Selasa, 26 April 2011

BELAH DADAKU



sajak pilihan ahli Cr.


Ambil saja pisau
belah dada ku..
Hirup rakus darah ku..
Jilat semahu mu..
Degupan akhir hati ni..
Simpan sebagai kenangan..
Perasaan lama terhapus..
dalam tarian kepuraaan mu..
Jiwa dah lama mati..
tiap saat kita menyatu....
Roh ku lebih tenang..
bila kau pun menghilang...

 
Oleh: Mega Sutra kuala kangsar
10.6.2010/2010 Jun 12 13:35
Diterbitkan semula tarikh; 26/04/2011.






50 ulasan:

  1. ulasan: Maaf ulasan dahulu hilang!

    Catat Ulasan Viger.

    Mega Sutra dengan sajak BELAH DADAKU Pengucapannya bergitu hebat barangkali selagi belum dapat. Bila cincin tersarung ke jari, malam pertama telah disumpurnai. Barulah rasa senang di hati.Kalau tidak hidup bagai bagkai bernyawa, apakah tidaknya dada dah kena belah, darah pun dah kena hirup. simpan semua kenangan lama dalam almari, kerana jiwa dah lama mati.malah rohnya lebih tenang jika hilang semua ingtan.

    Wah Datuk! begitu dahsatnya cinta Mega Suria pada sesaorang. hai bertuah si dara yang punya kekasih setengah mati, macam si Mega Sutra ini. Semoga sukses! kata En nuri dan qalam dalam ulasannya dulu.

    BalasPadam
  2. JERUNG,KUCING DAN HARIMAU

    kamu kuat kudrat banyak
    kamu cergas otak ligat
    kamu pantas penuh tangkas
    kamu cerdik penuh geliga
    kamu bukan harapan bangsa
    kamu bukan tiang negara
    kamu lahir sebagai jerung
    mengapa jadi kita bilis
    jadi santapan si ikan tenggiri
    kamu lahir sebagai harimau
    mengapa jadi kucing lembut manja
    jerung muda redah laut samudera
    berajalah di laut sana
    harimau muda mengaum sepenuh tenaga
    berajalah di rimba sana
    kamu punya segala bangunlah…

    Inspektor Halim
    sajak simbolik

    BalasPadam
  3. PEKAK TELINGA

    celik tapi sebenarnya kau buta
    lidahku petah berkata
    tapi sebenarnya kau bisu
    aku boleh mendengar
    tapi hakikatnya kau tuli
    kenapa? kau bertanya kerna
    aku nampak tapi tidak menghalang
    kerna aku boleh menyampaikan tetapi kau diam
    kerna banyak yang kau dengar
    tapi ke pekakkan telinga.

    Ustaz Muda
    sajak sindiran

    BalasPadam
  4. TANGAN MENYAPA KELUARGA

    Angin bertiup membawa awan-awan
    butir air jatuh membasahi bumi
    Ketika anak tumbuh
    menjadi dewasa dan perkasa
    mereka selalu melewati......
    pagi,siang,petang,dan malam hari
    Seluruh alam bergantian....
    dengan jelas dan pasti
    tak ada pertentangandan manipulasi
    Sejelasnya harmoni menyapa
    menggairahkan ketentraman
    makin jelas tangan menyapa keluarga


    Harimau Berantai
    bukan sajak sy tp mnta tolong orang pengalaman bapak sedara isteri sy

    BalasPadam
  5. USAH DI TANYA PADA RINDU

    Jiwa melambai menyudahkan kata
    melambung rasa kasihan sepi
    tiada maaf keras hati
    memberi amaran sekali lagi menghitung pertimbangan
    tahap kesabaran diusir pergi
    tinggal kemarahan meluap
    cuba ditahan langsung tiada tinggal
    baki disimpan rapi,
    dendamnya masih terselit
    bersama rakus cinta
    usah ditanya rindu
    jawapannya pasti menggelang menampakkan putusnya harapan
    rentetan kemusnahan itu
    segalanya sudah berakhir

    Pak Ngah But
    sajak kenangan

    BalasPadam
  6. SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

    Sajak JERUNG , KUCING DAN HARIMAU Pengucapannya tersa sebagai sinis tajam untuk mereka yang mengerti, mungkin ada bau politiuk dan juga mat rempet dan sesiapa saja yang mungkin ingin mencuba. Sekiranya mereka berasa yakin dengan diri sendiri mereka ada semua Jerung, kucing dan hati dan jiwa harimau. Langgar saja undang-undang, buat apa yang kamu suka, rempet, menyamut , merogol dan sebagainya. Tetapi kamu jangan lupa, jika pun kamu terlepas dengan polis dan undang mahkamah negara, tetapi di akhirat nanti ada mahkamah Agung akan menanti di sana. Layak untuk sayembara seterusnya.(SM)

    BalasPadam
  7. SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

    PEKAK TELINGA oleh Ustaz Muda dengan pengunaan bahasa sinis untuk pihak yang tertentu. Begitulah citrasa seorang yang ingin menejunkan diri dalam dunia penulisan,kena berani mengtakan apa yang benar. Seperti datuk T. Sanggup melaksanakan sumpah laknat di hadapan kaabah. Sehingga ada yang terkedu mendengarnya. Demi keadilan, bangsa, agama dan negara, Ini mungkin jika undang-undang dunia ini boleh diputar belitkan. Sepatutnya kes liwat orang Islam hukum sariah yang menjalankannya. Bukan kapal Sing. Yang sekejap suruh bertaubat, sekejap langkah mayat. Sejahat manusia rasa bangga dan menapikannya pula setelah ada bukti yang nyata. Sajak semacam bau politik. Cuma andain. Apa pun layak untuk sayembara seterusnya. (SM)

    BalasPadam
  8. SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

    Harimau Berantai ternyata kehabisan ilham agaknya. Bila sajak yang bertajuk TANGAN MENYAPA KELUARGA, bukan hasil citra rasa daya kreatifnya sendiri. Apa-apa pun pengucapanhnya biasa saja, kasih sayang kekeluargan sesama sanak saudara. Biasanya akan menambahkan ikatan silatorahhim, diberkatai dan pnjang umur, kata orang tua-tua dahulu kala, orang yang selalu datang ke rumah kita adalah mermbawa rahmat. Tetamu wajib dilayan. Bukan tarik muka empat belas, ingat tak kan berkat dalam hidup sesiapa sahaja. Bukan harta yang dinilai keperibadian dan tali persaudaraan. Sajak kebiasaan sahaja. Harap maaf kerana ada persaingan yang lebih bertenaga dan hebat. Sajak anda terpaksa dikeluarkan Usaha lagi (TK)

    BalasPadam
  9. SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

    Pak Ngah But juga nampaknya tersangkut dengan sajaknya yang bertajuk: USAH DITANYA PADA RINDU. Penceritaannya semacam tegas dan beramaran pula. Bagaimana rindu boleh mendekati. Jika tegas begini rasa rindu si jantung hati pasti akan lari. Malah rindu pun tidak boleh ditanya. Bertambahlah makan hati si jantung hati, jika bertanya juga jawapannya cuma menggeleng. Nah bertambah lagi gila sasau dibuatnya si jantung hati. Mati meragan hamba Allah itu. Kalau tanya juga lagi. nah! Habis semua putus harapan dan berakhir kisah rindu yang terjaling selama ini. Wah Mak datuk! Pak Ngah But, macam manalah boleh dapat Mak Mah ini? Begitu tegas kisah cinta dan rindu zaman dahulu.. Kami angkat tangan dengan keseriusan Pak Nga Pun dalam soal cinta ,. Mesti kacak gila Pak Ngah But pada zaman muda dulu. Cuma andain saja. Apa-apa pun kisah jiwa-jiwa, harap maaf. Ada persaingan lebih hebat. Cuma disini pohon berhenti.(TK)

    BalasPadam
  10. ikan emas tu orang kaya ke?

    BalasPadam
  11. ikan emas tu tipu la... bodoh dorang berdua tu

    BalasPadam
  12. ikan emas tu saja cakap mcm tu nak lepaskan diri

    BalasPadam
  13. ikan emas tu byk muslihat la

    BalasPadam
  14. aku rasa dorang berhalusinasi la padahal ikan tu x bercakap pun

    BalasPadam
  15. sy selalu jgk memancing sampai lewat malam bila baca cerita ni takut plak nk memancing

    BalasPadam
  16. ikan emas tu hantu air kot?

    BalasPadam
  17. ikan emas tu buat taktik nak lepaskan diri agaknya

    BalasPadam
  18. ikan tu rasany bagi habuan emas kot kat dorang?

    BalasPadam
  19. esok ada habuan? pelik habuan apa plak?

    BalasPadam
  20. smbung lagi x sabar nk thu habuan apa dorang dpot

    BalasPadam
  21. sajak tentang pergolakan di timur tengah ke ni?

    BalasPadam
  22. sajak luar negara rupanya ingatkan politik

    BalasPadam
  23. smoga iran nasib dorang terbela

    BalasPadam
  24. kesian iran semua negara nak pukul dia sorang

    BalasPadam
  25. negara asia barat x bersatu sbb tu jd mcm ni

    BalasPadam
  26. harap asia barat bangkit bersatu bersama2 iran

    BalasPadam
  27. sajak luar negara nampaknya kali ni

    BalasPadam
  28. kesian nasib asia barat

    BalasPadam
  29. pelik la kenapa negara arab byk emas hitam

    BalasPadam
  30. negara arab kaya tp dorang semua bodo

    BalasPadam
  31. negara arab harap kaya tp x pnh bersatu

    BalasPadam
  32. eh! mcm sajak pembunuhan je mega sutera ni

    BalasPadam
  33. terima kasih sbb siar sajak sy yg ni en nuri

    BalasPadam
  34. sajak mcm nak suruh orang bunuh ko je mega sutera?

    BalasPadam
  35. sajak mcm nak bunuh diri je mega sutera

    BalasPadam
  36. apesal teruk sgt sampai nak suruh belah dada plak? hahaha

    BalasPadam
  37. bodoh la ko ni mega sutera kalau belah dada mati la

    BalasPadam
  38. sajak mega sutera ni kalau gf dia belah dada dia btol2? baru padan muka

    BalasPadam
  39. belah dada mati la ko mega sutera... hahahahaha

    BalasPadam
  40. ikan emas tu penipu la aku rasa

    BalasPadam
  41. senang je dorang kena tipu dgn ikan emas

    BalasPadam
  42. ikan emas tu gempaq saja la....

    BalasPadam
  43. agaknya entah btol entah tidak dia nak bagi habuan tu?

    BalasPadam
  44. eh! ikan emas tu aku rasa nak kenakan budak kembar tu la

    BalasPadam
  45. eh! ikan emas tu aku rasa licik la

    BalasPadam
  46. dua2 orang kembar tu bodoh la...

    BalasPadam
  47. aku rsa senang2 je dorang berdua kena tipu oleh ikan emas

    BalasPadam
  48. belah dada nak buat apa mega sutera? hahahaha

    BalasPadam
  49. sajak mcm budak2 la siap nak belah dada plak? hahahahaha

    BalasPadam
  50. sajak mega sutera ni mcm nak orang bunuh dia je lps tu suruh check dada

    BalasPadam