Sabtu, 12 Mac 2011

MALAUN



sajak pilihan ahli Cr.


Sunyi sepi apa sudah jadi
Tercari-cari suis dimana?
Sampai terlupa ia sudah ternyala
Tapi kenapa masih bisu tercari-cari
Dasar hati busuk pengkianat!
Pantang senang kita seronok
Terduga akal
wayar speaker dipotong!
Adakah itu keadilan?
Atau itu sandirawa semata!
Jadi aku sumpah tujuh keturunan kau
Akan menjadi malaun negara...


Oleh: Teksi manaf
di perhentian teksi2010 Disember 28 10:13
Ditrbitkan semuala 12/02/2011,




50 ulasan:

  1. BERSAMBUNG.CERITA DONGING RAKYAT SEDUNIA NEGRI CINA BERTAJUK PAPAN MERAH. OLEH: NURIMANJA.
    Dicerita dan ditaipkan semula secara bebas Oleh: TINTA MUTIRA
    Siri ke sepluh.
    ______________________________________________________________________


    Di rumah Swee Ling beruaha untuk memasak nasi bubur campur jeruk ubi lobak dengan ikan kering masin untuk makan tengah hari, sedangkan musim hujan berpanjangan hamper masuk seminggu kini. Kayu api di dapur sudah pun habis dalam simpanannya.

    Swee Ling dalam kepayahan membawa perutnya kerana mengndung anak sulung dalam kandungan. Dia berusaha mencari kayu atau papan buruk yang boleh di bakar dijadikan kayu api. Untuk memasak di hari itu. Puas dia mnacri ke depan dan ke ruang belakang rumah, tidak juga berjumpa.

    Akhirnya dia masuk ke bilik atu sudut ibadat tempat Ah ling selalu sembahyang seblum dai pergi kerja di kebun. ASwee Ling terjumpa sekeping papan buruk yang terselt i di blakang tok pekong perut bncit tidak berbaju, kepercayaan orag china tok pikong ini sering member ang kepada mereka untuk menekmati rasa kekayaan di dunia ini.

    Bila terlihat saja papan buruk itu Swee Ling terus menambilnya dengan tujuan untuk membelah dan dirasik kecil untuk dijadikan kayu api untuk memasak makanana tengah hari, sebelum Ah Ling pulang dari kebunnya. Dengan bersusah payah dia membawanya ke ruang dapur, tempat dia memasak.

    Diambilnya sebilah kapak kecil yang sering digunakan Ah Ling membelah kayu api, lalu di hayunnya kepada apan buruk itu, apabila terkena saja mata kapak itu kepada papan buruk itu, kilat pun menyambar dan guruh pun berduntum. Di ketika itu juga papan buruk itu terpancut keluar darah berwarna merah.

    Melihat keadaan itu, Swee Ling menjadi panita n terus terkejut dan jatuh pengsan , tidak sedarkan dirinya. Hujan di luar rumah juga turun kembali dengan lebatnya, sesekali di sulami dengan kilat dan peter sabung menyabung di dada langit. Ah Ling belum nampak kelibatnya untuk plang.

    TAMAT. cuma donging rakyat sedunia.

    BalasPadam
  2. Teksi Manaf sajaknya banyak lahir di perhentian teksi, bila menunggu geliran bawa penumpang agaknya,
    setengah tempat mereka main dam atau catur. Sajaknya bertajuk: MALAUN. Bunyi saja pengucapannya
    semcam marah dengan sesaorang dalam satu perjumpaan. Ada tangan gatal yang cuba buat angkara untuk menganggu majlis perjumpaan . Adakah ini yang diperjuangkan atau
    cuma satu saniwara. Sesiapa pun akan marah, sesiapa pun akan menyumpah, lalu terjadilah apa Saja gelaran yang mungkin terkelaur dari mulut dan hati yang sakit.Berhati-hatilah bila mengadakan sesuatu pertemuan, bukan mempermainkan pertemuan atau perjumpaan. Niat sepatutnya mahu ikhlas. Amin.

    Oleh Qalam Mutiara.
    27 Disember 2010 8:22 PM

    BalasPadam
  3. malaun ni bnda apa plak ni?

    BalasPadam
  4. bahasa apa ni malaun?

    BalasPadam
  5. apa mksud melaun ni?

    BalasPadam
  6. malaun kasar jgk bahasa ni...

    BalasPadam
  7. kutuk sapa plak ni? siap panggil malaun ni?

    BalasPadam
  8. mrah btol sajak teksi manaf ni

    BalasPadam
  9. malaun dalam sajak ni msti anuar ni

    BalasPadam
  10. malaun ni apa? xpnh dgr pun?

    BalasPadam
  11. malaun plak sajak kali ni?

    BalasPadam
  12. bhasa maki ni malaun ni?

    BalasPadam
  13. malaun merujuk kpd siapa ni?

    BalasPadam
  14. agak kasar bunyinya malaun plak?

    BalasPadam
  15. eh! makan bubur je dorg berdua ni

    BalasPadam
  16. sian mkn bubur walaupun kaya raya

    BalasPadam
  17. huh! makan bubur apa plak dorg ni?

    BalasPadam
  18. xkn mkn bubur burger xde? hehhee

    BalasPadam
  19. eh! bini ah ling pensan ah ling mati ker?

    BalasPadam
  20. nampaknya cerpen kali ni semua mati

    BalasPadam
  21. smua mati sekali ker?

    BalasPadam
  22. cerpen ni sedih rupanya ingatkan hppy ending

    BalasPadam
  23. cerita btol ke ni en nuri?

    BalasPadam
  24. sy xpnh dgr pun cerita ni

    BalasPadam
  25. cerita yg agak sedih jgk

    BalasPadam
  26. sian smua mati dalam cerita ni

    BalasPadam
  27. cerita ni buat filem ni best ni

    BalasPadam
  28. la... siap kluar darah plak!

    BalasPadam
  29. rupanya mak dia jadi papan la...

    BalasPadam
  30. selama ni mak dia hidup dalam papan ker?

    BalasPadam
  31. mak dia di sumpah jadi papan la

    BalasPadam
  32. la... papan tu mak dia rupanya selama ni

    BalasPadam
  33. nmpknya papan tu bernyawa la

    BalasPadam
  34. skrg sy dh mula rasa seram bila tgk papan

    BalasPadam
  35. sapa cerita kat en nuri kisah ni?

    BalasPadam
  36. kisah lagenda ke benar ni?

    BalasPadam
  37. mmg menakutkan bila dia belah papan kluar darah

    BalasPadam
  38. malaun sajak yg agak kasar bunyi ni teksi manaf? hehe

    BalasPadam
  39. marah sgt teksi manaf ni nampaknya

    BalasPadam
  40. teksi manaf ni dia marah kat penumpang ke dalam sajak dia ni???

    BalasPadam
  41. marahkan sapa plak teksi manaf ni?

    BalasPadam
  42. la... mcm ni akhir sekali ke? mmg x di jangka! hebat en nuri ni

    BalasPadam
  43. WAJAH CERIA

    kembali berlegar wajah itu
    muncul silih berganti
    wajah-wajah ceria wajah duka
    kembali terlihat riaknya
    garis-garis cahaya mula muncul
    dari sudut-sudut malap
    makin terang bersinar
    memancarkan cahaya indah
    memadam segala kegelapan
    menjelaskan kabur pandangan
    menghuraikan kusut fikiran
    di lewat petang itu
    wajah-wajah puas menjelma
    setelah hati-hati dibelai
    setelah kehendak dipenuhi
    setelah kusut terurai
    pulang mereka bawa senyuman
    bekal untuk setahun lagi…

    Jalil Janggut
    sajak simbolik tadi jalal e-mail aku dia kata aku ganti tempat sohibul

    BalasPadam
  44. BAYU LAUT CINA SELATAN

    wahai bayu laut cina selatan
    dengarlah bisikan rayuku ini
    aku rindu kekasih hati
    jauh nun di seberang sana
    tidak tercapai tangan menggapai
    tidak terharung ombak dan badai
    wahai camar putih di sana
    tolong datang kemari padaku
    ada watikah hati ingin kupesan
    sampaikan salam rinduku ini
    buat insan bernama kekasih
    tak terdaya lagi menahan
    rasa rindu dambaan kalbu
    wahai mentari merah di sana
    dikaulah saksi bisu
    aku rindu kekasihku

    Nabil Quldi
    hehe sory qalam sajak jiwa2 plak kali ni jgn mrah ustaz... hehehhe

    BalasPadam
  45. AKU MENGAKU

    memang aku akui
    aku tak mampu berlari deras
    hanya berlari anak
    namun tetap sampai walau lambat
    aku tak mampu terbang di udara
    aku hanya berenang di air
    namun tetap juga sampai walau lelah
    aku tak mampu bina mahligai
    megah di puncak intan
    aku hanya ada pondok usang
    di hujung kampung
    perabotnya cuma kasih sayang
    isinya cuma kebahagiaan
    bertiangkan cinta utuh
    berteraskan rahmat suci
    berlantaikan nilai murni
    paduan taqwa iman ihsan
    cukupkah agaknya cerita aku
    si budak kampung

    Mat Noh
    ketika di masjid sungai dungun

    BalasPadam
  46. LANTANG SUARA

    lantangkah suaraku ini
    ini semua suara hatiku
    terbit dari dalam lubuk suci murni
    adakah kamu terasa termamah cili
    ataupun terkena tepat
    pada batang hidungmu
    jika benar begitu
    tolong maafkan aku
    aku cuma kata ybenar
    tiada yang dustanya
    kerna aku tak diajar
    untuk berkata dusta
    kerna aku juga takut
    lidahku ini terpotong
    apakah kau mahu aku jadi bisu
    hanya lihat sahaja
    tidak mungkin begitu
    aku tiada kuasa tangan
    aku cuma ada kuasa lidah
    serta seketul hati merah
    harap kau mengerti

    Pak Bostamam
    sajak buat rakan sy di kampung yang berlainan parti

    BalasPadam
  47. SAYEMBARA PUISI CITRA RASA SIRI KEDUA AHLI DAN PENJAGA BLOG 2011.

    LANTANG BERSUARA sajak Pak Botaman dengan sajak yang agrisif bunyi pengucapannya sebagai marah bertanya. Cerita tentang orang kampung yang sering buat dailong secawan kopi.mempertahankan kewibawaan parti masing-masing .Namun bagi si penulis yang telah dididik atau diajar sejak kecil tidak panadai berdusta tentu rasa tercabar untuk mengatakan sesuatu yang benar ahid dan nyata pada bukti dan fakta. Bukan sekurangnya jangan biar lidah terpotong atau bisu, atau buat mata jadi buta? Berkatalah yang benar sekali pun pahit.Sajak ini juga terpaksa bersaing hebat dengan sajak mat noh, AKU MENGAKU. Keduanya ada kekuatannya tersendiri, namun setelah diteliti trdapat kelebihan pada pengucapannya yang berfalasafah pada sajak sdra mat noh. Justeru iu, maaf salah seorang tepaksa trsingker Pak Bostaman (TK)

    BalasPadam
  48. SAYEMBARA PUISI CITRA RASA SIRI KEDUA AHLI DAN PENJAGA BLOG 2011.

    AKU MENGAKU sajak pengali kubur Mat Noh dengan merenah diri menyatakan pengakuannya Akan kelemahannya. Sama ada berlali, terbang, atau mmbina mahligai di puncak gunung intan. Sajak ini lebih kurang sama dengan sajak ustaz Saad bila isterinya trmnung panjang menilai erti warna pelangngi. Namun Mat noh skadar mampu bina pondok usang sebagai anak jadi di hujung kampung.Apa yang diharapkan cinta utuh, rahmat suci, nilai murni,bertawa ,iman dan insan.itulah saja yang dia ingin perolehi. Jati diri anak penghuni kampung jati. Layak dicalunkan Setrunya (TP)

    BalasPadam
  49. SAYEMBARA PUISI CITRA RASA SIRI KEDUA AHLI DAN PENJAGA BLOG 2011.

    BAYU LAUT CINA SELATAN tempat Nabil mengkhabarkan rindu pada angin bayu, pada ombak laut, pada beburung camar, ingin menyampaikan watikah, dan juga sang mentahari bisu, dijemput menjadi saksi. Pengucapannya agak puitis dan menceritakan betapa tenatnya rindu yang mengoda bagai tidak tetahan pada seorang insan yang bernama kekasih. Justeruitu anda layak dicalunkan walaupun ada prsaingan hebat dari Jalil Janggut , namun layak setrusnya (TP)

    BalasPadam
  50. SAYEMBARA PUISI CITRA RASA SIRI KEDUA AHLI DAN PENJAGA BLOG 2011

    Sajak berkasud kegembiraan ini terlalu umun, untuk siapa kepada siapa. Ada juga rasa jiwa-jiwa. WAJAH CERIA sajak Jalil ini terasa kabur dan simbolik, namun keduanya tidak begitu terserlah Ada dua sajak yang boleh dikategorikan jiwa-jiwa, antara sdra.jalil janggut dan nabil Quldi. masing-masing membicarakan tentang rasa hati. Keduanya ada kekuatan tersendiri, kerana perlu pilih seorang, kelebihan pengucapan yang puitis, sembolik yang menasabah, kekaburan yang rasa mudah diterjemah, dan senang menangkap isi atau maksudnya.Adakah puisi meninggalkan kesan pada akhir penceritaannya.Setelah dinilai kekuatan lebih sadikit kepada Nabil Quldi. Harap maaf! Usahasa lagi anda terpaksa mengunur diri dan terkeluar. (TK)

    BalasPadam