Selasa, 15 Mac 2011

PERTEMUAN KEMBALI



sajak pilihan ahli Cr.

Telah empat belas tahun terpisah
terpisah oleh lautan yang luas
namun simbahan rahmat yang esa
memberi kekuatan
untuk kita melangkah
di jembatan waktu
mengingkap tabir masa
kita masih lagi
menggenggam tekad
menzahir wajah
dan merangkul pertemuan
yang menjanjikan
sebuah kebahagian
 
 
Oleh : Hamba Allah
11malam/2010 Jun 8 22:43
Diterbitkan semula tarikh: 15/03/2011.
 
 
 
 
 
 
 

50 ulasan:

  1. 12 kes saman FELDA sudah diselesaikan


    2011/03/14
    KUALA LUMPUR: Sebanyak 12 daripada 18 kes saman terhadap Felda sehingga bulan lalu sudah diselesaikan dan diputuskan oleh mahkamah.

    Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan, berkata daripada 12 kes itu, hanya satu kes iaitu tuntutan peneroka Felda Kemahang 3 di Tanah Merah, Kelantan, yang tidak memihak kepada Felda.
    Katanya kes Felda Kemahang 3 berhubung tuntutan penggredan jualan sawit berjumlah RM11.3 juta telah dilunaskan kepada peneroka yang terbabit.
    "Keputusan mahkamah tidak memihak kepada Felda disebabkan masalah teknikal pada hari perbicaraan, peguambela Felda tidak hadir," katanya dalam jawapan bertulis kepada Datuk Kamaruddin Jaafar (PAS-Tumpat) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

    Kamaruddin mahu Perdana Menteri menyatakan jumlah kes-kes saman di mahkamah oleh peneroka terhadap Felda dan keputusan mahkamah serta implikasi kewangannya kepada agensi itu.

    Ahmad berkata terdapat enam kes yang masih belum selesai perbicaraan iaitu dua kes mengenai tuntutan terhadap kadar perahan minyak dan dua kes mengenai tuntutan pulangan wang tabung tanam semula.

    "Seterusnya, masing-masing satu kes mengenai tuntutan deklarasi proses tender dan permintaan harga di dalam tender bagi penebangan kayu-kayu getah peneroka dan tuntutan penyingkiran peneroka," katanya.
    Beliau berkata anggaran nilai tuntutan bagi kesemua kes yang belum selesai perbicaraan berjumlah RM90 juta.

    "Ini adalah anggaran jika Felda kalah, namun, Felda sentiasa berusaha supaya menang dalam semua kes berkaitan yang difailkan di mahkamah," katanya. - BERNAMA (
    KOMEN:

    Hantu Raya.


    INILAH kerja Pembankang Mereka ajar rakyat agar tidak berterima kasih, sebab itu di Felda Ada orang mereka, agar buat hal, mereka mengasut utuk mngukuhkan kedudukkan mereka dalam DUN dan Perleman yang sedeh rakyat dibawah ini tidak tahu apa kebenda, Ferda ini bagi sikit punya bagus, dulu papa kedana, kini dah kaya, mulai lupa segala. Ada Felda dibagi bunga dibalas tahi… Pekerja saman balik majikan. Kena bayar berbelas juta. Tak erti berterima kasih, tak
    ingat langsug masa susah, Inikah cara yang di ajar leh Islam?

    BalasPadam
  2. Fakta tentang Kucing


    1) Secara purata, kucing tidur selama 16 jam sehari.

    2) Kucing hanya ada 18 jari.

    3) Mereka yang takutkan kucing digelar Ailurophobia.

    4) Sama seperti cap jari manusia, cap hidung kucing adalah unik dan tidak mungkin sama dengan kucing yang lain.

    5) Kucing yang bermata biru adalah pekak.

    6) Kucing yang paling besar adalah daripada baka Maine Coon.

    7) Kencing kucing boleh 'glow in the dark' jika didedahkan dengan cahaya gelap.

    8) Kucing berpeluh melalui anu nya.

    BalasPadam
  3. byk jgk saman dari felda

    BalasPadam
  4. sampai 18 saman! byk tu!

    BalasPadam
  5. kenapa felda byk kena saman?

    BalasPadam
  6. kenapa x memihak kpd felda?

    BalasPadam
  7. dalam byk2 saman felda kalah 1 saman jer?

    BalasPadam
  8. aduh! skrg zaman saman menyaman

    BalasPadam
  9. ni la kerja org sana asyik saman saja

    BalasPadam
  10. anuar ni seronok saman org? patut saman dia balik!

    BalasPadam
  11. 6 kes lagi di felda?

    BalasPadam
  12. kenapa saman felda plak?

    BalasPadam
  13. bapak aku kena baca ni sbb aku tinggal felda tp bapak aku sokong pembangkang

    BalasPadam
  14. felda ni x brhati perut laa

    BalasPadam
  15. fakta kucing pun ada?

    BalasPadam
  16. tengku anita ni msti byk bela kucing

    BalasPadam
  17. eh! pasal kucing plak kali ni?

    BalasPadam
  18. adik aku byk la bela kucing ni

    BalasPadam
  19. 16 jam kucing tido! lama btol!

    BalasPadam
  20. kucing ada 18 jari! byk tu!!!!!

    BalasPadam
  21. eh! ada jgk org takut kucing?

    BalasPadam
  22. sy x suka sgt kucing ni sbb asma

    BalasPadam
  23. eh! cerita pasal kucing plak ker?

    BalasPadam
  24. mcm2 pasal kucing tengku anita thu

    BalasPadam
  25. kucing mata biru pekak?

    BalasPadam
  26. kucing pekak ker?

    BalasPadam
  27. eh! kucing pun ada cap jari ker?

    BalasPadam
  28. alamak! aku ni takut kucing jgk

    BalasPadam
  29. kucing ada jgk bermata biru?

    BalasPadam
  30. ada jgk kucing paling besar!

    BalasPadam
  31. besar mana kucing maine coon tu?

    BalasPadam
  32. kencing kucing ada cahaya plak!

    BalasPadam
  33. mcm mana kencing kucing ada cahaya plak?

    BalasPadam
  34. eh! kucing punya air kencing bercahaya????

    BalasPadam
  35. alamak! kucing pun berpeluh jgk ker?

    BalasPadam
  36. kucing berpeluh melalui anu??? hahhaha

    BalasPadam
  37. mana ko thu pasal kucing ni?

    BalasPadam
  38. fakta ni btol ke tengku anita?

    BalasPadam
  39. alamak! kucing pun boleh berpeluh?

    BalasPadam
  40. kucing berpeluh melalui anu??? hahahhahahhaha

    BalasPadam
  41. mcm2 pasal kucing ada jgk kat sini

    BalasPadam
  42. hebat jgk tengku anita ni smua pasal kucing dia thu

    BalasPadam
  43. PONDOK USANG ITU

    lilin semakin kontot
    namun cahaya tetap terang
    menerangi gelita malam
    di pondok usang
    diari hidup perlahan diselak
    terjah ke laman bahagia
    saat bersama dayung perahu
    tuju destinasi pulau impian
    indah sekali nostalgia semalam
    rasa mahu sahaja kekal di situ
    wajah-wajah manis eria
    menerpa satu persatu
    lagu riang tari kehidupan
    bermain jelas di bilah fikiran
    senyum sendiri
    bilakah lagi berulang
    episod tawa riang
    skrip sudah lama tercipta
    cuma menunggu sang sutradara
    semakin dibuai mimpi
    di pondok usang lilin sudah padam

    Dayang
    sajak mengenang atuk di kampung

    BalasPadam
  44. LILIN MENYALA

    Hati aku punya pintu telah terbuka
    Aku letakkan lilin didalamnya
    Aku semarakkan dengan kata cinta
    Hati aku ini menangis tersedu
    Bila lilin yang terangi hati gelap
    Ditiup padam tinggal gelita
    Lilin aku tahu kamu sedar
    Betapa hati ini rindu kamu
    Betapa hati sedang berusaha kuat
    Mahu kamu terus nyala
    Tapi lilin jika kamu
    masih enggan nyala
    Janganlah kau tinggal habanya
    Lenyap saja Jangan tinggal sisa
    Walaupun bukan itu kehendak jiwa

    Mei Ling
    sajak tentang isi hati

    BalasPadam
  45. DARAH LUKA BANYAK

    Hati aku ini kuyup dengan darah
    Lukanya terlalu banyak
    Tidak terubati tidak dirawati.
    Hati aku ini merintih merayu
    Minta dihargai minta disayangi
    Minta jangan disusahkan,
    jangan dipayahkan.
    Hati aku ini pernah beku batu
    Kerana tak mahu lagi tersiat
    Setiap isi ruang dagingnya
    Hati aku ini, terlalu lembut
    Mudah terbuka, mudah terima
    Mudah terlupa punca darahnya

    Srikandi Juwita
    sajak jiwa

    BalasPadam
  46. TEGUH

    di suatu waktu dahulu
    pohon cinta kita teguh berdiri
    tumbuh subur di taman insani
    merendang dibajai cinta suci
    tautan dua hati ikhlas murni
    bebunganya kembang bersemi
    mekar mewangi di laman nurani
    disitulah tempat kita
    memadu kasih janji asmara
    bina mahligai bahagia rasa
    bina tugu peneguh jiwa
    kini segalanya masih kekal utuh
    walau dilanda badai gelora
    walau dihempas taufan menggila
    masih tetap jua begitu
    malah semakin kukuh padu
    moga tetap begitu buat selamanya

    Tengku Anita
    sajak jiwa2

    BalasPadam
  47. SAYEMBARA PUISI CITRA RASA SIRI KEDUA DIANTARA AHLI CJTRA DAN PENJAGA BLOG 2011.

    Tengku Anita dengan sajaknya TEGUH masih berlegar dan membicarakan kisah cinta dan jiwa-jiwa. Kali ini ternyata pengucapannya agak berbeza dengan sebelum ini yang puitis dan mengancam, atau pun lebih mantap dan berkesan, kini bagai raja lawak yang ketandusan ilham, lain kali kena buat persediaan sekurangnya sedia lima enam buah sajak terlebih dahulu. Apa-apa pun syabas! dapat masuk juga kesuku akhir. Sajak pun tidak perlu diulas kerana segala isi dan maksud penceritaannya telah pun diketahui oleh khyalak pembaca.Justeru itu tak perlu diceritakan lagi, Apa-apa pun semoga cinta anad teguh bersama. Harap maaf sajak anda kali ini tidak dapat mengatasi sajak anda yang terdahulu sebelum ini. (TK)

    BalasPadam
  48. SAYEMBARA PUISI CITRA RASA SIRI KEDUA DIANTARA AHLI CJTRA DAN PENJAGA BLOG 2011.

    Penceritaannya kali ini agak hambar pengucapannya juga kurang puitis lagi, mungkin kehabaisan Ilham juga agaknya, eloklah bersedia sebagaimana yang diperlukan sekurang 5 atau 6 buah sajak. Amat berbeza sajak yang ditulis sehari dua dengan sajak yang berbulan atau tahun. Kita boleh baca sajak en nuri, Sajak lebih puitis lebih lama dia simpan dan banyak diubah suai, dan mencari ayat yang betul-betul tepat dan mengegarkan daya keryatifnya. Dan Ada meninggalkan kesan pada pembaca, Aapa-apa pun penceritaannya terlalu biasa, berbeza pula dengan dua sajak di atas Dayang dan Mei Ling. Harap maaf terpaksa terkeluar (TK)

    BalasPadam
  49. SAYEMBARA PUISI CITRA RASA SIRI KEDUA DIANTARA AHLI CJTRA DAN PENJAGA BLOG 2011.

    Sajak Mei Ling dengan tajuk LILIN MENYALA pengucapannya bagai mengharap sesuatu yang hampir-hampir 50/50 mengapai untuk mendapatkannya. Kebiasaannya begitulah diharapkan lilin terus bernyala, tetapi kecurigaan sering saja datang melanda , bagaimana jika lilin dituip angin, pastinya jika padan gelap gelita, diharap angin tidak datang dan lilin terus menyala, begitulah selalu dalam kehidupan kita, cenas dan ragu dalam mengapai kejayaan seharian dalam kehidupan. Layak dicalunkan untuk sayembara seterusnya.(TP)

    BalasPadam
  50. SAYEMBARA PUISI CITRA RASA SIRI KEDUA DIANTARA AHLI CJTRA DAN PENJAGA BLOG 2011.

    Dayang dengan sajak PONDOK USANG ITU. Melakarkan kisah pada memori lama yang mungkin telah banyak mengajarnya erti kehidupan, mengajar memburu impian dalam kemelut serba kekalutan, kini kalau ada pun yang berjaya, masih ingat lagi sebuah pondok usang tempat membesar dan meninggalkan kenangan tawaria, mungkin semasa kanak-kanak dahulu dapatkah berulang lagi. kini cuma tinggal kenangan dan kerinduan. Ternyata ada kesannya bila dilakarkan pengucapannya secara penuh puitis. Layak dicalunkan seterusnya (TP)

    BalasPadam