Jumaat, 11 Februari 2011

ANAK KECIL BERHATI PUTIH





Anak kecil yang baru lahir
dalam mengharungi dunia fana
bertekad tersemat satu semangat
dari kemesraan jalinan ibu dan bapa
hubungan  pengantin malam pertma

Kini dia menanggung beban
sebagai anak kecil berhati putih
bila ibu dan bapanya dijemput takdir
menjadikannya anak yatim piatu
di sekolah maahat tahfiz ditempatkan.

saban malam menghitung waktu
punya kemampuan  luar biasa
dalam kemelut zaman mencabar
mengabdikan diri  dunia dan akhirat
sebelum kembali kepangkuan Ilahi.

 
Oleh: Nurimanja,
buat seorang anak yatim piatu,
catatan beberapa bulan yang lalu/02/2011.





50 ulasan:

  1. CERITA ALAM MISTERI : CATATAN KISAH LAGENDA DULU KALA SUSUNAN SEMULA CARA BEBAS NURIMANJA. Ditaip semula oleh Tinta Azimat BERTAJUK: LANGSUWER / LANGSUIR siri 20. tarikh: 02/20011
    ____________________________________________________________________


    ESOK ketiga matari menampakan dirinya dicelah ranting daun meranti tua, bersama
    Pokok cengal, giam dan halban. Ternya anak gadis puteri bunia itu tidak boleh lagi bertukar menjadi saekor kucing putih jelmaan. Malah nampak benar dia bagaikan dalam keletihan terikat begitu lama di batang kayu mati yang tergalang itu.

    Ali canon membuka ikatan anak gadis itu di batang kayu mati itu, tetapi kedua tangannya masih terikat ke belakang. Ali canon mengarah dia berjalan menuju ke terataknya. Anak puteri buniuan itu tidak melawan atau berkata, melaikan cuma tunduk dan diam. Akhirnya Ali canon membuka semua ikatannya dan yakin anak gadis ini tidak akan melarikan diri dan percaya akan janji dan juga kata-katannya.

    Ali canon mencapai kain dan baju lusuh di dalam terataknya dan membawa anak puteri bunia itu pergi ke kali, mengarahkannya mandi dan memakai pakain yang diberinya itu. Sementra Ali canon mengawasi di sebalik pohon-pohon cendana dan gerharu. Sesekali Ali canon mencuri pandang, berderah darah ali canon melihat akan
    Kecantikan dan keayuan wajah puteri bunian, sebagai seorang gadis dusun yang ingin dijadikan isterinya.

    Setelah beberapa minggu Ali canon menunjuk dan mengajar anak gadis itu akan cara kehidupan , dia bercadang untuk membawa anak puteri bunian itu berjumpa dengan Atuk Irafanul Haq untuk meminta mengesahkan perkhawinan mereka secara adat orang hutan dan perkampungan orang asli di pingger rimba.


    Perkahwinan Ali canon dengan anak puteri bunian itu berlangsung secara rengkas saja. Bersama disyaksikan oleh beberapa tuk bantin orang asli yang pernah menolongnya dahulu. Dan beberapa orang rakannya yang pernah membantu dirinya dulu juga datang bila mendengar perkhawinan Ali canon dengan anak puteri bunian.


    Semuanya bagai terpegun melihat akan kecantek anak puteri bunia itu, dan berbagai spersoalan datang bertanyakan cerita yang sebenar. Hilai ketawa riuh satu kampong dipingger hutan rimba itu. Ali canon cuma tersenyum sambil menerangkan apa yang telah diajar oleh Atuk Ifrafanul haq kepadanya.


    BERSAMBUNG.

    BalasPadam
  2. KUMPULAN D

    1a SUSILA WANI
    2 ADBULLAH GADAFI
    3 ENCIK DASUKI
    4 HAJI GHAFUR HAMDI


    5b JALAL RAFZEE
    6 FATINAH TASNIM
    7 ZAINAL ARIFIN
    8 MUHAMAD TAJOL

    ======================

    9a PAK KASSIM
    10 PENYAIR AGUNG
    11 KEMBARA BUDIMAN
    12 GUEST


    13b SERULING KELANA
    14 TINTA BAYU
    15 ABANG
    16 SYEIKH AL HABIB


    ================================

    Pusingan pertama

    1 SUSILA WANI
    2 ADBULLAH GADAFI
    3 ENCIK DASUKI
    4 HAJI GHAFUR HAMDI
    5 PAK KASSIM
    6 PENYAIR AGUNG
    7 KEMBARA BUDIMAN
    8 GUEST

    pusingan kedua

    1 JALAL RAFZEE
    2 FATINAH TASNIM
    3 ZAINAL ARIFIN
    4 MUHAMAD TAJOL
    5 SERULING KELANA
    6 TINTA BAYU
    7 ABANG
    8 SYEIKH AL HABIB

    BalasPadam
  3. HALUS

    di balik kekisi jendela
    rintik hujan menangis
    menyuburkan kesedihan dari dalam
    halus tiada tampak merunduk duka
    di antara dedaun pohon kenangan
    becak ke lantai gersang
    melumpurkan harapan
    punah rintik demi rintik
    terbuang begitu sahaja
    berlarian di longkang hidup,
    kehilangan arah
    penuh keliru penuh celaru.


    Pak Kassim
    sajak simbolik sedikit

    BalasPadam
  4. LASTIK MERAH

    Tidak akan aku lupa
    Hadiah pertama yang aku
    terima dari abah Lastik Merah.
    Aku cukup teruja apabila
    Lastik Merah berada
    dalam genggaman ku,
    Habis semua ku lastik
    termasuk haiwan dan orang
    dari subuh sampai senja,
    tidak ku hirau dunia,
    kerana lastik merah aku punya.
    lepas terlastik sarang tebuan
    bengkak mata abah plak marah
    kini baru aku sedar,
    Lastik Merah itu,
    abah hadiahkan bukan untuk melastik
    tak tentu hala nanti buruk padahnya
    Kini baru aku sedar…


    Guest
    sajak teringat zaman kanak2 dulu

    BalasPadam
  5. SEMUA TIADA

    kerja tiada maka,
    duit pun tiada lagi,
    entah bagaimana
    perempuan pula kutuju dahulu.
    jadual tiada maka,
    diri pun tiada terurus,
    entah bagaimana,
    mengada-ngada mahu
    orang lain mengurus diri.
    pengalaman tiada,
    maka, diri pun tiada kematangan,
    entah bagaimana,
    selamat wajahku tampan
    sering menjadi kegilaan wanita


    Kembara Budiman
    sajak agak komedi sikit

    BalasPadam
  6. BEBAS

    lupakah kaki pada lantai ini
    memijak butir-butir kenangan
    berbekas dan hilang.
    seorang manusia hebat
    ketika diberikan nyawa
    tapi buruknya saat dia melupakan
    pinjaman itu harus terbayar.
    jauhkah sudah langkah diatur olehmu
    atau sekadar melupakan
    jejak-jejak gagal diingati kembali
    bundar dunia mungkin satu teori
    kerana kita sendiri belum diizinkan
    melihat dari ruang lebih tinggi
    hari ini kita tetap melangkah
    semakin jauh dari apa sering
    kita mulakan dahulu
    masih kembalikah ke pangkuan ibu
    yang semakin diratah waktu
    masih pulangkah ke rumah warisan
    yang semakin condong tiangnya
    atau cukup kita berkata
    setelah aku dikeluarkan dari rahim
    aku sekarang bebas
    pandanglah cermin di hadapanmu
    lihatlah dalam-dalam tentang dirimu
    benarkah kata-katamu itu aku bebas.
    jawablah saat sebelum
    kamu semua tidur malam ini.


    Penyair Agung
    sajak simbolik tentang peringatan kepada manusia

    BalasPadam
  7. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    Pak kassim kini kian mencabar kewibawaannya dari seorang komedy sudah bertukar jadi seorang yang serius kini dalam pengucapan sajak terkininya bertajuk : HALUS diluahkan dalam rintik hujan sebagai simbolik menyampaikan maksud. Begitulah erti kehidupan yang digambarkan oleh pak kassim. Kenangan masa dahulu dan sekarang telah pun berkecamuk seperti rintikan hujan yang jatuh di atas bumbung ke dalam longkang dan mengalir bagai tiada arah dan tujuan, akhirnya hilang dan mencelarukan. Mungkin ini yang hendak digambarkan oleh Pak kassim. Layak dicalunkan dan terpilih (TU)

    BalasPadam
  8. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    Sajak kisah zaman kanak-kanak yang sepatutnya bagi suspen sadikit tajuknya; ayat yang akhir sekali pada bait bawah. KINI BARU AKU SEDAR. Bagi orang berfikir, tajuk puisi juga mempengaruhi khalayak untuk menilai rasa kepuisian dan kepuitisannya. Bila pada tajuk atau kepala sajak khalayak sudah bertanya-tanya, dan penuh dengan tanda tanya atau saspen. Besar Membangkitkan rasa ingin tahu dan sanggup membaca dan ingin tahu hingga ke hujungnya. Macam cerpen en nuri, selalu mengelirukan dan pasti anda ingin baca sampai habis. Itu satu cara untuk terus memerangkap pembaca. Apa-apa pun anda ada kemampuan menulis sajak mememory pengucapannya mudah dan senang ditangkap maksudnya. Usaha lagi. layak Cuma (U)

    BalasPadam
  9. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    Pengucapan dan mencari ayat yang lebih mantap atau puitis satu –satunya menjadikan sajak anda lebih menarik dan memerangkap khalayak untuk terus membacanya. Sajak ini sudah ada isi dan maksudnya.Kecatatan pada penysunan ayat-ayat dan perkataan yang agak longgar: Contoh ; bait pertama. Ada baiknya berbunyi Jika kerja tiada. Duit pun tiada juga. Berbeza: kerja tiada maka, duit pun tiada lagi. Apa-apa pun banyak kena cari ayat yang mengancam dan kena banyak perbendaharaan kata yang menarik. Amin usaha lagi cuma layak sekadar (U) Mungkin agaknya persaingan kian hebat..

    BalasPadam
  10. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    Pengucapannya merupakan peringatan bagi erti kebebasan: sudah menarik khalayak membaca hingga ke akhir tetang sajak bertajuk BEBAS . kerana manusia sering saja lupa dan mudah lupa. Lantas mereka merasakannya sudah bebas dan terlepas. Lantas lupa segalanya. Pada asal usul dan ibu bapa dan kampong halaman, rumah buruk yang hamper rubuh. Apabila kita dilanda arus kemordenan dunia gelobal kini. Apa yang saya ingin menyetuhkan sadikit pada bait penutupnya agak sadikit longgar, perlu berhati-hati,cari kesimpulan yang sebaik mungkin untuk menutup isi dan maksudnya. Contoh: carilah jawaban di kamar tidur, sebelum dibuai mimpi malam. Layak untuk dicalunkan seterusnya (TU)

    BalasPadam
  11. eh! pokok qiam dan halban ni pokok apa?

    BalasPadam
  12. eh! sampai siang dia tetap manusia jgk la?

    BalasPadam
  13. eh! x kena tangkap basah ke dorg berdua je kat teratak tu?

    BalasPadam
  14. mcm mana dia nak lari bunian tu klu lari pun nk lari kt mne? hehe

    BalasPadam
  15. kurang asam ali conan siap menghendap pmpuan mandi plak!

    BalasPadam
  16. eh! ali canon tgk pmpuan tu bogel ker? hahaha

    BalasPadam
  17. ali conan ni siap mengintai-intai plak ketumbit mata bru dia thu

    BalasPadam
  18. eh! kwin ikut adat hutan?? mcm mana tu?

    BalasPadam
  19. eh! boleh ke manusia kwin dgn bunian?

    BalasPadam
  20. klu dorg kwin nnt sah ke???? sbb dia bunian

    BalasPadam
  21. eh! nasruq haqq jd tok kadi ker?

    BalasPadam
  22. xkn dia bawak sorg je bunian? bawak la 4 orang bagi sekali kat kawan2 dia

    BalasPadam
  23. kwn2 dia x cemburu ke ali conan kwin pmpuan cntik?

    BalasPadam
  24. eh! lps kwin nnt msti kwn2 dia nk kacao bini ali conan ni

    BalasPadam
  25. eh! bunian tu nk plak kat ali conan wlpn ali conan x nsem?

    BalasPadam
  26. org kmpung thu x bini dia tu bunian?

    BalasPadam
  27. kalau la btol2 sy dpt kwin puteri bunian? best btol.. hahahha

    BalasPadam
  28. sian kwn2 dia dorg tolong dia dorg xpdt pun kwin dgn bunian jgk

    BalasPadam
  29. eh! xde kenduri ke masa tu?

    BalasPadam
  30. eh! xde hantaran ke kat bunian ni?

    BalasPadam
  31. mcm mana dia kwin sapa wali dia en nuri???

    BalasPadam
  32. apa plak yg jd lps ni? atau dh tamat sampai kat sini jer..

    BalasPadam
  33. kwin tanpa wali ke dorg berdua ni? sah kerr?

    BalasPadam
  34. eh! lps ni apa plak? dia jmpa kluarga langsuir ni plak ker?

    BalasPadam
  35. kluarga langsuir tu x thu ke anak dorg dh kwin dgn manusia?

    BalasPadam
  36. dorg bersanding kat kmpung ke kat hutan?

    BalasPadam
  37. eh! senang je dia kwin xde syarat apa2 ker?

    BalasPadam
  38. dorg ni berkekalan ke atau bercerai nnt

    BalasPadam
  39. eh! kluarga bunian tu restu ke dia kwin dgn ali canon

    BalasPadam
  40. bunian ni anak tunggal ke?

    BalasPadam
  41. eh! skrg dia jd manusia ke bunian?

    BalasPadam
  42. dorg ada anak nama sapa plak nnt? pakai nama sy je nnt

    BalasPadam
  43. tgk kpd smua perserta sah aku kalah dgn guest ni

    BalasPadam
  44. sajak aku msti out pnya dgn kembara budiman sbb pak kassim dan penyair agung bagus

    BalasPadam
  45. BUKAN NAK BANGGA DIRI TP NAMPAKNYA SY BOLEH MENANG MUDAH

    BalasPadam
  46. selamat hanya ada penyair agung sah aku menang la mcm ni

    BalasPadam
  47. nampaknya sajak sy rasanya boleh pergi jauh

    BalasPadam
  48. sajak sy msti out dulu ni... hmmm

    BalasPadam
  49. sy rasa sajak sy boleh pergi ni

    BalasPadam
  50. sajak sy di harap boleh memuaskan hati qalam sy was-was jgk ni

    BalasPadam