Ahad, 9 Januari 2011

SERAPAH ALLAH




Demi gunung ganang!
dan kitab yang tertulis
dalam lambaran yang terbuka
dan demi rumah ibadat yang dikunjungi
bumbung langit luas tiada bertiang
dan lautan dalam di dasarnya ada api
sesungguhnya azab Allah itu amat dahsat
tiada siapa pun dapat menolaknya
bila bumi digoncang dengan kuat dan hebat
lalu gunung berjalan dengan sendirinya
di hari itu nasib malang akan menimpa
mereka yang engkar akan kebenaran Allah swt.

 
Oleh: Nurimanja,
catatan ceramah bebas,
tanggal 15hb November, 2009.






50 ulasan:

  1. . BAB 6 siri 3 BUDAK PONDOK OLEH: NURIMANJA PERAK

    Di sinilah aku mula belajar erti kehidupan bila aku melihat , bagai mana Nek Haji Hamid membuat sampan dengan beliung, mengunakan paku dari kayu belian, bumbung rumah juga dari kayu belian di susun seperti papan kecil dan tidak pula bocor, tidak ada air paip terpaksa menum air tadahan hujan.kadangkala penuh dengan najis burung merpat dan warna kayu belian.

    Masa-masa aku yang terluang aku menulis di RTM Kuching Serawak, seperti puisi, cerpen dan derama radia, dapat juga duit sabun mandi kata orang,nama aku mula dikemali poenduduk bila cereita yang aku tulis tersiar di akhbar tempatan dan majalah Dewan Perentes dan aku juga dapat berkenalan dengan beberapa penulis Serawak yang meningkat naik, dua riga kali aku di jemput oleh DBP cawanagn Serawak, untuk mengikuti bengkel penulisan cerita kanak-kanak dan cerpen. Di sampil puisi,

    Dua buah cerpen aku telah di intologikan bersama penulis Serawak, dalam antologi Cerpen HATI. Ramai guru yang membimbing aku di ataranya ialah:, Hashim Awang, Abdullah Tahir, Rubidin Siwar, Othman Putih dan Hamdan Yahya bekas Ketua Pengarah DBP Cawangan Serawak..

    Ada cerita aneh yang berlaku pada aku di kampung Rajang, mula sampai aku tinggal di kuates guru besar, disebabkan guru besar keluarganya ramai dan bersama mak metua , adik ipar, aku dapat baba angkat bernama Pak cik Bujang dan isterinya bernama Mak Cik Eha, tinggallah aku disitu, rumahnya bagai pelantar besar, di bawah rumah tidak boleh masuk , tanah lumpur banyak lubang ketam dan udang ketak.

    Pak cik Bujang bekerja sebagai konterak di bandar Sarikei yang mengambil masa lapan jam baru samapai ke Sarikei, Pak Cik Bujang bersama anaknya Ismail tinggal di dalam tongkang pekerja inkat kongkeret semen di tiang pelantar di tebing sunagi Rajang. Sebulan sekali Pak cik Bujang akan balik membawa barang keperluan untuk satu bulan pada keluarganya.

    Mak Cik Eha melayan aku dan seorang lagi cikgu Misan Misbah dari Johor seperti anaknya sendiri, rumahnya besar , bilik di bagi seorang satu,Kami bayar cuma bayar tujuh puluh ringgit se bulan, waktu itu barang maseh murah tahun 1978, tetapi aku tinggal tak lama bila aku dengar ada kuates guru kosong kerana cikgu Hasnah yang mengajar sekolah sama dengan aku hendak tukar ke sibu aku segera menghuni di kuates itu setelah dia keluar. tinggal cikgu Hamisan Misbah seorang yang maseh tinggal rumah Pak Cik Bujang dan mak Cik Eeha itu.

    SAMBUNGAN

    BalasPadam
  2. CATURAN KEHIUDUPAN

    pagi tadi hujan kejut aku
    dari birai katil aku menyapa siang
    selimutku lipat susun seperti biasa
    cadar ku biar tegang ala kadar saja
    petangku ucap selamat pada matahari
    sebelum maghrib
    dia sudah mahu pulang
    mengizin bulan sembunyi,
    hujan datang lagi
    menjatuhkan satu persatu
    butirannya ke atas
    payung aku pegang
    meneman resah langkah-langkah aku
    lewat malam hujan beransur pulang
    disuruh berhenti oleh Tuhannya,
    diganti lain seperti caturannya
    alam ini terlalu cantik uniknya
    dari siang ke malam
    berputar tanpa bantah renyah

    Ustaz Omar Sharif
    sajak simbolik utk sayembara puisi

    BalasPadam
  3. SEMUA ADA

    dalam setiap titis
    gerimis itu, aku ada.
    dalam setiap jalur
    pelangi itu, aku ada.
    dalam setiap denyut
    nadimu aku ada.
    dalam setiap hela
    nafasmu, aku ada.
    aku ada di saat mana
    kamu mahu aku ada keberadaan aku,
    adakalanya sekadar ada.
    apa ada pada kata-kata?
    apa ada pada bisik-bisik?
    apa lagi mahu dengan ada,
    bila semua hanya meracik.


    Jupri Halim
    sajak utk pertandingan

    BalasPadam
  4. SOALAN TIADA JAWAPAN

    titis air mata hancur segala
    yang tinggal ada di jiwa
    masih berbekas basah di ingatan
    setiap pertemuan empat mata itu
    akan dihabis dengan air mata lagi
    dengan rasa salah lagi
    pisahkan lah wahai tujuh lautan,
    ceraikan lah wahai tujuh langit,
    asingkan lah wahai tujuh benua.
    aku dari kenangan semalam.
    bagaimana hari ini hari akhir?
    bagaimana kalau hari ini
    pun kita tidak sempat berjumpa?
    bagaimana kalau hari ini,
    aku cuma bisa menghantar dari jauh?
    bagaimana soalan ini akan terjawab?


    Ahmad Qatarunada
    sajak utk sayembara

    BalasPadam
  5. JARUM JAM

    jarum-jarum jam itu aku lihat
    ia terus menerus berdetik
    hingga memecah sunyi malam
    tapi meneman malamku di celah sepi
    tapi adakala ia hanyalah
    khayalan semata-mata
    tapi keesokan harinya aku lihat
    jarum-jarum jam terus berdetik
    seperti sebelumnya
    kali ini ia meneman lagi malam sepi
    sampai mencelah di pagi sunyi
    adakah ia terus detik sampai kiamat


    Ustaz Zaidi
    percubaan sajak simbolik utk pertandingan ini

    BalasPadam
  6. Sajak baik.
    Ustaz Omar Sharif dalam sajaknya PERCATURAN KEHIDUPAN Ia mengesahkan setiap kehidupan ini telah diatur dengan sepurna oleh Allah walaupun kadangkala ada berlakulah gerak gempa dan sebgainya, tetapi isi alam tetap terus berputar mengiku arahan peraturannya. Mengapa kita tidak perlu mengambil contoh tauladan atau iktibar dari pengajaran kejadian alam ini? Begitulah apa yang hendak disampaikan oleh penulis kepada keyunitan kehidupan di alam ini. Amin.

    BalasPadam
  7. Sajak utama
    SEMUA ADA pengucapannya ingin membicarakan tentang sesuatu kebenaran yang mutlak atau seadaannya. Sebenarnya perjalanan hidup ini, terasa ada perkongsian bersama dalam kehidupan yang Allah jadikan. Biar dalam keadaan apa sekali pun tiap orang ada rezekinya . Tetapi yang dirasakan amat menyedehkan dan kurang menyenangkan , bila ada pula cerita kata mengata, bisik membisik, apa lagi yang perlu diperkatakan jika semuanya telah ada kita rasa dan nekmati, tidak perlu lagi untuk meracik atau merosakannya. Inilah yang cuba diketengahkan untuk kyalak untuk direnungkan? Oleh SdraJupri Halim. Sepatutnya kita perlu bersyurkur apa yang diberi Allah swt. Amin.

    BalasPadam
  8. Sajak Terbaik
    SOALA TIADA JAWAPAN begiti bunyi kepala sajak yang dihasilkan dengan satu pertanyaan bagai tidak terjawab. Begitulah pengucapan yang cuba diketengahkan oleh Sdra Ahmad Qatarunada. Dengan pertemuan empat mata .Amatlah cukup terasa bagi perpisahan yang menyesalkan atas diri yang berasa bersalah atau bagai terkena satu pukauan yang meresahkan. Pada mulanya sesuatu yang dikira baik dan mesra, tetapi ada cerita pula sebaliknya. Bila dikenangkan semuala jalinan mesra selama ini telah pun hancur . Itulah kesedehan yang dirasakan pada dirinya bagai dosa yang tidak terampun apa bila tiada jawapan dari pertanyaan. Semoga tuhan merastuinya . Amin.

    BalasPadam
  9. Sajak Terutama
    Sajak JARUM JAM sajak ustaz Zaidi memaparkan sesuatu kehidupan itu umpa jarum jam.Tiap kali berdetik berjalan mengikut pusingan dan arah putarannya. Bila tiba dia akan rosak dan terhenti. Seperti biasa kehidupan ini cuma sementara, perlu apa kita wujuk sengketa, kerana apabila tiba masa dan waktunya, kita pun bagai jarum yang berdetik, akan mohon berhenti atau mati. Begitulah gaya dan cara kehidupan kita di dunia ini. Yang perlu kita ambil contoh dan tauladan untuk berfikir seadannya. Amin

    BalasPadam
  10. kretif jgk org sarawak ni

    BalasPadam
  11. Nek Haji Hamid dia laki ke pmpuan? nek ni pmpuan tp kenapa nama haji hamid?

    BalasPadam
  12. kayu berlian??? mcm mana rupanya

    BalasPadam
  13. kayu berlian je? emas xde ker? hehe

    BalasPadam
  14. mcm mana dorg tadah air guna kayu berlian?

    BalasPadam
  15. en nuri pun tolong sekali ke nek tu?

    BalasPadam
  16. en nuri tolong nek hamid tu atau en nuri tolong tgk jer? hehhe

    BalasPadam
  17. wah! hebat jgk nek hamid tu kretif

    BalasPadam
  18. nek haji hamid tu x turunkan ilmu dia ket en nuri ker?

    BalasPadam
  19. cerpen en nuri kluar radio!!! wha!!!

    BalasPadam
  20. msti en nuri popolar gila masa tu

    BalasPadam
  21. mcm mana en nuri boleh dapat ilham hnya duduk di hutan sarawa?????

    BalasPadam
  22. cerpen en nuri semua menarik tp kenapa en nuri x teruskan jd penulis?

    BalasPadam
  23. wah! byk jgk kebolehan en nuri msa ni

    BalasPadam
  24. ni msti en nuri byk dapat ilham sbb x pergi mana hanya mengadap hutan je? hehe

    BalasPadam
  25. pak cik bujang??? kalau x salah sy dia dah meninggal skrg

    BalasPadam
  26. pak cik bujang jd ayah angkat en nuri????

    BalasPadam
  27. org sarawak mmg begitu dorg ni baik dgn tetamu kdg2 sampai ambik buat anak..

    BalasPadam
  28. wah! terus ambik en nuri anak angkat?

    BalasPadam
  29. mmg budaya org sarawak smua org yg baik2 dorg ambik buat anak angkat ada jgk siap ambik buat menantu

    BalasPadam
  30. eh! org sarawak senang je terima org? bahaya

    BalasPadam
  31. msti en nuri ada seri muka ni sbb tu dorg ambik jd anak angkat

    BalasPadam
  32. cerpen hati? en nuri xpnh pun siar kat blog?

    BalasPadam
  33. bila en nuri nak siar cerpen hati plak kat blog ni?

    BalasPadam
  34. anak2 pakcik bujang buli en nuri x? sbb selalunya dalam TV kluarga angkat msti jd mangsa buli

    BalasPadam
  35. eh! pak cik bujang ni melanau ker?

    BalasPadam
  36. nama btol dia apa? bujang ker?

    BalasPadam
  37. misan misbah??? mcm pnh dgr je nama tu....

    BalasPadam
  38. misan misbah??? eh! kalau x salah dulu org gelar dia cikgu kerbau...

    BalasPadam
  39. kenapa en nuri pindah plak? sian cikgu misan

    BalasPadam
  40. cikgu misan? dia nk yg kuat makan tu ke?

    BalasPadam
  41. 70 murahnya sewa!! sewa bilik ker?

    BalasPadam
  42. kenapa en nuri tinggal cikgu misan sorg? kenapa x ajak dia sekali tinggal dgn en nuri?

    BalasPadam
  43. cikgu misan kena bayar sorg la nampknya? dulu dia kongsi dgn en nuri

    BalasPadam
  44. mak cik eha? dan pakcik bujang? mcm pnh dgr

    BalasPadam
  45. sambung lagi! menarik kisah ni

    BalasPadam
  46. kenapa cikgu misan? dia x jd ustaz ke?

    BalasPadam
  47. gaji en nuri msa ni berapa? sedih plak baca sbb sewa sampai 70

    BalasPadam
  48. mcm2 dugaan en nuri tempuhi

    BalasPadam
  49. x sabar nk thu kisah seterusnya

    BalasPadam
  50. JAWABAN RENGKAS SAHAJA

    -sewa bilik asing seorang Rm70.00 sam makan sekali, memang murah, gaji kecil. tapi lagi sedeh tuk guru ajar quran tak bayar apa pun, tolong angkat air peregi.

    -Dia orang nakal gelar cikgu misan sebab badan dia macam malik noor mestilah lalu makan, ustaz saad kenal dia ke?

    -sebab pindah saya nak menulis, bilik saya sebelah ruang tamu, ada TV, ada malam tertentu filem melayu ramai orang kampung
    datang menonton. lepas jam 10 api dipadam. guna jenerator tarik karan rumah jiran.

    -Cerpen hati belum siar ke, tajuk lain agaknya.

    -semua keluarga pak cik mak cik heha hormat saya, mereka pun dah meninggal (alfatihah) apa
    saya makan minum minta halal. cikgu man lani guru besar abang Galau, utang belum bayar, tapi
    saya halalkan saja.

    -Duk seorang di kuater sunyi ilham pun banyak datang, tak ada gangguan, cikgu misan badan besar
    tapi penakut dia dapat kuater tumpang tidur rumah orang. Pak cik salim.

    -dimana saya pergi, mesti ada nak buat adik angkat, anak angkat, , abang angkat, kaka angkat. mujurlah
    saya mereka tak angkat.

    -saya menulis bukan kerana nama, semuanya ini bakat semula jadi dipinjamkan tuhan buat sementara, itulah saya takut riak. mana tahu, ramai saya tenguk jadi begitu. sebab hati suka berubah-ubah.

    -Gambar saya dulu dah siar dlm blog, seri suri nak cuba nak mengorat, tapi saya dah tua, lain lah taip mahmud dan bong dapat isteri muda terang tang-tang.

    -bumbung papan berlian. dipotong sebesar batu bata, kemudian dipaku dg paku kecil, tahan kayu ini puluhan tahun, tapi hujan dan panas jadi hitam, air dari bumbung
    ini disalur ke tangki tadahan. bila kotoran lepas ke bawah
    baru kita guna.

    -facebook ini pasal banyak buat tomahan dan fitnah, baru ini kena pada menteri penerangan dan kebudayaan datuk rais yatim, kadangkala boleh menjatuhkan maruah, dan merosakan rumah tangga dan menjatuhkan negara juga.

    jika ada soalan terlepas pandang, harap maaf.

    BalasPadam