Selasa, 26 April 2011

HASUTAN AGENDA SYAITAN (AS)





Iran menyatakan sekeras kerasnya
ketidak kesetabilan di Asia barat
ini adalah angakara Agenda Syaitan
yang ingin menguasai emas hitam
lihat Mesir, libiya, Syira, Yaman,
sesudah Iran dan Iraq berseteru
mencetuskan mangsa perang saudara.
Kini bila bekalan emas hitam habis
mula mencipta hasutan Agenda syaitan.


Tapi Tuhan maha mengetahui isi hati
tetiba negara Agenda Syaitan dilanda
Angin puting beliung yang menyerang
hampir empat ratus ribu menjadi mangsa
menghancurkan hak keperluan rakyatnya
ditambah kebakaran hutan berluluasa
dan bersama banjir kilat yang melanda
ini satu pengajaran yang mereka lupa,
kekuasaan bukannya di tangan mereka.

 
Oleh: Nurimanja.
catantan sebulan dua lalu,
kini baru diterbitkan 26/04/2011.





50 ulasan:

  1. CERITA-CERITA DONGING RAKYAT SEDUNIA DARI NEGARA PAKISTAN . SELASA 26HB APRIL 2011
    CITRA BERTAJUK: SYAHIR DAN SYAKIR DICERITAKAN SEMULA SECARA BEBAS OLEH: NURIMANJA
    _______________________________________________________________________________
    Siri Pertama.

    Petang yang suram. Angin senja pun bagai malas bertiup . kecauan beburung petang pulang ke sarang pun kian sayup kedengaran di hujung bukit .Kedua beradik anak kembar seiras ini asyik memancing ikan di tasek kaki bukit .

    Si abang yang bernama Syahir rasa malas untuk terus memancing, di mukanya kelihatan wajah kekecewaan. Beberapa kali dia mengeliat kekiri dan kekanan, sesekali melemparkan pandangan kepada adiknya Syakir yang duduk tidak jauh daripada nya.

    Matahari merah sudah mula membenankan dirinya di kaki langit. Sebentar lagi suasana alam akan bertukar warna menjadi mambang kuning.

    Kegelisahan kian mencengkam hati Syahir sebentar lagi matahari akan tengelam.

    “Nampaknya petang ini tak ada rezeki kita . Ayuh kita pulang,” kata syahir kepada adiknya Syakir.
    “Tunggu sekejap lagi , kalau nasib baik adalah rezeki kita, untuk buat laut malam ini.” Jawab Syakir pula.

    Tetiba joran pancingnya disendap anak ikan . Syakir menyentaknya , ternyata saekor anak inkan emas kecil tergantung di udara, tergoyang-goyang ekornya mengipas angin. Pelahan-lahan Syakir cuba menurunkannya.

    Setelah dibuka mata pancing yang tersangkut dimulut anak ikan emas kecil itu. Lantas dia terdengarAda suara kecil berbunyi .

    “ Wahai saudara lepaskan saya! Jangan makan saya kerana saya terlalu kecil. Saya berjanji akan memberi ganjaran kepada saudara berdua.” Kata anak ikan emas itu minta simpati.

    Syahir yang tidak jauh dari adiknya juga terkejut, mereka berpandangan sesama sendiri. bila mendengar ada ganjaran besar yang akan diberi oleh anak ikan mas kecil itu. Syakir memandang kepada abangnya , bagaikan meminta bersetujuan. Abangnya tidak berbicara panjang terus mengangukkan kepalanya.

    “Baiklah anak inkan emas, kami setuju melepaskan kau kembali ke dalam tasek ini, tetapi apakah ganjarannya yang akan kau beri nanti?” kata Shakir kepada anak ikan emas kecil itu kerana ingin tahu.

    “Kamu tunggu sahaja esok pagi , ada hadiah yang istimewa untuk anda berdua.” Jawab ikan itu, syakir pun melepaskan semula anak ikan emas kecil itu ke dalam kolam tasek di kaki bukit itu.

    BERSAMBUNG.

    BalasPadam
  2. CUCUR UDANG

    cucur apa kamu makan
    nampak sungguh menyelerakan
    jadi hidangan petang
    oh cucur udang
    hati jadi tak keruan
    kecur tiada tertahan
    rasa mahu mencuba
    pasti enak rasanya
    oh tidak! selera tetiba mati
    indah khabar dari rupa
    indah rupa dari rasa
    belek satu tiada terjumpa
    belek dua tiada terjumpa
    belek tiga langsung tiada
    cuma yang ada kepala udang
    terhias indah di cucur
    cucur kepala udang nampaknya

    Lebai Noh
    bila isteri buat cucur udang

    BalasPadam
  3. SUBSIDI

    tolong datuk menteri
    kami ini petani
    tolong beri subsidi
    berikan baja pada kami
    nanti dulu datuk menteri
    benih tak ada lagi
    carikan untuk kami
    tolong bagi free
    kejap datuk menteri
    batas tak bajak lagi
    traktor dah lama mati
    minyak dah tiada lagi
    tolong lagi sekali
    eh datuk menteri
    lupa nak cakap tadi
    parit belum digali
    datuk tolonglah gali
    eh! kenapa datuk menteri!
    mati si datuk menteri
    tak tahu pada siapa lagi
    mahu minta subsidi
    kenalah usaha sendiri
    baru melayu sejati…

    Atuk
    sajak komedi

    BalasPadam
  4. RENUNGKAN KATA-KATA INI

    renungkanlah kata-kata ini
    bukan aku tujukan untuk mereka
    tetapi untuk kau yang membaca
    jika terdapat luka ingin sembuhkan
    selagi masa berputar
    selagi itu aku tetap menunggumu
    tiada apa yang boleh aku gembira
    tiada siapa membuat aku berduka
    sampai bila harus aku menulis ?
    mungkin sampai kau mengerti
    apakah erti kasih itu!

    Ustaz Majusi
    sajak simbolik

    BalasPadam
  5. ANJING GONGGONGAN

    Selagi anjing bergonggongan
    memingit hablur mandiri
    senggama batil petaka akar
    kelakuan berisi pantas
    di kurapsi anjing yang kemaruk
    dengar secekak takar
    terus menuak kalam
    kesetanan naik tuhan
    di satah lakar kebajingan
    akal palat aku kan terus
    jadi kekulat terpalit di pasungan..

    Pak Hussin
    sajak simbolik

    BalasPadam
  6. SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

    Lebai Noh semacam kehilangan ilham dengan sajak yang terlalu biasa CUCUR UDANG. Penceritaannya ternyata ada kebisaanya , setengah tempat di waktu petang mereka akan Perkena cucur udang, cicah kuah kacang, ada kendang, takua, timun dan telur rebus. Tetapi cucur udang isteri Lebai Noh lansung tak ada udang yang dijumpainya kepala udang. Barangkali isi udangnya telah dikerutih oleh anak cucunya sendiri.Apa-apa kisah biasa dalam kehidupan rumah tangga. Maaf cuma setakan ini sahaja . usaha lagi Lebai Noh terpaksa berhenti (TK)

    BalasPadam
  7. SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

    Atok dengan sajak bertajuk SUBSIDI pengucapanya membangkitkan kisah orang Melayu yang kerja petani dengan kehidupan dunia subsidi. Kekadang kita rasa malu juga, bila bangsa lain, terutamanya negara jiran di kiri kanan depan belakang. Mungkin ada yang mentertawakan kita. Kerana kemanjuan bangsa kita terlalu banyak bergantung atas bantuan Kerajaan memberi subsidi. Jika tidak terlalu lambat kita hendak bergerak. Jadi jangan marah jika ada orang negara jiran mengelarkan jita. Bangsa subsidi. Ini kenyataan. Tetapi kita masih juga lupa daratan. Langsung tidak mengenang budi dan mengerti erti berterima kasih. Malah lebih memalukan lagi jadi pengkianat dan pendurhaka pada pemerentah. Sebaiknya tidak layak jadi rakyat Malaysia, kerana ada yang menentang dan menolak selogan 1 Malaysia. Layak mengikuti sayembara seterusnya (SM)

    BalasPadam
  8. SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

    Ustaz Majusi juga semacam kehilangan ilham dengan sajaknya bertajuk madah pujangga nampaknya; RENUNGKAN KATA-KATA INI. Pengucapannya juga agak kabur mencari maksud. Apa-apa pun sekadar andian sahaja. Mungkin menyentuh tetang perasaan hati dan jiwa juga agaknya. Terasa lama nian menunggu, masa tetap berputar, kerana tiada siapa buat gembira atau berduka. Ini kasih tidak berbalas atau di dia tidak mengetahui. Kata orang embun menitik di tempat yang lain. Bagaimana pun kasih boleh berputik, sampai bila pun hati tidak akan mengerti. Ada semacam jiwa-jiwa pula. Harap maaf, usaha lagi Cuma di sini sahaja sanjak anda dipohon berhenti (TK)

    BalasPadam
  9. SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

    ANJING GONGGONGAN daripada Pak Hussin pengucapannya bahasa jawa. Sekali baca kena cari maannya. Dua kali baca tukar bahasa dan terjemahannya.Sajak simbolik ini cuba kami andaikan : menceritakan mungkin seorang itu umpama saekor anjing yang menyalak. Sering memekak dan meninggikan diri. Patang mendapat peluang, pantas dia tidak akan melepskannya, Demi memuaskan nafsu keinginannya, jiwa kesyaitananya akan mengatasi rasa ketuhanan, Inilah dasar manusia banjing. Tidak akan berhenti membuat onar dan kemungkaran sehingga dirinya layak dimasukkan ke dalam pasungan atau penjara saja. Sajak ada maana yang tersendiri mungkin sinis tajam untuk sipolan. Masih diberi peluang mengikuti sayembara seterusnya (SM)

    BalasPadam
  10. shahir dan syakir? mcm nama anak saya saja

    BalasPadam
  11. cerpen memancing plak nampaknya

    BalasPadam
  12. cerpen ni xpnh baca lagi cerpen baru ke ni

    BalasPadam
  13. wah! cerpen kali ni agak menarik

    BalasPadam
  14. wah! ikan tu boleh bercakap la!

    BalasPadam
  15. eh! ikan boleh bercakap plak!

    BalasPadam
  16. cerita kali ni nampaknya ada kelainan ikan boleh bercakap

    BalasPadam
  17. mcm mana ikan tu boleh bercakap?

    BalasPadam
  18. ikan tu jelmaan orang bunian ke?

    BalasPadam
  19. ikan tu orang bunian ke?

    BalasPadam
  20. ikan tu orang dari kayangan ke?

    BalasPadam
  21. mcm filem dulu2 plak ikan boleh bercakap

    BalasPadam
  22. mcm mana ikan tu boleh bercakap?

    BalasPadam
  23. ikan tu ajaib la sbb boleh bercakap

    BalasPadam
  24. ikan emas boleh bercakap????

    BalasPadam
  25. wah! cerpen baru la kali ni

    BalasPadam
  26. ingatkan cerpen lama rupanya cerpen baru

    BalasPadam
  27. byk jgk koleksi cerpen en nuri ni ada saja yg baru

    BalasPadam
  28. syahir dan shakir??? mcm nama anak sufian jer

    BalasPadam
  29. eh! cerita psal bdk kembar plak?

    BalasPadam
  30. apa la ikan emas tu bagi nnt?

    BalasPadam
  31. ikan emas nak makan mcm mana isi x byk la lain la ikan haruan

    BalasPadam
  32. ikan emas boleh mkn ke?

    BalasPadam
  33. apa habuan yg ikan tu bagi agaknya?

    BalasPadam
  34. rasanya ikan tu puteri raja yg disumpah agaknya

    BalasPadam
  35. ikan emas tu nak bagi apa plak?

    BalasPadam
  36. entah2 ikan emas tu tipu kot?

    BalasPadam
  37. eh! ikan emas tu nak bagi apa?

    BalasPadam
  38. mngkin ikan emas tu nak bagi duit kot?

    BalasPadam
  39. ikan emas tu nak bagi emas kot?

    BalasPadam
  40. benda apa yg ikan emas tu nak bagi nnt

    BalasPadam
  41. ikan emas tu tipu dorang la rasanya

    BalasPadam
  42. ikan emas tu nak bagi apa plak ni?

    BalasPadam
  43. ikan emas tu aku rasa dia berupa jd perempuan cantik kot keesokan harinya

    BalasPadam
  44. ikan emas tu nak bagi kembar tu apa? perempuan cantik ke?>

    BalasPadam
  45. ikan emas tu nak bagi apa? rumah baru yang cantik ke?

    BalasPadam
  46. rasanya ikan emas tu acah je kot?

    BalasPadam
  47. ikan emas boleh ke makbulkan permintaan dorang? ikan emas tu tipu la

    BalasPadam
  48. ikan emas boleh bercakap? wah! misteri jgk ikan tu

    BalasPadam
  49. ikan emas tu nak bagi apa? kenapa dorang terlalu percaya sgt?

    BalasPadam
  50. aku rasa dorang dah kena kencing dgn ikan emas tu la

    BalasPadam