Sabtu, 12 Mac 2011

SEKIRANYA KAU MERINDU.




Jika kau sebuah pintu,
aku akan mengetuk dedaunmu
bukakanlah sadikit ruang untuk aku melihat
akan jantung hatimu yang lama terkurung menghalang rindu.

Jika kau sebuah tembuk,
biarkahlah aku lulus masuk
melihat menekmti keindahan taman firdausmu
agar rindu kita yang tenat selama ini akan terubat nanti.
 
Jika kita benar bercinta,
Biarlah kau sebuah pintu di sebuah tembuk
agar aku selalu mengetuk dan melulus mencuri masuk
agar pertenmuan ini cukup bermaana buat kita yang merindu
kerana kemesraan sebenar sering memusnahkan agenda cinta kita.



Oleh: Nurimanja,
sajak khas buat anak muda yang jiwa-jiwa.
sewaktu dahalu aku pun sering termanggu dan terharu.
catatan sajak lagenda yang telepas pandang ditebitkan 1978.





50 ulasan:

  1. Barat mahu rampas minyak Libya
    2011/03/11 (Petekan akhbar BH)

    SETINGGAN dan warga Libya anti Gaddafi berada di bumbung rumah Saif al Islam di Hampstead, utara London.
    Muammar Gaddafi beri reaksi usaha luar kuat kuasa zon larangan terbang

    TRIPOLI: Pemimpin Libya, Muammar Gaddafi menuduh Barat mahu merampas minyak negara itu ketika memberi amaran rancangan mereka menguatkuasakan zon larangan penerbangan akan memakan diri kerana tenteranya terus menyerang pemberontak menyebabkan beberapa kemudahan minyak terbakar.
    “Negara penjajah sedang merangka rancangan untuk memalukan rakyat Libya dengan menjadikan mereka sebagai hamba abdi dan mengawal minyak,” kata Gaddafi di televisyen kerajaan. Beliau sekali lagi menuduh al Qaeda dalang di sebalik pemberontakan yang bermula sejak 15 Februari dan menggesa penduduk membebaskan bandar kedua Libya, Benghazi yang ditawan pemberontak.

    Kerajaannya turut menawarkan AS$410,000 (RM1.24 juta) sebagai hadiah bagi menangkap Mustafa Abdel Jalil, ketua majlis pemberontak yang mengiktiraf dirinya sebagai wakil negara Afrika Utara itu di Benghazi, Sabtu lalu.

    Di timur Libya, tentera kerajaan mendekati pertahanan pemberontak di Ras Lanuf dengan melancarkan bedilan ke pusat bandar berdekatan hospital dan mengebom sebelah baratnya selain meneruskan serangan udara.

    Roket Katyusha dan mortar menghujani kawasan padang pasir di kedua-dua belah lebuh raya.
    Pemberontak dilaporkan berundur ke timur menuju Ras Lanuf, manakala yang lain terus maju ke depan dengan hanya berbekalkan raifal Kalashnikov.Kira-kira 10 roket ditembak daripada bangunan kerajaan ke sebuah dusun tiga kilometer barat Ras Lanuf yang menyebabkan pokok terbakar.

    BERSAMUNG

    BalasPadam
  2. KUALA LUMPUR: Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak bahan bukti yang dikemukakan pihak pendakwa sekaligus menyaksikan kemenangan berpihak kepada pasukan peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata, bahan bukti berkaitan diperolehi secara tidak adil, justeru ia harus ditolak.
    “Barang-barang ini terutamanya hendaklah dikecualikan daripada perbicaraan ini,” katanya.
    Beliau berkata demikian semasa membacakan keputusan bicara dalam perbicaraan berhubung penolakan tuala ‘Good Morning’, botol air mineral ‘Cactus’ dan berus gigi sebagai bahan bukti perbicaraan Fitnah II.

    Terdahulu, peguam Karpal Singh menjawab hujah Peguam Cara Negara II,Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden semalam dalam usaha tidak membenarkan permohonan pihak pendakwa untuk menjadikan tiga barangan kontroversi berkenaan sebagai bukti.

    Sebaliknya, Yusof pula berkata, mahkamah perlu mempertimbangkan sama ada barangan tersebut adalah relevan walaupun cara ia diperolehi mungkin‘tidak sah’.
    Karpal dalam hujahnya semalam menegaskan, penahanan Anwar secara tidak sah dan pemerolehan DNA-nya secara tipu muslihat adalah alasan kukuh untuk mahkamah menolak bukti yang dikemukakan pendakwa raya.
    Menurut Karpal, penahanan Anwar pada 16 Julai 2008 bertentangan denganPerkara 5(3) Perlembagaan Persekutuan serta Seksyen 28A(1) Kanun Acara Jenayah.

    Beliau berkata, Superintendan Ahmad Taufik Abdullah – pegawai polis yang menahan Anwar gagal mengemukakan waran tangkap mahupun asas penahanan sewaktu Ketua Pembangkang itu ditahan.

    “Mengikut Perkara 5(3) dan Seksyen 28A(1) Kanun Acara Jenayah, polis yang menahan seseorang tanpa waran, perlu memberitahu individu berkenaan asas penahanannya,” katanya.

    Malah, katanya, Anwar menerusi peguam beliau, Sankara Nair sudah memberi jaminan kepada polis untuk hadir memberi keterangan pada jam 2.00 petang pada hari beliau ditahan secara tidak sah.
    Selain itu, Karpal berkata, tuala ‘Good Morning’, botol air mineral‘Cactus’ dan berus gigi – barangan diambil tanpa kebenaran Anwar sewaktu beliau tidak lagi berada di lokap.

    KOMEN: dari SUARA BEBAS

    Hal ini juga boleh meragukan, jika diberi tahu, tentu awal2 akan ditukar sempel DNA dengan oang lain punya,atas hal tertentu, pihak penyiasatan ada hak boleh melakukannya,tanpa kebenarannya. Malah bagi pihak syaful boleh mepertikaikan, penguam yang dipilih anuar membelanya dari ahli politik PR sendiri. Ini juga meragukan.Atau Syaiful bolh minta mahkamah membnarkan ambil DNA anuar secara syah, bukan cara haram dengan izin.

    BalasPadam
  3. wah! sajak en nuri pun jiwa2 jgk nampaknya

    BalasPadam
  4. sajak en nuri pun nmpk mcm x logik kenapa sajak aku pun x logik kalah qalam!!! aduh... mcm mana aku nak balik kmpung belanja anak buah aku sbb aku dah kata aku pasti menang sayembara tp kalah plak nmpaknya bengkok la sy nk belanja nnt...

    BalasPadam
  5. eh! sajak en nuri jiwa2 plak kali ni!!!

    BalasPadam
  6. nampaknya sajak jiwa2 en nuri lebih hebat dari anak muda di ahli citra rasa ni

    BalasPadam
  7. en nuri pun berjiwa2 jgk rupanya

    BalasPadam
  8. sajak en nuri lebih hebat dari ahli la nampaknya! wah!

    BalasPadam
  9. sy selalu jgk buat sajak2 jiwa2 tp xleh lawan en nuri sbb en nuri lagi hebat!

    BalasPadam
  10. mmg tabik kat en nuri sbb bukan saja hebat menulis sajak ketuhanan jiwa2 pun boleh!

    BalasPadam
  11. tripoli ni benda apa plak?

    BalasPadam
  12. eh! kes nk curi minyak x hbis lagi ker?

    BalasPadam
  13. negara barat ni asyik nk ambik minyak je kerja dorg ni

    BalasPadam
  14. sian negara arab smua nak tawan negara dorg sebb minyak?

    BalasPadam
  15. cis! nak jajah sbb nk ambik minyak je kerja meraka ni!

    BalasPadam
  16. teruk la barat ni sian arab hbis minyak dorg

    BalasPadam
  17. wah! ada jgk berita luar negara kat sini

    BalasPadam
  18. eh! hantu raya dulu politik kenapa tukar jd berita luar negara plak?

    BalasPadam
  19. eh! mawar putih x kirim berita ke dioversea mcm mana?

    BalasPadam
  20. alamak! aku x thu plak pasal berita luar ni selalu aku tumpu dalam negara jer

    BalasPadam
  21. eh! berita pasal luar ngera yg aku thu japan kena tsunami yg lain2 xthu plak? hehe

    BalasPadam
  22. hantu raya ni opreratir ke smua berita dia thu

    BalasPadam
  23. wah! hantu raya ni msti org yg baca membaca sbb byk infodia thu

    BalasPadam
  24. nnt rakyat libya guling perdana menteri dorg plak?

    BalasPadam
  25. ada sambung lagi rupanya berita pasal libya ni ingatkan dah hbis

    BalasPadam
  26. mcm mana si bahlul anuar tu boleh lepas mcm tu je! x adil ni!!

    BalasPadam
  27. eh! biar btol anuar bebas sbb x cukup bukti!

    BalasPadam
  28. xkn x cukup bukti plak? mmg terbukti anuar tu salah!

    BalasPadam
  29. anuar ni dah tukar DNA la sbb selalunya byk pesakit tukar DNA kalau di beritahu dah takut kena tangkap byk berlaku ni

    BalasPadam
  30. xkn xde bukti! anuar ni licik jgk!

    BalasPadam
  31. di harap dorg periksa dia sekali lagi! mcm mana boleh terlepas plak anuar ni!!

    BalasPadam
  32. sah anuar tukar la DNA dia tu

    BalasPadam
  33. bila nk selesai kes kalau mcm ni senang cerita sumbat je dia dalam jail anuar ni!!!!

    BalasPadam
  34. alamak! anuar terlepas lagi ke!!!

    BalasPadam
  35. kalau aku ada kat sana suruh je dia bersumpah klu dia xnk terus masuk dia dalam jail!

    BalasPadam
  36. mcm mana boleh terlepas lagi anuar ni smua bukti x mencukupi ker?

    BalasPadam
  37. di harap dia terlepas sbb bukti x cukup ni di tarik balik

    BalasPadam
  38. eh! anuar telepas! mcm mana boleh jd mcm ni?

    BalasPadam
  39. DNA dia pun tersilap? msti ada org tukar ni

    BalasPadam
  40. sajak en nuri ni nampakny lebih puitis kalau masuk sayembara msti menang terus ni

    BalasPadam
  41. sajak en nuri lebih hebat la! tahniah! cukup smua puitis!

    BalasPadam
  42. sajak jiwa2 masa muda dulu ke en nuri?

    BalasPadam
  43. PENDUSTA CINTA

    mana janji sumpah setia
    mana sumpah sehidup semati
    mudah sekali dimungkiri
    betah sekali kau lupai
    madu yang kuberikan
    sanggup kau balas racun bisa
    tiada pernah terduga
    sikapmu sedemikian rupa
    tiada pernah kutahu
    apa lagi kau mahu
    segala telah kuhidangkan
    kau pinta sekuntum bunga
    sejambak bunga kuberikan
    kau pinta sebutir intan
    segunung intan kupersembahkan
    kau pinta seribu impian
    sejuta impian kutunaikan
    wahai pendusta cinta
    sampai hati kau sendakan segala

    Dang Anum
    sajak marah terhadap bf sy

    BalasPadam
  44. GIGI OMBAK

    mungkin kau tiada pernah ke sini
    meletakkan kakimu di gigi ombak menghirup masinnya udara
    rasai getar angin di hujung rambut
    membina kota impianmu
    melihat wajah sendiri
    lalu pecah menjadi buih
    berulang dan berulang.
    mungkin akulah silap tiada pernah
    menceritakan cantiknya laut
    tentang hasrat ombak
    gigih mencari hamparan pasirnya
    tentang kukuhnya batuan
    membasahi diri tentang hiba perahu
    tatkala rusuh tengkujuh
    berulang di gigi ombak
    rintik hujan yang kasar
    menguasai setiap ruang
    segalanya menjadi keliru
    ditutupi senja duka.


    Dayang
    ketika duduk termenung di tepi pantai

    BalasPadam
  45. PERADABAN

    tak ingin aku terus-terusan
    dalam keberadaan itu
    namun apa daya
    DIA menetapkan liku hidupku
    DIA mengaturkan keberadaan itu
    memang amat sakit untuk aku
    dalam keberadaan itu amat susah
    perit luka aku sentiasa mengharapkan agar keberadaan itu
    tidak lagi menyesakkan fikiranku
    emosiku dan hatiku andai
    harus juga ku berada
    dalam keberadaan itu
    moga DIA sentiasa bersamaku


    Puan Rosnah
    sajak ketuhanan

    BalasPadam
  46. RAMA-RAMA

    aku si rama-rama
    warna cantik memukau mata
    terbang bebas ke mana sahaja
    tiada musibah datang melanda
    mahu hirup madu di sana
    mahu menatap indahnya bunga
    dan bunga-bunga itu
    tetap melambai minta diusap
    tetap merayu minta dibelai
    banyak mata iri memandang
    banyak mulut terjuih mencela
    namun aku tetap begini
    selagi aku hidup
    ku nikmati sepuasnya
    segala nikmat jelma di mata
    kerna ku tahu ketentuan
    hayatku takkan lama di sini
    aku mahu nikmati sepuasnya

    Balqish
    saja simbolik

    BalasPadam
  47. SAYEMBARA PUISI CITRA RASA SIRI KEDUA AHLI DAN PENJAGA BLOG 2011

    AKU BAGAIKN SI RAMA-RAMA sajak sdri Balqish , sepatutnya bukan rama-rama. Pemelihan sesuatu tajuk semestinya ada tarikkan atau kalau filem tajuknya mesti ada komersil baru orang dengar sudah tertarik, dan begitu juga dengan puisi anda. Sembolik yang diketengahkan atau dikemukakan sudah canit dan kena dengan pengukapanna, Cuma kuatkan sadikit lagi isi penhayatan cerita yang lebih berkeyakinan. Kerana kalau rama-rama dilambangkan lelaki benarlah penceritaannya, tetapi jika penulisnya wanita, agak janggal sadikit buat khalayak menerima. Usaha lagi sajak sudah baik tetapi ada persaingan sengit dengan Pn Rosnah. Maaf terpaksa ditolak dan terkeluar. (TK)

    BalasPadam
  48. SAYEMBARA PUISI CITRA RASA SIRI KEDUA AHLI DAN PENJAGA BLOG 2011

    PERADAPAN sajak Puan Rosnah pengucapannya menilai peradapan bukan sajak dari ketetapan alam, adat atau perundangan budaya, bangsa tempat dan agama maing-masing,tetapi telah pun ditetapkan peradapannya mengikut kehendak yang maha esa yang telah pun tercatat dalam qada dan qadarnya sesaorang itu di luhmahput sana. (papan hitam allah) Itulah sebaiknya ketetapan dan peradapan yang patut kita pakai sebaiknya, lalu kita redhai apa saja yang datang dan pergi dari ii kita, sebagai seorang muslim jati. Amin. Layak untuk dicalunkan setrusnya (TP).

    BalasPadam
  49. SAYEMBARA PUISI CITRA RASA SIRI KEDUA AHLI DAN PENJAGA BLOG 2011

    Dayang dengan sajak DI GIGI OMBAK reasa pengucapannya bagai mengolek Impian dan mengajak kekawannya turun bersama, ada sadikit falasafah untuk menilai diri si penulis mengajak atau menjmput kita bermain di gigi ombak, menilai erti laut , pasir dan panai, dan bagaimana di musim tenkujh, nelayam bersama perahu di dalam hujan dilambung ombak menyusur pantai, tidakah pnuh dengan kekeliruan sehingga kehujung senja yang penuh luka lara. Ternya ada kekuatan puitisnya. Layak untuk dicalunkan seterusnya. (TP)

    BalasPadam
  50. SAYEMBARA PUISI CITRA RASA SIRI KEDUA AHLI DAN PENJAGA BLOG 2011

    PENDTA CINTA oleh Dang Anum pengucapanya ternyata nampak semacam marah dan kecewa. Apabila bfnya mungkir janji, malah apa yag diberi racun pula yang dibalasnya. Amat menyedehkan dan mengecewakan, apa lagi yang kau mahu,segalanya telah diberi, tetapi sememang dasar lelaki yang tidak pandai menilai erti kasih sayang. Elok kau putus saja erti kasih sayang, sebelum cempedak menjadi nangka busuk yang tidak berguna. Maaf pengucapannya agak terlalu biasa saja. Bessaha lagi terpaksa ditolak (TK)

    BalasPadam