaan biasa yang sering terjadi dini hari, usaha lagi , Harap maaf persaingan anda dengan sajak muhamad akmal yang membawa cerita yang lebih bermaana. Cuma di sini terpaksa pohon berhenti (TK)

    BalasPadam
  7. SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

    Muhamad Akmal dengan sajak Pesan Ustaz Dulu. Pengucapannya mudah dan sesiapa pun dapat menangkap isi dan maksudnya. Penceritaannya juga bersahaja, mengambarkan mesej yang hendak disampaikan ada kesan buat pembaca. Malah mencabar minda pembaca ,Perlu untuk merenung dan memikirkannya Layak untuk sajak seterusnya. (SM)

    BalasPadam
  8. SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

    Sajak Abang yang bertajuk Andai kau datng sebagai, walaupun berbentuk ketuhanan katanya tetapi boleh juga diterjemah berbau politik/ Apa pun sajak ini ada persaingan dengan sajak sdra Muhamad Rabbi juga berbicara tentan ketauhidan tuhan yang mungkin luar dari kota pemikiran kami yang kurang pengetahuan untuk mencapai alam ghaib pekerjaan tuhan ini. Kami.Apa pun sesuatu yang baik tidak bercangah dengan syariat Allah kita sujud ,taat dan patuh selagi tidak bertentangan dengan ajaran Islam . Maaf sajak anda terpaksa berhenti di sini setelah diberi peluang kepada sajak Muhamad Rabbi (TK)

    BalasPadam
  9. SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

    Sajak Muhamad Rabbi bertajuk mendaki kerohanian jasmani pengucapannya terasa bagai Membicarakkan mengenai ilmu ketauhidan tuhan, Termasuk melangkaui alam jabarut dan malakut, untuk mencari dan membandingkan zat keesaan tuhan bukanlah satu perbicaraan yang boleh dicapai atau kira bicara dengan mata fizikal yang lemah kuasanya, kerana dia berada alam luar batas kotak pemikiran kita, cukup sekadar memahami alimun ghaib saja.melalui dalil yang tersembunyi dan nyata.dari al quran dan sunah nabi. Apa tah lagi alam roh dan barzah terlalu sukar untuk dibicarakan takut menjadi longar pegangan jika cuba di cari sehingga luar kemampuan otak kita yang terhad ini. Oleh sebab luar keupayaan kami, untuk membicarakan kami terpaksa mengenepikan, namun di beri puluang kali ini untuk sajak seterusnya (SM)

    BalasPadam
  10. mei pnya sajak mcm aku plak?

    BalasPadam
  11. mei ling pun peka terhadap keadaan sekeliling

    BalasPadam
  12. menarik sajak mei lain dari yg lain

    BalasPadam
  13. mei ling buat sajak kat mana ni?

    BalasPadam
  14. sajak mei ling agak menarik jgk kali ni

    BalasPadam
  15. mcm sajak sy plak mei ling ni

    BalasPadam
  16. eh! mei pnya sajak kali ni agak mengancam

    BalasPadam
  17. cerpen xde ke?

    BalasPadam
  18. cerpen xde susah nak penuh sikit klu mcm ni

    BalasPadam
  19. hrp esok ada cerpen

    BalasPadam
  20. cerpen xde ke kali ni?

    BalasPadam
  21. di harap en nuri sambung kembali cerpen

    BalasPadam
  22. kenapa hari ni xde cerpen plak?

    BalasPadam
  23. Cara Hilangkan parut

    i. Anda ambil dulu asam jawa mengikut keperluan. Kalau parut anda kecil, ambil secubit dua jer mungkin dah mencukupi.

    ii. Kemudian, campurkan asam jawa tadi dengan air dan ramaskannya. Kuantiti air tu sikit jer. Jangan sampai ia terlalu cair, ok.

    iii. Lepas tu, anda sapukan campuran tadi ke kawasan parut di tubuh anda. Biarkan ia sampai kering.

    iv. Sebaik-baiknya anda buat pada waktu malam sebelum masuk tidur. Jadi, ada lebih masa campuran tersebut serap ke tubuh anda. Esok pagi barulah anda basuh.

    v. Amalkan cara nie selalu sampailah anda berpuashati dengan hasilnyer.



    ii. Kemudian, gorengkannya tanpa minyak lebih kurang dalam 5 minit.

    iii. Seterusnya, anda goreskan biji asam jawa yang telah digoreng tu kat permukaan kasar. Contohnyer macam batu ker.

    iv. Nanti ia akan mengeluarkan serbuk. Bila dah keluar serbuknya, anda titiskan sedikit air dan gosokkannya ke kawasan parut pada bahagian badan anda.

    v. Macam biasa, amalkan selalu sampai anda dapat hasilnya.

    BalasPadam
  24. boleh jd ke hilangkan parut mcm tu?>

    BalasPadam
  25. asam jawa boleh hilangkan parut?

    BalasPadam
  26. kenapa pakai asam jawa nak hilangkan parut?

    BalasPadam
  27. asam jawa boleh hilangkan parut ke????

    BalasPadam
  28. beli je krim kat farmasi senang crita

    BalasPadam
  29. aku byk parut jgk tp aku beli ubat kat farmasi je

    BalasPadam
  30. klu x salah ni petua dulu2 pnya hilangkan parut guna asam jawa

    BalasPadam
  31. cerpen mne??? boring la xde cerpen

    BalasPadam
  32. en nuri xnk letak cerpen lagi ke?

    BalasPadam
  33. en nuri mne cerpen?

    BalasPadam
  34. biji asam boleh hilangkan parut ke?

    BalasPadam
  35. btol ke boleh hilang guna biji asam? nk cuba la

    BalasPadam
  36. aku rasa guna biji asam melukan kulit ada la

    BalasPadam
  37. pedih tu kalau guna biji asam hilangkan parut

    BalasPadam
  38. aku pnh cuba dulu x hilang pun

    BalasPadam
  39. baik beli ubat kat farmasi je snang cepat hilang parut

    BalasPadam
  40. cara tradisional ni x berani la nk cuba

    BalasPadam
  41. mei ling agak kretif jgk sajak dia ni

    BalasPadam
  42. sajak mei ling tentang keadaan sekeliling kan?

    BalasPadam
  43. sajak tentang apa yg dilihat senang je phm sjak ni

    BalasPadam
  44. agak menarik sajak mei ling kali ni mcm sajak muahamd akmal

    BalasPadam
  45. wah! mei ling masa nk tunggu bas pun boleh buat sajak

    BalasPadam
  46. wah! mei ling masa nk tunggu bas pun boleh buat sajak

    BalasPadam
  47. masa nak tunggu bas pun boleh dpt idea tgk orang minta sedekah mei ling ni

    BalasPadam
  48. hebat mei ling apa yg dilihat dia buat sajak

    BalasPadam