Sabtu, 23 April 2011

PASIR BERBISIK AWAN PUN MENANGIS



bila budaya tercemar


Bila kekaki meninggalkan pepantai
berbekas tapak-tapak yang tercicir
melakar peta sejarah lopak hitam
pantai pun berbisik awan pun menagis.
sewaktu mentari mengisut di kakilangit
melabuhkan tirai malam di dada laut.

Esok! Aku lihat cahaya mentari
merahnya marah bersaga dendam
masih terbakarkah  tragedi semalam?
bila pasir berbisik awan pun menagis
angin pantai pun malas bertiup lesu.

Biar pantai berbisek awan pun menagis
bolekah padamkah sejarah yang berlaku?
telah ditinggalkan si pendatang asing
kerana penghuni pantai sering terjebak
mendengar cerita dongingan warga luar
pandai bermain dengan mata keranjangnya.


 Oleh: Nurimanja,
catatan Pantai Batu Ferenggi,
Pulau Pinang, tarikh; 23hb, April, 2011.






50 ulasan:

  1. SELAK HARIMU ITU

    selak hatimu cari kekuatan
    memecah tembok tembok pemisah jiwa
    sekian lama memendam dendam membara
    jeritkan pada mereka
    tentang kecelakaan hatimu
    sampai satu waktu kita bertemu
    di penghujung jalan berduri
    berdamai raikan kemenangan abadi

    Satria Juragan
    sajak simbolik

    BalasPadam
  2. ANAK-ANAK TERANG

    Pagi getir anak anak terang
    mula terbit dari ufuk yang suram
    bintik bintik warna mula bersatu
    dengan cahaya dan alam
    lembaran perjuangan
    sedang melebar sayap mula bangkit
    dari peraduan masing - masing
    mengukur kebatilan
    dengan ketajaman akal
    ketenangan jiwa
    sampai aku bersatu dengan mereka
    di satu garis mula
    membelah keangkuhan sang pendua

    Pak Kassim
    sajak simbolik politik

    BalasPadam
  3. HAMA

    hanya suara tak kedengaran
    iringi langkahku ke kamar
    hama malam mengusap wajahku
    bertindihan merubah
    hampa jadi derita…
    berintipan semalam
    cuba menyusup dalam kenangan…
    buatku tak daya jadi orang biasa…
    dengarkan rintih fajar
    bawa pesan duka…
    sampai bertemu terang kukasihi…

    En Sanusi
    sajak simbolik

    BalasPadam
  4. JIWA LARUT

    Jiwa ku hampir terlarut
    dalam gas beracun
    dia lepaskan dalam hidupku
    Jangan dan jangan fikirkan lagi.
    Ruginya kalau fikir sesuatu kosong,
    ruginya hilang kasih sayang
    dari yang paling berhak
    Ingat jangan jadi insan
    yang zalim pada diri sendiri!

    Petualang Tiga
    sajak jiwa2

    BalasPadam
  5. SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

    Satria Juragan dengan sajak SELAH HARIMU ITU, sepatutnya renungkan kembali harimu atau hari-hari yang berlalu. Penceritaannya bagai memberi peringatan kepada sahabat atau yang berkenaan agar perlu menilai atau merenung kembali apa yang telah berlaku ke atas diri anda yang dahulu munkin mudah lupa, atau terpengaruh dengan keadaan semasa. Setelah di tegur dan mungkin menerima kegagalan. Kini mungkin si penulis rasa kecewa kalau maseh belum sedar, sebagai kawan yang ingin memberi nasihat dan teguran.Apa-apa pun ini cerita lumrah erti berkawan dalam kehidupan seharian. Cuma disini maaf usaha lagi pohon berhenti (TK)

    BalasPadam
  6. SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

    Sajak Pak Kassim sembolik yang mengelirukan jika kami gagal menangkap atau gagal membuat andaian , kami terpaksa keluarkan sajak siapa saja dari sayembara ini, kekadang terlalu ingin mencari kelaian , lalu memilih perkataan yang kurang tepat, ini mungkin jika sajak itu dicipta secara tergesa-gesa. Tangkap muat, mungkin nasib baik Qalam dapat menerimanya. Jika gagal. Biasanya bila Qalam baca 3 atau 4 kali akan tersingker sajak itu. Sebab dia sendiri tak faham.Apa pun sajak ini mungkin menceritakan kisah pagi hari anak-anak pergi kesekolah mencari ilmu untuk persedian di masa depan, agar dapat membezakan perkara baik dan buruk, bila besar nanti menghadapi cabaran dengan gelagat manusia lainnya. Bila boleh dibuat andaian secara tak langsung layak, walaupun bukan maksudnya yang sebenar. Lagi diberi peluang buat Pak Kassim untuk sayembara seterusnya (SM)

    BalasPadam
  7. SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

    HAMA sajak oleh En Sanusi tajuknya agak lain dari yang lain. Pengucapannya juga agak sakit mencari maksud atau cerita yang hendak disampaikan.(harap dapat baca juga ulasan orang lain) sajak Hama.juga terdapat penutup agak longgar sama dengan sajak Pak kassim. Apa pun maseh boleh diterima kerana maseh boleh dibaca dari sudut andaian sahaja, kerana sajak yang baik bisa melahirkan berbagai andain pada sipembaca. Seperti melihat gambar lukisan abstrak ; Mesejnya, mungkin tugasan berat di pejabat yang sepatutnya di sangkut di pintu pagar rumah, tetapi telah dibawa masuk ke kamar tidur, menjadikan suasana malam lebih membebankan, sehingga kini tiap kali terbit fajar maseh dibebani duka derita. Layak untuk di beri peluang lagi ke sayembara seterusnya. (SM)

    BalasPadam
  8. SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

    JIWA LARUT sajak Petulang Tiga kali ini pengucapannya agak membebankan sehingga jiwa dan raga pun boleh menjadi larut, Ini sudah sampai ke satu tahap yang agak tenat seperti tepung yang kena uli dan bercampur gaul habis semuanya , tidak akan mungkin dapat menjadi tepung yang berseh kembali. Sajak ini mungkin untuk nasihat atau peringatan buat sahabat agaknya. Tapi pada penutupnya baik pula bunyi nasihat: , Agak rugi jika terus dibiarkan jiwa kosong, dan amat zalim pula pada diri sendiri jiwa masa yang ada berlalu begitu saja , Sajak ada kemampuan . Apa-apa pun mesej penceritaan biasa . kami ingin mencari sesuatu pengucapan yang lain dari yang lain (sila baca ulasan sajak orang lain) Harap maaf kerana ada persaingan lebih hebat dari sajak anda , kini sajak anda terpaksa dikeluarkan. Usaha lagi. (TK)

    BalasPadam
  9. CARA BUAT PAU

    300g tepung gandum
    6g baking powder
    2g garam
    162g air suam
    6g dry yeast
    30g gula halus
    18g lemak sayur

    Cara-cara

    Masukkan tepung, baking powder dan juga garam. kacau biar serata.
    Campurkan air, dry yeast dan gula dalam bekas lain. kacau biar gula larut.
    Masukkan no.2 ke dalam no.1. Uli sehingga hampir licin.
    Masukkan pula lemak sayur. Uli sehingga licin. Buat bentu bulat.
    Penaikkan sehingga 2 kali ganda atau 40C selama 30 minit bagi sesiapa di negara sejuk.
    Pau1
    Utk uji naik ke tidak..Taburkan sedikit tepung di atas doh. Tekan dengan jari. Kalau tinggal lubang, maknanya doh dah naik.
    Pau2
    Tekan-tekan untuk keluarkan angin. Bahagikan kepada 8 bahagian. Buat bentuk bulat. Rehatkan selama 10 minit.
    Pau3
    Ambik sebiji doh, canaikan dan letaklah inti ditengahnya. Tutup rapat-rapat.
    Utk inti tu, boleh rujuk resepi pau dr mat gebu or pau kari ayam dr jun atau boleh juga letak apa saja inti ikut kesukaan masing-masing.
    Pau
    Saya letak inti krim coklat dan juga sardin. (Abihkan stok yg ada sebenarnya ni.. so takde sukatan yg spesifik utk inti)
    Bila dah siap isi inti, biarkan dalam 5 minit. Bila dah nampak naik sikit, bolehlah kukus.
    Kukus dengan api kuat selama 15~20 minit.. Masa tengah kukus jangan buka penutup kukusan.

    resepi dari isteri

    BalasPadam
  10. ada resepi pau plak!

    BalasPadam
  11. wah! ada resepi pau mmg kesukaan aku ni

    BalasPadam
  12. karim ghani ni niaga pau ke?

    BalasPadam
  13. resepi turun temurun ke ni?

    BalasPadam
  14. pau mmg menjadi kesukaan sy anak beranak ni

    BalasPadam
  15. pau! perghh! sedap ni thnkz karim ghani

    BalasPadam
  16. resepi pau ni mcm mana boleh thu ni?

    BalasPadam
  17. pau plak resepi kali ni? nmpk sedap

    BalasPadam
  18. resepi rahsia ke ni? hehe

    BalasPadam
  19. pau ni susah nak buat klu silap buat xjd

    BalasPadam
  20. pau ni sy jarang buat selalu beli saja

    BalasPadam
  21. pau ni halal ni? setahu aku pau makanan cina

    BalasPadam
  22. nnt nak cuba la buat pau jgk esok

    BalasPadam
  23. asam jawa utk hilangkan jerawat? sy pnh dulu cuba masa kecil alhamdulilah hilang

    BalasPadam
  24. ni cara dulu2 skrg semua orang beli ubat di farmasi nak hilangkan jerawat

    BalasPadam
  25. petua ni zaman dulu pnya mcm mana salina tahu?

    BalasPadam
  26. orang dulu2 mana thu pergi klinik selalu cuba letak asam jawa utk hilangkan parut luka

    BalasPadam
  27. kdg2 petua dulu2 lagi mujarab dari ubat2 skrg ni

    BalasPadam
  28. buat pau plak resepi aku nak cuba la harap2 menjadi

    BalasPadam
  29. pau klu nak beli yg sedap pnya beli kat tempat aku kat simpan masuk flat aku mmg terbaik!

    BalasPadam
  30. dulu pau ni cina yg boleh buat skrg melayu pun terrer

    BalasPadam
  31. pau kalau nak makan baik buat sendiri jgn beli kat cina sbb dia letak binatang tu nnt

    BalasPadam
  32. pau kat sini susah nak jmpa la

    BalasPadam
  33. pau paling aku suka! mcm muffin jgk

    BalasPadam
  34. sajak en nuri lagi tinggi langsung x dpt tangkap

    BalasPadam
  35. alamak! pening la sajak en nuri ni skop luas ni

    BalasPadam
  36. sajak en nuri ni ada unsur politik jgk ke?

    BalasPadam
  37. mcm drama kat sarawak pasir berbisik ni

    BalasPadam
  38. pasir berbisik? sajak tentang x puas hati ke?

    BalasPadam
  39. sajak pasir berbisik ni mcm marah jer

    BalasPadam
  40. pasir berbisik ni sajak perjuangan ke?

    BalasPadam
  41. xdpt tangkap la sajak en nuri ni rasanya kalau bagi kat qalam pun dia x dpt ulas

    BalasPadam
  42. sajak tentang apa ni pasir berbisik penindasan ke?

    BalasPadam
  43. puitis tinggi susah nak phm maksud sajak pasir berbsiik ni

    BalasPadam
  44. mcm cerita kat TV I plak cerita paisr berbisik jghk

    BalasPadam
  45. tajuk sajak en nuri pun x phm tinggi mksudnya

    BalasPadam
  46. sajak en nuri puitis tinggi sgt la

    BalasPadam
  47. sajak orang jawa ke pasir berbisik ni?

    BalasPadam
  48. rasanya sajak kenangan la pasir berbisik ni

    BalasPadam
  49. mcm bunyi sajak kesedihan je pasir berbisik

    BalasPadam
  50. sajak perumpamaan ke en nuri pnya sajak ni?

    BalasPadam