Rabu, 27 April 2011

ISLAM ITU AGAMA ALLAH



ISLAM ITU AGAMA ALLAH


Telah pun berkurun lamanya
Tidak ada siapa boleh memadam
Daripada seluruh pelusuk dunia
Cahaya Islam tetap memancar
Bersinar di atas kebenaran
Telah  diberi  jaminan Allah  SWT.
kepada hamba-hambanya.

 
Oleh: Nurimanja,
Catatan Petrang hari 28/04/2011






50 ulasan:

  1. CERITA-CERITA DONGING RAKYAT SEDUNIA DARI NEGARA PAKISTAN . SELASA 26HB APRIL 2011 CITRA BERTAJUK: SYAHIR DAN SYAKIR DICERITAKAN SEMULA SECARA BEBAS OLEH: NURIMANJA
    ______________________________________________________________________

    Siri Ke ketiga.

    DALAM kampung , daerah dan negerinya itu mereka dua beradik digelar juara menonggang kuda dan bermain pedang. Akhirnya kedua adik beradik ini bercadang untuk mengembara melihat akan Kedudukan negara jiranl disamping mencari pengalaman dan meluaskan ilmu pengetahuan di perantauan negara orang.

    Sewaktu kedua adik beradik itu sudah bersiap sedia untuk berangkat. Kelihatan kedua anak muda ini sama gagah dan perkasa wajah mereka juga sukar untuk dibezakan, gaya dan caranya semuanya sama. Dan di mana ada si abang dan di situ juga adanya si adik. Demi untuk belajar hidup berdikari mereka berdua cuba untuk berpisah buat seketika.

    Sewaktu mereka menunggang kuda dan berpakain serba lengkap. Kelihatan sebagai anak putera di raja. Dalam perjalannan itu mereka berdua telah menemui jalan bersimpang dua.Lalu Syahir dan Syakir pun turun dari kudanya. Lama mereka termenung , mana satu jalan akan di lalui. Keduanya berpandangan.

    Tetiba Si abangnya berkata. “Kini kita telah pun bertemu dengan jalan yang bersimpang dua.Jalan di sebelah kiri menuju ke utara dan satu lagi menuju ke selatan , mana satu yang perlu engkau dan aku pilih?” kata Syahir sambil memandang muka adiknya.

    Lantas di jawab oleh Syakir. “Sekarang kita lihat kemana hala tuju kepala kuda tonggangan kita itu“ kebetulan pula kepala kuda tonggangan si abang mengadap ke selatan dan kepala kuda tonggangan si adiknya mengadap ke utara. Akhirnya mereka berpelukan dan bersetuju dengan cadangan adiknya itu.

    Tetapi ada satu lagi masalah kata adiknya Syakir. “Bagaimana kita hendak mengetahui, jika salah seorang kita ini berada dalam kesusahan dan memerlukan bantuan atau pertolongan?” kata adiknya Syakir minta pendapat abangnya pula.

    Sewaktu abangnya si Syahir mundar mader mencari akal dia terlihat sebatang pokok ara rendang di tengah persimpangan jalan di antara arah ke utara dab selatan itu.

    Sambil dia berjalan menuju ke pokok ara rendang itu, lantas si Syahir pun berkata kepada adiknya Syakir: “Bagaima pokok ini kita jadikan saksi untuk memberi petanda kepada kita , mengatakan salah seorang daripada kita dalam keadaan kesusahan dan inginkan pertolongan.”

    BERSAMBUNG.

    BalasPadam
  2. 2.Negara akan bankrap – Lim Kit Siang (BPP) dari Blog Parti Pembangkang

    Oleh: M Faqih
    TANAH MERAH, 29 Mei: Rakyat negara ini perlu memberi harapan baru kepada Pakatan Rakyat menggantikan kerajaan Barisan Nasional (BN) bagi mengelakkan negara bankrap sembilan tahun lagi.

    Tanpa perubahan tersebut rakyat akan berdepan dengan suasana sukar dan boleh mengulangi sejarah yang menimpa Greek sekarang.

    Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, kerajaan BN tidak mampu lagi untuk mencari jalan mengelakkan negara terus bangkrap melainkan mendesak subsidi barangan kawalan dimansuhkan.

    "Bagi mengelakkan bankrap rakyat perlu bertindak lebih awal dengan menukar kerajaan pada pilihan raya umum akan datang bagi mengelakkan terjerumus kepada bankrap.

    "BN sudah memberitahu mereka tidak mampu lagi berbuat apa-apa bagi mengelak bankrap menjelang tahun 2020," katanya pada ceramah perdana di padang Majlis Daerah Tanah Merah di sini, malam tadi.

    Hadir sama Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Setiausaha Agung PRK, Saifuddin Nasution Ismail dan pimpinan PAS dan PKR
    Tanah Merah.

    Padang yang terletak di pusat bandar Tanah Merah itu penuh sesak dengan kehadiran ribuan penduduk tempatan.

    Ceramah perdana diadakan di tujuh lokasi berlainan sempena Kongres PKR yang diadakan di sini sejak semalam sehingga esok. Malam ini pula ceramah akan diadakan di Padang Perdana membabitkan tokoh utama Pakatan Rakyat.

    Baru-baru ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala mengakui negara mungkin bankrap dalam tempoh sembilan tahun lagi sekiranya dasar pemberian subsidi tidak dimansuhkan.

    Kit Siang berkata, berdasar andaian diberi menteri terbabit, hasrat Tun Dr Mahathir Mohamad untuk melihat Malaysia menjadi negara maju pada 2020 mungkin tidak akan menjadi kenyataan kerana sudah bankrap.

    "Sejak 50 tahun korupsi dibiarkan bermaharajalela di mana nilaian projek kerajaan tidak sepadan dengan projek yang dilakukan. Ketirisan berlaku di sana sini.

    "Inilah punca utama kepada bankrap. Oleh itu kita sama sekali tidak bersetuju cadangan kerajaan mahu menghapus subsidi ke atas makanan, minyak dan pendidikan," katanya.

    Beliau yang juga anggota parlimen Ipoh Timur turut mencabar kerajaan BN supaya serius bagi menghapus rasuah kerana ia boleh menjimatkan wang negara sehingga RM103 bilion dalam tempoh lima tahun.

    Katanya, apa yang berlaku sekarang ketirisan dalam pengurusan kewangan kerajaan antara RM10 hingga RM28 bilion setahun.

    Oleh itu kata beliau sekiranya rakyat memberi kepercayaan kepada Pakatan Rakyat bagi mengurus negara wajah baru politik akan berlaku di negara ini.

    Anwar berkata, sepanjang lapan tahun berkhidmat sebagai Menteri Kewangan beliau telah berusaha untuk mengurangkan subsidi kepada penjaga kuasa bebas (IPP) yang dimiliki syarikat besar, namun kerajaan tidak berani melakukannya.

    "Cuba bayangkan setiap tahun kerajaan memberi subsidi sebanyak RM20 bilion kepada IPP tersebut," katanya.

    Beliau yang juga Ketua Pembangkang di parlimen memberitahu seperti sudah menjangka tindakan yang akan diambil Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen ke atasnya ekoran mendedah penglibatan syarikat Yahudi dalam pentadbiran negara.

    Katanya, biar pun mereka menggantungkan saya selama enam bulan atau setahun, namun usaha untuk mendedahkan penyelewengan yang dilakukan kerajaan akan tetap dilakukan.

    Baru-baru ini Anwar yang juga anggota parlimen Permatang Pauh di rujuk ke jawatankuasa khas parlimen kerana mendakwa kerajaan menggunakan khidmat Apco Worldwide dalam mempromosi 1Malaysia.
    at 5/29/2010 09:30:00 PM 0 comments Links to this post

    KOMENTAR:

    SEBENARNYA DAP, PKR dan PAS dan satu lagi SUPP ini ada agenda tersendiri. masing-masing cari pengaruh tersendiri,siapa akan makan siapa. Mentol mereka adalah
    orang yang masih jadi YB di negara
    jiran kita. Panjang umur dia mengalahkan 6 dah bekas PM kita.

    BalasPadam
  3. eh! dorang ni kembar seiras ke?

    seniman jalanan

    BalasPadam
  4. kenapa nak kluar dari kmpung tu plak?


    Leonard Abdullah

    BalasPadam
  5. wah! kiranya dalam kmpung tu dorang la paling hebat?


    Panglima Sakti

    BalasPadam
  6. wah! juara semua benda dorang berdua ni nampaknya


    Teksi Manaf

    BalasPadam
  7. apa halangan yg menimpa dorang nnt xthu la


    Ustaz Mahfuz

    BalasPadam
  8. ape la halangan yg akan mendatang nnt


    Pak Ngah But

    BalasPadam
  9. mcm thu2 je dorang ada dua simpang pun ada 2?


    Salam

    BalasPadam
  10. eh! simpang dua plak kat tgh jalan?


    Jalil Janggut

    BalasPadam
  11. simpang dua nmpaknya mcm nak menguji mereka jer...


    Intan

    BalasPadam
  12. kenapa jalan ada simpang dua plak?


    Salina

    BalasPadam
  13. mcm mana pokok rendang jd saksi plak?


    mata langit

    BalasPadam
  14. kenapa sama2 xmhu ambik jalan yg sama?


    Puteri Salju

    BalasPadam
  15. sorang utara sorang selatan plak?


    Mozaire

    BalasPadam
  16. mcm mana la pokok boleh jadi tanda plak?


    Yusmanira

    BalasPadam
  17. ape kena mengena pokok tu plak?

    Ustaz Zamree

    BalasPadam
  18. pokok tu utk jadi petanda?


    Penjejak Badai

    BalasPadam
  19. pokok tu boleh buat apa plak?


    Pak Ngah But

    BalasPadam
  20. pokok apa plak yg jd petanda tu?

    Hamba Allah

    BalasPadam
  21. byk benda ada pokok jgk jd mangsa?

    Anis Syahila

    BalasPadam
  22. mcm mana nak tentukan ada masalah dgn pokok?


    Lukiee

    BalasPadam
  23. pokok tu besar ke? sampaikan dorang ambik buat petunjuk?


    Mia Safiyah

    BalasPadam
  24. mcm mana pokok plak jadi petunjuk?

    Bulp Omen

    BalasPadam
  25. pokok boleh jd petunjuk ke?


    zainal Arifin

    BalasPadam
  26. cerita ni en nuri dpt mana?


    Sayembara Muzik

    BalasPadam
  27. cerita dongeng ke btol pnya ni?

    Maisarah AN Nisa

    BalasPadam
  28. cerpen ni pasal twlight zone ke?

    Ku Dania

    BalasPadam
  29. BERIMAN

    kamu orang islam orang beriman
    pasti gagah berani pesan guruku
    terngiang dicuping telinga
    orang berani semuanya gagah perwira
    menempuh jalan dunia onak duri bisa
    tiada takut tentangan
    tiada gusar tegak kebenaran
    tiada gentar cegah mungkar
    tiada keluh korbankan tenaga
    tiada resah korbankan harta
    tiada kalut korbankan nyawa
    kamu hadir tiada bakhil tiada jahil
    kamu kaya tiada miskin
    kamu miskin tapi kaya
    kekayaan pada jiwa
    jiwa suci tautan nurani
    terpancar sinar seluruh alam
    jadi pedoman akhir tujuan
    moga mati dalam islam

    Qalam Musoffa
    sajak ketuhanan

    BalasPadam
  30. SUBUH MAKIN RAPUH

    Gemericik air mengalir
    keluar dari mulut kolam
    Menjalar ke simen yang karat
    Aku mendengar
    Tak lagi nyanyian embun subuh
    Tapi deras yang membadai
    Menghempas damai
    Milik subuh aku tercengang,
    subuhku kenapa aku makin rapuh

    Ungku Zubir
    sajak simbolik

    BalasPadam
  31. MAKRIFATULLAH

    Sesat manusia itu
    disukat dalam cetek ilmu
    menjadi neraca hayat
    menimbang kebenaran hakikat.
    sentiasa sesat kering ilmu makrifat
    Jika kosong dada kosong jiwa
    sekalipun kaya sihat kaya harta
    masih menjunjung sesat
    kerana hidup dunia untuk akhirat.
    makrifatullah benar menunjukkan
    mana duniawi dan ukhrawi
    membenar lagi menyelamatkan
    hakikat kebahagiaan hayat
    berawal dunia mengekal akhirat.

    Mat Noh
    sajak ketuhanan

    BalasPadam
  32. BERTAHAN SAYANG
    BERTAHANLAH

    Bertahan sayang jangan longlai
    Bernafaslah ke mana suara kamu?
    Muka biru jemari ungu
    Buka mata sayang jangan siakan
    Darah yang mengalir dari ibumu
    Keringat pecah menunggu waktu
    Bertarung maut mahu melihat kamu
    Bangun sayang ibumu menunggu.
    Ini perihal air mata darah mengalir
    Perihal ujian dia tidak terjangka
    penghuni syurga tak dilihat bunda

    Teksi Manaf
    kenangan ketika menyambut kelahiran anak yg pertama

    BalasPadam
  33. SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

    Sajak Qalam Musoffa macam orang jawa sana namanya? Sajak bertajuk BERIMAN. Mudah saja pengucapannya. Dalam kehidupan kita Imanlah arah pandu tunjuk jalannya. Kemana dimana dan bagaimana hendak dinilainya. Jika iman tiada di hati atau dada semuanya akan kita lakukan sesuka hati saja. Anak orang bini orang semuanya hak kita. Sikap kebintangan akan terus bermaharajalela. Oleh itu Iman sesuatu yang amat peting kita pelihara, kerana iman Juga kadangkala boleh bersinar dan kembali malap semula. Malah boleh hilang pun ada. Jika Kita gagal menjaga dan memeliharanya dengan sempurna.Iman juga di ibaratkan lampu cempeni pelita kaca, jika malas mengelapnya ia berjelaga dan menjadi hitam akhirnya. Justeru itu kena selalulah mengosoknya. Layak untuk sayembara seterusnya (SM)

    BalasPadam
  34. SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

    SUBUH MAKIN RAPUH sajak Ungku Zubir pengucapannya bagai berkira-kira dengan solat sebuhnya yang agak berat keberangkalian. Biasanya sesiapa pun menjadi berat di waktu pagi atau mahu mengerjakan solat subuh. Lebih lagi anak muda yang meningkat rumaja. Berbagai andain dan masalah datang mengoda. Ada satu ubat keramat untuk mendapat subuh kermat bukan rapuh yang mudah patah. Tidur kena awal, setkan dalam hati , janji dengan bantal, aku nak bangun jam lima pagi, tepuk bantal tidur, bila terkejut segera bangun, jangan tunggu lagi. kerana malikat yang mengejutnya , jika masih juga megeliat , malaikat akan merajuk, dia tak akan kejut lagi. Inilah yang berlaku jam dua belas baru bangun tengah hari, bukan pagi. Apa-apa pun , ini merupakan perkara biasa dalam kehidupan kita uuntuk mengerjakan solat terlalu berat. Maaf Cuma di sini saja untuk berhenti. Usaha lagi (TK)

    BalasPadam
  35. SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

    Mat Noh bukan anak lebai Noh sajaknya kali ini MAKRIFATULLAH atau mengenal sifat allah. Kalau dahulu seawal orang Islam itu kena belajar mengenal sifat allah. Atau sifat dua Puluh kata mereka, barulah kita berasa takut dan sentiasa saja hendak buat baik, keranba lita tahu allah melihat, mendengar, berkata, dan sebagainya. Allah itu ada dimana saja kita berada. Takut nak buat jahat. Sema ada di tempat terang atau tersembunyi.Sebab itu orang dahulu jarang berlaku curang, jauh sekali bercerai berai, bila berkhawin sampai ke anak cucu, sibabAqidah mereka kuat, iman pun tebal tak mudah digoda kerana mengenal sifat Allajh swt. Layak untuk sayembara seterusnya (SM)

    BalasPadam
  36. SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011
    \
    BERTAHANLAH sajak kelahiran anak sulung barangkali sajak daripada sdra Teksi Manaf atau semperna hari ibu tak lama lagi. Begitulah pengucapannya sewaktu-waktu seorang ibu mahu melahirkan anaknya, nyawa terasa berada di hu jung rambut kata orang. Berdepan dan bertarung dengan maut hidup atau mati. Jika mati pun syaid dunia akhirat. Apa-apa pun sudah menjadi lumrah alam dan tabie manusia , bernikah pastinya beranak dan berkeluarga pula dan begitulah seterusnya selagi nadi belum berhenti. Maaf penceritaan biasa. Ada persaingan yang agak ketara .maka satakat ini sajak sayembara anda. usaha lagi. (TK)

    BalasPadam