Ahad, 24 April 2011

AKUR



sajak pilihan ahli Cr.


pernah suatu ketika dulu
tangan itu aku genggam erat-erat
namun kala itu aku lagi mudah rapuh
lalu aku genggam itu aku lepaskan
tapi kini kau tanyakan
kembali sama aku
jawapan aku tidak
sudah cuba, aku capai
sudah cuba, aku genggam
tidak mungkin lagi bisa
kerana yang cuba aku capai
yang cuba aku genggam itu
bukan lagi milik aku
dan selepas ini subuh aku
tiada lagi kamu aku akur.


Oleh: Siti Hajar
Sarikei
ketika di halaman rumah/2010 November 27 19:27
Diterbitkan semula dlm ruang utama Cr,24.04/2011





50 ulasan:

  1. 1 ulasan:

    Qalam Mutiara berkata...

    Sajak jiwa-jiwa oleh Siti Hajar bertajuk: AKUR anak melayu melanau rajang serawak ( mana lagi pergi kawan-kawan masa sekolah dulu selain dari abang yang nampak berjaya?) Tanya en nuri Pengucapan Siti Hajar (seorang pendidik) mungkin terkenang kemasa dulu,
    hati pun merasa pilu, mungkinkah dapat bertemu padamu cinta hatiku. Dulu sudah ada bf kenapa dilepaskan, kini bila ada kembali untuk berputik, ternyata pula ada orang yang punya.



    Oleh: Qalam Mutiara.
    28 November 2010 2:21 AM

    BalasPadam
  2. Penentu masa depan Pas
    Zulkiflee Bakar (siri 2 )

    Pas perlu mengakui seruan supaya mengkaji kedudukan dalam pakatan pembangkang bukan dicipta oleh mereka di luar Pas tetapi di dalam parti itu terutamanya di peringkat akar umbi suara.

    Mungkin ia tidak dilakukan secara tidak terbuka tetapi hasrat itu wujud kerana ahli-ahli Pas yang rasional amat memahami tindakan parti tersebut yang terlalu mempertahankan apa yang dilakukan oleh pemimpin PKR dan DAP hanya memakan diri.

    Keadaan menjadi bertambah buruk kepada Pas apabila ada pula di kalangan pemimpin mereka yang dilihat seolah-olah sanggup bermati-matian mempertahankan Anwar, PKR dan DAP.

    Semua ini tidak menguntungkan Pas sebaliknya hanya akan menyebabkan parti itu dilihat sebagai sebuah parti yang tiada prinsip dan hanya mengutamakan kepentingan politik semata-mata.

    Persoalan sama ada Pas mampu berubah atau tidak ia bergantung kepada pemilihan parti yang bakal berlangsung pada 3 Jun ini. Jika ahli-ahli Pas tidak kira di peringkat mana pun melakukan percaturan yang salah, mereka akan bertanggungjawab mendedahkan parti tersebut dalam episod perjalanan politik yang cukup menyedihkan.

    kedudukan

    Dua posisi penting yang bakal menjadi penentu kepada nasib Pas ialah kedudukan Presiden dan Timbalan Presiden. Sebab itulah cadangan Naib Presiden Pas, Datuk Ibrahim Tuan Man agar dua jawatan berkenaan diputuskan secara syura bagi menjamin gabungan kepimpinan terbaik perlu disokong oleh ahli-ahli.

    Pada masa ini, Pas dipimpin oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Presiden manakala jawatan Timbalan Presiden disandang oleh Nasharudin Mat Isa.Persoalannya, masih wujudkah semangat syura di kalangan pemimpin-pemimpin Pas yang ingin bertanding dua jawatan berkenaan? Buat masa ini,kedudukan Abdul Hadi boleh dikatakan selamat selepas cubaan bahagian tertentu untuk mencalonkan nama lain bagi jawatan berkenaan mendapat tentangan.

    Abdul Hadi yang memegang jawatan itu sejak 2002 mendapat sokongan padu termasuklah Dewan Pemuda Pas Pusat. Sokongan itu sudah tentulah akan menyelamatkan kedudukan Abdul Hadi yang sebelum ini cuba digugat oleh pihak tertentu yang menganggap beliau sebagai liabiliti kepada Pas.

    Berikutan keadaan itu, tumpuan diberikan kepada pertarungan jawatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden yang dikatakan bakal menyaksikan pertarungan sengit. Jika berdasarkan pencalonan awal, tidak mustahil Nasharudin perlu bertarung lagi bagi mempertahankan kedudukannya.

    Pada tahun 2009, Nasharudin mengekalkan kedudukannya selepas menewaskan dua calon lain. Persoalannya, apakah pandangan Tuan Ibrahim akan diambil kira bagi memastikan tiada perebutan bagi jawatan Timbalan Presiden?

    BERSAMBUNG

    BalasPadam
  3. LAUT DAN MAHAHARI

    Sudah lama laut rindu matahari
    menanti muncul bawa hangat
    untuk tenteram gelodakdicipta ombak
    sampai waktu pasir rebahdipesisiran
    matahari pun mencetus api
    bakar semua resah
    semua gusar tinggal getar rasa
    indah hingga belah jadi jarak
    buat ruang kosong tinggal buang
    Dan matahari datang
    beri laut apa laut tahu
    hingga laut sakit kerana hangat,

    Panglima Ketot
    sajak simbolik

    BalasPadam
  4. SESEDAR WUJUD

    Sesedar wujud telahpun bersamamu
    Kau dan aku dan kita
    Kita bersatu di atas cinta
    Apa benarkah begitu?
    lalu datang cahaya
    mengejutkan aku lantas terjaga
    Barulah aku sedar
    Emosiku jadi gusar
    Pandangan makin pinar
    Mengapa begini? kita berbeza
    dua perkara engkau pendusta
    celaka hiaskan jelik jadi baik
    kau harumkan jijik jadi cantik
    tersalah menyintaimu
    tersesat kerna rindu

    BalasPadam
  5. TERIMA KASIH TEMAN

    terima kasih teman
    restu kalian ku dambakan
    doakan kebahagiaan terus berkekalan
    menyelonsuri hidup dihari mendatang
    sesungguhnya ku tak kesaorangan
    ada kalian dibelakang
    memberi semangat bukan kepalang
    hati yang kuncup menjadi kembang

    Latif Bomba
    sajak perhargaan kpd rakan2

    BalasPadam
  6. NERACA

    hambatkan kata megah
    tak pernah aku harap
    pantai berubah
    apa keringat kamu lebih dari aku?
    maka kamu lebih teragung?
    persetan tabiat kehutanan
    lebih mulia jalanan
    menghukum itu kerja tuhan
    tapi ingat ini soal sesama insan
    kamu angkuh? sua muka atas neraca
    aku tunggu kamu di sana

    Pak Haji
    sajak simbolik

    BalasPadam
  7. SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

    LAUT DAN MATAHARI oleh Panglima Ketot pengucapannya sudah baik pada permulaannya , tetapi untuk mentapsirkan bagi mencari isi dan maksudnya kian bercelaru, lebih mengelirukan pada penutup bentuk penceritaannya. Apakah simbolik yang hendak disampaikan?Mengambil simbullaut dan matahari. Mungkin ada perasaan jiwa-jiwa juga nampaknya ini. Sambungan dari gelodakkan cinta tidak berbalas sedutan dari sajak dahulu, lantas kesepian mencengkam diri, maka jadilah kebingungan yang tidak berkesudahan. Apa punini semua penceritaan biasa. Maka maaf sajalah/ di sini pohon berhenti . usaha lagi (TK)

    BalasPadam
  8. SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

    SESEDAR WUJUD atau tetiba ada? Sajak Amira Baini kali pertama anda terlepas untuk pusingan kelayakan. Kini sajak tidak diletakan nama di bawah oleh dan tarikh atau tempat dan sedikit penerangan sinoksis sajak. Lihat sajak terdahulu dikirimkan oleh penulis lain. Biasanya kalau anda hantar di majallah atau penerbitan lain tidak akan disiar, malah dibakul sampahkan. Apa-apa pun kami maseh melayaninya sebagai ahli Cr. Penceritaan si penulis mungkin mengenangkan tentang persehabatan atau kisah bf yang pandai bersaniwara. Setelah mengetahui akan kejelikkannya yang berbeza baru sedar selama ini cinta yang diberi terasa bagai sia-sia, dan terpengaruh kerna rindu. Sajak berunsur jiwa-jiwa. Harap maaf Cuma setakan ini sahaja terpaksa berhenti (TK)

    BalasPadam
  9. SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

    TERIMA KASIH TEMAN oleh Latif Bomba penceritaannya semacam ada perubahan dalam Kehidupan , mungkin atas sokongan dan dorongan kawan dan rakan kejayaan mungkin telah menyebelahinya. Kini si penulis terasa begitu berbesar hati, atas limpah ramhmat yang tuhan beri bersama keluarga yang berbahagian. Amin. Rasanya sajak keluar pun tidak mengapa , asalkan sajak tersiar dapat meluahkan perasaan hati buat teman –teman yang pernah membantu dan memberi kerjasama. Maaf sajak terlalu biasa sikap baik mengenang budi itulah amalan kita. Kerana sajak lain ada persaingan lebih hebat sajak anda terpaksa dihentikan (TK).

    BalasPadam
  10. SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

    Pak Haji dengan sajak NERACA atau pertimbangan . Pengucapannya sekadar mengingatkan
    dalam simbolik kehidupan di dunia ini. Kerana keangkuhan dan kemegahan mencari nama atau pangkat sesaorang itu boleh lupa segala, dan tidak sedar hidup umpama pantai biasanya sekali air bah sekali pula pantai berubah. Berbeza dengan si penulis hidup bukan memburu nama untuk di agung-agungkan, cukup cuma bagai orang biasa . kerana semua apa yang kita lakukan ada balasan dan di akhirat nanti akan dinilai dan juga di perhitungkan Layak untuk anda sayembara seterusnya. (SM)

    BalasPadam
  11. akur ni sajak jiwa2 ke?

    BalasPadam
  12. akur ni mcm sajak sedih jer

    BalasPadam
  13. sajak putus cinta ke ni?

    BalasPadam
  14. terkenang kekasih lama ke siti hajar?

    BalasPadam
  15. xpyh pikir pnjang ambik je ustaz muda... hahahahhaa

    BalasPadam
  16. siti hajar xkwin lagi ke? umor brapa?

    BalasPadam
  17. sajak ni mcm sedih je di tinggalkan kekasih ke?

    BalasPadam
  18. siti hajar x kwin lagi ke msti anak dara tua ni? hahahahhaa

    BalasPadam
  19. sajak mcm bunyi kekecewaan jer

    BalasPadam
  20. bf lari ke siti hajar?

    BalasPadam
  21. sajak putus cinta ke?

    BalasPadam
  22. ni msti cinta terhalang sajak siti hajar ni

    BalasPadam
  23. mcm mana boleh berpisah ni siti hajar?

    BalasPadam
  24. sajak siti hajar plak nampaknya

    BalasPadam
  25. sajak org kmpung sy ni.. hehe

    BalasPadam
  26. siti hajar ni anak dara tua ke? hahahaha

    BalasPadam
  27. eh! penentu masa depan masa siri 2? siri 1 mana?

    BalasPadam
  28. semalam xde plak isu politik kosong je sbb tu aku lepas resepi skrg en nuri letak trus siri dua plak?

    BalasPadam
  29. PAS kenapa nak mempertahankan PKR?

    BalasPadam
  30. PAS jgn la bersekongkol dgn PKR

    BalasPadam
  31. pemimpin mana plak bermatian sokong anuar ni?

    BalasPadam
  32. 3 jun ni ada pemilihan pemimpin PAS ke?

    BalasPadam
  33. eh! apa benda majlis syura tu?

    BalasPadam
  34. nampaknya PAS skrg semakin terdesak

    BalasPadam
  35. Datuk Ibrahim Tuan Man sapa plak ni?

    BalasPadam
  36. politik di london pun aku xlarat nak layan politik di malaysia aku no komen

    BalasPadam
  37. ada jgk pemilihan pemimpin pas ke?

    BalasPadam
  38. A

    1 ustaz majusi
    2 ustaz muda
    3 pak ngah but
    4 simsalabim
    5 harimau berantai
    6 lebai noh
    7 atuk
    8 inspektor halim

    B

    1 bob kuli
    2 ustaz saad
    3 makcik senah
    4 syeikh al habib
    5 jeffry
    6 orang lama
    7 pak hussin
    8 badrolshah

    C

    1 sufian al zahri
    2 mei ling
    3 saudagar emas
    4 teksi manaf
    5 ustaz sahzan
    6 qalam mussofa
    7 mat noh
    8 ungku zubir

    D

    1 muhamad rabbi
    2 muhamad akmalz
    3 en sanusi
    4 pak kassim
    5 pak haji
    6 raja muda
    7 keris sakti
    8 brader joe

    BalasPadam
  39. kita tgk 3 jun ni adakah nik aziz boleh mempertahankan jawatan dia

    BalasPadam
  40. pas pun mcm nk bergolak je aku tgk

    BalasPadam
  41. pas jgn la menyokong si anuar tu

    BalasPadam
  42. majlis syura pas ni kenapa plak?

    BalasPadam
  43. aku x berapa suka nik aziz ni

    BalasPadam
  44. ape2pun aku tetap sokong gerakan...

    BalasPadam
  45. ada pemililihan pemimpin bru ke kat PAS ni?

    BalasPadam
  46. mcm2 kes la pas ni ada saja masalah

    BalasPadam
  47. PAS skrg mcm retak menunggu belah jer

    BalasPadam
  48. sy lepas sekali perserta kumpulan A B C D

    BalasPadam
  49. nampaknya sayembara dah hampir sampai ke penghujungnya

    BalasPadam
  50. semoga berjaya buat semua peserta sayembara yg masih kekal

    BalasPadam