Rabu, 2 Februari 2011

PENYAKIT BURUK KITA




 
Penyakit buruk kita
yang ada dalam rohani
tidak akan masuk syurga
walaupun sebesar debu halus
perasaan hasad dengki dan fitnah.

Orang suka melakukan
perkara  syirik dan mungkar
menduakan tuhan, minum arak
berzina, judi dan bertenung nasib
Allah mencabut imannya dari tubuh.
sepertimana orang yang membuang pakian
dari tubuhnya, bogel tidak ada perasaan malu.

 
Oleh: Nurimanja,
catatan kuliah subuh,
beberapa tahun yang lalu/2008.




50 ulasan:

  1. SIRI CERITA ALAM MISTERI : CATATAN KISAH LAGENDA DULU KALA : SUSUNAN SEMULA CARA BEBAS NURIMANJA. Ditaip semula oleh Tinta Azimat BERTAJUK: LANGSUWER/ LANGSUIR siri 9.
    _____________________________________________________________________



    Sebelum mereka bertolak mereka berjumpa dengan tok batin rumah panjang orang asli agar diberi sadikit pertua, tuk batin Cuma tersenyum, katanya langsuir itu sudah jatuh hati dengan Ali canon. sebelum mereka berempat pergi meninggalkan kampong tuk Batin orang asli itu, mereka sempat dibekalkan dengan limau purut, sabun sintuk dan lada hitam, bersama bawang tunggal .Sebagai mengangdang halau langsuir .


    Sesampainya mereka ke pinggir kampong Irafanul haq telah terlebeh dahulu pergi menemui atuknya yang sudah tua berumur 90 tahun itu, minta dipulihkan rakannya Ali canon. Sesekali mereka rasa kasihan pula, bila mengenangkan Ali canon membawa diri kerana rasa terhina dengan ejekan atau sikap-rakan-rakannya yang lain di kampong itu.


    Hampir sebulan lebih masa berlalu Ali canon tinggal di rumah datuk Irafanul Haq mereka bertiga telah sembunyikan Ali canon di bawah jagaan datuknya, mereka yakin orang tua itu tentu banyak ilmu kesaktiannya melawan langsuir itu jika datang lagi menganggu Ali canon.. Ketiga rakannya telah kembali ke kampong, Cuma Ali canon engan balik ke kampungnya kerana dikhuatir di hina dan dicaci oleh anak gadis dan pemuda di kampong itu.


    Setelah beberapa bulan Ali canon kini kembali pulih sepenuhnya dan banyak juga ilmu pengetahuan dan perhutanan dan cara memujuk dan menagkap hantu jin dan syaitan atau mkhluk halus telah pun dipelajari daripa datuk Irafanul Haq. Satu hari Ali canon bercadang untuk pergi semula melihat terataknya yang ditinggalkannya itu. Dengan azam dan tekad yang kuat dia meminta izin dari datuk Irafanul haq yang tinggal bersindirian di pingger di hujung kampong itu.


    Setelah semua bersediaan alat kelengkapan dapat dicarinya. Kebenaran dari datuk Irafanul Haq telah diperoleh. Ali canon tanpa disedari oleh ketiga rakannya telah pergi semula ke tengah hutan belantara itu untuk melihat kembali teratak yang pernah ditinggalkannya dahulu.

    Sebelum matahari terbit bersama kicauan burung keluar dari sarang menacari rezeki. Ali canon juga melangkah mengharung embun pagi, bersama tekad yang bulat dan azam di hatinya untuk bertemu dengan makhluk yang dipanggil langsuir itu benarkah telah jatuh hati padanya.


    BERSAMBUNG.

    BalasPadam
  2. SEDUTAN CERITA . SELEPAS DUN TENANG MENANG oleh GELETEK PAGI

    Ternyata 1 Malaysia rakyat di DUN tenag telah buka mata tiga bangsa telah pun bersatu MIC dan MCA dibantu orang kawasan felda. Membuktikan temberang jangan dijual lagi . Fikiran rakyat tidak celaru lagi. Ternyata segala bukti.


    -Si hu! hu! Ahmad Sabu sekadar berani buat bantahan di kedutaan sokong pembangkan di mesir, tetapi gagal memekirkan untuk bawa balik pelajar kita yang terkandas di mesir. Hanya BN dan PM yang sedang berfikir bagaimana untung nasib mereka jika gagal dibawa pulang. Inilah cerita pembangkang cari publisiti murah, yang kita tetang pemerentah saudara Islam, carilah jalan berhemah, menyelesaikan masalah. Jangan pula pi goncang paggar nak tunjuk marah. Protes yang tak tentu arah.


    -Mester bean yang gah kata di Tenang beribu perhimpunan penyukong PAS memberi sokong menapikan Tenag bukan kubu kuat BN ternyata meleset dan memalukan cakap lebih banyak pembohong dari merakah. Mereka juga tiru gaya BN Dr Rais Yatim membawa budaya kesenian di Tenang, uyang hadir bukan orang tempatan, tetapi penyokong pembangkang termasuk orang DAP dan PKR, termasuk orang PAS dari luar kawasan.


    -Nek Aziz pula lebih suka solat hajat di surau bukit jalil untuk pasukan bola sepak Kelantan menang, daripada memikirkan banyak tumpuan untuk DUN Tenang. Sebab dia dah tahu, selepas GALAS dibawa dengan TENANG untuk dapatkan MELIMAU . Lagi pun bukannya kawasan DUN orang kita, tenang Ini memang kubu kuat DUN kempunyaan BN. Mengapa mr. Bean buat sebuk.

    BalasPadam
  3. KAMBING

    wahai si kambing
    usah terloncat di sana
    kasihan mata melihat
    apa kau buta warna
    atau juga buta hati
    mereka itu semua putih
    mereka semua bebiri
    engkau itu hitam
    apa diturut kehendak
    nafsu serakah menggelegak
    jiwa kacau bergolak
    bikin semua jelak
    pergi kau dari situ
    sebelum kau disembelih
    diratah sampai licin
    hingga tiada sisa
    pergi kau ke sana
    ke pangkuan teman
    ke pangkuan saudara
    ke pangkuan arah sebenar
    kau pasti lebih berharga
    lebih bernilai tiada ternilai…


    Raja Munir
    selangor
    3pagi

    BalasPadam
  4. TERATAI

    Pada setiap satu gugurnya daun
    Itu adalah rinduku
    Setiap angin yang menghembus
    Itu adalah nafasku
    Walau ia bukan cinta
    Tidurmu tetap tak lena
    Sejuk embun itu sentuhanku
    Rasailah biar segar pagi harimu
    Secantik ungu morning glory
    Itu senyumanku Sambutlah
    Sebagai peneman mimpi tidurmu.
    genggam angin kalis tiris
    satu persatu jadi nafas
    mentari di poket sisi
    saling melengkap buat teman
    teratai dalam balang kaca
    letaknya tinggi di puncak awan
    garis waktu terlanjur rapuh
    teratai tetap mahu pulang
    kalah beradu takdir siap tertulis.


    Kaki Hantu
    sajak jiwa2 sikit

    BalasPadam
  5. DIA DATANG MEMBAWA SESUATU

    pada saat kelahiran tidak terjangka
    datangnya dia seperti
    suluhan menerangi kelam
    mengungkai setiap
    belitan yang kesat dan lusuh
    yang lansung tidak mengenal
    dasar huruf henti meranjau
    beberapa purnama jarak jauhnya
    bertimpa segala kesakitan
    meragut senyuman
    menepis kalis atas tunjang
    kemuliaan nawaitu dia
    mengukir kesucian
    bertumbuh dari dalam
    kelahiran itu sememangnya
    harus hadir nyata
    pada kehidupan walau
    dihenyak tanpa sedikit belas
    sudah tertulis dia membuka perlahan tersirat
    takdir telah menjanjikan
    dua jiwa dalam satu alam

    Panah Arjuna
    sajak simbolik sedikit

    BalasPadam
  6. MASIH

    Masa yang berlalu begitu lantas,
    Meninggalkan yang dihadapan,
    Melesapkan yang tertinggal,
    Melekakan si celik,
    melupakan si buta,
    Kadang masa menyeramkan aku,
    Waktu dan saat pun begitu,
    Tak penat mengejarku,
    Masih lagi membuntutiku,
    Tatkala keringatku kering,
    Ronggaku haus,
    Tapakku kebas, ku toleh,
    Masih lagi ekori,
    Tak tahu apa yang dikejarnya,
    Padamu aku tiada apa,
    Tapi padaku kamu berharga,
    Masih lagi berharga,
    Apa yang kau kejarkan?
    Aku tahu, bukan kejarkan aku,
    Kau hanya tepati tugasmu,
    Kau hanya nak rugikan kami,
    Masih lagi, masih tak henti.


    Guru Yahya
    Sajak simbolik harap qalam dpt tangkap

    BalasPadam
  7. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    KAMBING nukilan rasa Raja Munir pengucapannya bagai bersahaja, tetapi punya maksud yang tersirat dan tersurat. Sesiapa pun akan marah dan melepas sinis melihat sikap dan kelakuannya. Si kambing hitam yang tidak mengenal erti keinsafan ini,tidak hairan jika ia pernah mengalamai lebam sebelah mata. Lompat dan langkahnya cukup
    licik, setiap kesalahan dan kerenahnya orang lain yang terinanya. Selalu sajak perkena kawan dan rakan, jika ada kepentingan kita kawan, jika tiada lagi faedahnya kita bukan lagi kawan tetapi lawan, demi mempengaruhi keadaan dan kawasan rumput tebal yang hijau untuk dimakan. Untuk pulang ke pangkuan kaum keluarga, amat susah nampaknya, malah kaum keluarga sendiri pun sudah mulai curiga. Hanya tunggu saja malaikat al gojo datang menerpa. Ada berbau …… sadikit. (TU)

    BalasPadam
  8. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    Kaki Hantu dengan nukilan sajak jiwa-jiwanya TERATAI sekuntum bunga jadi pujaannya Barangkali si penulis menceritakan akan kemesraan yang amat diharapkan semoga berpanjangan, kerana hari –hari yang berlalu bagai merastui perhubungan, cukup terasa indah dan mesra, bila jiwa dan raga tidak lagi berasa curiga dan gundah gulana, jika saling ada rasa percaya mempercayai maka kemesraan pun terasa bagai ada di mana-mana. Cuma hanya satu ingatan buat teratai di dalam kolam sedang menanti. Agar segera dipetik agar tidak sepi.Amin. (B)

    BalasPadam
  9. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    DIA DATANG MEMBAWA SESUATU oleh Panah Arjuna semboliknya terlalu menyulitkan dan ramai khalayak akan melepas pandangan jika diterbitkan kerana kurangnya maksud yang jelas untuk tafsirkan atau dibandingkan. Cuma andain, mungkin boleh di ceritakan dalam berbagai andain, Walau apa pun pengucapanya banyak lebih menyentuh tentang kelahiran seorang bayi yang selama ini dinanti atau diharapkan oleh sepasang suami isteri, dengan susah payah ibu mengandung , kelahirannya telah membawa kebahagian pada ayah dan bonda, sebagai taqdir dari Allah dan memberi harapan yang cerah untuk keluarga. Amin (TB)

    BalasPadam
  10. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    MASIH sajak oleh Guru Yahya menceritakan mungkin tentang masa yang sering jadi mangsa pergelutan kita, masa berlalu dan pergi sering meninggalkan kita, dia tidak mengejar tetapi kita yang sering tertinggal, malah langsung kita tidak ingat bila masa
    Kita telah dewasa, terasa kita sudah ada, berkhawin, beranak dan bercucu pula. Ah! Anihnya masa, begitulah keadaannya kita serring bergelut dengan masa, pejam celek hari pagi sudah jadi waktu senja, sesekali kita terasa bagai terperangkap dalam kekalutan masa. Sehingga kini kita masih, selagi nadi belum berhenti, kita tetap masih dihimpit masa. Amin (U)

    BalasPadam
  11. sabun sintuk? apa tu?

    BalasPadam
  12. eh! ada jgk nama bawang tunggal plak?

    BalasPadam
  13. limau purut pun hantu takut ker?

    BalasPadam
  14. mcm mana langsuir tu boleh suka kat ali conan?

    BalasPadam
  15. alamak! langusuir suka kat aku plak? seram harap2 jgn jd btol

    BalasPadam
  16. nsem sgt ke ali conan sampai hantu pun suka?

    BalasPadam
  17. eh! bawang tunggal pun boleh takutkan langsuir ker?

    BalasPadam
  18. cerita ni btol ke rekaan semata2?

    BalasPadam
  19. eh! percintaaan hantu dgn manusia plak ker?

    BalasPadam
  20. mcm mana languisr tu boleh terpikat kat ali conan?

    BalasPadam
  21. rasanya ali conan pun keturunan hantu jgk agaknya? hahahaha

    BalasPadam
  22. umur 90an ke? tua btol sy dalam cerpen en nuri ni

    BalasPadam
  23. sian dorg hina ali conan plak?

    BalasPadam
  24. apa la salah ali conan sampai dihina sebegeitu rupa plak?

    BalasPadam
  25. sedih mengenang cerita ni sbb dpt lihat manusia kejam terbalik hantu plak baik?

    BalasPadam
  26. eh! tinggal dgn nasruq haqq plak dorg bertiga ni?

    BalasPadam
  27. rasanya dia kawin dgn langusuri tu la agaknya

    BalasPadam
  28. berani dia pegi balik kat teratak tu

    BalasPadam
  29. buat apa dia pegi balik teratak tu?

    BalasPadam
  30. mngkin dia jmpa langsuir tu nangis agaknya?

    BalasPadam
  31. eh! jd bomoh plak ke ali conan lps tinggal dgn nasruq haqq?

    BalasPadam
  32. eh! kenapa dia nak pegi balik tmpt dia dulu?

    BalasPadam
  33. berani btol la siap nak pegi balik tmpt dia kena kacao tu

    BalasPadam
  34. cari penyakit la buat apa nk pegi balik?

    BalasPadam
  35. tua rupanya nasruq haqq dlm cerpen ni? hahahaha

    BalasPadam
  36. kenapa panggil dia hu hu geletek pagi?

    BalasPadam
  37. lama xnmpk geletek pagi ni

    BalasPadam
  38. rasanya last nmpk geletek pagi thn 2010 jer....

    BalasPadam
  39. geletek pagi xde cerita lawak ker?

    BalasPadam
  40. eh! ahmad sabu ni sokong mubarak ker?

    BalasPadam
  41. eh! ahamd dabu pun terlibat jgk tentang pergolakan di mesir?

    BalasPadam
  42. eh! mr bean tu sapa plak?

    BalasPadam
  43. eh! dorg siap goncang pagar ker?

    BalasPadam
  44. huh! solat hajat utk bola plak bukan tenang? hahahhaa

    BalasPadam
  45. mngkin bagi dia bola lebih penting?

    BalasPadam
  46. ada plak solat hajat utk bola? adoi.. hahahhaa

    BalasPadam
  47. rasanya nik aziz solat hajat kat bola sebab dia confident bola boleh menang... hehehe

    BalasPadam
  48. kenapa x solat hajat di tenang ni bola plak dia solat hajat? hahahhaa

    BalasPadam
  49. rasanya merlimau pun dorg terlepas jgk nnt... hehehhe

    BalasPadam
  50. pelik btol bola dia solat hajat kat tenang xnk plak? adoi... hehhe

    BalasPadam