Selasa, 19 April 2011

BILA KEHIDUPAN SUDAH TERCALAR



kembali kepangkuan jalan,


Bila kehidupan sudah tercalar
sejarah hitam akan bertambah
daripada kebenaran bertukar arah
menjadi kita pengkianat sejarah.


Sepatutnya disisip keinsafan
bila usia berada dihujung senja
bukan memcipta onar dan mungkar
kerana di hujung sejarah kita ini
ada genderasi yang menilai pekerti.


Perlulah sedar dan muhasabah diri
jika dahulu kita dipuji dan disangjungi
dinihari kita sering dicaci dan benci
mengapa biarkan hidup tiada nilai lagi.



Oleh: Nurimanja,
sedeh bila kesalahan menjadi kebanggaan
kesumbungan itu bukan cara digemar nabi
catatan : dua tihga hari lalu terbit: 20/04/2011.





50 ulasan:

  1. AMK desak dedah semula VCD Anwar

    KUALA LUMPUR 18 April - Pihak media massa khususnya media elektronik disaran supaya mendedahkan semula semua cakera padat video (VCD) yang mengandungi babak-babak menunjukkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebenarnya tidak sakit selepas keluar dari tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri tujuh tahun lalu.

    Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kedah, Zamil Ibrahim berkata, selaku orang pertama yang membuat laporan polis berkaitan pembohongan itu, beliau percaya orang ramai perlu diberi peluang menyaksikan semula VCD tersebut dan menilai kembali kredibiliti Ketua Pembangkang yang bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri tersebut.

    "VCD itu mampu mendedahkan pembohongannya (Anwar) terhadap rakyat. Beliau kononnya sakit, menggunakan kerusi roda dan alat penyokong leher sedangkan sebenarnya itu semua pembohongan belaka," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.


    Jelas Zamil, Anwar pada waktu itu sebenarnya sihat apabila berada bersama keluarga dan rakan terdekatnya namun berpura-pura sakit di hadapan penyokong, termasuk dirinya sendiri (Zamil) ketika itu.

    KOMENTAR:

    Dulu ummi Hafelda bergerak seorang mendedahkan aktiviti pembohongan si sesumpah itu. Malah ramai yang menghina dan mencacinya. Hari ini keadaan telah menceritakan apa yang sebenar berrlaku, Malah lebih ramai lagi yang akan membantu pendedahan demi pendedahan Yang dahulu dinapikan penyokong kuat sesumpah kini mereka bukan saja rasa bersalah tepi Ingin rasa menyumpah pada sesumpah. Malah termasuk YB anak muda yang mengangkat sumpah bersama anaknya Izzah. Sedangkan dia sendiri enggan mengangkat sumpah laknat.

    Petekan akhbar UM, to day.

    BalasPadam
  2. BERTAJUK: JIKA ADA KEYAKINAN/ DICERITAKAN SEMULA SECARA BEBAS OLEH SDRA NURIMANJA.
    _______________________________________________________________________________
    Siri ke sepuluh.

    “Maaf saya tidak dapat menceritakannya, kerana dalam perjanjian kita, setelah tiga kali melanggar tiga syarat, sedangkat orang muda baru melakukan dua sesalahan.” Jawab orang tua alim itu dengan tersenyum. Seperti enggan menceritakan apa yang telah berlaku.

    Anak muda berwajah kenabian itu menjadi serba salah pula, jika enggan mengikutnya jawapan tidak Akan diberi, bagaimana mungkin aku dapat menjawab sekiranya aku sendiri tidak tahu kenapa dan mengapa keadaan orang tua alim itu melakukan sedemikian rupa.

    Abul Hassan juga ingin mengetahui cerita seterusnya walaupun dia cuma dilihatkan dalam gambaran di antara sedar dan separuh sedar , entahkan dalam mimpi ilusi, koma, atau fantasi, Abul Hassan cuma dapat melihat dalam kesamaran gambaran dalam kepala otaknya.
    Sesekali tangannya bagai mengankat ke atas cuping telinganya dan mengarukannya , seperti berfikir mencari jawapan.

    Walaupun anak muda berwajah kenabian itu nampak seperti bermenung panjang. Dia dalam delima, sama ikut atau meninggalkan orang tua alim itu. Maseh berbelah bagi di dalam hatinya. Sedangkan orang tua alim itu telah jauh melangkah meninggalkan dirinya yang maseh termanggu dan terharu itu..

    Akhirnya anak muda berwajah kenabian itu akur dengan keputusan orang tua alim itu, bersetuju mengikutnya turut serta dalam pengembaraan mencari kebenaran itu. Dia lantas mengangkat bungkusan kain bajunya, bergerak mengikut jejak langkah orang tua alim itu dari belakang.

    Seketika hari hampir maghrib orang tua alim itu menyelinap memasuki sebuah kampung orang tasek yang kebanyakan penghuninya tidak suka menegur sapa dan engan memberi pertolongan, semacam ada rasa curiga mencurigai di antara satu sama yang lain.

    Setelah selesai solat berjumaah. Kedua mereka terasa amat lapar dan dahaga, bekalan mereka juga sudah kelihatan kehabisan, malam itu mereka tidur dalam keadaan perut yang lapar. Walaupun ada Jiran di sekeliling masjid itu sedang masak dan menjamu selera makan malam, terasa oleh anak muda wajah kenabian untuk pergi meminta, tetapi di halang oleh orang tua alim itu, seolah dia sudah tahu tidak ada siapa yang akan memberi bantuan makan malam kepada mereka.

    Dalam keadaan perut yang amat lapar, mata juga enggan pejam, anak muda berwajah kenabian itu agak hairan dan terkejut , sebelum menjelang subuh, dia lihat orang tua alim itu telah cuba memperbetulkan tiang menara surau itu yang kelihatan semacam condong untuk tumbang.

    BERSAMBUNG.

    BalasPadam
  3. SESAL

    Aku sesal
    Kerana aku terlalu berjaga-jaga
    Aku sedih, sesal lagi
    Kini aku mencari harta
    Harta yang dapat mengkayakan jiwa
    Dimanakan ku cari kekuatan?
    Semangat yang dapat memulihkan
    Aku tak jumpa
    Aku masih mencari dan menunggu
    Kerana aku masih merindu

    Dayang
    sajak kekesalan

    BalasPadam
  4. AKU TAK TAHU

    Dia memang sungguh cantik dan indah
    aku dia yang pertama
    terpaut hati aku
    tapi keraguan bertukar kekangan
    lidah semakin kelu
    minda semakin beku
    hati semakin kaku
    aku tak tahu

    Hamblun Minanar
    sajak buat gf sy

    BalasPadam
  5. DINDING TIDURAN

    Tak pernah segusar
    aku berpulas di benak
    tatah mereka yang dulu pergi
    ke dindingan tiduranku..
    Bukan kematian benar menusuk kalbu
    Keridhlaanmu menerima segala tiba
    Tak kutahu setinggi di atas debu
    duka maha tuan bertahta

    Mak Cik Senah
    sajak simbolik

    BalasPadam
  6. SETIDAKNYA

    setidaknya aku miliki
    keretaku untuk memacu
    sesuatu yang belum terjamah
    aku takkan kembali
    mengemis pada singgasana hatinya
    namun aku akan kembali
    mencintai segenap asaku tertinggal
    maksudku memang inilah nyata
    semoga kelak dia mengerti

    Tetamu Malam
    sajak simbolik

    BalasPadam
  7. kenapa dia mahu bagithu jgk?

    BalasPadam
  8. abul hassan ni masih hidup lagi ke?

    BalasPadam
  9. pelik la orang tua tu

    BalasPadam
  10. kenapa orang tua tu masih x mhu jwab jgk?

    BalasPadam
  11. orang tu mereng agaknya sbb dia x boleh jawab soalan anak muda tu

    BalasPadam
  12. pelik kenapa abul hanya nmpk je x boleh nk join sekali ke?

    BalasPadam
  13. abul bermimpi ke? hehe

    BalasPadam
  14. oh... ni kisah mimpi abul rupanya

    BalasPadam
  15. dua2 orang tu xde nama lagi ke?

    BalasPadam
  16. anak muda wajah nabi tu nama apa?

    BalasPadam
  17. anak muda wajah kenabian tu sapa plak?

    BalasPadam
  18. jd abul dgn anak muda wajah nabi tu 2 orang berbeza

    BalasPadam
  19. mngkin anak muda wajah nabi tu nabi btol kot?

    BalasPadam
  20. cerita ni cerita nabi khidir ke?

    BalasPadam
  21. jd anak muda wajah nabi tu nama dia khidir ke?

    BalasPadam
  22. la...ingatkan abul rupanya abul bermimpi jer

    BalasPadam
  23. hahaha rupanya bukan abul...

    BalasPadam
  24. en nuri pandai buat suspen la ingatkan abul td?

    BalasPadam
  25. abul wlpn dia tidur tangan pun boleh bergerak ke?

    BalasPadam
  26. sampai tangan bergerak2 plak abul ni mengigau ke?

    BalasPadam
  27. abul ni dia tidur kat mana ni?

    BalasPadam
  28. eh! panjang jgk perjalanan dorang ni

    BalasPadam
  29. mcm cerita orang dulu2 plak merantau byk tempat

    BalasPadam
  30. anak muda wajah kenabian tu masih xde nama ke?

    BalasPadam
  31. eh! kenapa dia masih ikut lagi orang tua gila tu?

    BalasPadam
  32. bodoh la orang tua tu dah bunuh orang pun dia masih ikut lagi

    BalasPadam
  33. mmg cari penyakit la sbb dia berani ikut orang alim tu

    BalasPadam
  34. kenapa la dia masih ikut orang tua yg pembunuh tu?

    BalasPadam
  35. eh! berani dia masih ikut x takut dia plak kena bunuh dgn orang tua tu nnt

    BalasPadam
  36. org tua tu siapalah agaknya

    BalasPadam
  37. kenapa orang tua masih nak rahsia lagi kenapa dia buat mcm tu?>

    BalasPadam
  38. pelik la nak minta makan pun dia x bagi?

    BalasPadam
  39. kalau aku diam2 aku minta makanan xkn itu pun salah?

    BalasPadam
  40. orang tua nak bagi anak muda tu mati kebulur ke?

    BalasPadam
  41. eh! xkn anak muda tu nak minta sikit makanan pun kena halang?

    BalasPadam
  42. kenapa x boleh minta makanan kat perkampungan lain?

    BalasPadam
  43. kalau aku belasah je orang tua tu sbb nak minta makanan sikit pun x boleh?

    BalasPadam
  44. xkn nak minta sisa2 makanan pun orang tu x bagi?

    BalasPadam
  45. pelik la kenapa x boleh minta makanan???

    BalasPadam
  46. setahu aku x salah minta makanan kat masjid kenapa orang alim tu nak halang?

    BalasPadam
  47. SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

    SESAL tajuk sajak Dayang mengisahkan tentang hidup mengumpul harta benda keduniaan biasanya tidak kemana. Tetapi bila dinilai terasa semuanya tidak dapat memberi kekayaan jiwa, lantas cari pula harta yang dapat memberi kekayaan jiwa dan memtenteramkan hati nurani, Hanya berusaha dan menyerah diri kepada yang maha esa bagi mendapatkan kekuatan dan semangat untuk berjuang menacari kekayaan jiwa dan kedamaian hati terhadap Ilahi kerana itulah ubat kerrinduan sejati. Kalau ditinjau maksud lain ada usur jiwa-jiwa pula sajak Sesal daripada Dayang ini. Mungkin selalu saja berhati-hati, masih gagal mencari bf untuk melepas rindu dan beramah mesra agaknya. Harap usaha lagi, Maaf cukup sekadar di sini sahaja , kerana persaingan hebat dengan sajak Mak Cik Senah, sajak anda terpaksa digugurkan (TK)

    BalasPadam
  48. SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

    AKU TAK TAHU tajuk sajak sdra. Hamblum Minanar penceritaannya menyentuh jiwa-jiwa ini buat gf agaknya. Buat pertama kali terasa bagai inikah agak orangnya? Rasa memikat dan terpesona. Tetapi belum lama rasa hati ingin berbicara , namun keraguan mula menjelma, dan lidah semakin kelu, menda jadi beku, hati pun semakin kaku, jawapannya pakai tidak jadilah itu. Thema jiwa-jiwa sahaja. Sajak pun macam lepas batuk di tangga. Harap maaf dan berusaha lagi Cuma disi terpaksa berhenti (TK)

    BalasPadam
  49. SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

    DINDING TIDURAN tajuk sajak Mak Cik Senah terasa semacam cakap orang jawa saja.Mak cik senah ini orang jawa ke? Ada perkataan yang kami kurang mengerti atau salah ejaan pula agaknya.Hendak dikatakan bahasa puisi terlalu tinggi, tetapi bait-bait ayat ucapannya pula rasa semacam tersangkut-sangkut.Ceritanya kabur dan samar untuk kami mencari maksud dan isinya. Apa pun sekadar andaian. Mungkin kisah rumah setengan agaknya, bagaimana seksanya tempat tidur, tapi itu semua perkakara biasa, malah hidup mati kerelaan semuanya, apa saja yang diterima semuanya ketentuan yang maha esa, sajak ini mengatasi penderitaan sajak Dayang SESAL. kami beri peluang ke Pada Mak Cik Senah kerana ketabahan menghadapi cabaran dalam kehidupan yang menghimpek cekek! layak untuk seterusnya (SM)

    BalasPadam
  50. SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

    SETIDAKNYA sajak oleh sdra Tetamu Malam penceritaannya bagai mengeluh saja bunyinya. Mungkin mengharapkan sesuatu tetapi keberangkalian rezeki tidak menyebelahi kita. Menyesal pun tidak berguna. Apa pun semacam jiwa-jiwa pun ada mungkin patah hati atau enggan memujuk, atau ingin mengajar si dia agar segera mengerti.Jika gf masih tak mengerti nanti kau pula makan hati. Sajak thema jiwa-jiwa orang muda punya biasa . Harap maaf sekadar di sini sahaja. Usaha lagi. Terima kasih! (TK)

    BalasPadam