Ahad, 24 April 2011

AKU BODOH



sajak pilihan Pb Cr.


Apabila di dunia ini,
wujud manusia yang hanya tahu,
melukai hati orang tersayang,
itulah aku.

Bagaimana,
hendak ku lafazkan padanya,
Aku cinta pada mu.

Oleh: Sipaun Supain
perak jam 12mlm Supain
Diterbitkan semula di ruang utama Cr 24/04/2011




50 ulasan:

  1. 0 ulasan:

    Catat Ulasan Viger.

    Nampaknya tak ada ulasan sajak ini. Ada peluang aku buat ulasan rengkas saja , okey! Sajak Sipaun bukan saja kau diperdaya oleh wanita mengoda, malah, nama kau pun cukup melucukan dan terasa mudah untuk diperdayakan.
    Apa-apa pun nasib kaulah Sipun, bila hati sudah jatuh cinta semuannya bagi kau indah saja, tidak dapat tenguk dia, dapat tenguk bumbung rumah dia pun tak apa. Hai tahi angau kau ni. Sipun! Sipun!!

    BalasPadam
  2. Penentu masa depan Pas
    Zulkiflee Bakar (siri 3 )

    Dan kita juga tertanya-tanya apakah kesalahan besar yang dilakukan oleh Nasharudin sehingga beliau tidak harus dibenarkan oleh ahli-ahli Pas untuk kekal sebagai orang nombor dua dalam parti.

    Ahli-ahli Pas perlu memahami bahawa pendekatan syura yang dicadangkan Tuan Ibrahim tidak akan berlaku jika mereka mengelak daripada awal di peringkat pencalonan.
    Ia bermakna jika ahli-ahli Pas tidak mahu perebutan berlaku bagi dua jawatan penting berkenaan, maka mereka hanya perlu mencalonkan Abdul Hadi dan Nasharudin sahaja.

    Tetapi kita percaya Nasharudin yang pernah melakukan kejutan di dalam Pas apabila dilantik oleh Allahyarham Datuk Fadzil Noor sebagai Setiausaha Agung, tidak akan dibiarkan menempuh laluan selesa.

    Keadaan itu berlaku kerana pendekatan politik di dalam Pas kini tidak lagi seperti dahulu. Pelbagai elemen yang meresapi Pas sejak parti itu bekerjasama dengan PKR dan DAP telah memungkinkan impian untuk melihat pendekatan syura diadakan bagi jawatan tertinggi hanyalah satu impian. Apatah lagi dengan usia Abdul Hadi yang kini mencecah 64 tahun sudah pastilah ia juga diambil kira oleh pemimpin-pemimpin tertentu yang berhasrat menerajui Pas.

    Lebih menarik lagi, di dalam Pas sendiri sudah ada tanggapan bahawa parti itu perlu melakukan anjakan paradigma dengan tidak bergantung kepada golongan ulama sahaja menjadi pemimpin utamanya. Namun begitu segala-galanya bergantung kepada ahli-ahli Pas untuk membuat keputusan. Mereka sahaja boleh menentukan sama ada hendak mengekalkan golongan ulama sebagai pemimpin utama Pas atau tidak.

    Bagi jawatan Naib Presiden tidak salah jika ia menggabungkan golongan ulama dan profesional kerana ia selaras dengan pesanan Abdul Hadi bahawa kesemua pemimpin Pas berjuang atas landasan parti yang kukuh untuk menegakkan Islam sebagai addin di tanah air.

    Bagaimanapun ahli-ahli Pas perlu mengelak daripada memilih mereka yang dilihat mampu merosakkan parti itu daripada dalam berikutan permainan politik yang dipelajari daripada PKR.Ia termasuklah memastikan tidak ada pemimpin yang dilihat melakukan tindakan yang bertentangan dengan dasar parti dipilih menduduki jawatan penting dalam Pas.

    kepimpinan
    Barisan kepimpinan yang bakal dipilih bukan sahaja perlu terdiri daripada mereka yang beriltizam mengekalkan kepimpinan ulama malah lebih penting daripada itu mengubah imej Pas yang kini dilihat hanya menjadi ‘pak turut’ kepada PKR dan DAP.

    Persepsi atau tanggapan ini boleh dihapuskan jika ahli-ahli Pas menolak mana-mana pemimpin yang dilihat lebih mendengar kata pemimpin parti lain berbanding kepimpinan Pas sendiri. Atau golongan pemimpin yang takut untuk berkata benar kerana bimbang menyinggung rakan sekutu mereka.
    Kalau benarlah ahli-ahli Pas berpegang kepada prinsip ‘‘menegakkan Islam sebagai addin’ maka mereka juga perlu memilih pemimpin-pemimpin yang mahu berkata benar biarpun pahit.

    Ahli-ahli Pas perlu memahami sama ada Pas akan mampu bertahan atau tidak di dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti, ia bukan sekadar bergantung kepada jentera parti.

    Sebaliknya turut menjadi pertimbangan ialah sejauh manakah barisan yang bakal dipilih akan benar-benar mampu memantapkan Pas sebagai parti yang tidak dilihat hanya melukut di tepi gantang dalam gabungan pembangkang.

    SELESAI

    BalasPadam
  3. PANGKAL DAN HUJUNG LEHER

    tasbih waktu
    terus mengigit bisa akan usia
    kita masih berzikir memuja rakusnya
    hari-hari berlalu kosong
    sambil kita alpa
    meratip not rupa Agong
    jasad kita dikafan lembaran hiburan
    buat kita mati harapnya
    jangan tika di mushaf terakhir
    riwayat hikayat hayyat tempatnya
    di antara pangkal dan hujung leher.

    Keris Sakti
    sajak simbolik

    BalasPadam
  4. LANGIT LUAS DAN KERIKIR TAJAM

    langit luas itu adalah atap
    buat teduhan damai resah jiwa
    kerikilan tajam adalah lantaian
    buat merenung hari esok
    bakal hadir kekosongan lagi
    debuan kota yang bergelut
    bentuk satu dindingan tak bewarna
    di atas sisa kerakusan kota
    mereka lena beradu
    jenguk segala khayal mimpi indah

    Raja Muda
    sajak simbolik

    BalasPadam
  5. BERIBU KATA DUA

    beribu kata dua
    angin sepi gelombang di mata
    sayu sepi semuanya kembali Jua
    Anugerah sunyi Malam hati kalam
    impian masih ternyata
    Apakah tidak kau sedari
    yang ada hanya pemilik misteri
    itupun kerana tak pasti
    yang ada tidak difahami

    Ambuyak
    sajak simbolik

    BalasPadam
  6. PECAH DI PERUT

    adat kita orang kita
    biar pecah di perut
    jangan pecah di mulut
    jika ditilik penuh halus
    ada baik di situ ada ilmu di situ
    adat kita sama kita
    yang salah sama betulkan
    yang bengkok sama luruskan
    apa guna dijaja sekampung
    apa guna diheboh semalaya
    aibkan si pemilik badan
    jatuhkan si air muka
    adat kita sama kita
    adat muslim sama muslim
    sembunyikan selagi daya
    dosa pahala itu bukan hak kita
    di sana ada syurga ada neraka
    pasti ada percayalah…

    Brader Joe
    sajak peringatan

    BalasPadam
  7. SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

    Keris Sakti sajaknya terpaksa berentap dengan Ambuak dengan sajak yang tajuknya saja sudah mengelirukan BERIBU KATA DUA. Apa-apa bagi sajak PANGKAL DAN HUJUNG LEHER kami dapat juga menangkap matudnya yang tersirat (halkum) biasanya bila nyawa berada di pangkal halkum. Semua pintu taubat akan tertutup. Segala zikir , puja dan puji tidak akan diterima lagi, menunggu saat saja untuk dikafan , lalu di solat jenazah dan diusung untuk dimasukan ke dalam kubur. Dan tunggu saja hari kebangkitan untuk agenda soal jawabdi hadapan rabul izati nanti. Sajak layak untuk seterusnya (SM)

    BalasPadam
  8. SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

    Raja Muda dengan sajak LANGIT LUAS DAN BUMI KERIKIR TAJAM , sadikit ada ubah suaian bagi menselesakan ungapan dan pengucapan yang hendak disampaikan. Raja muda ada kekuatan imaginasi yang hendak disampaikan, tetapi masih lemah mencari perkataan yang sesuai untuk menghidupkan cerita yang lebih puitis. Apa pun kami rasa si penulis ingin membicarakan tentang kehidupan manusia jagat dengan simbolik lagit luas bagai bumbung teduhan damai buat ubat resah jiwa. Tetapi bumi bagaikan batu kerikir yang tajam untuk sedia menanti menerjah dan menikim sesiapa saja uyamh tersilap langkah, akan merana akhirnya.Jadi usah mengharap sangat dan perlu waspada dalam kerankusan lumrah hidup ini. Kerana khyalan lebih mengasyikan dari realiti kenyataan. Layak untukmengikutiu sayembara puisi blog Cr seterusnya(SM)

    BalasPadam
  9. SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

    Ambuak dengan Keris Sakti terpaksa berentap unruk menentu kedudukan, setelah dibaca beberapa kali ternya kekuatan cerita dang tangkapan maksut lebih kepada keris sakti dengan sajaknya’ bertajuk PANGKAL DAN HUJUNG LEHER iaitu (KALKUM) tetapi BERIBU KATA DUA gagal dikesan maksud dan isi cerita . malah tajuknya juga mengelirukan. Sebab kata dua bisanya tidak boleh beribu lagi. melain kan YA atau TIDAK. Pengucapannya juga mengelirukan. Setelah beribu kata dua , dimasukan simbolik perbandingan pada agin sepi gelombang di mata, kemudian satu sepi lagi , kemudian semuanya kembali jua? Bait-bait tiada berkaitan untuk menterjemah cerita yang hendak disampaikan. Maaf kami gagal menangkap mesej yang hendak anda samapikan.apa lagi untuk ahli membacanya. Cuma di sini sahaja terpaksa berhenti (TK)

    BalasPadam
  10. SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

    Brader Joe dengan sajaknya bertajuk: PECAH DIPERUT pengucapannya bagai memberi satu peringatan pada pepatah melayu dulu. Berpegang pada adat, menyembunyikan rahsia untuk menjaga maruah, walaupun tuhan tahu. Sebenarnya dalam hidup menegak kebenaran dan keadilan untuk semua tidak sesuai lagi dizaman ini. Kerana banyak kita lihat contoh dan tauladan. Negara timur tengah atau asia barat, Arab paling pintar menipu. Akhirnya tidak lama mana pemerentahan mereka. Satu-satu digulingkan oleh rakyatnya sendiri.Apa-apa pun kerana sajak Brader Joe mudah ditangkap maksudnya oleh pembaca. Layang untuk sayembara seterusnya (SM)

    BalasPadam
  11. eh! viger plak ulas sajak aku ada lawak plak? haha ni nama samaran aku la nama betol aku Saufi Sopian

    BalasPadam
  12. bodoh btol supain ni.. hahahaha

    BalasPadam
  13. supain mengaku jgk dia bodoh? hahahhaa

    BalasPadam
  14. sajak kutuk diri sendiri nampaknya..

    BalasPadam
  15. itulah supain nk buat apa selidik btol2..

    BalasPadam
  16. anda bukan bodoh supain tp kurang bijak dalam memilih keputusan

    BalasPadam
  17. apa la supain kata diri bodoh plak?

    BalasPadam
  18. ko kena tipu dgn gf ke?

    BalasPadam
  19. sama mcm aku la selalu di permaikan wanita.. adeh

    BalasPadam
  20. lain kelai berhati2 supain.. haha

    BalasPadam
  21. nasarudin ni sapa? kenapa asyik cerita dia saja bukan nik aziz

    BalasPadam
  22. nasarudin ni anak nik aziz ke?

    BalasPadam
  23. PAS silap sbb berkejasama dgn PKR dgn DAP

    BalasPadam
  24. PAS sepatutnya jgn join dgn PKR dan DAP

    BalasPadam
  25. PAS baik buat parti sendiri dia join dgn PKR jadi carca marba

    BalasPadam
  26. cerpen masih xde lagi ke?

    BalasPadam
  27. esok letak cerpen balik

    BalasPadam
  28. cerpen xkn dh hbis?

    BalasPadam
  29. mne cerpen plak xde ke kali ni?

    BalasPadam
  30. anjakan paradigma tu apa?

    BalasPadam
  31. btol tu nampaknya PAS jd kamping hitam PKR dan DAP

    BalasPadam
  32. PAS ni mmg jd pak turut bodohnya mereka

    BalasPadam
  33. PAS kalau bergerak sola x boleh ke mana dorang bukan kuat pun

    BalasPadam
  34. PAs kalau bergerak sorang PRU 13 nnt boleh kalah teruk silap2 kelantan pun dpt kt BN

    BalasPadam
  35. Makin lama makin pening tgk politik PAS ni

    BalasPadam
  36. islam dan addin tu apa la agaknya

    BalasPadam
  37. PAS politik dah tungang langgang skrg ni

    BalasPadam
  38. cerpen xde ke kali ni?

    BalasPadam
  39. esok diharap letak cerpen balik

    BalasPadam
  40. moga ramai yg tersedar lps ni

    BalasPadam
  41. PAS ni jd kambing hitam la nampaknya

    BalasPadam
  42. PAS skrg mcm x sehaluan dgn PKR dan DAP

    BalasPadam
  43. cerpen harap letak balik

    BalasPadam
  44. ni msti cinta monyet supain ni

    BalasPadam
  45. sah cinta terhalang supain ni

    BalasPadam
  46. dua2 sajak jiwa2 kali ni

    BalasPadam
  47. sajak en nuri xde plak kali ni?

    BalasPadam
  48. sajak en nuri mana?

    BalasPadam
  49. dua2 sajak ahli sjak en nuri hilang plak kali ni?

    BalasPadam