Isnin, 18 April 2011

PUISI NYANYIAN BERTASBIH





Waktu diam, duduk dan berdiri
hanya orang beriman melakukan
ucapan puisi nyanyian bertasbih
kerana bertasbih bagaikan pagar
dan dinding mengukuhkan hati
terlalu sukar untuk ditembusi
dari godaan syaitan dan iblis.


pokok,burung,rumput,ikan dilaut
semua bertasbih pagi dan petang
cuma kita sahaja pekak dan tuli
terlalu engkar dan angkuh diri
enggan memuji  kebesaran llahi
sebagai hamba di bumi Allah ini.


subehanallah walhamdulilah hiwala
illah haillallah wallah huakbar
orang beriman bila terdengar saja
bacaan ayat-ayat al Quran hatinya
menjadi gementar kecut dan takut
bagaikan menyerang seluruh tubuh.


Oleh: Nurimanja,
catatan sajak lagenda,
tujuh rabiul awal 1430 hijjrah
terbit semula 18hb, April, 2011ms.





50 ulasan:

  1. BERTAJUK: JIKA ADA KEYAKINAN/ DICERITAKAN SEMULA SECARA BEBAS OLEH SDRA NURIMANJA.
    ______________________________________________________________________


    Siri ke lapan


    Abul Hassan menjadi cemas dalam pelihatannya . apakah akan terjadi bila dua gambaran makhluk orang tua alim dan anak muda berwajah kenabian itu seperti mencurigakan, Sedangkan anak muda belasan tahun semacam anak orang-orang kenamaan atau pembesar dalam negara itu sedang asyek bermain di tepi pantai yang agak terpencil jauhnya daripada orang ramai.

    Anak muda berwajah kenabian itu juga turut terharu apakah yang hendak dilakukan oleh tuk guru orang tua alim itu terhadap anak muda belasan tahun terlalu muda , dari wajahnya nampak dia adalah seorang anak yang mendapat kasih sayang secukupnya yang tidak berbelah bagi. Dia juga bukanlah anak orang sebarangan kerana gaya pergerakan dan bentuk muda dan badannya juga apabila besar boleh jadi seorang pemerentah sebuah negara.

    Setibanya orang tua alim itu berhampiran dengan anak muda belasan tahun itu dia memengang tangannya , tanpa banyak bicara dengan pantas dia mengewluarkan sebilah pisau dan memotong dan mengkelar urat lengan dan leher anak muda belasan tahun yang berwajah kacak dan tampan itu sehingga mati.

    Apabila peristiwa ngeri , kejam dan menyanyiat hati itu berlaku dihadapannya .Anak muda berwajah kenabian itu belum sempat untuk menghalang, tetapi apakan daya kejadian berlaku begitu pantas, anak muda belasan tahun itu telah rebah di tepi pantai dicelah batu, darahnya membuak-buak keluar bercampur Dengan air laut menjadi hitam berputar dibawa ombak.

    Dengan segera orang tua alim itu mengajak anak muda berwajah kenabian itu segera bergegas pergi meninggalkan tempat kejadian itu, anak muda berwajah kenabian itu menjadi serba salah, sama ada ingin meneruskan berguru dengan orang tua alim ini atau sebaliknya. Kekalutan fikirannya bermain di kepala. Ingin bertanya takut dimarahinya , atau melanggar syarat pula..

    “Aku tidak faham dengan cara tindak tanduk orang tua alim ini? Dia membunuh sesuka hatinya? Ahh amat kejam dan menyedehkan. Aku tidak boleh diterima dengan cara dan gayanya orang tua alim ini.”
    Bentak hati kecil anak muda berwajah kenabian itu. Kenapa dibunuhnya manusia yang tidak berdosa, dan maseh mentah dalam usia yang maseh muda lagi belasan tahun. Amat tidak menasabah.

    Apakah dosanya budak itu ? Apa pula kata kedua ibu bapak anak muda belasan tahun itu nanti, bila mereka mencari anaknya hilang dan tidak pulang? Akhirnya sudah mati ditemui mayatnya telah dibunuh dengan kejam di tepi pantai tasek ini.

    BERSAMBUNG.

    BalasPadam
  2. Penasihat PKR didakwa guna pelbagai taktik bersih imej (BH)

    2011/04/18
    KUALA LUMPUR: Pengerusi Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Kedah, Zamil Ibrahim menjangkakan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menggunakan pelbagai taktik untuk membersihkan imejnya selepas Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dikaitkan sebagai pemimpin pembangkang yang terbabit dalam video seks.

    Zamil, bekas Setiausaha PKR Kedah berkata, isteri dan anak Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta Nurul Izzah juga dijangka memainkan peranan untuk membersihkan imej Ketua Pembangkang itu dengan menggunakan semula taktik menangis dalam ceramah sambil mendakwa Anwar difitnah.

    “Selepas polis mengesahkan yang identiti lelaki dalam video seks itu sudah dikenal pasti, kita semua sedang menunggu reaksi daripada Anwar, Wan Azizah dan Nurul Izzah mengenai tindakan mereka.

    “Saya percaya Anwar akan menggunakan taktik lama, mendakwa ia konspirasi UMNO, Barisan Nasional (BN) dan polis untuk menjatuhkan beliau. Tidak mustahil juga Anwar guna taktik kononnya beliau sudah tidak siuman sebagai pelan untuk menyelamatkan diri.

    “Wan Azizah dan Nurul Izzah pula akan berlakon menitis air mata untuk meraih simpati rakyat seperti mereka lakukan selepas Anwar ditangkap pada 1999 kerana tuduhan liwat dan taktik ini berjaya menarik sokongan golongan wanita dan pengundi Melayu,” katanya kepada Berita Harian, semalam.

    Polis kini dalam proses melengkapkan kertas siasatan, termasuk menunggu laporan daripada pengedar jam tangan jenama Omega yang didakwa milik Penasihat PKR itu sebelum menyerahkannya kepada Peguam Negara dalam tempoh terdekat.

    Zamil berkata, semua taktik yang beliau nyatakan itu dilakukan Anwar, Wan Azizah dan Nurul Izzah ketika beliau menjadi Ketua Angkatan Muda PKR Kedah sekitar 1999 serta terbabit secara langsung bagi menjayakan taktik berkenaan.

    “Sebelum ini Anwar sanggup mempergunakan ibunya Mak Yan untuk dibawa ceramah ke kampung-kampung untuk meraih simpati dan taktik ini berjaya. Dia (Anwar) jangan nafikan sebab saya sendiri pernah terbabit dengan taktik ini,” katanya.

    Zamil berkata, beliau tidak akan terkejut jika Anwar mengheret dan mendakwa syarikat jam Omega turut terbabit dalam konspirasi menjatuhkan beliau dengan memberi alasan syarikat jam berkenaan bekerjasama dengan Kerajaan Malaysia bagi mengelak lesen jualannya di negara ini ditarik balik.

    “Anwar akan berkata kepada umum kononnya syarikat jam ini dipaksa pihak kerajaan supaya memberi kerjasama. Beliau akan tuduh semua pihak dipergunakan UMNO dan BN secara langsung atau tidak langsung termasuk pakar forensik. Ini semua tidak mustahil Anwar akan lakukan,” katanya.

    Sehubungan itu, beliau menasihatkan penyokong pembangkang termasuk yang fanatik daripada PAS supaya tidak terpedaya dengan sebarang taktik atau strategi digunakan Anwar bagi membersihkan imejnya yang semakin tercalar kebelakangan ini.


    bekerjasama dengan Kerajaan Malaysia bagi mengelak lesen jualannya di negara ini ditarik balik.

    “Anwar akan berkata kepada umum kononnya syarikat jam ini dipaksa pihak kerajaan supaya memberi kerjasama. Beliau akan tuduh semua pihak dipergunakan UMNO dan BN secara langsung atau tidak langsung termasuk pakar forensik. Ini semua tidak mustahil Anwar akan lakukan,” katanya.

    Sehubungan itu, beliau menasihatkan penyokong pembangkang termasuk yang fanatik daripada PAS supaya tidak terpedaya dengan sebarang taktik atau strategi digunakan Anwar bagi membersihkan imejnya yang semakin tercalar kebelakangan ini.

    BalasPadam
  3. MENGINTAI SATU

    Dalam terlena jaga tak terasa.
    Musim berganti masa
    langit biru menjelma jingga.
    sampai di sini perjalanan
    berdekad rasa sesaat.
    Satu tempat berdiri nama Ahadiat.
    Tempat mengintai rasa hebat,
    hebatnya Dzat Antara Kau Aku
    ada satu rahsia dah terbongkar.
    Namun terkunci kata selamanya.
    Terkadang membawa senyum
    atau bisa juga tangis semalaman.
    Pabila melihat tinta kabur surah.
    Bila andang surah terlupa tinta
    Kala membaca, huruf yang bercerita.
    Dan kala berkata ada bunyi mencela.
    Selepas satu kuketemu kosong.
    Selepas sejuta baru munculnya dua.
    Ada nuktah seluruh sastera
    angka. Berkalam baris baaa
    Andai jasad pecah seribu.
    Masih tak mampu mengintai SATU

    Ustaz Rahman
    sajak simbolik

    BalasPadam
  4. TAK HIRAUKAN

    aku tidak hiraukan
    pertolongan engkau dan dia
    engaku tidak peduli
    tangisan aku dan dia
    dia tak risaukan
    jeritan aku dan engkau...
    aku pasti tidak kuat
    untuk mencengkam tanah...
    engkau tak mampu lagi
    berdiri teguh, lemah dan reput...
    dia pula sudah hampir layu...

    Hamba Allah
    sajak jiwa2

    BalasPadam
  5. TUHAN TAHU

    melayang jauh mata melihat,merasa
    kembali menemukan serpihan rasaku
    dibalik congkak berkilau
    didasar hatiku
    Tuhan tahu aku tak kembali
    memenuhi hasratku dambakan cinta
    mampu mempersembahkan nirwana untukku singgah di dalamnya..
    aku hanya kembali untuk hati
    mengenang semuanya
    lalu melenyapkannya
    menyelimutinya dengan kain putih
    milik diri untuk menyedari bahawa semua memang seperti apa terjadi

    Pak Ngah But
    sajak simbolik

    BalasPadam
  6. BIAR MATI ANAK

    kuat sekali kau pegang
    panduan sejak berzaman
    biar mati anak jangan mati adat
    bukalah mata seluasnya
    bukalah minda selebarnya
    di mana kamu berpijak
    di mana kamu menjunjung
    di dunia mana kamu hadir
    di abad mana kamu lahir
    adat apa kamu ikut
    adat ciptaan akal
    jika jalannya tuju syurga
    pasti aku ikut
    jika jalannya menyongsang arus
    pasti aku tentang
    ikutlah adat ciptaan tuhan
    ikutlah adat tinggalan rasul
    itu sunnah bahagia nanti menjelma

    Ustaz Majusi
    sajak bidalan lama

    BalasPadam
  7. SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

    Ustaz Rahman dengan sajak MENGINTAI SATU tajuknya saja kami terpaksa membuang masa untuk mencari maksudnya. Apa tak lagi isi penceritaannya? sajak bagai luas skkopnya, tetapi pengucapnnya bagi tidak terikat satu pra ke satu praghrap yang lain, kerana kedudukan tidak berkaitan dengan bait ke-bait yang lain, terasa penceritaanya menjadi lompat. Jadi kami ternyata gagal dapat menangkap maksud apa yang tersirat dan tersurat. Bayangan bawahannya sekadar simbolik tidak dapat membantu untuk menghuraikan isi cerita.Jadi kami terpaksa memilih sajak yang mudah dan dapat ditangkap maksud dan isi ceritanya oleh pembaca. Harap maklum. Usaha lagi Cuma di sini terpaksa berhenti (TK)

    BalasPadam
  8. SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

    Hamba Allah dengan sajak bagaikan mengingau deman malayria TAK HIRAUKAN, Penceritaannya bagai kecewa saja bunyinya, keaatas sikap yang mungkin tidak perduli atau tidak perihatin, menjadikan dirinya rasa bagai tidak diperlukan, lantas tidak ada kepentinganApa pun sama ada kau ada atau pun kau tiada. Aku seperti biasa sahaja.lantas tidak perlu diperdulikan, walaupun kini kau kelihatan hamper runtuh atau hilang kekuasaan. Cuma andain saja. Sajak agak lemah dalam menyampaikan banyang maksud isi yang hendak disampaikan. Harap maaf Cuma samapai di sini sahaja. Usaha lagi. (TK)

    BalasPadam
  9. SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

    Pak Ngah But dengan sajak yang mengelirukan bertajuk TUHAN TAHU, simbolik pada pengucapan keagamaan, kerana dalam hidup ini mungkin bukan semuannya kita dapat mencapaikannya, dalam kehidupan mesti ada kegagalan untuk menguji keimanan, jasteru itu kita tidak perlu melawan takdir tuhan, apa yang kita cari sekadar itulah yang kita dapat dan akhirnya kita semua akan kembali jua kepangkuan Illahi. Cuma andain. Apa-apa diberi peluang untuk sajak seterusnya, jika kami gagal menangkap maksud terpaksa disingkerkan (SM)

    BalasPadam
  10. SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

    Ustaz Majusi dengan sajak bidalan lamanya bertajuk: BIAR MATI ANAK. Kami memelih sajak yang mudsah faham dan ada sadikit penerangan atau sinosis dibawahnya pengucapan Ini ternyata melibehi adat dari segalanya. Sehingga mungkin meninggalkan agama dan syariatnya. Mana mungkin kita boleh ikut. Lantas bagi si penulis terpaksa disanggah atau di tentang. Layak untuk sayembara seterusnya. (SM)

    BalasPadam
  11. cerita ni dia tgh tgk drama ke?

    BalasPadam
  12. pelik la laki muda kenamaan tu

    BalasPadam
  13. bunuh mcm tu je! kejam btol

    BalasPadam
  14. pegang tangan terus kerat!!!

    BalasPadam
  15. kejam btol pembunuhan tu!

    BalasPadam
  16. eh! xkn snang2 dia ambik nyawa bdk tu!!!

    BalasPadam
  17. erkk... kejam btol org alim tu!

    BalasPadam
  18. x layak panggil orang alim sbb dia kejam!!!

    BalasPadam
  19. eh! xde sapa perasan ke anak muda tu mati dibunuh?

    BalasPadam
  20. kalau aku mmg aku xkn ikut orang alim tu

    BalasPadam
  21. mati katak la anak muda tu

    BalasPadam
  22. selamat anak muda tu xde nama? klu x naya

    BalasPadam
  23. eh! anak muda tu x sempat nk thu nama dia?

    BalasPadam
  24. eh! anak muda mati mcm tu je?????

    BalasPadam
  25. trajis la dia mati mcm tu jer...

    BalasPadam
  26. kejam btol orang laim tu

    BalasPadam
  27. aku rasa orang alim tu orang gila la

    BalasPadam
  28. orang alim tu waras lagi ke?

    BalasPadam
  29. orang tu betol ke x betol ni?

    BalasPadam
  30. rasanya orang tu dia khayal la...

    BalasPadam
  31. entah2 orang alim tu pembunuh bersiri agaknya?

    BalasPadam
  32. cerita ni mcm cerita nabi khindir jer....

    BalasPadam
  33. aku rasa lps ni msti dia bunuh abul plak

    BalasPadam
  34. cara dia mati mmg agak kejam la...

    BalasPadam
  35. orang alim tu hilang akal ke?

    BalasPadam
  36. kalau x salah ni cerita nabi tp sy x pasti nabi yg mana

    BalasPadam
  37. rasanya msti orang kmpung jmpa dorg cari orang alim tu

    BalasPadam
  38. cerita ni ada unsur politik x?

    BalasPadam
  39. kalau aku msti nak tanya kenapa bunuh orang sewenang-wenangnya

    BalasPadam
  40. kalau aku sah aku blah tinggalkan orang tua tu

    BalasPadam
  41. orang tu rasanya jelmaan setan kot?

    BalasPadam
  42. orang tua tu nyanyuk kot dia nak bunuh nyambuk terbunuh bdk tu?

    BalasPadam
  43. bru belasan thn dh kena bunuh dgn kejam!

    BalasPadam
  44. kalau kena tangkap abul pun kena di tuduh bersubahat

    BalasPadam
  45. kenapa la bangang sgt sbb ikut lagi orang tua tu

    BalasPadam
  46. rasanya lps ni dia bunuh abul plak sbb abul kan saksi

    BalasPadam
  47. kenapa bunuh orang tanpa usul periksa?

    BalasPadam
  48. naya bdk tu x berdosa mati katak

    BalasPadam
  49. cerita ni mcm kisah nabi khidir jer...

    BalasPadam
  50. abul ni dia nampak je ke 2 orang tu tp x boleh buat apa2???

    BalasPadam