Jumaat, 4 Februari 2011

PENANTIAN SATU PENYEKSAAN




 
Penantian,
sesungguhnya
kau sering menyeksaku
diruang waktu dibenak sepimu.

Penantian,
sesungguhnya
kau bagai memanjaraku
mempergadaikan usia rumajaku.

Penantian,
sesungguhnya
sampai kapan aku begini?
membunuh rumajaku sebelum tua.

 
Oleh; Nurimanja,
ctatan waktu muda belia
sajak lagenda tarikh; 27/06/1986.




50 ulasan:

  1. CERITA ALAM MISTERI : CATATAN KISAH LAGENDA DULU KALA : SUSUNAN SEMULA CARA BEBAS NURIMANJA. Ditaip semula oleh Tinta Azimat BERTAJUK: LANGSUWER/ LANGSUIR siri 12

    Satu hari semasa ali Canon berehat di waktu tengah hari di bawah sebatang pokok. Dia tersandar disintu, kebetulan baru saja lepas
    makan bekalannya ubi rebus, Dia terlelapkan matanya di antara sedar dan tidak itu dia terasa ada saekor kucing putih datang
    kepadanya, menginyau-ngiyau dengan manja , ali canon membelainya dengan mesra sekali.

    Teiba-tiba hidungnya terhidu harum semerba bunga-bungan di sekelilingnya. Semakin lama, semakin bertambah kuat baunya. ali canon pun terjaga, dia ternampak saekor kucing putih lebih besar melompat menyelinap masuk ke hutan tebal. ali canon terpingga-pingga
    dari lamunannya. Setelah dia bangun Ali canon meneruskan kerjanya kembali dikebun.

    Pada malam itu Ali canon tidak dapat tidur dengan nyenyaknya, beberapa kali dia terjaga, terasa bagai ada orang yang mengintainya,
    sesekali ada bau harum bunga-bungaan, apa yang lebih mengejutkan Ali canon bila dia terjumpa sekuntum bunga mawar putih di depan pintu terataknya. "siapa yang meletak bunga ini? datanglah," seru ali canon dengan berani.

    Ali canon mulai merasakan ada sesuatu keanihan berlaku di terataknya siang tadi, siapa yang datang mengemas terataknya? Malah
    ada beberapa kuntum bunga mawar , melor, ros dan cempaka sari, bertaburan di lantai . makhlauk mana yang membawanya ke sini.
    Ali canon telah pun bersedia untuk menangkapnya dengan keilmuan yang diajar oleh Atuk Irafanul Haq.

    Setiap hari Ali canon ke kebunnya dia akan membawa peralatan menangkap hantu dipinggangnya. Cuma dia hairan kenapa perempuan
    yang datang kepadanya dahulu, dia rasa dalam keadaan lemah dan tidak bermaya, diantara sedar dan tidak boleh berkata, melaikan ikut
    dan menurut saja apa saja yang diperlakukan kepadanya. Hari sudah berbulan dia menunggu , kenapa tiada siapa pun yang datang.

    Cuma sesekali Ali ternampak ada orang yang menyelinap atau melintas di belakang dan di sisinya. mereka mungkin orang bunian yang sudah biasa dengannya. tetapi hatinya ingin mencari perempuan yang berbau harum semerbak bunga-bungan dari hutan itu, bila dia datang bagai terpukau tidak boleh berkata apa, melaikan menurut saja. Kekadang Ali canon sengaja tidur lebih lama di bawah pokok di kebunnya itu, tetapi tidak pula lagi bermimpi dengan kucing putih itu, malah harum semerbak bunga pun tidak juga berbau lagi.

    BERSAMBUNG.

    BalasPadam
  2. SUARA DALAM SUNYI

    Telah terdengar suara-suara
    mahu bangkit dalam sunyi
    sebenarnya ia membingit.
    Lalu mereka seronok
    menjadi tukang percaya
    pembenar kononnya
    menghasut bertarung.
    Dalam damai udara putih
    menjadi warna-warni
    politik itu cantik
    mencarut itu molek.
    Bila semua keinginan
    sudah dilampiaskan,
    terpandanglah seorang anak kasihan
    ibunya tidak mampu mengenyangkan
    ayahnya peribadi kesyaitanan.
    Habis semuanya
    terkepallah genggaman
    terlaunglah seruan,
    Kami pembela! mari percaya
    Terus anak kecil itu menangis
    dalam tragis, sebenarnya magis.


    Iskandar Syah
    sajak simbolik

    BalasPadam
  3. LAKNATULLAH

    mengapa kau berlegar di sisi
    wahai si laknatullah
    apakah kau belum puas
    menyesatkan aku ini
    bila lagi mahu puas agaknya
    belum cukup lagikah
    apa kau mahu
    aku terus sesat bersamamu
    jadi pengikut nombor satu
    hingga akhir hayatku
    apa kau mahu
    aku terus setia bersamamu
    jadi bahan bakar di neraka
    bolehkah kau berhenti sekejap
    aku mahu buat kebaikan
    aku mahu sujud seketika
    tolong jauhi aku
    aku mahu khusyuk
    dalam sujudku ini izinkanlah…

    Syed Faisal
    sajak simbolik utk qalam mencuba cari maksudnya

    BalasPadam
  4. DIALOG SI BUTA

    Satu hari nanti berbunyi.
    Jika kau celik semula.
    Melihat aku dan aku sahaja.
    Adakah terima aku ini selama nya.?
    Semakin dekat dengan telinga.
    Jika aku punyai mata.
    Melihat kau dan kau sahaja.
    Aku terima kau seadanya.
    Pandai awak berjenaka.
    Aku dapat nyawa yang baru.
    Satu hari nanti berbunyi lagi.
    Aku akan lihat nyawa ku.
    Satu hari nanti pasti menjelma.
    Kau akan lihat nyawa mu.
    Pandai awak berjenaka.
    Saya sudah punya mata.
    Ah rupa nya awak tidak sama.
    Berpisah sahaja kita.
    Kalau itu semua nya.
    Tak perlu fikir,sudah takdir.
    Jagalah nyawa aku itu yang dahulu.

    Nor Syafiqah
    sajak jiwa2 sedikit

    BalasPadam
  5. EGO

    Egomu itu tika ini runtuh
    warna megah hati luntur
    tatkala bisik malu menjengah
    menyelinap senyap ke kalbumu
    sudah sedekad saat
    bila hati mu tersemat
    lekat cermat kemas di lurah kosong
    jantung sulung itu pernah dia pinta
    menadah tapak mengangkat junjung
    pada rabbi agar isi hati kotor
    kian suci warni diteliti sang dewi
    dewi isi jiwa ego kini dia tahu.engkau tahu
    satu rasa.tanpa kata kisah cipta.rasa cinta
    dia mahu jaga kamu tahu itu malu
    jangan malu dia malu
    detik terhenti mati
    seketika azan itu sudah ada
    aku sentiasa berharap lagi.
    pada-Mu Allah Maha Esa.


    Fatimah Hadaibah
    sajak ketuhanan

    BalasPadam
  6. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011
    SUARA DALAM SUNYI oleh Iskandar Syah penceritaannya bagai ada agenda komplot dalam tersembunyi, mereka bagai tukang canang yang senyap untuk buat kebangkitan mengejut seperti masa yang lalu. Dengan menjual temberang dan menjadi penyokong membabi buta, membenarkan dan mempercayai segala kata idola mereka. Ternyata politik itu menjadi kotor di atas kerangkusan manusia, mabuk dan gila kuasa. Tanpa segan silu melaungkan selogan kata kami pembela perlu percaya. Anak kecil pun menangis bukanya kerana takut, tetapi mungkin sedeh melihat pendustaan manusia.Semoga keadaan di negara kita dapat pulihdaripada hasutan syaitan bertopingkan manusia dengan gitu Amin! (U)

    BalasPadam
  7. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    LAKNATULLAH sajak oleh Syed Faisal Pb. pengucapan membawa maksudnya yang agak tersendiri. Dia menceritakan bagaimana seorang itu bila dipujuk dan dihasut oleh syaitan lanknatullah. Selama ini mungkin telah banyak mengikut dan menyokonganya dalam segala kerja kemaksiatan, malah cukup setia kemana saja. Tetapi bila difikirkan
    terasa keadaan telah jauh menyempang, dan terasa juga diri bagai sedang menempah langkah ke gerbang neraka, jadi bahan bakar. Kini aku insaf untuk bertubat. dan ingin sujud kepadaNya.Aku mahu menjauhkan diri daripada segala kemungkaran aku tidak mahu dipanggil atau digelar sebagai hamba yang laknat Allah. Nauzubillah (TU)

    BalasPadam
  8. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011
    DAILOG SI BUTA oleh Nor Syafiqah penceritaanya membawa maksud mungkin seorang gadis yang tidak pandai menilai erti sebuah kemesraan ataupun percintaan seringkali dipermainkan oleh si jejaka. Kerana janji dan kata-kata pertama yang di dengarnya itu merupakan nyawa baginya , lantas sanggup sehidup semati, tetapi kadangkala ada peramgkap disebaliknya. Tetapi bila sudah mengerti barulah sedar tergadai isi hati. semoga keadaan anda tidak begitu. Amin. (B)

    BalasPadam
  9. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    EGO sajak oleh Pb. Sdri, Fatimah Hadaibah Pengucapannya ingin mengetengahkan satu penceritaanya mungkin mengingatkan kita bahawa yang hidup ini akan rasa mati, janganlah tunjukan keegoan sangat, sebenarnya hati dan iman itu kosong menjadikan seorang itu tidak terasa malu. Kalau Allah ingin menjatuhkan sesaorang itu, dia akan angkat perasaan malu itu daripada sesaorang kamu. Lalu kamu lakukanlah apa yang kamu mahu. Akhirnya kerja yang kamu lakukan itu memalukan dan menjatuhkan dirinya sendiri. Semoga kita semua tidak begitu. Amin (TB)

    BalasPadam
  10. mmg btol penantian mmg menyeksakan

    BalasPadam
  11. btol tu penantian mmg menyeksakan

    BalasPadam
  12. penantian menunggu no giliran lagi menyeksakan... hehe

    BalasPadam
  13. eh! kenapa ada kapan dalam sajak penantian en nuri ni?

    BalasPadam
  14. kenapa ada kapan dalam sajak en nuri sapa yg meninggal ni?

    BalasPadam
  15. sajak jiwa2 ke en nuri?

    BalasPadam
  16. penantian menunggu apa ni en nuri?

    BalasPadam
  17. sajak jiwa2 ke ni pasal penantian ni?

    BalasPadam
  18. sajak penantian ni penantian menunggu jodoh ke en nuri?

    BalasPadam
  19. penantian mmg seksa tp en nuri tengah menanti apa dalam sajak ni?

    BalasPadam
  20. penantian tentang apa ni? kenangan lalu ker?

    BalasPadam
  21. sajak en nuri tentang penantian ni skop luas mcm2 boleh tafsir...

    BalasPadam
  22. penantian apa la agaknya dalam sajak ni?

    BalasPadam
  23. eh! ada kucing plak dtg kt ali conan?

    BalasPadam
  24. kucing ni langsuir dulu kot?

    BalasPadam
  25. huh! dia dtg dalam mimpi plak kucing putih tu?

    BalasPadam
  26. kenapa dia lari plak bila ali conan terjaga?

    BalasPadam
  27. eh! siap bagi bunga plak kat ali canon?

    BalasPadam
  28. seram aku bila hantu suka kat manusia plak? ali conan x takut ker?

    BalasPadam
  29. siap boleh seru plak suruh dtg? berani btol!

    BalasPadam
  30. kenapa bila langsuir tu dtg je msti bau wangi? pelik

    BalasPadam
  31. eh! siap bagi bunga plak hantu tu!! lagi menyeramkan!

    BalasPadam
  32. apalah punya ali canon ni xkn xde manusia ke kt dunia ni ke yg ada sampaikan hantu pun dia nk

    BalasPadam
  33. eh! kwn dia lagi 3 org xde ker?

    BalasPadam
  34. gila btol x takut ke tinggal sorg2 dalam hutan?

    BalasPadam
  35. wah! perbagai jenis bunga dia bagi plak?

    BalasPadam
  36. boleh bahagia ke hantu kwin dgn manusia ni?

    BalasPadam
  37. eh! kenapa langusir tu mcm malu2 plak kt ali conan?

    BalasPadam
  38. eh! dia x menjelma dh ke kat ali conan? cuma tinggal bau wangi jer...

    BalasPadam
  39. rasanya hantu tu takut ali conan paku tengkuk dia kot?

    BalasPadam
  40. sepatutnya ali conan kena sorok dulu peralatan dia

    BalasPadam
  41. kenapa hantu mcm x slalu dtg dh berptus asa ker?

    BalasPadam
  42. eh! cuma tinggal bau je hantu dh xde ker?

    BalasPadam
  43. kenapa hantu mcm nak mengelak dari ali cano je dulu dia nak sagt ali canon

    BalasPadam
  44. eh! dia tinggal bunga plak? tu tanda dia suka ali canon la...

    BalasPadam
  45. eh! mcm mana la skhir sekali dorg jd kwin ker? hehe

    BalasPadam
  46. eh! langsuir tu pelik la pewataka dia skrg...

    BalasPadam
  47. mngkin langsuir tu dh ada laki lain agaknya?

    BalasPadam
  48. rasanya langsuir tu kwin dgn langusir lelaki kot? hahahaha

    BalasPadam
  49. makin lama makin berdebar2 nk thu kesudahan cerita ni

    BalasPadam
  50. eh! mngkin hantu tu takut jd manusia agaknya? kan ali canon nk paku dia

    BalasPadam