Rabu, 20 April 2011

HARTA BANYAK DUNIA TIDAK KEMANA HANYA AMAL IBADAT YANG DITERIMA




Apabila banyak mengumpul harta dunia
maka terlalu banyaklah lalai dan leka
kerana saban hari kita perlu mengira
dimana ada untung dan dimana ruginya
setelah berdiri mendunggak ke langit
selalunya kita lupalah rumput di bumi
jauh sekali untuk menoleh kiri dan kanan
kerana hati ingin mencapai awan nan biru.


Apabila banyak amalibadat lebih beerti
maka banyaklah mengingati dosa dan mati
kerana setiap detek mati akan dihadapinya
maka tinggallah segala kemewahan yang ada
di alam akhirat tidak bermakna semuanya
manusia  hanya menghitung dosa dan pahala
untuk melayakkan diri ke syurga atau neraka
terpulang kepada amalan kita semasa di dunia.


Oleh; Nurimanja,
Catantan yang mengharubirukan
tanggal 20hb, April, 2011.





50 ulasan:

  1. ‘Kami tidak takut didakwa’
    Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA pengarang@utusan.com.my

    KUALA LUMPUR 19 April – Trio ‘Datuk T’ hari ini mendedahkan bahawa mereka tidak sedikit pun takut untuk berhadapan dengan tindakan undang-undang di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan, kerana menayangkan rakaman video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.
    Semua trio tersebut, iaitu bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik; ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah serta bekas Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim berkata, mereka sudah bersedia mental dan fizikal untuk menghadapi apa sahaja kemungkinan.
    Malah mereka juga bersedia untuk melakukan sumpah laknat di mana sahaja termasuk di depan Kaabah, bagi membuktikan pendedahan mengenai rakaman video seks tersebut adalah benar membabitkan ketua pembangkang tersebut, sebagaimana yang didakwa.

    Shazryl Eskay ketika dihubungi berkata, beliau tidak akan sesekali membantah sebarang tindakan undang-undang, jika benar pihak Peguam Negara mahu mendakwa trio Datuk T di mahkamah, atas kesalahan memiliki serta mengedarkan rakaman video seks berkenaan.

    “Kami serah sepenuhnya kepada pihak polis dan Peguam Negara. Di pihak kami, apa juga keputusan dan arahan pihak berkuasa kami akan patuh termasuk pergi ke mahkamah. Kami akan memberi kerjasama 100 peratus kepada semua yang terlibat kerana kami sedar ini adalah perjuangan demi kebenaran.

    “Oleh itu, kami bukan sahaja sanggup ke mahkamah tetapi kami juga bersedia untuk melakukan sumpah laknat di mana sahaja termasuk di depan Kaabah. Ini kerana saya yakin, kami di pihak yang benar dan tiada sebarang keraguan bahawa lelaki itu memang Anwar,” katanya di sini, hari ini.
    Dalam pada itu, Shuib pula memberitahu, pihaknya memang sedar akan risiko perundangan yang terpaksa dihadapi kerana pendedahan itu tetapi menegaskan, perjuangan menyedarkan rakyat mengenai moral adalah lebih penting berbanding kebimbangan dikenakan hukuman oleh mahkamah.
    Katanya, atas niat yang murni tersebut jugalah sehingga kini, semua trio Datuk T tidak mendapatkan sebarang khidmat guaman bagi menghadapi kemungkinan pendakwaan kerana yakin, Allah akan menolong golongan yang berjuang untuk mengelakkan negara ini dari di perintah individu tidak bermoral.

    “Pada saya, pendedahan ini bukan bertujuan mahu mengedarkan rakaman video seks tetapi untuk membolehkan rakyat menjadi saksi. Kalau ingin mengedar, rakaman tersebut sudah dicetak sebanyak 20,000 salinan tetapi sehingga kini hanya 15 individu sahaja yang dibenar menontonnya,” jelas beliau.
    Sementara itu, Abdul Rahim berkata, jika Shazryl Eskay sanggup melakukan sumpah laknat termasuk di depan Kaabah, Anwar yang selama ini menampilkan imej Islamik di mata masyarakat juga perlu ada keberanian dan kepercayaan tersebut, dalam mencari kebenaran sebagaimana dituntut oleh agama Islam.

    Sambil mengakui bahawa dirinya juga sudah bersedia untuk menerima apa juga keputusan Peguam Negara, bekas Ketua Menteri Melaka itu berkata, beliau juga sanggup berdepan dengan Anwar dalam apa juga situasi, selepas ketua pembangkang itu bermati-matian menafikan beliau terlibat dalam aksi video seks itu.

    KOMENTAR:

    Jika PAS enggan bersuara dan menyatakan pendirian issu ini, Ternyata menyokong kemungkaran. Adalah nilai menegak ke arah amal makrup nahi mungkar lebih berpihak kepada Trio Datuk T yang lebih pitriotek menyalamatkan negara agama, bangsa melayu yang tidak mempertuankan orang yang tidak berakhlak mulia dijadikan pemimpin seperti nabi muhamad saw akhir zaman seranankan.

    Persoalan Rakyat? Siapa peguam negara kenapa ada main surung tarik dalam keputusan? Kenapa DNA tidak dibenarkan untuk diambil? Mengapa sumpah laknat Anuar takut melakukannya?

    BalasPadam
  2. BERTAJUK: JIKA ADA KEYAKINAN/ DICERITAKAN SEMULA SECARA BEBAS OLEH SDRA NURIMANJA.
    ______________________________________________________________________

    Siri ke sebelas.

    Kerana tiang menara surau itu terlalu berat nampaknya semacam tidak terdaya orang tua alim itu untuk memperbetulkannya, anak muda wajah kenabian itu cuba membantu, akhirnya mereka berjaya memperbaiki tiang surau yang condong untuk menunggu masa akan roboh atau runtuh.

    Anak muda berwajah kenabian itu juga terasa hairan , mengapa orang tua alim itu memperbetulkan tiang surau yang hamper contong dan runtuh itu? Sedangkan penghuni di kawasan sekeliling surauItu langsung tidak menghormati mereka. Malah dalam keadaan leteh, lapar dan dahaga juga tidak ada seorang pun yang sudi memberi sadikit minuman atau makanan.

    Selesai solat subuh dia bertekat mengambil keputusan untuk tidak mengikut lagi jejak langlah atau turut bersama pengembaraan orang tua alim itu. Lantas anakmuda berwajah kenabian itu pun berkata:

    “Tuan setakat ini sajalah rasanya saya mengikuti tuan , sudah berbulan, tidak ada satu ilmu pun yang tuan ajarkan kepada saya, melainkan semuanya bercangah dengan perikemanusiaan, Sebelum saya mengundurkan diri tolong beri jawapan yang tuan telah janjikan?” Katanya dengan penuh keharuan.

    Belum pun sempat orang tua alim itu menjawap, Anak muda berwajah kenabian itu bertanya lagi “Di pagi ini saya ingin bertanya untuk pertanyaan terakhir, kenapa tuan memperbetulkan tiang surau yang condong itu dengan bersusah payah? Sedangkan orang disini langsung tidak melayani kita dan memandang dengan penuh curiga?” kata anak muda berwajah kenabian itu. Semacam kesal sedikit nampak di wajahnya.

    Orang tua alim itu tersenyum dan memandang kepada anak muda berwajah kenabian itu, sambil menganguk-angukkan kepalanya yang dililit dengan serban putih, di tangannya maseh lagi jejarinya memusing-musing bilangan biji tasbih, entah ke berapa ribu bilangan pujian yang dilontarkan dari bibirnya tentan memuji nama Ilhai.

    “Sebenarnya kau tidak sabar, malah telah melanggar akan syarat perjanjian kita, jika ingin berguru dengan saya, dahulu sudah saya katakan, Tuhan telah memberi gambaran sepuluh tahun kehadapan Keapada saya apa yang akan berlaku. Saya sudah nampak dan mengetahuinya dahulu.” Jawab orang tua alim itu selamba sahaja.

    Sesekali Abul Hassan mengeliat ke kiri dan kekanan. Hujan renyai malam di luar rumahnya , mulai turun, angin malam yang sejuk mencuri masuk dari celah jendela rumah buruknya, lalu mencengkam tubuhnya, Abu Hassan menarik kain selimutnya, Dia terasa ingin menyambung cerita dalam mimpinya yang belum selesai

    BERSAMBUNG

    BalasPadam
  3. eh! mcm mana dia thu tiang tu akan roboh?

    BalasPadam
  4. ingatkan dia boleh buat sorang2 rupanya dia minta tolong jgk anak muda tu

    BalasPadam
  5. la..rupanya semalam anak muda tu x tolong pun orang alim tu

    BalasPadam
  6. ingatkan dia betolkan sorang2 td? rupanya dia minta tolong anak muda tu

    BalasPadam
  7. sian plak aku tgk orang tua tu sorang betolkan tiang

    BalasPadam
  8. semalam rupanya anak muda tu tgk je orang tua tu betolkan tiang sorang2?

    BalasPadam
  9. eh! surau ke masjid ni?

    BalasPadam
  10. oh surau je ingatkan masjid td

    BalasPadam
  11. kalau aku buat xthu je sbb orang kt surau semua sombong

    BalasPadam
  12. orang kmpung pun sombong baik jgn tolong jer...

    BalasPadam
  13. xkn dorang berdua je yang tolong betolkan tiang?

    BalasPadam
  14. orang kampung kt sana sombong2 plak?

    BalasPadam
  15. xde belas kasihan la orang kmpung kat sana

    BalasPadam
  16. kalau aku org kmpung pnya sombong baik xpyh tolong

    BalasPadam
  17. huh! org kmpung x tolong sekali ke?

    BalasPadam
  18. pelik la kenapa orang kampung sorg pun x tolong?

    BalasPadam
  19. orang kmpung xkn xde yang tolong kot?

    BalasPadam
  20. eh! dia xmhu ikut plak?

    BalasPadam
  21. kalau aku dari dulu lagi aku nak berhenti dari ikut orang tua ni

    BalasPadam
  22. ha! baru aku perasan langsung xde ilmu pun orang alim ni ajar

    BalasPadam
  23. ilmu apa plak yg orang alim ni ajar? xde ape pun?

    BalasPadam
  24. orang alim ni ajar apa? xnmpk ape pun?>

    BalasPadam
  25. kesian terkial2 dorang berdua yg betolkan orang kmpung langsung x tolong ke?

    BalasPadam
  26. kenapa dia masih tolongkan orang kat sana yg sombong?

    BalasPadam
  27. eh! baru nk berhenti kalau aku mula2 lagi aku xmhu ikut orang tua ni

    BalasPadam
  28. eh! abul rupanya mimpi kat rumah ke?

    BalasPadam
  29. ingatkan abul ni tidur bawah pokok rupanya dalam rumah buruk ke?

    BalasPadam
  30. panjang jgk mimpi abul ni

    BalasPadam
  31. mimpi abul rupanya? hehe

    BalasPadam
  32. abul langsung xde dalam cerita ni rupanya

    BalasPadam
  33. abul ni masih x terjaga lagi ke?

    BalasPadam
  34. abul ni tidur malam ke siang dia mimpi ni?

    BalasPadam
  35. eh! abul masih bermimpi lagi rupanya

    BalasPadam
  36. abul ni tidur x basuh kaki ni sbb tu dia mimpi pelik mcm ni

    BalasPadam
  37. eh! abul ni dia duduk rumah bujang ke dgn mak bapak dia?

    BalasPadam
  38. eh! kenapa plak orang alim tu jwb dia boleh thn masa depan je?

    BalasPadam
  39. eh! kenapa orang tua masih xmhu jawab lagi?

    BalasPadam
  40. pelik la orang tua tu

    BalasPadam
  41. kenapa dia nak berhenti plak ikut orang tua tu?

    BalasPadam
  42. kenapa dia nak berhenti plak ikut orang tua tu?

    BalasPadam
  43. MUAK

    aku sudah muak
    makin meloyakan tekak
    rasa ingin terjeluak
    mual membuak-buak
    mengapa akalmu bengap
    kami bukan pelahap
    tiada rasa sedap
    lama sudah terperap dah basi
    hidangan lama dah bosan
    sama sahaja janjinya
    sama sahaja katanya
    janji tiada tunaikan
    kata tiada kotakan
    ayatnya juga sama
    ayat penuh berbunga
    tapi busuk bunga tahi ayam
    mereka pun sama muak
    naik jelak tolonglah berubah
    tidak rugi walau sekelumit
    malah main bertambah
    apakah cukup hanya sepenggal?
    jawablah dengan ikhlas
    tepuk dada tanya selera…

    Seniman jalanan
    sajak utk pemimpin

    BalasPadam
  44. HIDUP MAKAN

    falsafah ciptaan perut
    hidup untuk makan
    pujalah perutmu sepuasnya
    tambahkan lipatan indah
    hakikatnya penuh seksa
    lambang kekayaan katamu
    hakikatnya tolak batu dan kayu
    lambang kebahagiaan katamu
    konon air tangan isterimu
    hakikatnya kau kuat makan
    cipta pelbagai alasan
    nafsu apa kau ikut cubalah sedar
    di mana punca segala penyakit
    di mana punca segala sembelit
    pasti di perutmu
    pesanan ikhlas dariku
    makanlah untuk hidup
    pesanan ikhlas dariku…

    Badrolshah
    sajak utk orang kuat makan

    BalasPadam
  45. LAMBAT LAUN

    Lambat laun yang menderu
    teruap oleh awan tekun
    tala segala ikut susun
    bertimpuh tekup ke bulan
    setengah laman
    takkan ada buta ketulian di mimpiku
    jernihnya liut ke tepi berputih
    diri diheret dasar laut temu karam
    kemanusiaan jadi tunggal pesan
    berleretan pedih
    ranap bergelandangan
    lebur ke daratan mual

    Datuk hasbi
    sajak simbolik

    BalasPadam
  46. BAIT BAIT

    Bait - bait si binatang jalang
    mentusuk bagai seribu pedang
    tembus jiwaku tak ampuh serang
    tersungkuran aku di bentuk sujud
    bertanya pada Tuhan
    Apakah sudah tiba waktuku
    berselimut dengan maut?
    lalu jawab Tuhan
    Engkau sudahpun di kelubungan maut
    saat terpisah jiwamu dari jalan-Ku

    orang lama
    sajak ketuhanan

    BalasPadam
  47. SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

    Seniman jalanan dengan sajak rasa muak dengan janji dan kata kosong kebarangkalian. Ini yang membuat ada orang ambil jalan tengah untuk tidak pergi mengundi atau jadi orang tengah bebas, tak mahu subahat se macam en nuri. Haram tak pergi mengundi nak masuk 4 penggal dah sebelum mantan tun dr keluar umno masuk balik. Ini mungkin pada pandangan si penulis ada yang tak kena. Tetapi sebenarnya bukan semua, segelenter. Jika mereka buat tidak Betul, pasti tidak lama, lihat saja negara luar Arab sana sampai tiga puluh tahun memerentah. Bila tak betul dan tak kena ramai rakyat marah.tapi negara kita jauh sikit beza 1 malaysia semua Dapat rasa, yang teruk di negara kita pembangkang kuat menghasut pula, rakyat yang buta.menyukong membabi buta, aginda saitan mata satu nak balas dendam dan ingin berkuasa. Apa-apa pun kerna ada bersaingan hebat sajak anada Cuma disini sahaja. (TK)

    BalasPadam
  48. SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

    Sdra. Badrolshah maseh berlakon drama agaknya? Dengan sajak bertajuk HIDUP MAKAN. Ini cerita Kebarangkalian si penulis selalu miss suru masa kecil dulu agaknya, Keluarga ramai ke? Selalunya begitulah adik beradik ramai abang selalu mengalah, makan sikit, kalau keluarga pula kurang sikit pendapatan bulanan, lagi seksa, makan ala kadar saja, Sajak nampak menceritakan tentang falasafah makan banyak punca segala penyakit.Sebenarnya dah mangli kata orang kedah. Negara kita ramai mati kerana makan berlebihan, oversiti pun kian bertambah, akibat nasi lemak, bukan makan mentedarah, nabi paling tak suka orang banyak makan, syaraul thaam dalam bahasa arab. Banyak makan banyak tidur, kerja apa pun tak buat. Perut pun jadi tong sampah semua sumbat semua masuk. Ada pengajaran diberi peluang untuk sayembara seterusnya. (SM)

    BalasPadam
  49. SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

    Maaf secara jujur! Datuk Hasbi dengan sajaknya LAMBAT LAUN Penceritaannya agak keliru, tetapi lambat laun apa pula yang datang menderu? Kami sudah cari dimana isi cerita, atau mesej yang hendak disampaikan, setiap bait-baitnya tidak ada hubung kait untuk menterjemahkan maana bagi menerangkan maksud yang hendak disampaikan. Keliru dan buntu.Nyata kami gagal mencari masejnya, atau sajak ini yang mungkin terlompat–lompat pengucapannya? Kerana banyak laptop jadi begitu, kami gelar dia laptop tua. Maaf Datuk sajak ini tidak dapat dikesan pengucapannya, maka sajak lain ada persaingan hebat, harap usaha lagi. maka setekat ini saja terpaksa berhenti (TK)

    BalasPadam
  50. SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

    Orang Lama dengan sajaknya BAIT-BAIT PUISI Pengucapannya ternyata ada sadikit unsur berbau politik ke arah menuju ke lantas mengingati ketuhanan atau mati. Biasalah dalam kehidupan seharian ini. Kalau dengar hujah dan cerita orang mabuk kuasa kurang iman kita hamper nak gila dibuatnya, betul sesaja kata mereka. Seolah semacam bercakap tiada bertuhan, seolah hidup ini tiadah berkesudahan, Kalau diri sudah berada di hujung senja, kita bagai orang Islam sepatutnya banyaklah berastaghpar, kerana rumah kata pergi, kubur kata mari. Di sana yang kekal abadi. Layak untuk sayembara seterusnya (SM)

    BalasPadam