Rabu, 2 Februari 2011

LUAHAN SI KODOK



sajak pilihan ahli cr.

Masihkah kau ingat
sewaktu kita di bawah tempurung
itulah dunia kita
di situ kita bermain bersama
di situ kita menangis bersama
di situ kita meniti hari
disaat kau mula menjengah keluar
aku merelakan demi bahagia
aku merelakan demi cinta
aku merelakan demi cita
kau mula melompat bebas
mula kenal isi dunia
mula mabuk lupakan segala
aku kau tinggalkan sendirian
kau mula jijik padaku
katak di bawah tempurung
jangan kau lupa
kau juga kodok sepertiku
kau tak mungkin jadi katak pisang
tolong kembalilah...

 
OLEH: HADI HAMZAH
Bandar Baru Teluk Kumbarjam 10pagi /2010 Ogos 6 23:30
Diterbit semula tarikh: 02/02/2011





50 ulasan:

  1. GUDANG MIMPI

    berhari-hari aku ukir rindu
    helai-helai kenangan kita
    tersudut lelah di gudang mimpi
    sambil menanti sabar dan percaya
    pada saat bertuah itu
    saat kau mungkin terjaga
    cari dan tataplah ia
    serta benarkan ke hatimu
    bahawa arca rindu ini
    telah terkalung
    sejumlah kata-kata jujur
    fragmen puisi murah
    berhias frasa cinta
    ku pahatkan saat bulan
    menari angin menyanyi
    merai dua jiwa
    di ambang bersatu
    sehingga waktu itu
    bila mana kau benar terjaga
    telah yakin mahu
    kembaralah ke sini
    ke gudang mimpi-mimpiku
    dimana ia telah abadi
    terpamirkan lewat
    tingkap-tingkap kaca
    di himpunan walang
    sekian gundah jiwaku
    dengan harapan bila kau ketemukan
    genggamlah ia jangan pernah lepas
    kerna sesungguhnya arca itu
    aku hanya untukmu.


    Ziarah Makrifat
    sajak simbolik

    BalasPadam
  2. TAK KISAH PUN

    jika dahulu kamu pelesit
    apa aku kesah
    jika dahulu kamu penderhaka
    apa aku kesah
    jika dahulu kamu penjenayah
    apa aku kesah
    jika dahulu kamu peragut nyawa
    apa aku kesah
    jika dahulu kamu penagih tegar
    aku juga tak kesah
    ada aku kesah?
    yang aku lihat sekarang
    wajahmu yang terang
    terpancar nur keinsafan
    berseri bagai purnama
    biar mereka mencemuh
    biar mereka mencaci
    biar mereka puas sendiri
    kerana yang pasti
    hidayah suci milikmu
    hargailah setulus hatimu
    hidayah kurniaan tuhanmu
    kau insan terpilih…


    Mahligai Syahdu
    perak
    2.1.2011

    BalasPadam
  3. BERJALAN DI ATAS KAYANGAN

    kamu selalu mimpi pelangi
    bersama aku terasa ada satu
    hujung jari menyentuh jantung
    mengganggu iramanya
    menjadi tak keruan
    serasa mahu katup
    bibir dengan jemari
    kerana senyuman ini
    sudah mula meninggalkan kesan
    merasa haba datang dari lilin kamu
    menyemarak meresap ke dalam jiwa
    kurasa ruang kosong
    di dalam jantung ini berisikan
    seorang kamu tak mungkin dilupakan
    mari sayang, berpimpin tangan
    mari berjalan atas kayangan


    Roslan Bidin
    sajak fantasi saya

    BalasPadam
  4. SENYUM SURAM

    Waktu itu kau menginginku,
    Tak lepas dampingiku,
    Tak lemas disampingku,
    Ketika aku nafasmu.
    Mana nafasmu itu,
    Pandangku tidak lagi,
    Tegurku jangankan lagi,
    Sedih akan perilaku.
    Terima kasih padamu,
    Kasih dijadikan batu,
    Aku disamakan kaku,
    Cinta yang hilang tak pernah layu.
    Penjelasan tak padan,
    Sungguh-sungguh aku tak tahan,
    Laungkanlah kejujuran,
    Sakit bukanlah seksaan.
    Moga kau menoleh,
    Jarimu menyerap jernihku,
    Mataku tumpu rautmu,
    Senyummu untuk senyumku.


    Sumpah Keramat
    30.12.2010
    2ptg

    BalasPadam
  5. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    GUDANG MIMPI oleh Ziarah Makrifat nampaknya bagai membicarakan kisah silam yang dihimpun semuanya memori lama, seskali dibuka dan diingatkann kembali, bila mana satu cerita yang diangap bagai arca memori cinta . mungkin segalanya dahulu tidak dikecapi atau kesampaian , namun kini biarkan disimpan dalam lipatan memori Atau setidaknya diterjemahkan di dalam gudang mimpi. Seandainyalah kau masuk di
    dalam mimpi malam, gemgamlah harapan dan biarkan arca cinta masih kukuh untukmu dan aku .begitulah agaknya pengucapan si penulis . Cuma andain sahaja. Amin. (TU)

    BalasPadam
  6. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011
    TAK KISAH PUN sajak oleh Mahligai Syahdu bagai membicarakan kisah hidup sesaorang yang mungkin secara umum memperkatakan jenis manusia yang selalu sajak bergelumang dengan kerja-kerja yang menjijikan. Si penulis pun tidak pernah ambil kisah atau perduli. Tetapi kini amat mengejutkan, tetapi boleh bertukar wajah dan perwatakannya menjadi seorang yang mendapat hidayah atau pertunjuk dari Ilahi. Sebenarnya sebagai seorang isalam kita tidak boleh menuduh orang yang jahat itu sewenangnya. Kalau dia bertaubat dan menginsapi apa yang pernah dilakukannya.kita pula yang meannggung dosa. Semoga kita berkata sesuatu yang benar saja. Amin (U).

    BalasPadam
  7. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    BERJALAN DI ATAS KAYANGAN sajak oleh Roslan Bidin penceritaannya agak Jauh mengerawang sehingga menjelajahi alam fantasi, sesekali sememangnya akal manusia boleh menerjah ke luar batasan, semacam cerita difilem Hindustani, dalam satu lagu berpuluh boleh tukar baju.malah dia akan terasa dunia ini melik mereka berdua.Terkejar sana, terkejar sini,bersama dengan irama pinggul bergoyang dan dada bergelombang. Asyik menari hingga keawan biri dan taman Firdausi, hingga ke hujung dunia, bila sajak hendak berdekatan,lantas tersedar ternyata kosong, kembali ke alam nyata.bagai terbagun dari mimpi lena. Amat mengecewakan. Itulah akhir cerita penyakit di alam fantasi. (TB)

    BalasPadam
  8. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    SEYUM SURAM sajak oleh Sumpah Keramat dengan penceritaannya bagai menyentuh hati lara, Pengucapanya terasa bagai jiwa-jiwa. Mungkin kisah lama agaknya, dahulu pernah bermesra dimana saja berdampingan, entah kenapa pula lewang kebelakangan ini agak susah pula untuk senyum dan bertegur sapa. Dimana
    rasa silapnya. kepercayaan dan kemesraan bagaikan hilangan segalanya. Kini tinggal mengharap senyummu dan senyumku dapat bersatu seperti dulu. Semoga dapat diselesaikan segala sengketa lama . Amin (B)

    BalasPadam
  9. eh! selalunya geletek pagi lawak2 kenapa ada politik plak?

    BalasPadam
  10. geletek pagi lama xnmpk pegi mana plak?

    BalasPadam
  11. geletek pagi dulu kata dh berhenti keja balik ker?

    BalasPadam
  12. huh hu?? kenapa digelar dgn nama tu? pelik jgk

    BalasPadam
  13. ingatkan sapa la hu hu rupanya mat sabu? hehe

    BalasPadam
  14. mat sabu ni lama xnmpk selalu nampak hadi awang dan nik aziz jer?

    BalasPadam
  15. kenapa nama di huh huh plak geletek pagi?

    BalasPadam
  16. menarik sajak en nuri ni

    BalasPadam
  17. eh! sajak en nuri skrg byk tentang nasihat...

    BalasPadam
  18. menarik baca sajak en nuri mcm mendengar kuliah subuh plak?

    BalasPadam
  19. eh! sajak ni xphm la en nuri

    BalasPadam
  20. syirik mungkar ni apa plak?

    BalasPadam
  21. kuliah subuh ni apa plak?

    BalasPadam
  22. insaf baca sajak en nuri ni

    BalasPadam
  23. smoga semua berubah baca sajak en nuri ni

    BalasPadam
  24. sajak mcm rendah diri je ni?

    BalasPadam
  25. sajak berkorban demi cinta ker ni hadi?

    BalasPadam
  26. sajak mcm rendah diri tentang kekurangan diri jer ni

    BalasPadam
  27. sajak mcm hadi ni rasa diri dia hina saja?

    BalasPadam
  28. sedih plak mengenang sajak hadi ni?

    BalasPadam
  29. esok sajak sapa plak tersiar?

    BalasPadam
  30. eh! en nuri nmpknya skrg byk sajak ketuhanan saja...

    BalasPadam
  31. eh! sajak ketuhanan lagi ke? sajak berbentuk cerita xde ker?

    BalasPadam
  32. ali conan ni mmg cari penyakit la kenapa nk pegi balik?

    BalasPadam
  33. eh! langsuir tu ada lagi ke kat teratak tu?>

    BalasPadam
  34. berani ali conan x takut kena pukau lagi ker?

    BalasPadam
  35. rasanya kalau langsuir tu jmpa ali conan msti dia x lepas dh ali conan

    BalasPadam
  36. rasanya mngkin ali conan tu plak pukau pontianak tu? hahaha

    BalasPadam
  37. kenapa x kwin je dgn hantu senang cerita? hahahaha

    BalasPadam
  38. apalah keistimewaan ali conan sampai hantu tu terpikat kt dia?

    BalasPadam
  39. hantu tu x berupa jd manusia ker?

    BalasPadam
  40. eh! dorg lepas ali conan jd umpan ker?

    BalasPadam
  41. kenapa biar dia pegi sorg diri?

    BalasPadam
  42. eh! dia nak pegi buat apa? nak sambung kembali ke cinta dulu?

    BalasPadam
  43. mcm man ada pekampungan org asli plak?

    BalasPadam
  44. cerpen en nuri ni makin lama jd makin menarik la

    BalasPadam
  45. cerita ni kalau buat filem msti pecah panggung lbih 40juta... hehehe

    BalasPadam
  46. apa akan jd kat ali conan nnt?

    BalasPadam
  47. eh! kalau dia kena tangkap dgn hantu mcm mana?

    BalasPadam
  48. rasanya dia jmpa hantu lain plak kot? hehehe

    BalasPadam
  49. JAWAPAN PILIHAN RENGKAS SECARA RAMBANG SAHAJA.

    Sajak ketuhanan susah sikit nak faham. Syirik ini menduakan tuhan, tuhan ada satu sahaja (esa) dia pergi pula bertuhan dengan pokok jin atau pun syaitan, hantu jemalang. mungkar ini: buat kerja yang dilarang oleh Allah , judi, minum arak, berzina, dan lain lagi
    yang dikira jahat. Kuliah itu: ceramah berkaitan agama.

    - Dulu dia gelar mantan Tun Dr Mahatdir. bnyak buat dosa hu hu, dekat Tv. semasa Zainudin maidin jadi menteri penerangan. dan ustaz Hamid othaman , mereka berdua ini mangsa IT dalam internik disebarkan keburukan peribadi, bila serangan tohmah dan fitnah tak dapat disangkal, lalu bungkus. macam hari ini juga, Lepas Toyo, Rais Yatim, kita tunggu lagi serangan peribadi.

    - Saya janji kemarin nak cerita pasak bahadi burung murai gila dan andartu kena jampi pengasih.
    hari ini saya siar satu dulu bahadi Murai Gila.

    BalasPadam