Khamis, 21 April 2011

MENILAI GOLONGAN MUNAFIKUN

renungan dinihari

Lihat golongan munafikun!
Hidup dalam kepura-puraan
Depan nabi  islam belang lain bicara
Sering saja berjanji dan memutar belit fakta
Melihatnya  seperti kuda liar dalam ketakutan
Mereka cinta pada harta dan pangkat kedudukkan
Berbeza dengan orang mukminun percaya Qada dan qadar.

Lihat golongan  mukminun!
hidup berkeyakinan pada ketentuan
Allah akan memberi ganjaran sebenarnya
Rezeki yang dikurniakannya  ada ketetapannya
Mesti ada  ganjaran atau ada penilaian daripadaNya
Sifat orang munafikun selalunya tamakkan harta benda
Hatinya mereka telah buta pada kedudukanjuga  pangkatnya.

Sebenarnya orang munafikun
Sedang diserang penyakit gatal-gatal
Lagi kena garu, lagi sedap dan menyasikkan
Seolah-olah mereka dalam kelalaian amat sangat
Lalu allah akan membuka tembelang mereka selama ini
Tentang  kepuraan dan penipuan serta  putar belit mereka
Awas! Walaupun golongan ini sudah tiada tetapi ada pengikutnya.


Oleh: Nurimanja.
Catatan penceramah bebas di udara.
Tanggal terbitan hari ini 7 pagi  21hb. April, 2911.



50 ulasan:

  1. BERTAJUK: JIKA ADA KEYAKINAN/ DICERITAKAN SEMULA SECARA BEBAS OLEH SDRA NURIMANJA.
    ______________________________________________________________________

    Siri ke dua belas. siri akhir

    SEKETIKA Abul Hassan seperti nampak skrim besar seperti TV belum wujud lagi di ketika itu. Namun dia nampak orang tua alim berserban putih dan berjanggut panjang berwarna putih seperti pelakun latif Bogeba sedang mengatakan sesuatu kepada anak muda berwajah kenabian itu.

    “Pertama: Kau ingin tahu kenapa aku pecahkan perahu layar yang kita naiki untuk menyeberangi tasek in ? . Kerana di satu masa nanti perahu ini akan digunakan oleh orang yang tinggal di tasek sebelah ini untuk menyerang perkampungan penduduk kampung Islam di sebelah tasek sana yang kuat beragama dan mengamalkannya.

    “Ke dua: Kau hairan kenapa saya bunuh anak muda belasan tahun itu? Kerana saya telah nampak bahawa anak muda belasan tahun ini , bila dia dewasa mempunyai pengaruh yang kuat, kerana kedua ibu bapanya adalah pembesar di negara ini, malah besar kemungkinan dia akan mengkapirkan kedua ibu bapaknya untuk keluar daripada agama Islam.

    “Ke tiga: Kenapa saya cuba memperbetulkan tiang menara masjid atau surau di kampung kita tompang sembahyang yang orang kampungnya sering mencurigai pendatang luar? Kerana saya sudah tahu suatu hari nanti tiang menara itu akan runtuh, di bawah menara itu ada tersimpan harta orang kaya yang diamanahkan untuk membantu anak yatim, jika tiang itu patah atau tumbang , tanah dibawahnya akan terpongkah, harta karun itu akan diperait oleh orang kampung yang kedekut itu, jadi sebelum tiba masanya seorang guru agama yang alim datang mengajar disini, sehingga dia terjumpa harta karun dan surat wasiat orang kaya itu, aku memperbetulkannya dahulu.

    Anak muda berwajah kenabian itu menganguk-angokkan kepalanya. Kini barulah dia mengerti akan apa yang telah dilakukan oleh orang tua alim itu selama pengembaraannya ini, Lantas dia meminta maaf dan memeluk orang tua alim itu kerana menyesal ke atas kelantangan keterlanjuran dan kebiadapabnnya terhadap orang tua alim itu.

    Dengan tangisan sedeh dan pilu anak muda itu pun terpaksalah berpisah dengan orang tua alim itu, seketika sahaja orang tua alim itu ghaib dan hilang daripa pandangan mata anak muda berwajah kenabian itu,.

    Ayam berkokok beberapa kali, subuh kian menjelang tiba. Abu Hassan mengeliat beberapa kali. Dalam hatinya terdetewk ingatannya: Esok aku akan berangkat mendaftarkan diri ke sekolah pondok Tuk guru Wan Kembang.

    Sewaktu dia mandi di tepi perigi belakang rumahnya, Abul Hassan terkenang kembali rakaman mimpinya malam tadi. Betapa aku dapat menguasai ilmu mengetahui masa depan dengan apa yang terjadi. Kini aku perlu belajar mengikhlaskan hati nurani. Barulah cahaya Illahi dapat menyusuk di hati. SELESAI.

    CERITA INI PERMULAAN DARI CERITA BERJALAN DI ATAS AIR.

    BalasPadam
  2. PAS nekad akan bertanding kubu kuat DAP Sarawak pada PRU-13..?!!!

    Adoi laaaa...! Kasihan saya melihat PAS. PAS sangat berjiwa besar, namun tidak mampu mengukur kekuatannya di Sarawak. Ustaz Hadi baru-baru ini mengumumkan bahawa PAS akan turut bertanding di Sarawak pada PRU-13 nanti untuk merebut kerusi Parlimen!

    Astagfurillah Al-Azim. Ukurlah baju di badan sendiri. Kalau kail panjang sejengkal, Laut China Selatan tak payahlah diseberangi! Pilihanraya DUN Sarawak baru-baru ini menjadi ukuran bahawa PAS tidak diterima di Bumi Kenyalang. Terimalah kenyataan itu.

    Saya risau PAS akan dimalukan lagi di Sarawak. Tempohari, dah berapa juta tabung derma PAS yang dikutip dari penyokong PAS totok dihabiskan membiayai kempen parti itu di Sarawak. Hasilnya? Habuk pun tarak! Satu kerusi pun tak sangkut! Tapi duit tabung PAS habis jugak!

    Tapi kalau nak bertanding jugak, saya sarankan agar PAS mendesak DAP Sarawak memberikan Parlimen di kawasan bandar besar dan berpenduduk majotiri Cina DAP seperti Parlimen Kuching Selatan, Miri, Sibu atau Bintulu untuk PAS tandingi.

    Kawasan-kawasan bandar majoriti Cina DAP itu kawasan "gerenti menang" untuk pembangkang. PAS bertandinglah di situ, mungkin ada kemungkinan untuk menang. Minta pada DAP, gunakan alasan "setiakawan" dan kita tengok adakah DAP sanggup berikan kubu kuat mereka kepada PAS!

    Posted by DukeOfUMNO at 4:00 PM 2 comments Links to this post

    KOMENTAR

    DIMANA kita dengar dahulu : kapir kata pemimpin PAS jika siapa berkerjasama dengan orang bukan Islam. Kini nampaknya dunia sudah terbalik atau orang yang berkata itu yang sudah pun tuhan telah menterbalikan hati dan kata-kata ucapannya? Dunia hari ini apa-apa pun boleh jadi baca sajak sajak en nuri Bertajuk menilai golongan Munafikun! Mengaku islam tetapi ada kepentingan harta benda dan pangkat dan kedudukan.

    Semoga penyokong Pas nilai sendiri.kalau kerja cuma membangkang. Bolehkah negara kita maju? Tanpa memikirkan sesuatu untuk bangsa, agama dan negara ke arah lebih daya maju?

    BalasPadam
  3. aku simpan seranahmu
    dalam liang telinga
    dengan harap aku gunungkan
    dari sebutir zarah hati,
    KUNYAH

    semoga diciptakan tuhan
    suatu hari nanti
    aku ambilkan semula
    dan paksa kau ambil kembali.
    aku pegang cacianmu
    dalam salur kerongkong
    dengan mimpi aku dari secebis ngilu
    semoga dikenankan tuhan
    suatu hari engkau dapatkan semula
    kunyah setiap satu persatu.

    Sufian Al Zahri
    sajak simbolik

    BalasPadam
  4. DALAM BASAH HUJAN

    aku melangkah longlai
    dalam kebasahan
    dalam kesejukan
    engkau berjalan tersenyum
    memegang payung dan merenungku
    tiap titisan dari awan gelap
    Mengalir tanpa henti
    di setiap inci tubuhku
    Menggigil kesejukan
    Memeluk tubuh sendiri
    Engkau cuma memandangku
    Dengan lirikan mata tajam
    Seolah benci Seolah marah

    Mei Ling
    sajak memori dulu

    BalasPadam
  5. kerana bahasamu kau pinjam dari iblis
    LIDAH SEWA DARI NERAKA

    terlalu indah bunyinya
    sehinggakan aku mahu sekali
    simpankan pegangkan
    sehingga suatu masa
    kau jilat kunyahkan dengan hina.
    kerana aku tidak reti mati,
    semata untuk lidah yang kau
    sewa dari neraka.
    kerana tidak akan mahu mati,
    selagi tidak memberi kau syurga

    Karim Ghani
    sajak kemarahan

    BalasPadam
  6. SEMOGA ESOK AKU CELIK

    Semoga esok aku celik
    Harap esok aku cerdik
    Di atas landasan suratan
    Di awangan titian bunian
    Ku tahu kamu tak mengerti
    Dan ku tak harap kamu mengerti
    Padamu aku tiada
    Padaku,tiada kisah disebaliknya

    Teksi Manaf
    sajak simbolik

    BalasPadam
  7. SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

    KUNYAHKANLAH! Sajak Sufian Al Zahri pengucapannya bagai menahan dendam dan marah yang amat sangat terhadap sesaorang yang pernah permainkannya.Kini Cuma berserah kepada tuhan yang esa, suatu hari jika tersilap langkah sumpah hamun itu akan kembali kemuka sendiri. Apa-apa pun boleh berlaku kini. Layak sayembara seterusnya. (SM)

    BalasPadam
  8. SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011


    DALAM BASAH HUJAN sajak drp Miss Mei Ling berapa banyak sajak hujan da? Nanti mungkin boleh kumpul buat antologi sajak bertajuk HUJAN, Pengucapannya menarik dan bagai minta simpati Bila tubuh basah kuyup di basahi dan disirami air hujan , tentu ramai mata yang mencuri memandang.Apa yang hendak dimarahkan, niat saja sedekah buat siapa yang hendak memandang. Layak untuk sayembara seterusnya. (SM)

    BalasPadam
  9. SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

    LIDAH SEWA DARI NERAKA Sajak oleh Karim Ghani Maaf pengucapannya bagai hilang iramanya, terlau sempoi dan ada pula yang bagai tidak ada rasa hubung kait dengan bait-baitnya. Kehilangan ilham nampaknya, penceritaannya juga longar bila ayat pada baitnya sukar di terjemah mencari maana. Apa pun ada unsur berbau politik, tetapi rasa bagai tidak kesampaian. Harap usaha lagi, maaf kata Qalam terpaksa pohon berhenti (TK)

    BalasPadam
  10. SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

    SEMOGA ESOK AKU CELEK sajak sdra. Teksi Manaf sadikit ada penonjolan yang rasanya Boleh diteruskan sayembara Cr, bulan ini jika kekal prastasi begini. Apa pun penceritaannya boleh di tapsirkan dengan berbagai, Tentang politik pun boleh, jiwa-jiwa pun boleh, ada berbagai andaian, justeru itu dapat mengatasi sajak persaingan terdekat daripada cikgu Karim Ghani. Lidah sewa dari neraka/ Diberi peluang untuk sayembara seterusnya (SM),

    BalasPadam
  11. la..ingatkan mcm nik aziz rupanya latof bogiba ke? hehe

    BalasPadam
  12. latif bogiba tu sapa?

    BalasPadam
  13. ada ke pelakon nama latif bogiba?

    BalasPadam
  14. abul mimpi ke tgk TV yg sebenarnya ni?

    BalasPadam
  15. eh! kenapa x kata mcm nik aziz je snang? hahahaha

    BalasPadam
  16. eh! ada sebab rupanya ingatkan orang tu saja2...

    BalasPadam
  17. diperait ni benda apa?

    BalasPadam
  18. oh.. orang tua tu baik rupanya

    BalasPadam
  19. nampaknya orang tua tu bkn gila la...

    BalasPadam
  20. nmpknya msti ramai yg tersalah sangka

    BalasPadam
  21. rupanya orang tua tu buat perkara baik tersalah sangka la nampaknya

    BalasPadam
  22. rupanya smua perbuatan dia ada sbb

    BalasPadam
  23. oh ada pengajaran la cerita ni

    BalasPadam
  24. silap sangka ingatkan org tua tu gila

    BalasPadam
  25. orang tua tu sebenarnya menyelamatkan orang islam la

    BalasPadam
  26. patutlah dia buat semua tu td

    BalasPadam
  27. dia buat semua tu sbb dia thu masa depan

    BalasPadam
  28. mcm mana dia thu 10 thn ke depan???

    BalasPadam
  29. dia menuntut ilmu apa sampai dia thu masa depan?

    BalasPadam
  30. semua dia lakukan bersebab rupanya

    BalasPadam
  31. dia buat semua tu utk menyelamatkan islam rupanya

    BalasPadam
  32. semua tersalah sangka rupanya orang tua tu baik

    BalasPadam
  33. aku rasa orang tu wali Allah la

    BalasPadam
  34. orang tu msti jelmaan malaikat

    BalasPadam
  35. kalau mcm tu aku sokong apa yg dibuat oleh orang tua tu

    BalasPadam
  36. mmg patut mati pun bdk tu sbb dia nak serang org islam

    BalasPadam
  37. btol2 ke apa yg akan terjd? entah2 dia tersilap ke?

    BalasPadam
  38. patutlah mcm pnh dgr je cerita ni..

    BalasPadam
  39. abul bermimpi ke ingatkan btol td?

    BalasPadam
  40. ingatkan dia gila rupanya orang tu penyelamat

    BalasPadam
  41. x sangka rupanya ada bgusnya org tua tu buat mcm tu

    BalasPadam
  42. patutnya kita kena berterima kasih dgn orang tua tu

    BalasPadam
  43. selamat orang tua bertindak kalau x? xthu la jadi apa

    BalasPadam
  44. sampai hbis x thu nama orang tua tu?

    BalasPadam
  45. org tua tu umor brapa?

    BalasPadam
  46. orang tu dia orang bunian ke?

    BalasPadam
  47. eh! hilang mcm tu je orang tua tu?

    BalasPadam
  48. org tua tu bukan manusia la sbb dia hilang mcm tu jer...

    BalasPadam
  49. rasanya oang tu keturunan orang kayangan kot

    BalasPadam
  50. - Kalau jalal kata pilih 6 (sm) sah sajak Karim Ghani dan Lagrnda pulau atau Geletek malam akan tercalun.

    -Perait sama pewaris bahasa Arab/ pembahagian harta di jumpai atau harta karun.

    -Cerpen kena rehat sekejap, sehari dua lagi.sebenarnya tiada salinan
    catatan, en nuri taip terus dalam
    laptop dan lepas. Kalau tidak Tinta
    yang tolong taip.

    BalasPadam