Sabtu, 12 Februari 2011

MARAH BILA KENA ROBOH



sajak kireman,

Gerai-gerai perniagaan
kian banyak diroboh oleh majlis
kerana mencemar situasi sekeliling
itulah alasan yang selalu diberi MPPP.

Gerai-gerai di taman perumahan
selalunya menyakitkan pandangan
menganggu ketenteraman awam
bukan sahaja tidak ada kebenaran
berniaga pula kotor tiada kebersihan

Orang Melayu kita mesti sedar
gerai-gerai tumbuh di bahu jalan
adalah salah disegi undang-undang
terganggu keinderaan pembayar cukai.

Gerai-gerai yang di pingger jalan
adalah kepunyaan orang melayu
tanpa lesen  berniaga secara haram
kalau terkena cirit berit sakit deman
kepada siapa yang perlu kita saman

Tidak perlu kita marah kerajaan negeri
dulu kita yang pilih kita yang pangkah
hari ini jangan bersedeh jangan gelabah
kini terima sahajalah sebarang musibah.


Oleh: SUARA BEBAS,
Berkatalah dengan benar.
catatan dua hari yang lalu 2011.







50 ulasan:

  1. CERITA ALAM MISTERI : CATATAN KISAH LAGENDA DULU KALA SUSUNAN SEMULA CARA BEBAS NURIMANJA. Ditaip semula oleh Tinta Azimat BERTAJUK: LANGSUWER / LANGSUIR siri 21. tarikh: 02/20011
    ____________________________________________________________________


    Lebih sepurnama Ali canon tinggal bersama Atuk Irafanul Haq . Dia dan isterinya Puteri Bunian tidak tertahan lagi dengan kerenah orang kampong yang menceritakan akan keadaan mereka. Kerana Ali canon yang betubuh besar dan kasar itu tidak sesuai dengan isterinya yang cantek rupawan itu.


    Saban hari ada saja orang yang datang ke rumah Atuk Ifrafabuk Haq. Tidak kira siang dan malam , berbgai tujuan mereka datang selain meminta ubat dan rawatan dari Atuk Ifrafahul Haq, mereka ingin meminta kepada Ali canon dan isterinya mengubati sakit anak isteri dan keluarga mereka.


    Dan setenagahnya pula sengaja datang untuk melihat Puteri Bunian berkenal mesra dan bertegur sapa. Apa yang memeningkan kepala Ali canon , ramai pula anak muda dan kawannya datang mengentap malam hari menganggu Ali canon dan isterinya untuk bermesra dan bergurau senda sebagai pengantin baru malam pertama memulakan cerita.


    Akhirnya tidak lama Ali dan isterinya mengambil keputusan dan nasihat dari atuk Ifarafanul Haq sendiri., mereka berdua telah kembali semula ke teratak Ali canon di tengah hutan rimba belantara itu.. Tinggalah Ali canon dan isterinya sebagai orang hutan belantara dengan keadaan tenang dan damai, kerana tidak ada lagi gangguan daripada kawan dan orang-orang kampong.


    Hiduplah ali canon dan isterinya berkebun dan bercucuk tanam di tengah hutan belantara itu, hantu dan setan tidak berani mendekati mereka, malah binatang ganas dan buas juga mengelakan diri bila berjumpa dengan mereka. Jadilah mereka sebagai raja shah Alam di rimba.


    Setelah beberapa bulan Puteri Bunian pun mengandung anak sulung mereka.Ali canon dan Puteri Bunian tersangatlah gembira. Mereka menjaga kandungan dengan sempurna begitu berdebar-debar untuk menunggu saat kelahiran anak sulung mereka.

    BERSAMBUNG.

    BalasPadam
  2. KUMPULAN D

    1 ADBULLAH GADAFI------------------
    2 HAJI GHAFUR HAMDI
    3 PAK KASSIM-----------------------
    4 PENYAIR AGUNG-----------------

    ==============================

    1 JALAL RAFZEE
    2 FATINAH TASNIM
    3 ZAINAL ARIFIN
    4 MUHAMAD TAJOL
    5 SERULING KELANA
    6 TINTA BAYU
    7 ABANG
    8 SYEIKH AL HABIB

    BalasPadam
  3. BILA SENDIRI

    bila sendiri terasa rindu
    bila sendiri terasa pilu
    bila sendiri terasa sayu
    bila sendiri tertusuk kalbu
    baru terasa perlukan teman
    baru terasa perlukan kawan
    baru terasa perlukan taulan
    baru terasa perlukan pedoman
    masih terkenang senda guraumu
    masih terkenang senyum manismu
    masih terkenang tawa riangmu
    masih terkenang kasih sayangmu
    lumrah hidup ciptaan Ilahi
    tiap yang hidup pasti mati
    doa dikirim pengganti diri
    buatmu oh teman sejati…

    Muhamad Tajol
    sajak jiwa2 sikit

    BalasPadam
  4. CAKAP DAN CERITA

    bukan rasa bersalah
    mahupun kesunyian
    aku kembali berulang ke daerah ini
    menemukan cakap dengan cerita
    hambar dan sinar mata sepi
    aku dan engkau bukan kita lagi.
    banyak hari terhimpun
    amat sulit diulang sejarah
    kita bukan kita lagi.
    berpuing-puing diraba angin
    gugur sebagai tangkai daun kering
    kaku di perdu pohon keasingan
    bukan kerana ketika
    mahupun waktu-waktunya
    kita belajar melupakan
    nilai persahabatan ini,
    terhapus pergi
    pada jarak dan peluang
    kita pilih sendiri-sendiri.


    Jalal Rafzee
    sajak dari sy simbolik rasanya boleh menang ni.. hehe

    BalasPadam
  5. KORBAN

    kerana satu kalimah
    manusia jadi buta
    tiada nampak keliling
    hanyut di alam misteri
    ciptaan sendiri kalimah cinta
    tanpa landasan wajar
    ibu sendiri jadi musuh
    ayah sendiri sanggup ditengking
    adik sendiri sanggup ditampar
    guru sendiri sanggup dicela
    sanggup korban segala
    korban segala yang ada
    korban mahkota suci terjaga
    akhirnya nyawa kecil suci terkorban
    korbankan satu nyawa…


    Fatinah Tasnim
    sajak tentang isu semasa

    BalasPadam
  6. TUKANG SAPU

    Saudara tanpa segan menyapu
    setiap zarah sampah
    dari hujung tiang lampu dan isyarat di mana mata manusia
    langsung tidak memandang jujur
    terik cahaya membakar kesabaran
    tanpa perlu sembunyikan wajah diri
    terus menyapu si tukang sapu
    zarah kotor yang terbuang
    dari tingkap dan tangan manusia
    yang enggan melihat
    siapa diri saudara.
    nafas-nafas terhela
    dalam diam senja membunuh
    galak rupa siang
    derai hujan membasuh diri
    dari dalam basah keluar diri.
    senja-senja suram dan damai
    perulangan tertikam lagi dan lagi. kepada si tukang sapu terima kasih kerana membersihkan tempat ini

    Zainal Arifin
    sajak utk tukang sapu di bawah bangunan kami sy selalu berbual dgn dia

    BalasPadam
  7. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    Sdra Muhamad Tajol dengan tajuk sajaknya BILA BERSENDIRI pengucapannya terlalu biasa dan rasa bagai mengenang dengan apa yang berlaku selama ini. Mungkin anda telah pun kehilangan teman se hati atau sahabat qarib . mungkin kini sesekali kenangan datang bermain di hati bila duduk bersendiri. Cuma doa yang dapat dikirimkan. Betapa perlunya ada seorang sahabat atau teman sejati, amin. layak diberi cuma (U)

    BalasPadam
  8. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011


    Jalal Al Rafzee dengan sajaknya CAKAP DAN CERITA. pengucapannya masih ada Sakibaki kemarahan yang terselit di hati. Apa-apa pun kena bersabar sebenarnya kita sedang menuju kebenaran dan kejayaan. Kosongkanlah fikiran diri daripada memekirkankan sorang dua gelagat sahabat. Ada baiknya melayani beratus lagi yang menyokong dan menghormati kita. hari-hari yang berlalu akan menutup semua sejarah hitam itu. Kini anda sudah ada pilihan jalan anda tersendiri. Jangan membazir masa memikirkan hal
    mereka yang tidak mengerti menilai erti perpaduan dan kemesraan dalam persahabatan. Amin layak untuk dicalunkan (TU)

    BalasPadam
  9. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011


    Sajak sdri Fatimah Tasnim pengucapannya juga menarik menyentuh tentan isu semasa. Cerita kelahiran bayi yang berluasa, ibu bapa yang melakukan kerja terlarang dan nasib bayi yang terbuang. Semuanya akibat gara-gara darling I love you lantas mengikut kata cinta berlantaskan hawa nafsu. Duduk berduaan. Orang ketiga pun datang memujuk rayu, akhirnya berlakulah derama terlarang dengan babak sumbang. Harap kita semua tidak terjebak dengan gejala jijik begini. Amin layak untuk (TU) – (U)tk Di sebabkan persaingan lebih kepada jalal dan zainal lebih puitis.Harap maklum.

    BalasPadam
  10. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    Zainal Arifin orang lama Pb dengan sajak TUKANG SAPU Nampaknya ada persamaan dengan en nuri, kerana dimana saja tempat en nuri pergi mengajar kebanyakan tukang kebun, pengawal, budak pejabat, adalah kawan baik en nuri semua, tidak kira india, melayu melanau atau siapa saja. Sekurangan kita ada rasa rendah diri dan sikap
    Kemnusiaan sesama kita tidak ada kasta dan perbezaan hanya iman dan takwa. Syabas! Hidup tukang kebun, tak ada anda bangunan naik hutan rimba.Sajak layak untuk dicalunkan (TU)

    BalasPadam
  11. sah aku kalah jalal dgn zainal ada plak?

    BalasPadam
  12. rasanya dapat kat jalal dgn zainal la kot?

    BalasPadam
  13. aku confident boleh menang ni...

    BalasPadam
  14. sah aku dgn jalal la menang? hahahaha

    BalasPadam
  15. sian ali conan dh kwin pun org ejek lagi?

    BalasPadam
  16. apa pnya malang nasib ali conan dituduh x sesuai?

    BalasPadam
  17. org kmpung mmg mcm tu ada saja karenah mereka

    BalasPadam
  18. biarlah la dh jodoh dia apa la org kmpung ni

    BalasPadam
  19. sebenarnya org kmpung jeles kat ali conan jer tu

    BalasPadam
  20. anak dorg mcm mana la nanti ikut ali conan ke bunian tu? hahahahhaa

    BalasPadam
  21. kurang ajar org kmpung ni thu nk mngutuk jer!

    BalasPadam
  22. kenapalah puteri bunian tu pilih ali canon? hahahahhaha

    BalasPadam
  23. pilih la laki nsem sikit ni ambik ali canon plak?

    BalasPadam
  24. eh! semua org berkenan kat bini dia plak?

    BalasPadam
  25. itulah sapa suruh bini dgn pmpuan cntik? hahaha

    BalasPadam
  26. eh! bunian tu pandai berubat ker?

    BalasPadam
  27. eh! puteri bunian pandai merawat pesakit ker?

    BalasPadam
  28. sian ali canon ada org byk pun susah xde org sunyi plak? hehe

    BalasPadam
  29. tinggal berdua saja di hutan? kesian

    BalasPadam
  30. nampaknya dorg ni jd kera sumbang la

    BalasPadam
  31. la.. kenapa pergi balik kat hutan???

    BalasPadam
  32. kenapa semua hantu setan dan binatang takut kt dorg berdua?

    BalasPadam
  33. eh! smua haiwan takut?? aura apa dorg pakai?

    BalasPadam
  34. dah ada penginapan yg selesa pegi ke hutan balik kenapa?

    BalasPadam
  35. eh! ada anak jgk dorg ni?

    BalasPadam
  36. anak dia nampaknya kacukan bunian la?

    BalasPadam
  37. anak dia laki ke pmpuan?

    BalasPadam
  38. eh! ada anak jgk ikut muka sapa la nnt... hehehe

    BalasPadam
  39. nama apa anak dorg nnt?

    BalasPadam
  40. eh! bunian ni ubat org xambik bayaran ker?

    BalasPadam
  41. mana plak bunian ni belajar cara mengubat org??????

    BalasPadam
  42. nasruq haqq tu x kwin ke???

    BalasPadam
  43. ali conan dn puteri bunian ni umur brapa?

    BalasPadam
  44. bunian ni kwin xde restu mak ayah ni sah ker?

    BalasPadam
  45. bunian ni nk beranak nnt mana bidan?

    BalasPadam
  46. boleh beranak ke? atau dia beranai dia mati anak dia je hidup dgn ali canon?

    BalasPadam
  47. eh! nk hbis ke cerita ni ke ada lagi?

    BalasPadam
  48. wah! panjang jgk cerita langsuri ni?

    BalasPadam
  49. berdasarkan kisah benar ke en nuri?

    BalasPadam
  50. sapa yg ceritakan cerita ni ket en nuri? atau en nuri reka sendiri?

    BalasPadam