Jumaat, 8 April 2011

ADIK



sajak pilihan ahli

 
Adik
Jangan sekali main dengan hati
Mudah patah, bahaya.
Jangan terpedaya kata buaya
Bahaya jiwa merana

Adik
Jangan ikut kata hati sentiasa
Kelak badan binasa
Jangan pernah benci cinta
Dia pemurah beri kita
Peluang ke dua dan seterusnya.


Oleh: Yusmanira
sajak penjaga blog harap qalam x kisah2011 Januari 4 16:14
Diterbitkan semula tarikh 09/04/2011.







50 ulasan:

  1. 1 ulasan:

    Qalam Mutiara berkata...

    ADIK sajak nasihat dan peringatan dari sdri Yusmanira menceritakan
    dan cuba melarang jangan sesekali suka bermain dengan hati,pastinya
    jika tersilap langkah akan merana diri, begitu juga jangan sekali
    ikut kata hati, silap langklah tergadai jiwa dan raga. Oleh itu boleh menilai dengan berwaspada sebelum menyerah dan terus percaya tanpa menyelidik dan usul pereksa. Semoga keadaan tidak begitu buat adik-adik. Amin.

    Oleh: Qalam Mutiara.

    BalasPadam
  2. Secara rasminya, manifesto BN sudah diumumkan. Berikut disenaraikan manifesto Barisan Nasional Sarawak bagi Pilihan Raya DUN Sarawak ke-10, 2011. Manifesto bukan "bulan dan bintang"...

    Memelihara keamanan, keharmonian, kestabilan dan tadbir urus yang baik untuk Sarawak

    Memelihara alam sekitar, budaya, warisan dan kepercayaan semua kaum.

    Menyediakan peluang pekerjaan untuk semua.

    Menjana lebih banyak peluang perniagaan untuk semua.

    Menyediakan peluang pendidikan untuk anak-anak kita.

    Menjamin hak rakyat ke atas tanah mereka dipelihara.

    Meningkatkan mutu dan kualiti hidup golongan yang miskin dan kurang bernasib baik.

    Memastikan mutu jalan raya, bekalan air dan elektrik, khidmat kesihatan dan perumahan sentiasa dipertingkatkan.


    Mempunyai rancangan jelas untuk memastikan Sarawak berada di landasan ke arah menjadi negeri terkaya di Malaysia.

    Dengan manifesto begini, mampukah BN Sarawak mengekalkan tampuk pemerintahan BN di negeri ini.

    Manifesto ini tidak menjanjikan "bulan dan bintang", malah ianya boleh dicapai dengan mudah sekiranya mendapat kerjasama rakyat yang sukakan keamanan, perpaduan, kemajuan yang seiring dengan pembangunan insan dan sayangkan Sarawak daripada "penjajahan kuasa luar", terutamanya DAP yang sememangnya chauvinis dan pro-komunis.

    Petekan drp blog DUKE

    BalasPadam
  3. sajak utk adik ko ke?

    BalasPadam
  4. entah2 yusmanira ni adik en nuri kot?

    BalasPadam
  5. sajak nasihat utk remaja skrg ni

    BalasPadam
  6. sajak mcm nasihat utk adik2 remaja ni

    BalasPadam
  7. menarik ada nasihat dalam sajak yusmanira ni

    BalasPadam
  8. sajak utk adik umur brapa ni?

    BalasPadam
  9. sajak ke x mcm sajak mcm nasihat jer..

    BalasPadam
  10. sajak pasal masalah remaja lombok rasanya

    BalasPadam
  11. lawa plak pmpuan dalam gambar sajak ni... hahaha

    BalasPadam
  12. menarik sajak peringatan sesama kita

    BalasPadam
  13. nasihat yg menarik dari yusma

    BalasPadam
  14. sajak yg ringkas tp penuh pengajaran

    BalasPadam
  15. sajak yusmanira plak nampaknya?

    BalasPadam
  16. moga2 ada yg dgr sajak nasihat dari yusmanira

    BalasPadam
  17. terima kasih yusmanira sajak yg menarik penuh nasihat berguna

    BalasPadam
  18. sajak utk adik2 ke untuk adik kandung ni?

    BalasPadam
  19. manifesto tu apa?

    BalasPadam
  20. wah! byk jgk manidesto BN ni

    BalasPadam
  21. pembangkang mana ada manifesto BN dh buat siap2

    BalasPadam
  22. manifesto bahasa apa ni?

    BalasPadam
  23. wah menarik manisfesto yg di beri oleh BN ni

    BalasPadam
  24. semoga rakyat bijak memilih

    BalasPadam
  25. chauvinis ni bnda apa?

    BalasPadam
  26. chauvinis pun ada betol ke ejaan ni?

    BalasPadam
  27. tahniah kepada BN sbb dh buat maniesto siap2

    BalasPadam
  28. byk jgk manisfesto dari BN ni

    BalasPadam
  29. perjanjian ke manifesto ni?

    BalasPadam
  30. menarik semua sekali yg dijanjikan BN ni

    BalasPadam
  31. boleh undi Bn la sbb manifesto pun ok

    BalasPadam
  32. pelik sampai skrg kenapa hanya sarawak je pilihanraya sabah xde ke?

    BalasPadam
  33. manifesto tu apa?

    BalasPadam
  34. manifesto tu ganjaran ker?

    BalasPadam
  35. rasanya manisfesto ni syarat kot

    BalasPadam
  36. semoga BN sapu semua kerusi di sarawak!

    BalasPadam
  37. rasanya Bn boleh sapu semua kerusi di sarawak ni

    BalasPadam
  38. semoga berjaya buat BN!

    BalasPadam
  39. manifesto pembangkang entah ada entah tidak?

    BalasPadam
  40. manifesto kerajaan mmg menaik kalau pembangkang pnya msti nak lingkupkan rakyat

    BalasPadam
  41. kenapa sarawak mula dulu pilihanraya?

    BalasPadam
  42. semoga Bn menang di sarawka!!!

    BalasPadam
  43. UJIAN

    hidup kita memang berbeza...
    adakala laut bergelora...
    pasang surut tidak menentu..
    seperti juga roda...
    kadang kala kita di atas...
    usah sombong kerna ada ketika
    kita akan ke bawah...
    bersabarlah ketika di uji..
    ujian itu adalah sebahagian
    dari syarat hidup kita..
    untuk di pilih mana satu
    yang sabar dan mana satu tewas..
    lihat para nabi mereka mulia..
    hebat di uji menderita terseksa
    tapi mereka tabah..
    tak pernah menyerah..
    tak pernah berputus asa demi
    membawa cahaya umat selepasnya..
    walau ramai menentang membenci hingga kini hati tak pernah lemah
    kerana yakin dengan janji Allah...
    selagi jasad ini masih bergerak..
    masih merasai nikmat curahan ilahi
    takkan seseali aku menyerah.

    Mak Cik Leha
    sajak ketuhanan

    BalasPadam
  44. Melompat dari dalam kotak basah
    masuk ke dalam lopak
    melontar dari ruang sempit
    kembali menyeringai sakit...
    berlari dari garisan permulaan
    tersungkur di pertengahan..
    mencuri rembulan
    untuk siang yang kegelapan..
    memecah kebuntua
    untuk suatu kecelaruan..
    terjun ke dasar lautan
    sedang tangan mencecah daratan...
    menahan kesakitan dan ketawa..
    keluar dari persembunyian namun masih tidak kelihatan.
    akhirnya mencari kesimpulan
    dari persoalan
    menemui jawapan tanpa kesudahan...

    Saizul Maizav
    percubaan pertama kali buat sajak tanpa bantuan sapa-sapa kalau tak dulu msti ada orang tolong

    BalasPadam
  45. JANGANLAH PERLI DIA

    Syukur pada Tuhan
    dia mahu ubah diri
    jadi yang lain
    tak perlulah perli-perli
    apa diri sudah jadi paling suci?
    sibuk menghakimi orang sesuka hati.
    biar apa orang kata kita tetap kita
    seadanya kita macam ni saja.
    mereka rosakkan kita
    kita tangkis bersama
    biar musnah tembok China
    jangan sampai kita turut juga.
    sakit hati dendam itulah angkara
    biasa bagi mahkluk bernama manusia
    cuma diharapkan kita diam sahaja
    kerana kita tahu itu bukan kita.

    Ismail Harakam
    bukan sajak politik sajak untuk kwn sy nk berubah tp masyarakat plak asyik menyindir

    BalasPadam
  46. KAKI LIMA

    Sedang aku beristirehat di kamar
    terkejut mendengar guruh mengelepar
    di dalam perut pengemis kota
    Aku bangkit mencapai bungkusan pilu
    terisi ketul-ketulan duka.
    Melihat dalam lebar
    harapannya terkoyak
    hasil tikaman kemelaratan
    dengan diiringi kekesalan
    aku meninggalkan dia
    terbaring di kaki lima
    tengah panas terik.
    mengusungnya keliling kota.

    Seniman Jalanan
    sajak cerita pasal diri sendiri

    BalasPadam
  47. SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

    Sajak Mak Cik Leha bertajuk UJIAN sesekali membacanya terasa bagai seorang ibu memberi nasihat kepada anak-anaknya . hidup umpama roda, segala kesusahan dan kesenangan itu ujian menilai keimanan sesaorang daripada Allah swt. Terima kasih Mak Cik Leha, menulis bukan kerna nama, Cuma sekadar nasihat saja untuk mengingati tuhan. Penceritaannya terlalu biasa tidak menetek beratkan sudut puitisnya atau bait-bait yang menarek dengan ayat yang memberi kesegaran untuk yang mendengarnya. Maaf setakat ini sahaja (TK)

    BalasPadam
  48. SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

    Sauzul Maizav dengan sajak tidak berkepala , lebih mencelarukan tetiba macam ada saekor katak melompat dari kota basah ke dalam lopak , semua bait dan isi penceritaannya melompat Ini mungkin hendak memedekan puisi, tetapi telah jauh lari sehingga sesiapa pun membaca tidak akan mengerti mesej yang hendak disampaikannya. Biasanya orang akan mengenal orang itu melihat muka kepalanya. Bertambah berat untuk mengenal isi badannya, begitu juga dengan penutup yang tergantung dan bertanya? Maaf kami gagal menangkap isi atau maksud penceritaannya sebagaimana sajak subuh berapi pak Cik Osman Ali. Pengucapannya puitis dan menarik, tetapi isi dan maksud tidak menentu jadinya. Sama juga dengan sajak Saizul tanpa kepala. Maaf terpaksa dikeluarkan (TK)

    BalasPadam
  49. SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

    JANGAN PERLI DIA oleh Ismail Harakam pengucapannya kini sudah menjadi fenomena terkini, rata-rata ramai yang telah sedar dari kecelaruan minda yang dimainkan oleh sesumpah selama ini dengan meraih simpati ke atas penahanannya selama ini. Dengan beratus ribu dia mengerakkan jentera dan bergabung dengan dua musuh tradisi BN dengan melempar tuduhan palsu memfitnah dan tohmah PM masa itu Matan Tun Dr Mahadhir yang cuma diam sekadar menangkis saja. Tiba Pak Lah pujuk dan kelintungnya menjadi terus melepaskannya pula. Akhirnya Pak Lah yang tersungkur bila dilantik orang kuat PKR dlam kerajaannya . Nasib ada dua M jadi penyelamatnya. Soal ejek dan sinis perkara biasa itu kerja orang politik, mereka dah muka depal boleh tidur lena Apa yang sedehnya penyokong di bawah yang boleh menentukan mereka naik atau rebah yang jadi susah dan payah , sehingga berjalan pun tak tentu arah.Lebih baik jadi bebas , siapa buat kerja tak kena bertentnagan agama kita boleh libas . malah ramai yang diam saja. Maaf cerita biasa saja buat masa ini (TK)

    BalasPadam
  50. SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

    KAKI LIMA sajak oleh Seniman Jalanan pengucapannya menceritakan akan kehidupan dirinya bersama warga pengemis jalanan yang sering di pandang sepi oleh penghuni warga kota melewati kaki lima saban masa Begitu juga dengan trajedi yang menyanyat hati bila hujan dan ribut turun mereka terjejas mencari rezeki, bila dah tua kurang upaya kesakitan pula menimpa, kian tenat jadinya.tambah pula tidak ada sanak saudara sebatang kara. Kecuali Seniman Jalanan yang mampu berdikari, dengan nyainyian dan muziknya. Itulah rakaman citrasa yang dirakamkan melalui deria pengamatannya. Layak untuk sayembara seterusnya. (SM)

    BalasPadam