Jumaat, 4 Februari 2011

HUKUM KARMA



sajak pilihan ahli CR.


Bak mentari disetiap
paginya menyinari..
bak purnama menerangi kelam
malam dingin..
adakah karma yang berbunyi hingar?
ataupun hanya bunyi
riuh buatan angin dingin?
bila datang rasanya asmara,
mutlak rindu dalam mahligai benci?
ataupun dendam rasa mati?
maafkan aku menerangi malam kelammu
maafkan aku membuat onar
disunyi sepi hatimu..
Bila semuanya terjadi
diri hanya kelu..
pasti perasaan datang dari hati

 
OLEH: LUKIEE
Putrajaya
3.12.20102010 Disember 8 23:17
Nasib sajak Lukiee baru dua bulan terbit 3/02/2





50 ulasan:

  1. 2. ANDARTU LUDAH TUKANG MEMPERBAIKI TREKTAR BAJAK TANAH


    Ini kisah benar. bagaimana satu hari di rumah kami ramai anak dara muda dan tua datang mengaji al quran cara berlagu atau teranum, biasanya hari Isnin tiap minggu jam 8 atau 9 hingga jam 12 belas setiap minggu sekali sahaja. bayarannya seorang sekupang. Ini cerita zaman saya masih kecil. Kalau ada siapa yang hendak
    buat kenduri, hari itu lepas belajar mengaji ada doa selamat atau pun tahalil.

    Pak Haji Dollah ini mengajar teranun(Kenalkut? Dalam biodata saya ada saya masuk cerita dia yang mama ada janda muda mak Teh Tijah hitam manis gila nak khawin dengannya) Apa yang menarik, zaman dulu bila ada saja bunga sedang berkembang adalah kumbang yang terbang hendak mengeringinya.

    Al kisah! ada seorang nak dara tua juga, tapi masih bergetah, dia ada dua kumpulan nak mengaji, kumpulan nak merenyeh atau minyang atau nak mengorat . bila balik ramailah anak muda orang dah beristeri, tunggu di hujung kampung, bila keluar saja dari rumah kami. (sama juga dengan Pak haji Dollah yang mengajar teranum itu 2kali 5 juga)
    Mak teh Tijah mengorat dia sampai dapat juga. Ikut macam tak padan, tetapi beranak juga dapat seorang anak.

    Ada pun andartu ini Feah nama dia bila Saari foreman usek dia yang keadaannya agak kotor waktu jam 12 tengahari balik makan, umur baru dua atau tiga puluhan ini, nakal sikit walaupun anak dan bini ada dirumah. Dia mungkin nak mengusik agaknya. Tegur sakit hati. Feah ini seksi sikit rupa tak berapa cuma tinggi lampai. Tetiba dia ludah muka Saari foreman ini, dia mengelak jatuh ke tanah.

    Rupanya foreman saari ini ambil air liur si Feah seksi ini. barangkali dia jumpa bomoh atau dukun, dia puja semacam mana doa jampi serapah Jeffry bagi itu, ilmu penunduk dan pengasih. Tak tidur malam si Feah ini. Dengar kata lari malam cari si saari foreman. Kebetulan ayah si Feah ini Iman masjid kampung. Bagai nak berparang tuk iman ini, hendak
    sembeleh anak di si feah, gilakan suami orang.

    Akhirnya berkhawin juga jadi isteri muda saari pomen. Jangan buat main dengan jampi serapah si dukun muda Jaffry ini. Kalau menjadi porak peranda rumah tangga. kalau tak kawin lagi seksa juga kalau bekas kekasih orang atau tunangan orang. Eloklah cari yang belum ada yang punya.selamat. Islam pun suruh begitulah, jangan timbul fitnah. Amin

    BalasPadam
  2. LUKISAN ALAM HIJAU

    lukisan alam terbentang
    hijau penuh damai
    khazanah alam nyata
    kaya sekali bumi tuhan
    segar serta nyaman
    udara tiada cemar
    hati berlagu riang
    engkau itu api
    pasti hangat membakar
    aku pula air
    pasti penyejuk suasana
    jika engkau membakar
    aku boleh padamkan
    jika engkau panas

    Azim Samad
    sajak tentang alam sekitar

    BalasPadam
  3. BADUT

    badut itu sedang mogok
    tak mau lagi dia meneguk
    ketawa dan tipu- tipu
    dia itu sudah buangkan
    baju besar gambar gajah warna
    celak biru dan rambut
    gulung- gulung emas
    belon pusing dikoyak diletup
    dia bersila menadah rama- rama
    jiwanya sedih begitu juga aku ini
    tersedu- sedu meratap menghiba
    menggila sang langit selalu cerah
    dikawan aku hujan bertimpa
    kuidam bintang yang paling sempurna
    kuikat ditiang dijatuhkan orang
    maka kulepaskan perlahan- lahan
    sambil aku ini diejek- ejekkan
    hatiku sedih aku
    serupa hilang nyawa
    badut serupa tinggal badan
    tapi tuhan terlalu kasihankan
    disahabat hati aku
    dan badut itu jiwanya
    lari ke taman paling jauh bersama
    dijumpa orang suatu ketika
    mati badut sebagai
    bintangku yang sempurna
    mati aku sebagai rama-ramanya


    Badariah Adibah
    sajak simbolik sedikit

    BalasPadam
  4. RINDU DIA

    pabila hujan tidak lagi sejuk
    mentari tidak lagi panas
    pejamlah mata empunya diri
    rebahlah menyembah bumi
    dan akurlah takdir Ilahi
    kerna bukan masa meninggi diri
    lalu aku lari. tak henti-henti.
    tak sedar diri. tiap hari.
    Malam pekat Dingin sekali
    Adapun aku, Sarat dengan rindu.
    Aku, kedinginan dan Sebuah rindu
    Yang sarat. Berat. Dalam sepi
    Berbisik aku pada Dia
    Bisik panjang. Di sini ramai
    Tapi aku cuma rindu DIA!

    Fatinah Tasnim
    sajak ketuhanan

    BalasPadam
  5. DISEBALIK RASA CINTA

    mata tertumpu pada satu kalimah
    kalimah misteri penuh makna
    anugerah indah Sang Pencipta
    terbenam di lubuk sanubari insan
    tiada tergambar oleh kata
    tiada tertulis oleh mata pena
    tiada terlukis oleh karya cipta
    rasa yang penuh metafora indah
    rasa yang tiada sempadan usia
    rasa yang hadir tak kira ketika
    semua insan telus milikinya
    rasa yang bukan sekadar omongan
    semua terbit dari hati tulus
    semua hanya kebenaran pasti
    rasa cinta pasti kita miliki
    cuma yang tiada pasti
    pada apa pada siapa pada aku

    Jannah Syazwani
    Sajak ketuhanan

    BalasPadam
  6. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    LUKISAN ALAM HIJAU oleh Azim Samad cuba menceritakan akan kejadian alam maya yang hijau dan penuh dengan warna warni bagaikan satu lukisan yang ajaib dan sukar untuk dipertandingkan. Lihat sajaklah kejadian sejuk , panas , hujan dan angin serta lainnya. Hanya orang yang beriman sajak dapat merenung akan kejadian lukisan alam yang hijau ini. Semoga dengan merenung kejadian alam boleh mengukuhkan rasa keimanan di hati kita. Amin (TB)

    BalasPadam
  7. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    BADUT nukilan sajak oleh Badariah Adibah cuba membicarakan tentang manusia yang digelar badut Adakah kehidupan ini boleh dibandingan dengan duni Badut yang dipakaikan baju warna lucu dan garang sekadar buat lawak untuk orang ketawa , sedangkan di luarnya Nampak mesra dan melakukan dan boleh ketawa, tetapi tidak siapa pun yang tahu akan luka lara dalam hatinya. Tetapi mungkin si penulis ada rakan yang bertugas sebgai penghiubur badut itu adalah perkerjaan mereka untuk mendapakan rezeki upahan. cuma andaian saja. Semoga kita tidak menghina. Amin. (B)

    BalasPadam
  8. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    Sajak kecintaan dan keriduan padaNya yang maha berkuasa daripa segalanya. Cuma si penulis mengingatkan bawaha jika sesaorang itu merasakankan bagai tidak normal
    atau biasa seperti hari yang biasa petanda perjalanan hidup hamper berhenti.Dan akhurlah dengan takdir Ilahi. Berapa ramai kaum keluarga dan sahabat haidai, tetepai bagi penulis kerinduan yang sebenar hanya pada si DIA. (TU)

    BalasPadam
  9. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    DISEBALIK RASA CINTA sajak oleh Jannah Syazwani menyentuh tentang kebesaran Tuhan dengan kalimah Allah swt dan kebesaran dan keagonganNya. Sebagai pencipta atau pun KHALID yang menjadikan segala-galanya adalah sukar dan mustahil untuk dibandingan dengan setiap makhluk ciptaaNya yang baru dan lemah. Tiada siapa dapat menyangkalnya lagi Amin. (U)

    BalasPadam
  10. langusir tu kena marah dgn pontianak agaknya sbb kwn dgn manusia...

    BalasPadam
  11. mngkin langusir tu x boleh menjelmakan diri dia depan ali canon dh kot?

    BalasPadam
  12. dia takut ali conan la sbb dulu ali conan xde ilmu boleh dia kaco skrg ali conan ada ilmu mcm mana dia nk kacao

    BalasPadam
  13. mngkin jgk hantu menyesal kot sebb dulu selalu ganggu ali canon

    BalasPadam
  14. eh! sajak lukie pun hebat jgk...

    BalasPadam
  15. xsngka lukiee boleh buat sajak yg putis

    BalasPadam
  16. eh! hukum karma plak? mana ko thu psal ni lukiee?

    BalasPadam
  17. sajak lukie ni kalau x salah maksudnya buat baik di balas baik buat jahat balas jahat

    BalasPadam
  18. eh! org cina pun thu jgk ke pasal hukum karma ni?

    BalasPadam
  19. eh! bahaya jgk jampi pengasih ni..

    BalasPadam
  20. eh! jeffry bagi tu klau cuba boleh jd ke en nuri?

    BalasPadam
  21. alamak! bahaya jgk jampi menjampi ni

    BalasPadam
  22. eh! biar btol sampai mcm tu sekali? ha! esok tinggal sy 1 ruang en nuri cdg nak bagi lagi jampi serapah ni sbb kan en nuri kata ilmu jgn kedekut ada byk lagi jampi serapah sy utk tujuan kongsi bersama di harap jgn plak mencuba? klu jd apa2 aku x tanggung

    BalasPadam
  23. eh! boleh jd ke jampi jeffry ni cadang nak cuba jgk ni sbb aku dh lama membujang dan aku ada jgk suka sorg pmpuan bukan bini org dia pun anak dara jgk? aku dulu msuk minang dia nk bapak dia plak tolak! aduh... nnt nk cuba jampi pengasih jeffry ni... hehehehe

    BalasPadam
  24. itulah bahaya menghina org kan dh kena balik

    BalasPadam
  25. sepatutnya jgn la sampai ludah kalau x ska pun buat xthu je la...

    BalasPadam
  26. mcm mana saari x hot jatuh la maruah dia kena ludah dgn pmpuan?

    BalasPadam
  27. alamak! lps ni kena buat baik2 dgn org sy slalu jgk maki bdk2 kat apartment ni sbb dorg suka mengusik

    BalasPadam
  28. nampaknya bahaya jgk penangan jampi pengasih ni

    BalasPadam
  29. eh! jampi pengasih jeffry tu btol ke main2? takut plak...

    BalasPadam
  30. skrg zaman moden xkn dorg main jgk jampi2 ni?

    BalasPadam
  31. ape2pun peringatan buat smua jgn bertindak sembaragan takut jd mcm feah ni

    BalasPadam
  32. seram plak sampai jd tergila-gila kan saari plak?

    BalasPadam
  33. huh! bahaya jgk kalau terlalu kurang ajar ni

    BalasPadam
  34. sepatutnya x payah la ludah lalu buat bodo jer la

    BalasPadam
  35. teruk la saari tu dh ada bini pun nk kacao anak dara org

    BalasPadam
  36. eh! dia jampi guna air liur boleh ker?

    BalasPadam
  37. jampi guna air liur plak? dasyat!

    BalasPadam
  38. dua2 salam baik feah dan saari

    BalasPadam
  39. ni cerita kat kampung mana en nuri?

    BalasPadam
  40. eh! xkn dia x pulih selamanya2???

    BalasPadam
  41. jampi tu bertahan berapa lama? rasanya kalau jampi tu dh hilang msti dia ska balik kat saari

    BalasPadam
  42. eh! sajak hukum karma plak? mcm lagu jer..

    BalasPadam
  43. menarik jgk sajak lukiee ni hebat jgk ko ni

    BalasPadam
  44. mana belajar buat sajak ni lukiee?

    BalasPadam
  45. lukiee ni boleh ganti lim swi ting fasih dalam bahasa melyu

    BalasPadam
  46. sampai siri brapa cerpen ni en nuri?

    BalasPadam
  47. berdasarkan kisah benar ke en nuri?

    BalasPadam
  48. mak bapak dia xthu ke dia kena bomoh dgn saari?

    BalasPadam
  49. zaman skrg msih wujud lagi ke bomoh membomoh ni?

    BalasPadam
  50. JAWAPAN PILIHAN RENGKAS SECARA RAMBANG SAHAJA.

    - Siri seram ini kisah lama saya cadang nak hantar kat majallah hiburan tak jadi simpan-simpan lupa terus. Ada satu cerita DENDAM BERSAMA HANCUR kisah 6 pelacur balas dendam. Masa itu saya jadi guru sementra hampir-hampir
    nak buat novel prono. Sebab jaga nama nanti orang kutuk sampai ke mati saya batalkan cerita itu ada berapa bab tak ingat lagi. Tetapi dua tiga orang kawan minta nak letak nama mereka. Mereka kata mesti macam pisang gering kalau
    terbit. saya takut berdosa batal saja simpan....

    - Saya susah hati aruah ibu saya kata kalau nak jadi penulis tulislah yang baik- baik, nanti tuhan dari balik ilham. hang tak tahu nak tulis apa. Dulu seorang
    penulis tanah air, jihati abadi, kata hang belajar lagi sambung dekat universiti,baru hang boleh jadi penulis terkenal, saya susah hati kalau terkenal, takut lupa
    diri, Saya dapat tawaran sawa jalil Hamid masuk USM kursus setahun bidang seni penulisan dan lakonan. sama juga macam Azizi haji Abdullah. saya tolak,
    masa itu saya duduk brow garden, dekat saja. tahun 1990an saya ingat semua buku kelengkapan telah diberi cuma pergi daftar saja. nama tenga pengajar pun telah diberi tahu, kalau tak salah Jins Shamsudin. atau Minah Yen dan ada lagi.

    - Saya rasa selamat tak jadi apa , kalau tak lagi banyak dosa saya buat, al maklum kalau jadi pelakon saya mesti main pegang-pegang anak bini orang. Sedangkan saya tak berlakun pun ramai mereka kata saya pelakun derama. Malah yang pelik dua tiga orang yang pernah saya jumpa, angkat tangan pula dekat saya, macam kenal saja. sebenar saya bukan suka hiburan. Masa saya duduk dekat pondok
    tanjung piadang kisah lama. Ada kugiran sebulan fanfear satu malam pun saya tak pergi. jemput semua penyanyi tanah air A. Ramlee dan lain. saya dengar dalam pondok suara dia. dekat sekolah.

    - Ilmu jampi serapah ini bukan kira zaman, selagi ada syaitan jin dan iblis , dia akan jadi orang suruhan, sebab makhluk ini janji tak mati hingga akhir zaman . mereka minta pada tuhan. lagi pun mana ada kita jumpa mayat syaitan atau jin? berhati-hatilah selalunya yang jadi mangsa manusia. Apa pun mereka takut dengan ayat Quran.baca biar betul, kalau salah mereka bertambah berani pula.

    - Ada cerita esok sambung...
    maaf semalam saya tulis panjang hilang tinta x save.

    BalasPadam