Rabu, 9 Februari 2011

DI ANTARA PERSIMPANGAN



sajak pilihan pb cr.

 
Gedung yang menjulang tinggi
Seolah ingin menerkam kekerdilanku
Dalam menghembus nurani keadilan
semakin kabur terhapus
Sementara wajah terus membuntuti
Di setiap aliran darah jantung kota

mata seolah mencabikcabik tubuhku
Mereka menelanjangi keberadaanku
bila semua ini berakhir
Ataukah tak akan berakhir

Setiap detik berlalu berganti wajah
Namun selalu menakutkan Menyeramkan

 

OLEH: LAGENDA PULAU
di pulau pangkor
bercuti bersama keluarga
Diterbitkan semula tarikh; 09/02/2011.






50 ulasan:

  1. SAMBUNGAN ARTIKEL DULU

    Tapi sepertimana yang saya katakan dulu,bangkai zirafah tak mungkin dapat ditutup dengan daun getah. Nama Adun ini adalah Che Abdullah Mat Nawi, atau lebih dikenali dengan nama Tok Wakil Che Lah oleh masyarakat setempat.

    Saya mendapat tahu beliau ada 2 isteri. Tapi kalau lebih dari dua saya tidak pasti. Apa yang saya nak beritahu disini ialah tentang sikap seorang wakil rakyat PAS yang tidak mengikut undang-undang Majlis Agama Islam Kelantan untuk berpoligami.

    Jika selama ini orang-orang UMNO sering dituduh tidak menghormati undang-undang dan sebagainya. Tetapi ini adalah seorang Adun PAS yang selalu dicanangkan bagus dan sebagainya yang baik-baik hanya untuk mereka sahaja pun tidak mematuhi peraturan juga.

    Lebih malang lagi beliau tidak menghormati peraturan di negerinya sendiri yang diperintah oleh PAS. Apabila dia melanggar undang-undang di negeri yang diperintah oleh parti beliau sendiri maknanya beliau tidak menghormati Datok Nik Aziz sebagai Ketua Pentadbir di Kelantan.

    Mafia sungguh Adun Pas ini,disaat orang-orang PAS menyanjung tinggi dan menghormati Nik Aziz tiba-tiba beliau tidak menghormati Nik Aziz.

    Tapi nak buat macamana lagi,kerana nafsu semua boleh jadi. Tak kira siapa pun kita langgar habis. Yang penting nafsu kita dipenuhi. Undang-undang belakang kira.
    Tetapi seharusnya perkara ini tidak berlaku dalam PAS,kerana mereka sering mencanangkan pemimpin mereka semua bagus-bagus dan beriman. Tapi, jangan lupa pemimpin PAS pun manusia jug mereka mempunyai nafsu juga, walaupun kopiah RM 40.00 atau serban sebesar bakul diatas kepala.

    Pendek kata yang baik dan suci semua untuk PAS. Yang hodoh dan buruk serta jahat semua untuk UMNO. Bila menyebelahi PAS dipanggil Demokrasi dan bila tidak menyebelahi mereka dipanggil konspirasi. Apa yang saya nak beritahu disini ialah kisah semasa AdunPAS ini hendak 'berbini' seorang lagi.


    Sedutan dari blog orang lain.
    hantu Raya

    BalasPadam
  2. MALAS

    Malas duduk sahaja
    goyang kaki
    berangan nak jadi kaya
    berangan wang berjuta
    berangan hidup bagai raja
    hampas belaka
    usaha langsung tiada
    makan orang suapkan
    pakai orang sarungkan
    hidup bagai mati
    ada akal tak tahu nak guna
    ada kaki tangan
    tak tahu nak guna
    ada kudrat kuasa
    langsung tak guna
    bila ditanya soal
    jawapan mudah terpancul malas...

    Mat Yaakop
    sajak utk golongan mat jenin.. hehe

    BalasPadam
  3. MELIHAT ORANG

    aku sering lihat
    orang melintas jalan,
    lalu aku bertanya sendirian,
    bagaimana kisah aku
    melihat orang turun dari bas,
    lalu bertanya lagi,
    pernahkah dia jatuh cinta?
    Melihat orang naiki jejantas,
    bertanya hati ini,
    siapa yang dikasihinya?
    Melihat disekeliling dunia.
    Penuh hati yang bercinta,
    juga yang menderita. Dunia.

    Lee Yap Hui
    sajak tentang persekitaran di dunia

    BalasPadam
  4. TUNGGU SEKEJAB

    Dalam bayang purnama
    Diselangi deraian hujan
    Kau berpaling lalu melangkah
    Di hujung pandangan
    Kujamah tanganmu dengan impian
    Kudakap jasadmu dengan harapan
    Tunggu sekejap
    Kerana aku masih dahaga
    Sebuah tatapan mesra
    Walau tanpa bicara tunggu sekejap
    Kerana bayangmu tak pernah hilang
    Walaupun siang menjelma
    hujan semakin reda.

    Ustaz Zaidi
    sajak kenangan dulu sewaktu muda

    BalasPadam
  5. PELANGI AKAN MUNCUL

    tika waktu sedang berlari ini
    terasa kosong
    lalu kubukakan jendela kamar
    mencari nafas baru
    menghela resah terbuku
    kuterbangkan angan ke awan biru
    mesra menyapa dedaun melambai..
    tenang sekali damainya hati...
    aku mula bernyanyi mengusir sunyi
    kicauan unggas adalah melodi
    desiran bayu adalah irama
    decitan kedidi adalah suara
    bercerita tentang mimpi
    tentang aku dan anganku
    tentang aku dan emosi
    tentang aku dan hati
    tentang aku dan cerita pagi ini
    tentang semua ada padaku
    juga tinta hatiku...
    buat aku bahagia seketika
    tapi kubimbang..
    waktu ini kan berlalu
    awan kan mendung kelabu
    pastinya hujan kan merintik
    membasahi lara jiwa...
    tapi kuyakin pelangi pasti muncul
    bila mentari mengusir gerimis
    aku kan tersenyum kembali...

    Encik Sanusi Rostam
    sajak simbolik

    BalasPadam
  6. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    MALAS sajak ciptaan sdra Pb. Mat Yaakop penceritaanya menyentuh tengan orang banyak sangat berangang-angang, biasanya malas: goyang kaki, jadi kaya wang berjuta, hidup semacam raja tidak mahu berusaha, atau mengunakan segala kemudahan yang ada, kalau sebegini keadaanya eloklah mati daripada hidup langsung tidak berguna. jika makan, pakai semuanya hendak diminta dan orang lain melaksanakannya. kerana segalanya tidak diguna.bila ditanya Alasan malas. Inilah rupa hidup manusia paling tidak berguna. Semoga kita semua tidak begitu.Amin sekadar (U)tk.

    BalasPadam
  7. Oleh: Lee Yap Hui
    sajak tentang persekitaran di dunia2011 Februari 9 07:07
    SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    MELIHAT ORANG tajuk sajak Pb sdra. Lee Yap Hui dengan pengucapannya yang Bersahaja mengambarkan suasana dini hari yang selalunya kita melihat orang, melintas jalan, menaiki jejamtas, melihat sekeliling dunia. Tetapi bagaimana pula rasanya orang melihat kita? Terlalu sadikit ada orang mahu bertanya tentang keadaanya diri sendiri, termasuk soal bercinta dan menderita di dunia ini, melainkan sepi dan diam begitu sahaja, lantas membiarkan hari-hari yang berlalu memberi tafsirannya tersendiri. Sajak ada kemampuan bersaing, tetapi sekadar layak (U)tk.

    BalasPadam
  8. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    TUNGGU SEKEJAP sajak ciptaan sdra Pb. Ustaz Zaidi ternyata pengucapannya ada
    cerita memory nampaknya . Bila keadaan perpisahan terpaksa berkehendakan begitu. Walaupun kita cukup amat mengharap semuanya, kuasa takdir tidak sesiapa pun dapat menghalanmginya. Biarpun rasa berat hati melepaskannya. Kini semuanya yang telah berlaku itu, cuma tinggal kenangan yang sesekali mengusik jiwa. Semoga ada yang lain sebagai peganti. Amin. dicalunkan (TU)tp.

    BalasPadam
  9. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    PELANGI AKAN MUNCUL sajak hasil nukilam boss/ketua kepada penjaga blog Encik Sanusi Rostam dengan sajaknya yang panjang. Pengucapannya terasa bagai sedang mengharap agar datang sesuatu yang baik untuk semua. Kini terasa ada kegelisahan dan keresahan bagaikan kosong tidak menentu, umpama tersepit diruang sempit. Kini berharap akan dibuka jendela mencari nafas baru, melihat dunia luar, membuka ruang minda, bersama menekmati susana keindahan ciptaan tuhan. Untuk rehat seketika walaupun ada cuasa mendung, namun keyakinan tetap ada bahawa pelangi akan muncul tiba.Demi melaksanakan segala kerja yang belum terlaksana. Dikala itulah senyum menguntum akan berbunga .Amin layak dicalunkan (TU)tp.

    BalasPadam
  10. sajak ni en nuri ni susah la nk tafsir

    BalasPadam
  11. sajak en nuri kali ni nampaknya di liar kotak imaginasi ni

    BalasPadam
  12. sajak en nuri ni jiwa2 ker?

    BalasPadam
  13. nampaknya sajak en nuri pun susah nk phm ni

    BalasPadam
  14. qalam x bagi sedikit penerangan ke tentang sajak en nuri ni?

    BalasPadam
  15. sajak kali ni kehidupan ke ketuahan?

    BalasPadam
  16. hantu tu boleh bercakap x?

    BalasPadam
  17. hantu ni btol ke hantu atau jelmaan jer?

    BalasPadam
  18. rasanya kaki hantu tu terseliuh kot sbb tu dia nangis

    BalasPadam
  19. hantu ni dia dedahkan rupa sebenar ke kat ali canon?

    BalasPadam
  20. apalah yg terjadi esok x sabar nk thu ni

    BalasPadam
  21. en nuri pandai buat suspen mmg kami tertunggu nak thu selanjutnya

    BalasPadam
  22. sajak en nuri ni berkisar tentang apa?

    BalasPadam
  23. wah! puitis jgk sajak lagenda pulau ni

    BalasPadam
  24. kebanyakan ahli citra rasa sajak dulu2 lagi baik dari skrg

    BalasPadam
  25. sajak menarik tp xphm la

    BalasPadam
  26. sajak lagenda pulau ni pembanguanan ker?

    BalasPadam
  27. sajak en nuri dan langeda pulau simbolik sgt la susah nk phm

    BalasPadam
  28. sajak kali ni agak tinggi maksudnya

    BalasPadam
  29. sajak menarik tp tinggi sagt puitisnya

    BalasPadam
  30. eh! btol ke? truk btol perangai ADUN tu

    BalasPadam
  31. ni kalau disiarkan dalam TV malu besar dia bru dia thu selama ni action sgt

    BalasPadam
  32. ADUN ni mmg ribut sikit nama saja pekai kopiah tp xpnh nmpk pun pegi masjid rumah sy dekat2 dgn dia

    BalasPadam
  33. ADUN ni x layak di contohi la

    BalasPadam
  34. PAS skrg dah semakin gila kuasa

    BalasPadam
  35. dorg ni sanggup langgar hukum asalkan apa yg dorg nk dpt

    BalasPadam
  36. dorg ni hanya di luara saja baik dalaman ribut jgk

    BalasPadam
  37. nmpknya byk tembelang dorg pecah

    BalasPadam
  38. di harap grng qulbai baca artikal ni bru dia buka mata sikit

    BalasPadam
  39. eh! dari blog mana dapat ni? sy nk tgk jgk

    BalasPadam
  40. kebanyakan ali ulama ni msti kwin lebih dari 1

    BalasPadam
  41. skrg ni manusia x boleh dinilai dari luaran sahaja

    BalasPadam
  42. di harap lps ni qulbai dan kuncu2 dia insaf

    BalasPadam
  43. smua dorg ni mabuk kuasa saja sampaikan lupa hukum

    BalasPadam
  44. inilah yg dikatakan mabuk kuasa bulan jd gila

    BalasPadam
  45. PAS ni skrg mmg xboleh dipercayai dulu ok la...

    BalasPadam
  46. mcm2 dorg ni buat x pikir solat agama ker?

    BalasPadam
  47. eh! lama x nmpk hantu raya dh balik dari berkempen ker? hehe

    BalasPadam
  48. hantu raya je ada guest door dan suara bebas mana?

    BalasPadam
  49. terima kasih en hantu raya kerana mendedahkan ni semua! semoga ada yg ambik iktibar

    BalasPadam
  50. smoga dgn dedahan hantu raya menyebakan lbih ramai kluar puak qulbai

    BalasPadam