Selasa, 15 Mac 2011

DUA JURURAWAT BERMOTOSIKAL




Dua orang jururawat
menganti sorang bidan kampung
aku lihat berlegar-legar dengan motornya
mungkin mencari alamat rumah kediaman agaknya
siapa pula yang cukup bulan atau mahu melahirkan
anak sulung atau anak yang keberapa pula agaknya?
yang membuyut bawa perut ramai juga di kampungku ini
tunggu bulan, minggu, hari waktu ketika untuk melahirkan.


Sesekali comel juga
aku lihat pakaian mereka putih
bagai bidadari turun dari langit gayanya
tugas murni yang mereka pikul amat mencabar
dengan uisa yang belum bekhawin dapat mengelola
mengatasi mak bidan tua kampung yang berpengalaman
yang telah menyambut dan menekan perut beribu wanita
di zaman aku keil-kcil dahulu,cukup mengkagumkan hatiku.


Oleh: Nurimanja,
dari celah jendela kaca
sajak komedy buat ahli dan Pb Cr.
tidak sesuai untuk sayembara puisi citrarasa
catatan petang hari jam 4. 14.03.2011





50 ulasan:

  1. POLITIK
    Anwar tak layak desak rakyat hentikan demonstrasi

    SHAH ALAM 15 Mac - Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) menganggap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak layak untuk mendesak mahkamah mengambil tindakan terhadap rakyat yang berhimpun secara aman di seluruh negara bagi mendesaknya menyerahkan sampel asid deoksiribonukleik (DNA).

    Pengerusinya, Hamidzun Khairuddin berkata, sebelum ini Anwar adalah individu yang paling lantang kononnya memperjuangkan hak kebebasan bersuara untuk rakyat di negara ini.

    "Bukankah budaya demonstrasi ini diamalkan oleh Anwar sejak beliau menuntut di Universiti Malaya (UM) lagi?" katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

    Beliau mengulas tindakan peguam Anwar, Karpal Singh yang memohon kepada Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah yang mengendalikan perbicaraan liwatnya dengan bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan supaya mereka yang terlibat dalam demonstrasi berkaitan DNA dikenakan tindakan menghina mahkamah.

    Anwar juga memohon supaya dua media tempatan iaitu akhbar New Straits Times (NST) dan Utusan Malaysia dikenakan tindakan mahkamah kerana menyiarkan laporan tentang demonstrasi itu.

    Sementara itu, Hamidzun berkata, sikap berat sebelah yang ditunjukkan Anwar itu membuktikan yang beliau telah menyalahgunakan kuasanya sebagai Ketua Pembangkang di negara ini.

    "Apabila terkena batang hidungnya sendiri, beliau dengan angkuhnya memarahi rakyat yang bangkit menentangnya," tegasnya.

    Dalam perkembangan berkaitan, tambah Hamidzun, GAPS bersedia untuk menganjurkan demonstrasi berskala besar untuk terus mendesak Anwar supaya beliau tunduk kepada proses perundangan negara.

    KOMEN GELETEK PAGI

    Nah! Dulu Reformasi kini demontrasi
    pula, senjata makan tuan INILAH BAHAYA BUAT PARTI ANAK BIINI.

    BalasPadam
  2. hamba allah ni sajak apa plak ni?

    BalasPadam
  3. sajak persahabatan ke jiwa2 ni hamba allah?

    BalasPadam
  4. sajak mcm psal sahabat jer

    BalasPadam
  5. sajak jiwa2 ker ni?

    BalasPadam
  6. sajak menarik jgk hamba allah ni

    BalasPadam
  7. sajak pasal apa ni hamba allah?

    BalasPadam
  8. menarik jgk sajak ni?

    BalasPadam
  9. sajak ni en nuri buat kat sapa? sy pun hari isnin dulu mcm ni jgk pusing2 kat taman cari rumah x jmpa bila dah jmpa wanita tu dh bersalin?

    BalasPadam
  10. eh! sajak pasal nurse plak?

    BalasPadam
  11. sian kat nurse tu cari rumah x jmpa

    BalasPadam
  12. wanita nak bersalin tu bagi alamat silap la kot?

    BalasPadam
  13. wah! sajak mcm ni pun ada? hebat!

    BalasPadam
  14. sajak senang plak kali ni dari en nuri

    BalasPadam
  15. akhirnya mereka jmpa x rumah tu en nuri?

    BalasPadam
  16. ha! sy pun ada tgk jgk nurse tgh dok cari2 rumah tp sy x tegur plak dorg tu nak cari rumah sapa

    BalasPadam
  17. hehehe lawak plak nurse ibarat bidadari

    BalasPadam
  18. sian yg sarat mengandung tu nurse x sampai2 lagi

    BalasPadam
  19. harap2 mereka jmpa rumah tu

    BalasPadam
  20. kenapa x panggil ambulans je senang dari panggi nurse ni

    BalasPadam
  21. sian msti menjerit kesakitan org yg nk beranak tu?

    BalasPadam
  22. nnt bila dah sampai rumah tu tgk2 wanita tu dah selamat bersalin

    BalasPadam
  23. eh! kenapa x panggil bidan lagi senang sbb nurse ni susah sikit

    BalasPadam
  24. bidan dan nurse? sy lebih selesa bidan

    BalasPadam
  25. sy dulu msa bersalin tunggu nurse lambat sampai panggil bidan saja

    BalasPadam
  26. eh! habis la nasib pesakit tu

    BalasPadam
  27. kalau nurse lambat sampai pesakit lagi la sakit

    BalasPadam
  28. eh! nurse tu silap tgk alamat kot?

    BalasPadam
  29. kenapa x tanya org kat situ?

    BalasPadam
  30. wah! ada jgk parti baru GAPS

    BalasPadam
  31. patutnya sumbat je anuar dalam ISA

    BalasPadam
  32. anuar ni teruk la bila dah tersepit mcm2 dia buat

    BalasPadam
  33. eh! anuar ni masih kena tangkap lagi ker?

    BalasPadam
  34. alamak! anuar ni mcm2 muslihat dia

    BalasPadam
  35. smoga 1 hari tembelang dia terbongkar nnt

    BalasPadam
  36. kenapa x keluarkan waran tangkap kat anuar ni?

    BalasPadam
  37. minggu lepas sy dh beritahu kpd tuan sy pasal isu di blog en nuri ni dan alhamdulilah tuan sy dh maklum kepada najib tentang anuar ni dan disiar jgk dalam tv minggu lepas kalau ada yg perasan la

    BalasPadam
  38. aku suka komen hantu raya pedas2 belaka

    BalasPadam
  39. tahniah hantu raya kerana berani membidas si anuar ni sbb aku ni penakut sikit nk hentam dia

    BalasPadam
  40. dulu kata kat org kroni bila di pikir balik anuar ni parti anak bini

    BalasPadam
  41. geram tgk hari2 anuar terlepas dari aduan

    BalasPadam
  42. KUMPULAN A

    1 USTAZ SAAD
    2 SUFIAN AL ZAHRI
    3 nabil quldi
    4 mat noh
    5 siti hajar
    6 julia
    7 puan rosnah
    8 mak mah

    KUMPULAN B

    1 Zainal Arifin
    2 sulaiman embong
    3 ustaz omar sharif
    4 warga emas
    5 mei ling
    6 Dayang
    7 tengku anita
    8 srikandi juwita

    BalasPadam
  43. RUNCING BULUH

    runcing buluh itu
    tembus ke jantung epal
    memegang retak cermin
    api pernah marak menjulang
    membakar habis-habisan
    abjad-abjad yang berbaul
    dalam warkah hanyut tintanya
    dibasahi hangat paling dalam
    setelah nafsu terpenuhi
    manusia hilang sifatnya
    akal mati di tangan sendiri
    zuriat yang diberi nyawa
    mati dalam berita media massa.
    setiap dari kita
    pendosa masih bernyawa

    Sulaiman Embong
    sajak simbolik

    BalasPadam
  44. ILHAM

    Demi kamu yang diberi ilham
    untuk berkata-kata mempersona
    teruja dengan keindahan
    menghargai alam Tuhan
    Tiada pada mata yang lain
    Tiada juga pada hati lain
    Tiada jemu terus memuja,
    dengan telus kecantikan bulan,
    Kehangatan mentari
    bagaimana sinar bintang
    Juga perjalanan dari ufuk ke ufuk
    Tentang dinginnya malam
    Tentang siang membahang
    Demi kamu selalu mengilhamkan
    Menggambarkan cinta
    pada setiap baris kata
    Mengembalikan rasa
    dalam jiwa yang parah
    Walau tak terluahkan.

    Warga Emas
    sajak simbolik

    BalasPadam
  45. BUAT YANG TELAH PERGI

    enjin motor itu lama
    tidak menderum bunyi
    ketayap itu lama tidak dipakai
    raket badminton itu lama
    tidak disentuh lagi
    kerusi malas itu lama disimpan,
    tidak di duduk menanti
    kain pelikat hijau
    masih di dalam almari
    baju melayu kuning
    masih terlipat rapi
    botol minyak wangi cuma menghiasi
    gambaran mata aku si cucunya
    ini kadang-kadang hati
    masih inginkan dia disini
    tapi tak apa di sana
    ada menemani aku cuma kirimkan
    bingkisan doa suci
    di hari bapa mahupun hari-hari

    Zainal Arifin
    selepas membuat tahlil kepada atuk di kampung

    BalasPadam
  46. BUKAN UNTUKKU

    suasana sepi seolah
    kita bersendiri
    kita sama kelu pada saat ini
    mungkin kerana celaru di hati
    antara kita ada lagu bernyanyi
    seperti bercerita tentang hati
    tentang aku tentang kamu
    sayang saat ini aku sangat takut
    andai sesaat mendatang
    tak lagi kita punya waktu sebegini
    yang sememangnya aku impi
    kerna kau mungkin bukan untukku...

    Ustaz Omar Sharif
    sajak lagenda dahulu

    BalasPadam
  47. SAYEMBARA PUISI CITRA RASA SIRI KEDUA DIANTARA AHLI CJTRA DAN PENJAGA BLOG 2011.

    Sajak BUKAN UNTUKKU mungkin memori lama yang digarafkan seakan semcam jiwa-jiwa juga bunyinya bila berpandukan kepada tajuk ini, ternyata keinginan kita untuk jatuh hati bukan hak kita, atau pun ada rasa ingin mengetahui, dengan kata lain bukan jodoh kita. Apa apa pun pengucapan ini terlalu biasa buat mereka yang pernah melalui alam rumaja, tidak kira lelaki atau wanita,Cuma ceritannya saja yang berbeza,Tetapi sayang penceritaan kali ini terlalu biasa dapat mengemukakan penyapaian lain dari yang lain. Harap maaf ada persaiangan yang lain lebih mengancam, sajak anda terpaksa dikeluarkan (TK)

    BalasPadam
  48. SAYEMBARA PUISI CITRA RASA SIRI KEDUA DIANTARA AHLI CJTRA DAN PENJAGA BLOG 2011.

    BUAT YANG TELAH PERGI sajak Zainal Arifin, terasa bagai kehilangan ilham yang boleh mencabar,walaupun penceritaan ini kisah benar, sajak berthemakan kesedehan dan kenangan
    Ini sukar untuk disusun ayat yang lebih kareatif dan terlalu susah menjalingkan bait-baityang puitis, maliankan sekadar bercerita mengambarkan suasana yang berlalu dan tertinggal sebagai kenangan. Ternya penyampaian kali ini kurang menyengat daripa sajak-sajak anda sebelum in. Harap maaf kerana ada dua sajak persaiangan yang lebih mengancam pengucapannya sajak anda terpaksa diketepikan. Usaha lagi (TK)

    BalasPadam
  49. SAYEMBARA PUISI CITRA RASA SIRI KEDUA DIANTARA AHLI CJTRA DAN PENJAGA BLOG 2011.

    ILHAM sajak Warga Emas yang punya banyak pengalaman dalam kehidupan pasti sumber kejadian alam menjadi imperasi ilhamnya untuk menulis dan merenung dengan pengambilan bahan alam semulajadi dari keindahan felora dan fauwana sekeliling. Apa yang dijadikan tuhan itulah yang melahirkan ilham buat yang suka berfikir dan boleh memberi lebih kuat keimanan, dengan melihat, merenung segala macam ciptaan Allah dimuka bumi ini, boleh mengagungkan keesaan dan kebesaran tuhan dengan berkrayti dalam berbagai bentuk dan thema penceritaan yang boleh diketengahkan. Syabas! Anda layak dicalunkan seterusnya (TP)

    BalasPadam
  50. SAYEMBARA PUISI CITRA RASA SIRI KEDUA DIANTARA AHLI CJTRA DAN PENJAGA BLOG 2011.

    RUNCING BULUH atau BULUH RUNCING oleh Sulaimana Embong saya masih melepasi suku akhir, apa-apa pun sajak simboliknya kali ini agak berbeza agak lebih berani dan kental pengucapannya juga penuh puitis yang diharapkan buat khalayak membacanya.Walaupun isi penceritaanya agak samar dan bersimbolik. Apa-apa mesej yang hendak disampaikan kisah jagat manusia yang memandang sesuatu bagai buluh runcing yang ada perasaan tamak haloba dan berniat untuk merampas dan menguasainya, inilah cerita dari zaman dahulu hingga sekarang, manusia dengan watak dalang dan petualang dalam kehidupan ini, pasti ada dimana -mana saja.Tanyalah pada diri kita sendiri, perlukah kita hidup di dunia ini jadi seorang pengamal dosa? Syabas SE. Sajak anda layah dicalunkan untuk sayembara seterusnya. (TP)

    BalasPadam