Selasa, 8 Februari 2011

MUHDATHATUHA



cuma renungan

Seburuk perbuatan menceritakan rekaan
bukan dari  hadihs atau nas dan al quran
yang tidak berkaitan dipanggil muhdathatuha.
setiap yang direka-reka  itu satu bidaah
dan setiap yang bidaah itu sesat.
Riwayat Muslim.

Diperkukuh pula pada tangkapan bidaah,
sesuatu yang bukan daripada kata kami
sekadar cerita reka-rekaan untuk kepentingan.
Ianya pasti kami kata sesat dan tertolak.
tidak boleh dirima akan adanya.
Riwayat Bukhari dan Muslim

Tetapi bukan semua bidaah sesat ditolak,
suatu yang baru tetapi tidak bertentangan
dan selagi masih mengikut hukum-hukum  syarei
tidak ada pertentangan cara sesuatu yang baru
ditidak binasa atau memberi keselesaan dan baik
tidak semestinya boleh dikatakan sesat,

Oleh: Nurimanja,
satu perbahsan boleh dikira,
Catatan petekan Penceramah 2/02/2011.





50 ulasan:

  1. CERITA ALAM MISTERI : CATATAN KISAH LAGENDA DULU KALA SUSUNAN SEMULA CARA BEBAS NURIMANJA. Ditaip semula oleh Tinta Azimat BERTAJUK: LANGSUWER/ LANGSUIR siri 16. tarikh: 20011
    ____________________________________________________________________


    Dalam suasana mata kuyu dan muyu tenaganya bgai hilang anadara sedar dengan tidak, dia terasa si kucing putih bulu gebu itu begitu hamper kepadanya. Bertambah dekat, dan bertentangan dengan matanya. Tetiba kucing putih itu mencium pipinya yang penuh dengan jerawat batu itu. Kemudian menjilat batang hidungnya yang kemek macam pelepah kelapa. Sesekali Ali canon terasa enak pula dibelai dengan begitu rasa. Mahu terlena dibuatnya.

    Akhirnya Ali canon tidak sedarkan dirinya telah berapa lama dia tertidur di situ. Sehingg matahari hamper terbenam dia bergegas pulang ke terataknya, dalam keadaan
    Termanggu dan terharu, apa yang telah terjadi pada dirinya yang tadi benar-benar tidak bermaya, kini tenaganya semacam pulih semula. Ali canon mengerti sebenarnya dia terkena pukau lagi, kali ini bukan lagi di malam hari tetapi di siang hari.

    Sayang rancangan Ali canon semuanya tidak menjadi, kenapa dia gagal untuk mencampakan kulit bawang dan cabai kering ke dalam unggun api bakarannya. Dia hamper hendak mencapai. Tetapi tidak terdaya. Ali canon sudah mengerti kucing putih itu mungkin jelmaanya di siang hari. Kalau benar pun bagaimana Ali canon cuba hendak memerangkapnya.

    Malam ini bulan mula mengambang. Ali canon sengaja keluar dari terataknya dan tidur di sebatang kayu mati yang terhalang di depan terataknya. Dia ingin menarik perhatian perempuan yang bernama langsuir itu. Ali canon sudah bertekad biar dia berupa apa sekali pun mala mini aku akan membuat perhitungan, akan aku berkas si langsuir ini dengan tali benang batang pisang.

    Seketika kemudian Ali canon terdengan bunyi seperti kucing mencakar bantang kayu, Kemudian disusuli goyang daun dan ranting kayu. Bersama sebatang baku yang terselit di dalam kain di pinggangnya Ali canon sedia menunggu. Tetiba Ali canon terdengar bula seperti benda terbang melintasi di atas kepalanya. Bersama bau harum semerbak bunga-bungan dari hutan rimba.

    Ali canon cuba menahan nafas agar tidak menyedut bau-bauan bunga hutan rimba itu. Dia pura-pura tidak sedarkan diri seperti orang keletehan bekerja seharian. Tetiba Ali canon terasa seperti ada jari tangan halus dan lembut menyentuh tubuhnya yang tidak berbaju itu. Dia mula menacri akal untuk bertindak.

    BERSAMBUNG.

    BalasPadam
  2. JANTAN KEPARAT

    hey jantan keparat
    umur masih sekerat
    semua mahu dirembat
    semua mahu dijerat
    selagi masih berkudrat
    galak tonjolkan sengat
    asal terasa nikmat
    apa kesah maksiat
    selagi belum terjerat
    kunyah sampai lumat
    ayuh jantan keparat
    jalan belum bertongkat
    rasa belum terlambat
    mari kita bertaubat
    umur makin meningkat
    masih lagi sempat
    takut tak sempat…

    Muhamad Rabbi
    sajak nasihat

    BalasPadam
  3. LIKU-LIKU

    liku-liku hanyalah gambaran
    kanan kiri pertarungan waktu ini
    memberikan makna dalam serta padu
    pilihan di tanganmu.
    merata tangisan ini
    meratah inci bumi
    sepasang tangan
    kudratnya ditalikan
    takdir yang panjang
    anak-anak berhentilah
    bermain petang telah suram
    ayahmu menangis dalam doa panjang.
    hujan membasuh derita
    kita tentu tiada serupa.


    Teksi Manaf
    sajak simbolik

    BalasPadam
  4. RAGAM MANUSIA DI KAKI LIMA

    melihat anak kecil mengutip nasib
    di celah sampah jadikan tin
    untuk syiling duit
    ibu tua pula ditiduri
    debu malu di kaki pasar malam
    meraba wang di dalam simpati
    senyum tawar manusia lapar
    membunuh maruah diri
    lelaki di tepi pintu bank
    termenung sejenak
    sambil bergendang lagu hidup
    dalam sumbang nyanyian untuk makan.
    membilang anak-anak kecil
    menghitung ibu tua
    lelaki yang dibunuh mimpi hidup.
    siapa yang untung hanya pemerhati


    Mei Ling
    sajak peristiwa berlaku di kaki lima apabila sy tunggu bas maaf kalau ayat sy tungang terbalik sikit qalam

    BalasPadam
  5. PELAUT

    pelaut mengukur ruang
    aku bimbang katanya
    tepian lautmu tiada hujung
    langit dan awanmu
    selalu mendustai hari.
    aku manusia bernyawa
    berikan aku sehari lagi
    untuk pulang ada daratan
    tolonglah aku kata pelaut
    berulang kali dan pelaut itu hilang dalam angin mati.


    Pak Ngah But
    sajak kenangan dengan rakan tapi dia telah lama pergi semasa kami berkerja di navy

    BalasPadam
  6. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    JANTAN KEPARAT nukilan sajak oleh sdra Muhamad Rabbi pengucapannya agak terlalu biasa menasihati teman sebaya. Begitulah keadaanya kehidupan anak muda dini hari, kekadang lebih menonjol dari usianya, sudahlah dengan pakaian bergaya merokok, merempet, malah pandai pula berkepit bawa mak wa, tetapi wang saku mak bapak yang masih membantu. Si penulis kekadar mengingatkan sahaja, jika sebelum tua dan bertongkat pula, eloklah jangan diabaikan masa yang ada, jika sudah terlepas semua peluang akan jadi-sia-sia,sebelum terlewat segera bertaubat. semoga tidak semua begitu. Amin sekadar (U)tk.

    BalasPadam
  7. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    LIKU-LIKU kehidupan barangkali sajak oleh Teksi Manaf
    pengucapanya menyentuh Tentang kehidupan perjalanan seharian, berbagai ragam dan cerita manusia yang telah dilihatnya ada ahli politik dengan kepolitikannya, perniaga dengan perniagaannya dan anak muda dengan kegilaan kemudaannya.orang tua atau ibu bapa diserang kerisauan tagisan kecemasan yang memanjang. Pihak tertentu pula bagai tangan terikat kekuatannya tiada , lantas membenarkan takdir mengcengkam nasib manusia yang panjang mengharung derita dan sengsara. Semoga ketabahan yang dapat mengatasinya. Amin. layak untuk terpilih; (TU)tp.

    BalasPadam
  8. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    RAGAM MANUSIA DI KAKI LIMA sajak nukilan daripada Mei Ling. Pengucapannya agak berani memaparkan sesuatu kehidupan apa yang dirasakan sebenar untuk diceritakan. Bagaimana kehidupan segelinter manusia di bandar yang masih lagi merempat, anak kecil memungut tin, ibu tua meminta belas di pasar malam, kerana kelaparan sanggup membunuh maruah diri. Apa yang sedeh pemerhati terlalu ramai yang bersimpati sedeh terlalu sadikit, mungkin hanya seorang dua pengawal pintu bank .semoga pihak tertentu segera lunas situasi begini sebelum bandar kota yang ingin membangun tidak tercemar teruk. Dicalunkan (TU)tp.

    BalasPadam
  9. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    PELAUT sajak oleh Pak Ngat But seorang yang terlalu biasa dalam kehidupan kerjayanya bermain dengan gelombang, mungkin juga bekas seorang anggota tentera laut di raja. Hari-hari menjanjikan, tetapi kurang keyakinan. Hidup dengan tugas yang memanjang dalam kecemasan dan kewaspadaan, al maklum, jika tersalah langkah pastinya menerima padah. Hari-hari sering merindui daratan, sekadar berdoa agar tuhan membenarkan usia dapat kembali ke daratan sebelum angin mati. Disacunkan dan layak terpilih(TU)tp.

    BalasPadam
  10. kutu dan muyu apa ni?

    BalasPadam
  11. huh! siap cium plak ali canon?

    BalasPadam
  12. alamak! en nuri nnt tukar nama lain sbb bila en nuri letak nama sy seram plak badan sy...

    BalasPadam
  13. eh! ada adegan 18 sx nampaknya kucing tu cium ali canon? hahahhaa

    BalasPadam
  14. alamak! ali conan nampaknya berasmara dgn kucing plak? hahhaha

    BalasPadam
  15. ali conan ni kalau nak kucing tu cium paku la jadi manusia dulu ni kucing cium x geli ker?

    BalasPadam
  16. alamak! dia nak manja2 plak dgn ali conan? hahaha

    BalasPadam
  17. hbis la ali conan hantu tu berminat kat ali conan

    BalasPadam
  18. wah! hantu lebih pandai dia pukau waktu siang plak?

    BalasPadam
  19. eh! skrg hantu lebih ganas x kira malam siang pun dia pukau ali canon!

    BalasPadam
  20. panjang lagi ke? mana en nuri dpt idea nak menulis cerpen ni?

    BalasPadam
  21. eh! batang pisang plak dia guna kali ni?

    BalasPadam
  22. mcm2 bahan dia guna hantu masih xpdt lagi

    BalasPadam
  23. xkn sampai skrg xdpt2 lagi en nuri?

    BalasPadam
  24. panjang lagi ke cerpen ni berapa siri sebenarnya?

    BalasPadam
  25. x sakit badan ke tidor di tunggul kayu?

    BalasPadam
  26. mcm2 perangkap ali conan cuba liat jgk hantu ni

    BalasPadam
  27. kenapa msti guna bawang putih dan kemenyan

    BalasPadam
  28. guna lain x boleh ke kenapa kena pakai bawang putih?

    BalasPadam
  29. x patah ke kayu mati tu?

    BalasPadam
  30. alamak! langsuir tu mcm nak rogol ali canon jer?

    BalasPadam
  31. siap cakar ranting lagi kucing tu mcm nak mengawan jer? hahahahaha

    BalasPadam
  32. ali conan ni dari episod lepas dia masih x bertindak2 lagi ker?

    BalasPadam
  33. x sabar nak thu mcm mana dia dapat hantu nnt?

    BalasPadam
  34. tangan sapa plak pegang dia? entah2 tangan hantu lain agaknya?

    BalasPadam
  35. ada bola terbang? bola api ke en nuri?

    BalasPadam
  36. bola apa yg terbang kat dpn dia tu? balan-balan ker?

    BalasPadam
  37. ali conan ni mcm mana la nasib dia nnt..

    BalasPadam
  38. adakah masih ada peluang ali canon ni? hahaha

    BalasPadam
  39. nampak mcm hantu tu nak cabul kehormatan ali canon jer.. hahaha

    BalasPadam
  40. kenapa dia x mahu bau hantu tu?

    BalasPadam
  41. hantu ni asyik kaco dia je dari td

    BalasPadam
  42. eh! rasanya ali conan ni berjaya ke x?

    BalasPadam
  43. nampaknya hantu lbih pandai dari ali canon la

    BalasPadam
  44. ali conan masih x berjaya nak paku ker?

    BalasPadam
  45. sampai skrg x paku lagi ke? nnt karat plak mati trus dia paku tengkuk langsuir tu? hahahahaha

    BalasPadam
  46. eh! sampai siri berapa cerpen en nuri ni?

    BalasPadam
  47. habis la ali canon hantu diap raba dia plak? hahahahaha

    BalasPadam
  48. kwn2 dia x tolong ke asyik sorg2 jer?

    BalasPadam
  49. eh! makin lama makin suspen plak cerpen ni

    BalasPadam