Jumaat, 11 Februari 2011

PASRAH



 sajak pilih Pb. cr.


Musim ini aku gugur
mengering mencium bumi
pada ketandusan merekah
meminta belas menyembah
kehinaan sugul menebal mungkin
aku harus dibiar keselesaan panggil hujan
belai kehibaan aku penuh kebencian
terik cahaya meratah setiap seluruh
jauhkan kasihan aku sedang diajar
menangis itu adakah perluku
sedih itu adakah takdirku
aku gadai semuanya utk kamu
tapi dimana mahumu padaku?
kasih bila jauh menyising
bila dekat cemburu
bila mahu dia lari
bila sibuk dia kemari..
pilihan aku dan pilihan keluarga
perlukah aku dalam hatinya
pilihan keluarga diutamakan dulu?
aku disini sendiri tiada mencari
mungkin sudah takdir tertulis
tapi aku terima biarlah biar
mungkin perlu berlegar begitu..
ayatku runcing tak tersusun,
seperti hidupku jiwaku musnah,
hatiku parah semua mengila aku pasrah..

OLEH: EMILY BAYANS
Singapore,19 oktober, 2010 jam 10 malam
Diterbitkan semuala tarikh; 12hb. Februari, 2011.




50 ulasan:

  1. ESOK SAMBUNG.
    Sementara itu, Mohamad Satim ketika berucap turut mencabar kerajaan negeri pimpinan PKR yang mana Anwar menjadi Penasihat Ekonomi Selangor supaya mendedahkan perbelanjaan yang dilakukan dalam melantik dua perunding luar untuk merangka draf pindaan Perlembagaan Negeri berhubung pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) sebelum ini.
    Katanya, pindaan itu yang dibuat menerusi sidang Dewan Undangan Negeri pada Januari lalu adalah satu tindakan sia-sia.
    Menurutnya, pelantikan pengamal undang-undang, Datuk Param Cumaraswamy dan Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Malaysia (UIA), Prof. Dr. Abdul Aziz Bari untuk merangka draf pindaan itu hanyalah satu pembaziran kewangan kerajaan negeri.
    Ini kerana, katanya, kerajaan negeri sepatutnya hanya merujuk pindaan tersebut kepada Penasihat Undang-undang Negeri untuk menentukan sama ada perkara itu boleh dilakukan atau sebaliknya.
    "Jadi kita mahu kerajaan negeri dedahkan berapa wang rakyat digunakan untuk bayar kepada kedua-dua perunding tersebut.
    "Pindaan Perlembagaan negeri tidak menjadi kenyataan kerana tidak cukup syarat yang ditetapkan, maka ia adalah satu tindakan membuang masa dan pembaziran wang rakyat," katanya.

    Sedutan Akhbar Utusan.

    BalasPadam
  2. Encik Abdullah Gadafi12 Februari 2011 pada 1:16 PG

    DINDING CERMIN

    Kemungkinan cermin hakikat hidup.
    sepahit sekali pun
    tiang hidup perlu terus teguh menjunjung langit.
    seperit merah luka sekali pun
    dinding hari perlu terus
    diselak hari demi hari.
    lantai hidup tetap satu
    lepaskan diri lepas segala
    mencari cermin diri
    kemungkinan tidak perlu mati.


    Encik Abdullah Gadafi
    sajak simbolik

    BalasPadam
  3. NAFSU SEMATA

    setelah nafsu terpenuhi
    manusia hilang sifatnya
    akal mati di tangan sendiri
    zuriat yang diberi nyawa
    mati dalam berita media massa.
    setiap dari kita
    pendosa masih bernyawa.
    cinta adalah jarum paling karat
    halus menembusi dalam-dalam
    ke ruang tanpa belas,
    membunuh warna pelangi indah
    tersia sederu angin cuma
    kenangan bukan lagi taman permainan
    untuk Adam dan Hawa
    terpatahkan pada janji takdir.
    cinta tiada habis dengan kata-kata


    Susila Wani
    sajak tentang pembuangan bayi

    BalasPadam
  4. DERITA DIRI SENJA

    dalam senja yang mati
    tertinggal merah
    merubah hitam tidak bertitik
    biru yang kutafsirkan
    dari kaki lautan ke kaki langit
    dalam hari-hari yang membekas
    membunuh huruf-huruf lama
    dalam diari diri yang hamper
    kubakar dengan nafas luka.
    dalam senja yang mati
    tertinggal derita diri.


    Haji Ghafur Hamdi
    sajak simbolik

    BalasPadam
  5. AKU REDHA

    aku hidup di dunia
    aku hidap segala penyakit
    aku hadap segala makhluk
    walau sentiasa patuh
    aku pada mereka
    walau sering petah aku berbicara
    sudah terbiasa patah hatiku
    sudah kerap putih mataku
    tapi siapa pun tak kisah
    tepi depan atas dan bawah
    aku redha aku rela bukan reka

    Encik Dasuki
    sajak tenteng keinsafan diri

    BalasPadam
  6. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    DINDING CERMIN Sajak ketua Pb . encik Abdullah gadafi tajuknya juga penuh bersimbolik.mungkin membayangkan hidup bagai rumah kaca yang perlu kita melihat wajah diding cermin sebagai hakikat hidup. Kerana har-hari yang berlalu, kita perlu teruskan kehidupan, lalu kena buat perhitungan dan perbandingan, maju atau mundurkah kita selama ini, jauh atau dekatkah dengan tuhan, sebelum kita dijemputNya kembali. Amin. layak dicalunkan untuk seterusnya (TU)

    BalasPadam
  7. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    NAFSU SEMATA Sajak oleh sdri Pb. Susila Wani pengucapannya agak berani danterus terang memperkatakan sesuatu yang benar dan nyata. Sememangnyalah setan mengoda melalui hawa nafsu , berapa ramai yang lebur dan tersungkur anak-anak muda kita yang kurang pengetahuan keagamaan. Jauh sekali untuk mendapatkan kekentalan iman. Yang terinanya bayi-bayi yang tidak berdosa dilonggok di tempat sampah dan sebagainya. Penceritaanya baik tetapi isu ini terlalu biasa. Apa-apa pun kita perlulah menjadi adapt ketimuran dan kemalayuan kita . AminCukup sekadar (U)

    BalasPadam
  8. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011
    Sajak terasa pengucapannnya bagi ingin membuag segala kenang hitam yang dahulu bagai menyeksa diri, kini mungkin agak terlepas bebas dari cengkaman dan delima yang menganggu kehidupan seharian. Di antara tugas kerja, ketua, sahabat rakan, dan di dalam kecelaruan minda yang berkecamuk dan bercelaru ini. Terasa bagai mencekek kehidupan seharian. Semoga derita yang tertinggal disenja mati akan segera berakhir. Amin layak dicalunkan (TU).

    BalasPadam
  9. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    AKU REDHA sajak Encik Dasuki mungkin ketua Pb. Pengucapannya memberi erti yang tersendiri, gaya merendah dan keikhlasan dalam tugas seharian. Tetapi dengan gaya dan cara begilah ada orangg yang cuba mengambil kesempatan, mempermainkan akan segala keadaan. Justeru itu si penulis sering kali sahaja dalam serba salah, kekadang dipersendakan di atas kebaikan dan keluhuran yang diberikan. Malah seringkali membiarkan dan mengalah dan memaafkan. Sajak ada cerita isi dan Maksudnya. Ada kemampuan .cuma sadikit perlu diketengahkan atau ditekankan pada pengucapan bahasa yang puitis contoh kerap/selalu. Sekadar layak (U)tk.

    BalasPadam
  10. mmg dramatik cerpen ni

    BalasPadam
  11. sajak utk anak yatim pun ada jgk?

    BalasPadam
  12. sajak utk bdk2 skola pondok ke ni?

    BalasPadam
  13. sajak yg memberikan org semangat.

    BalasPadam
  14. sajak tentang menimba ilmu ni

    BalasPadam
  15. sajak utk maahad tahfiz mana ni en nuri?

    BalasPadam
  16. sajak tentang pejuang ke ni?

    BalasPadam
  17. sajak kali ni menarik membela nasib anak yatim piatu

    BalasPadam
  18. sajak ni yg pasal bdk skola pondok minta sedekah tu ker?

    BalasPadam
  19. sajak tentang ketuhanan ker?

    BalasPadam
  20. maahat tahfiz tu apa?

    BalasPadam
  21. sajak pasal anak yatim kan itu saja yg sy thu

    BalasPadam
  22. sajak tentang budak2 disekola pondok ker?

    BalasPadam
  23. sajak mcm jiwa2 je emily ni?

    BalasPadam
  24. sajak emily puitis jgk

    BalasPadam
  25. sajak ni mcm kecewa dalam bercinta saja?

    BalasPadam
  26. sajak pasal putus cinta ke emily?

    BalasPadam
  27. sajak bunyi mcm jiwa2 saja

    BalasPadam
  28. sajak jiwa2 plak emily ni?

    BalasPadam
  29. x best langsung sajak emily ni

    BalasPadam
  30. sajak en nuri ni pasal apa?

    BalasPadam
  31. satim diman ni bukan pengurus bola sepak selangor ker?

    BalasPadam
  32. satim diman ni YB jgk ker?

    BalasPadam
  33. satim diman? berani jgk dia ni

    BalasPadam
  34. hbis la anuar dia berani x sahut cabaran

    BalasPadam
  35. org lain x berani satim diman berani jgk

    BalasPadam
  36. klu ternyata anuar tu tipu habislah anuar kena saman la dia nnt

    BalasPadam
  37. patutnya tangkap anuar ni masuk je ISA

    BalasPadam
  38. semakin lama semakin menjadi penipuan anuatr ni

    BalasPadam
  39. anuar skrg byk tembelang dia nak pecah

    BalasPadam
  40. dia nak berselindung mcm mana lagi la anuar ni smua org dh thu

    BalasPadam
  41. x lama lagi habis la PKR

    BalasPadam
  42. PKR skrg ibarat telur di hunjung tandung

    BalasPadam
  43. x sabar nk tgk anuar pnya tembelang pecah nnt

    BalasPadam
  44. rasanya dia ambik duit rakyat ni

    BalasPadam
  45. anuar ni bila la dia ni nk disingkirkan

    BalasPadam
  46. makin lama makin menjadi plak anuar ni

    BalasPadam
  47. di harap najib segera ambik tindakan kat anuar

    BalasPadam
  48. klu smua dh thu pembingkaran ni nmpknya kluar lagi la puak anuar

    BalasPadam
  49. penyokong PKR di harao baca ni bru dorg thu

    BalasPadam
  50. semua penipuan semata2 anuar ni mmg licik!

    BalasPadam