Selasa, 8 Februari 2011

PUISI LANGIT DAN BUMI




Dulunya,
langit dan bumi bersatu
lalu allah memisahkannya
di langit ada rezeki air hujan
di bumi dibelah 7 lapis tanaman

Dulunya,
bumi dan langit itu besatu
langit dibenarkan turun hujan
bumi disuburkan dengantumbuhan

Dulunya,
keduanya bersatu kini dipisahkan
di antara satu sama dengan yang lain
walaupun keduanya dipisahkan
orang tidak akan menyebut langit
tanpa tidak melupai ikutanya bumi
kerana keduanya dahulu bersatupadu

Oleh: Nurimanja,
catatan yang tertinggal.
sajak lagenda lahir 2009/2010.





50 ulasan:

  1. CERITA ALAM MISTERI : CATATAN KISAH LAGENDA DULU KALA SUSUNAN SEMULA CARA BEBAS NURIMANJA. Ditaip semula oleh Tinta Azimat BERTAJUK: LANGSUWER/ LANGSUIR siri 17. tarikh: 20011
    ____________________________________________________________________


    Ali Canon membiarkan jejari halus dan lembut itu sedang bermain di tubuhnya, tetapi hati dan jiwanya bertekat untuk memberkas makhluk ini, Seketika dia terasa seperti ada orang menjilat tubuhnya, sesekali dia merasa geli, tetapi dia terpaksa menahannya. Hampir- hampir pula Ali canon hendak terkencing. Tetapi dia terpaksa menahannya juga.


    Apabila makhluk itu nampak lebih ghairah menjilat tubuh Ali canon, dengan pantas Ali canon mencapai tali benang batang pisang dibawah tempat pembariangannya di tepi sebatang kayu mati. Dengan pantas Ali canon menginkatnya di batang kayu mati itu, dengan pantas juga Ali canon mengeluarkan sebiji limau perut dengan jampi serapahnya, langsuir itu menjadi lemah.

    Seketika Ali canon mengeluarkan paku dipinggangnya dan menekannkannya kepanggal tenguk makhluk langsuir itu, seketika juga terdengar suara jeritan yang amat kuat dan mengerutkan, ternampak pada Aali canon, lembasan bayangan keluardari tubuh mahluk yang dikatakan langsuir itu.

    Dalam keadaan cemas dan amat mencurigakan Ali canon terus membaca akan serapah jambinya
    (mungkin macam doa jaffry bagi agaknya) Dia juga menghidupkan tempat kemenyan yang diambil dari terataknya. Diletakannya segala macam kemenyan habsi, kulit bawang putih , beberapa cabai kering, bau asap kemenyan itu telah pun bercampur aduk, menyebabkan bau harum semerba bungan dari hutan itu hilang.

    Bau asap itu bagai mengejar lembasan bayang yang keluar dari tubuh makhluk yang tertinggal itu, nampak bagai terkulai lemah, dari kejauhan Ali canon terdengar suara sayup menjerit ketakutan melarikan diri. bagai diburu bau asap tajam menyerbu masuk ke mata dan lubang hidungnya menjadikan pedeh dan sakit, makhluk halus itu terus melarikan diri dan gahib dari mata dan pendengaran Ali canon.

    Ali canon memerhati keadaan sekeliling, dengan penuh curiga, jasad perempuan yang diikat itu nampak terkulai dan lemah, bila Ali canon menghampirinya, tidak ada lagi bau haruman, Apa yang Ali canon dapati bunyi suara sendu dari seorang gadis manis yang baru tersedar daripada tidur lena yang panjang..

    BERSAMBUNG.

    BalasPadam
  2. perlawanan pertama

    1 USTAZ OMAR SHARIF
    2 MEI LING
    3 PAK NGAH BUT
    4 TEKSI MANAF

    Perlawanan kedua

    1 USTAZ ZAIDI
    2 EN SANUSI ROSTAM
    3 LEE YAP HUI
    4 MAT YAAKOP
    5 HUSNI KOLA
    6 PEJUANG ISLAM
    7 RAJA MUNIR
    8 KARIM GHANI

    BalasPadam
  3. BISA TIKAMAN

    aduh! mengapa kau tikam aku
    dengan pandangan itu
    terus tembus jantungku
    berdegup sungguh laju
    aku jadi tak tentu
    hebat kuasa matamu
    luruh rasa jiwaku
    aduh! mengapa kau panah aku
    dengan senyuman itu
    terus menusuk kalbu
    kaku aku terpaku
    cair sudah hatiku
    larut di ilusi rindu
    hebat kuasa senyummu
    melayang dibuai syahdu
    aduh! berikan aku cintamu…

    Husni Kola
    ketika terpandang seorang gadis di pinggir jalan..

    BalasPadam
  4. PEGANGKU ERAT-ERAT

    tolong pegang tanganku
    aku mahu jatuh
    tolong pegangku erat
    aku makin lemah
    sudah hilang sokongan
    sudah hilang kudrat
    kaki tak bisa melangkah
    tangan tak bisa menghayun
    langkah terasa berat
    rasa beban menghempap
    ya tuhan ujian apa ini
    aku mohon sepenuh hati
    kembalikan semua padaku
    aku mahu terus berlari
    mengejar impian pasti
    kini baru kusedar
    itu bukan hak kakiki
    itu hanya pinjaman semata aku redha

    Pejuang Islam
    sajak bila di timpa musibah

    BalasPadam
  5. LAWAN SETAN

    saat ramadan dipanggil pulang,
    terlepaslah belenggu sang setan,
    menjerit mereka kegirangan,
    kerna operasi merosak iman,
    yang tergendala sebulan,
    akan kembali diteruskan manusia
    kami setan siap mendobra
    khancurkan iman kalian!'
    kini satu pertanyaan membahang,
    siapkah kita menentang?


    Karim Ghani
    sajak bila terkenang bulan puasa tahun lepas

    BalasPadam
  6. TANAH TUMPAH DARAHKU

    Moga-moga dari kemenangan yang ini,
    akan kita cetak
    kejayaan lebih bererti,
    buat ibu pertiwi!
    dan akan kami tegar berdiri,
    dibelakang kalian para pejuang,
    memegang panji perjuangan,
    menyanyikan semboyan sokongan,
    tak kira kalah atau menang!

    Raja Munir
    sajak pejuangan

    BalasPadam
  7. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    BISA TIKAMAN sajak oleh Husni Kola ahli lama blog Cr. Pengucapannaya biasa dan bersahaja menceritakan betapa tajamnya kerlingan mata seorang nanak gadis senhingga menjadikan jantung bertdegup kencang, bersama senyuman yang menyusuk hati/jiwa raga, sehingga terpukau dan termanggu, lantas mengharap sebuah cinta yang belum menentu. Agak hebat juga kerlingan dan senyuman seorang gadis yang luar biasa ini, pastinya ramai yang tergoda. Kecuali yang tebal imananya .amin. layak sekadar (U).

    BalasPadam
  8. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    PEGANGKU ERAT-ERAT sajak nukilan Perjuang Islam pengucapannya terasa ada keyakinan diri pada penyerahan kuasa atau takdir Illahi setiap apa yang berlaku dan kita hajat itu, tidak semestinya didapati dan benar belaka, bila ditimpa musibah kebenaran akan ternyata. Dan disinilah kita mula menilai akan kelemahan kita sebagai hamba. Dan sedia kembali kepada kehendak dan keradhaanNya. Amin layak untuk dicalunkan (TU)tp.

    BalasPadam
  9. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    LAWAN SETAN sajak oleh sdra Cikgu karim Ghani sajak memori ramadhan, ternya pengucapannya sudah cantek buat menghidupkan maksud atau cerita yang hendak disampaikan oleh penulis , memberi keyakinan , tetapi sadikit tercacat pada akhir penutup cerita. terasa bagai tercari-cari satu kesimpulan yang kemas,ternyata sdikit longgar dan terputus,boleh menolak keyakinan. Semoga usaha lagi, ada kemampuan. Cuma layak sekadar (U)

    BalasPadam
  10. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    TANAH TUMPAH DARAHKU sajak nukilan pena oleh sdra. Raja Munir ahli cr lama barngkali . Pengucapannya ternyata punya kelainan dari sajak-sajak yang lain, terasa ada menyelitkan semangat cintakan tanah air. Semua orang patut ada semangat ini kerana kurang semangat cintakan tanah air, maka tidak hairan hari ini,perdurhakaan musah sangat berlaku, tanpa segan dan silu, bumi sendiri pun hendak dikopak kapitkannya demi memburu cita-cita tamak halobanya. Syabas! Terus berjuang demi cintakan Negara Malaysia Amin!. Layak dicalukan (TU)tp.

    BalasPadam
  11. dia ingat ali conan ni makanan kot siap boleh jilat lagi? hahahaha

    BalasPadam
  12. cerita ni bagi sy bukan dah seram sekali2 nampak macam lawak plak?

    BalasPadam
  13. hahahha lawa btol ali canon kena jilat sampai nk terkencing plak? hahaha

    BalasPadam
  14. x terkencing dalam seluar ke ali canon ni? hahahhaa

    BalasPadam
  15. wah! dia dapat tangkap jgk akhirnya!!

    BalasPadam
  16. itulah pasal sronok menjilat sgt smpai kena tangkap? hahha

    BalasPadam
  17. eh! dapat jgk tikam setelah sekian lama asyik terlepas jer...

    BalasPadam
  18. wah! ayat jeffry plak dia baca? btol ke?

    BalasPadam
  19. kenapa x letak nama jeffry je snang dari letak nama sy?

    BalasPadam
  20. eh! sy ada bagi ayat tangkap langsuir ke? yg sy thu sy bagi ayat tangkap hantu raya

    BalasPadam
  21. hantu tu boleh nangis plak? aneh btol

    BalasPadam
  22. agaknya langsuir tu selama ni di sumpah agaknya

    BalasPadam
  23. eh! lagi menyeramkan bila tgk hantu nangis plak?

    BalasPadam
  24. eh! hantu tu sedar x ali conan menghendap dia nangis tu?>

    BalasPadam
  25. ali conan x penggal ke kepala hantu tu?

    BalasPadam
  26. ali conan ni x paggil kawan dia ke bagthu dia dh dpt tangkap?

    BalasPadam
  27. kenapa ali canon xmhu jilat dia balik masa dia dah tangkap ni.. hahahaha

    BalasPadam
  28. langusuir ni pengotor jgk sbb siap jilat2...

    BalasPadam
  29. hantu ni dia berubah jd muka manusia ker?

    BalasPadam
  30. rasanya dia nak buat umpan la sbb tu dia pura2 nangis

    BalasPadam
  31. nampaknya setelah 3 episod menungggu akhirnya hantu dpt di tangkap jgk

    BalasPadam
  32. lps ni apa la ali conan nk buat nnt?

    BalasPadam
  33. rasanya msti dia bawak balik ke guru dia

    BalasPadam
  34. eh! hantu tu x melawan balik ke kenapa dia hanya nangis saja?

    BalasPadam
  35. eh! sajak ni macam cerita fantasy plak

    BalasPadam
  36. terbelah 7 lapis ni kenapa en nuri? gempa bumi ke?

    BalasPadam
  37. dulu langit dan bumi bersatu ke? mana en nuri thu?

    BalasPadam
  38. kalau langit dan bumi bersatu manusia tinggal atas langit ker?

    BalasPadam
  39. sajak ni berkisar kisah benar ker en nuri?

    BalasPadam
  40. sajak ni politik ke en nuri? mcm cerrita UMNO dan PAS saja dulu bersatu skrg dh x bersama

    BalasPadam
  41. kenapa ada 7 lapis plak?

    BalasPadam
  42. sajak ni tentang misteri kejadian alam ker?

    BalasPadam
  43. rasany sajak sy mngkin boleh kalah sbb jiwa2 sikit

    BalasPadam
  44. rasanya boleh sapu semua ni sajak sy tela tersedia 3 hari 3 mlm buat ni

    BalasPadam
  45. harap2 boleh menang sajak pertama dari sy

    BalasPadam
  46. aku rasa aku mmg kalah nnt sajak aku mcm x best jer..

    BalasPadam
  47. sajak aku mngkin akan kalah sbb ramai hebat2 kat kumpulan ni

    BalasPadam
  48. kalau kalah lagi nampaknya habis la smua org teluk kumbar

    BalasPadam
  49. harap2 dgn sajak aku pertaruhkan boleh menang nnt

    BalasPadam
  50. aku boleh menang rasa sajak pejuangan

    BalasPadam