Rabu, 16 Mac 2011

AKU SUKA KAMU




sajak pilihan ahli Cr.


Senyuman di bibirmu
pernah menggodaku
Renungan matamu
pernah membunuhku
Mainan bicaramu
pernah mencairkanku
Lagak tubuhmu
pernah membuatku kaku
Seolah terpenjara dalam dakapanmu
Berbisik namun tak bisa bercakap
Berdiri namun tak bisa berjalan
Bernyawa namun tak bisa bernafas
Sengsara kutanggung tak siapa tahu
Namun semuanya sudah berakhir
Tiada lagi seksa derita
Tiada lagi pengorbanan sia-sia
Kau pergi begitu sahaja
Meninggalkan luka terpalit di dada
Tapi tak mengapa biarkan sahaja
Kerana kini aku sendiri
Kerana kini aku mengerti
Kerana kini aku lebih berani
Terima kasih, sang kekasih.

 

Oleh: Capricorn
di pondok pengawal/2010 Oktober 24 02:47
Diterbitkan semula tanggal 16/03/2011 





50 ulasan:

  1. Capricom21 seorang yang sering mengisi pendapat yang bernas di ruang sms cosmo dengan sajak AKU SUKA KAMU , menceritakan tetang putus kaseh sadikit jiwa-jiwa, jangan susah selepas ini semua pengawal akan naik gaji 1200 sebulan. Kau boleh pakai kereta terpakai. Cari makwa baru untuk ganti yang telah pergi.Jadikan cerita lama sebagai pengajaran untuk menghadapi masa depan dengan penuh lebih cabaran lagi. Cuma kekuatan iman yang dapat mengatasi segala-galanya . Amin. (tunggu rombakan gaji pengawal keselamatan akan berlaku).

    Oleh: Qalam Mutiara.

    BalasPadam
  2. mcm2 anuar ni buat muslihat

    BalasPadam
  3. sajak jiwa2 plak nampaknya capricorn ni

    BalasPadam
  4. cerpen xde ke en nuri?

    BalasPadam
  5. eh! kosong je kat ruangan ni xde ape2 ker?

    BalasPadam
  6. eh! kosong je ruangan ni?

    BalasPadam
  7. alamak! kosong je ruangan ni?

    BalasPadam
  8. sajak jiwa2 plak capricon ni?

    BalasPadam
  9. sajak jiwa2 plak dari ahli kali ni?

    BalasPadam
  10. sajak mcm di tinggalkan kekasih jer?

    BalasPadam
  11. sajak psal apa ni? sbb x naik gaji ker?

    BalasPadam
  12. sajak masa ekonomi teruk kan masa ni?

    BalasPadam
  13. sedih sbb xde gaji ke capricon?

    BalasPadam
  14. capricon ni gard rupanya

    BalasPadam
  15. wah! semua nikmat allah bagi ada kegunaan

    BalasPadam
  16. semua benda ada peranan masing2

    BalasPadam
  17. celita tak ada ka en nuli?

    BalasPadam
  18. eh! smua benda2 alam ada tugas masing2

    BalasPadam
  19. segalanya ada peranan sendiri

    BalasPadam
  20. rupanya tuhan cipta alam ada sbb

    BalasPadam
  21. baru sy perasan smua benda alam benar di katakan dalam sajak en nuri

    BalasPadam
  22. menarik sajak en nuri kali ni

    BalasPadam
  23. kosong ke xde cerpen ker?

    BalasPadam
  24. mana cerpen en nuri?

    BalasPadam
  25. xde ke org sumbang info kat sini?

    BalasPadam
  26. eh! sunyi plak cerpen dh xde

    BalasPadam
  27. eh kenapa xde apa kat ruangan ni?

    BalasPadam
  28. putisi jgk sajak en nuri ni

    BalasPadam
  29. sajak en nuri ok sajak capricorn x best

    BalasPadam
  30. indah sungguh bila baca sajak en nuri ni

    BalasPadam
  31. sajak en nuri ni boleh buat lagu nasyid la

    BalasPadam
  32. sajak en nuri ni sy nak boleh? nak tampal kat masjid

    BalasPadam
  33. sajak yg lain dari yg lain pinjam en nuri

    BalasPadam
  34. sajak mcm ni la kretif

    BalasPadam
  35. sajak yg agak menarik mmg hebat!

    BalasPadam
  36. sajak yg x pernah pun terpikir sebelum ni

    BalasPadam
  37. best pinjam buat lagu sy suka sajak kali ni

    BalasPadam
  38. capricon ni bukan dari kosmo ke? patutlah la lama xnmpk kat kosmo?

    BalasPadam
  39. kosong la plak ruangan ni nnt sy nk sumbang jgk resepi

    BalasPadam
  40. sajak jiwa2 plak capricon kali ni

    BalasPadam
  41. DARUL SAKA

    wah hebat sungguh hebat
    tok belagak darul saka
    ilmu tinggi menggunung
    setinggi gunung kinabalu
    boleh tilik siapa sahaja
    boleh tilik nasib semua
    ilmu tahap dewa boleh tahu
    siapa ke syurga siapa ke neraka
    yang paling hebat
    boleh baca yasin mengundur
    hebat ke tok ini?
    mungkin lebih hebat dari nabi kita
    umat siapa agaknya agama apa dibawa
    bila akal sudah terpesong
    bila iman sudah tergantung
    bila ilmu hanya kosong
    apa lagi tinggal tinggal
    dakyah dan akidah songsang
    apa dibuat semua songsang
    semua jadi songsang
    ya allah usah songsangkan hati kami
    teguhkanlah pendirian kami
    tetapkanlah iman kami
    peliharalah islam kami…


    Ustaz Saad
    sajak buat pengamal ajaran sesat

    BalasPadam
  42. RAPAT SAF

    cuba lihat safmu itu
    apakah sudah lurus
    atau masih bengkok
    atau masih terputus
    itulah hati-hati kamu
    itulah sahabat dan saudara kamu
    bersatukah mereka realiti sebenar
    realiti yang lama
    diperkatakan oleh muhammad
    umatku ramai
    tapi bagai buih di lautan
    terumbang ambing dilambung ombak
    hanyut ke mana sahaja
    ayuh betulkan saf kita
    bersatu biar padu tunjuk pada semua
    kita ini naga bukan ular lidi…


    Sufian Al Zahri
    ketika berada di masjid utk bersolat magrib

    BalasPadam
  43. GELAP DAN TERANG

    Kalau diberi pilihan
    Antara jalan gelap dengan terang
    hendak saja aku pilih jalan gelap
    Bukan apa sebab aku mahu
    letakkan cahaya disana
    biar tiada siapa lagi
    boleh membeza-bezakan dia
    kerana dia pengusir kelazatan
    pemutus keinginan pemisah jemaah
    meramaikan kubur.


    Mat Noh
    sajak simbolik

    BalasPadam
  44. TANGISAN PEJUANG

    apabila sujud fajar terasa hambar
    firman Tuhan rasa beban bosan
    hilang khusyuk terasa buruk rukuk;
    munajatnya sang pendosa
    terpandang munafiknya sang mulia.
    tangiskan perjuangan kita abaikan,
    tangiskanlah jiwa kita matikan,
    tangiskanlah segala kita lakukan,
    semata demi cinta kita pada wang,
    demi kasih kita pada kuasa,
    demi sayang kita pada fana dunia,

    Nabil Quldi
    sajak tentang keinsafan

    BalasPadam
  45. SAYEMBARA PUISI CITRA RASA SIRI KEDUA DIANTARA AHLI CJTRA DAN PENJAGA BLOG 2011.

    Nabil masih bernasib baik belum boleh tersingker dalam pengucapannya, namun ada rasa Kecurigaan apakah benar sajak ini hasil karya ciptaan nabil Quldi sendiri atau ada kerjasa guru sastera atau pakcik dan maciknya? Apapun TANGISAN PERJUANG membicarakan tentang kemelut kehidupan sesaorang yang terasa tertewas dengan keadaan suruhan agama apabila sering berentap dengan musuh utama agama ia itu syaitan yang sering memujuk dan mengoda hati menjadi berat mengingati perentah agama atau tuhan, tetapi lebuh rengan dan cepat melakukan kemungkaran dan dosa, Itulah yang dimaksudkan dengan tajuk tangisan perjuangan, sadikit agak kelaian dari sajak yang lain. Maka layak juga dicalunkan untuk sayembnara seterusnya. (TP)

    BalasPadam
  46. SAYEMBARA PUISI CITRA RASA SIRI KEDUA DIANTARA AHLI CJTRA DAN PENJAGA BLOG 2011.

    Mat Noh dengan sajaknya bertajuk GELAP DAN TERANG Mungkin ingin membicarakan tentang pandangannya jika diberi pilihan, bagai cerita lawak sadikit bunyinya jika dibaca dan cukup diamatinya. Pengucapanya terlalu rengkas dan putisi pada permulaannya ditengah dan hujung
    Penceritaan agak kabur dan penutup ada sadikit rasa kekeliruan, apa maksud meramaikan kubur? Pada permuallan sudah baik jika kita beri lampu pada tempat yang gelap pastinya mereka menjadi terang, pastinya tiada beza? Ada 3 bait atau 3 baris ayat akhir. Terlalu keliru dan mengelirukan. Kalau sudah terang mengapa pula putus kelazatan dan memisah jemaah dan patut dikuburkan beramai? Sepatutnya lebih berkeyakinan dan puitis. Ternyata hambar. Oleh itu harap maklum, sajak anda cacat dipenghujungnya kerana ingin terlalu ekonomi bahasa yang sepatutnya tidak dilakukan. Harap maaf terpaksa dikeluarkan (TK)

    BalasPadam
  47. SAYEMBARA PUISI CITRA RASA SIRI KEDUA DIANTARA AHLI CJTRA DAN PENJAGA BLOG 2011.

    RAPATKAN SAF oleh Sufian Al Zahri membicarakan tentang keinsapana dan kekeliruan minda manusia yang pernah dialamainya dahulu, kini dia terasa bertapa mereka yang taksuf dan memperkatakan mereka betul, patutnya lebeh redha menerima orang yang mereka anggap tidak betul untuk diperbetulkan, bukannya dengan mencaci dan mengkafirkannya pula sesama saudara Isalam. Malah jadi terbalik nampaknya, mereka yang menabit dada mengatakan tuhan yang menyebelahai mereka, lebuh teruk dan parah untuk dapat berubah, malah sanggup bersengkol dengan dengan pencabar agama Allah. Sepatutnya kita merapatkan saf bukan pula memecah belahkan saf orang melayu beragama Islam? Tanya siapa yang menolak 1 Malaysia, Siapa yang menolak kerja sama sesama suadara Islam? Inikah yang diajar oleh Muhamad saw? Ternyata ini bukanlah dakwah, tetapi ada agenda yang tersembunyi di sabalik kegunaan topeng agama. ternyata kekalahan demi kekalahan kian menimpa, tidak mustahil akan berlaku. Layak untuk dicalunkan sayembara yang seterusnya, (TP)

    BalasPadam
  48. SAYEMBARA PUISI CITRA RASA SIRI KEDUA DIANTARA AHLI CJTRA DAN PENJAGA BLOG 2011.

    DARUL SAKA catatan oleh Usataz Saad dengan sajak memujaan atau fahaman agama yang menyelewrngatau dengan kata lain sesat. Cerita begini sejak zaman sebelum ada nabi dan ada nabi hingga kini tiada nabi masih masih wujud berbagai agama ajaran sesat, cuma terpulang, Ada yang popilar atau sebaliknya. Di Malysia sendiri, seperti ayah pin dan guru yahya, begitu Juga dengan puak dan kumpulan lain lagi, yang sedehnya ramai pula yang terpengaruh, bukan sahaja orang biasa malah cerdek pandai pun ada. Sang ketua saggup pula mengaku dirinya ini leber kuasaa dari yang berkuasa, memang ternyata lingkup semua aqidah dan keimananannya. Apa-apa pun penceritaanya agak terlalu biasa. Harap maaf terpaksa dikeluarkan dari sayembara seterusnya (TK)

    BalasPadam