Sabtu, 8 Januari 2011

BAHASA SUDAH MATI


kategori sajak pensyarah IPTS 2009

 
Bahasaku jiwa bangsa
telah lama meniti gelombang hidup
dalam lipatan 500 tahun
menjadi tunjang kemelayuan.
Bahasaku kini
semakin tua
dimamah dihakis setiap masa
dalam ketaksuban
bahasa asing
yang pernah memijak
kemelayuan ini.
Bahasaku belum terpinggir
daripada kehitaman
daripada terpelosok di dalam peti
kerana masih ada cahayamu
jika tekad masih terpahat di hati
bahasa itu jiwa kita.


Olie Pajutdy
ketika dikampung
2ptg
3.10.2009




50 ulasan:

  1. PELBAGAI CERITA

    telah lalu jalannya
    telah tahu ceritanya
    cerita jenaka ada dukanya
    cerita silam ada lukanya
    cerita semalam ada indahnya
    hari ini lain pula ceritanya
    bila hati bercampur emosi
    tak ada lagi yang pasti
    pada kaki ini yang melangkah
    terasa kaku pada bibir ini
    yang berkata terasa bisu
    pada hati ini yang menyayangi
    terasa benci pada jasad ini
    yang bernafas terasa mati
    pada tika ini kiranya aku lari
    bukan mengejarmu
    tapi dari mengenalimu
    dan pada tika ini
    andainya aku menangis
    bukan kernamu
    tapi kerna bayanganmu
    runtunan rindu ini
    adalah sepi sepi yang berduri
    apalagi bila menyendiri...


    PENYAIR AGUNG
    menyahut cabaran jalal dalam pertandingan sajak dah lama sy simpan sajak ni

    BalasPadam
  2. PAGI TAK BERNYAWA

    pagi tak bernyawa
    sekalipun matahari
    sedang berusaha keras
    mencelah dari kepul-kepul awan
    kumpulan karbon monoksida
    berkepuk menyelubung jalan-jalan
    deruan ganas jentera bergerak
    semuanya tak seperti semalam
    kelmarin seretan langkah kaki
    dipaksakan gagah mahu sudah hamper
    kosong disuruh penuh
    semuanya tak ada erti hari ini
    kerana hari ini aku seorang sendiri
    tidak rasa selamat seperti selalu
    bisa saja ambil semua
    apa ada tak terasa


    Ustaz Sahzan
    sekadar mencuba ok! jalal sajak ni sy letak

    BalasPadam
  3. TENTANG SIANG DAN MALAM

    bila siang mendatang
    kita minta dicepatkan ke malam.
    setiap senggangnya adalah masa
    untuk bulan dan langit malam.
    setiap terik siangnya kita redah.
    biar kulit dan isinya terbakar
    sehingga kemerahan.
    mengejar matahari sebelum benamnya
    kita saksikan di tepi pantai.
    tentang hujan baru
    kau kenali indahnya.
    tentang awan baru
    kau sedari cantiknya.
    tentang malam baru
    kau nampak dinginya.
    semuanya kita baru-baru kongsikan.
    adalah semata membiar
    aku lihat senyuman
    biar segaris di wajah.


    Ustaz Rahman
    sajak yg baru sy tulis semalam kerana semua saizul maizav punya pasal jd sy hantar sajak ini

    BalasPadam
  4. ADIL

    setiap kali itu aku akan berlari
    terus menghadap matahari
    mencari pelangi menjari awan
    mencari apa saja di langit
    tanpa sedar aku cuma berlari
    tanpa tujuan dari awal
    tak adil tapi mana ada adil
    dan saksama di tangan manusia
    akan dibayar nanti
    akan dibalas kemudian
    akan dihitung satu waktu nanti
    buat masa ini biarlah
    lepaslah diamlah

    Pak Kassim
    apalah punya saizul tapi takpa sy sahut cabaran sajak baru buat pagi ni

    BalasPadam
  5. SAYUMBARA PUISI CARA SIHAT KITA SESAMA KITA. ULASAN QALAM

    Bicara TENTANG SIANG DAN MALAM hasil nukilan seorang guru persara yang dicabar kewibawaannya untuk mencipta sebuah sajak secara sepontan Ustaz Rahman.
    Pengucapannya berbicara tentang kehidupan seharian kita sebagai manusia yang mana sering saja bergelut cabaran dan keadaan semasa.seperti matahari yang timbul tenggelam. Begitu juga kitaran alam yang dibayangkan si penulis dengan penomina hujan, panas, malam siang, dan segalanya punya gambaran seperti manusia yang kadangkala baik , sakit, marah, benci, tetapi tetap terus melayari kehidupan. Justeru itu kita perlu redha, apa saja kemungkianan yang Allah beri sebagai qada dan qadar setelah kita berusaha. Amin. Tempat ketiga.

    BalasPadam
  6. ADIL . Wah!sajak pak kassim kali ini lebih terbaik dari hari-hari yang lalu, bagai ada kejutan pula. Sayangnya sayembara puisi tak ada hadiah cuma suka-suka sesama kita.
    Tidak mengapa pak Kassim ada kemampuan bila dicabar walaupun telah bersara. tak siapa sangka cempedak boleh jadi nangka.Sebab pak kassim orang jenis komedi kita
    Kena ulas cara komedy juga. Pengucapan Pak Kassim ada dua tiga perasaan dalam
    Perjalanan hidup ini terasa ingin mencari kebenaran. Tetepi bagai gagal dan kecewa dirasakan, menilai keadilan pun sebaliknya. Mengubat rasa duka sesame manusia, si penulis memelih jalan diam, dan berserah kepada yang berkuasa untuk dinilai hari yang Kemudian. Syabas! Pak kassim. Amin. tempat ketiga tiada tempat keempat.sama hebat dengan ustaz rahman..

    BalasPadam
  7. SAYUMBARA PUISI CARA SIHAT KITA SESAMA KITA. ULASAN QALAM
    Sajak Ustaz sahzan PAGI TAK BERNYAWA dalam kategori ahli baru blog CR buat mencuba sayumbara menulis puisi sekadar menyambut cabaran menilai kewibawaan. Sajak ustaz sahzan punya daya sembolik tersendiri, saya cuma dibaca dari sudut mata biasa, pengucapannya menceritakan kehidupan manusia seharian bergelut untuk tempat bertugas atau bekerja di satu pagi yang muram. Tetapi terasa lewat kebelakangan ini, suasana tidak seindah dan semesra seperti hari dahulu, bagaikan bersendirian dan mencurigakan, tetapi jika ada yang cuba pula untuk menopoli, kerenah memerntah sesuka hati, biarkan saja, jangan perdulikan semua, agar hati tidak terasa. Bersabar sebaik mungkin, semoga tuhan bersama orang sabar. Amin sajak ini tempat kedua kurang ½ Markah dengan sajak tempat pertama.

    BalasPadam
  8. PERBAGAI CERITA sajak dihasilkan oleh saudara Penyair Agong memaparkan pengucapannya Berbagai Cerita dalam kehidupan kita seharian yang pasti dilalui dan ditempuhi sebagai seorang manusia yang masih bernyawa. Dari kecil sehingga dewasa tidak dapat lari dari kemelut kehidupan suka duka, miskin kaya, hina mulia,dan sebagainya. Tetapi bila perasaan terganggu , kaki bagai engan melangkah,bibir juga kelu membisu, rasa sayang bertukar benci, hidup pun bagai rasa nafas terhenti. Begitulah bila hati mula tersadar terasa ingin lari meninggalkan segala- segala yang adadisisimu selama ini. kerna terasa hati kita pun bagai tidak seirama lagi bunyinya. Begitu perasaan si penulis dalam berbagai cerita untuk diluahkan buat renungan khalayak. Amin. sajak ini diberi sajak terutama.

    BalasPadam
  9. ha! dgn taik kambing pun ada!!

    BalasPadam
  10. patutlah en nuri selalu sakit sbb minum air kotor

    BalasPadam
  11. tahi burung merpati pun ada! aduh...

    BalasPadam
  12. sdih sy dgr wlpn ada tahi burung merpati pun en nuri minum ker?

    BalasPadam
  13. mmg mcm2 dugaan en nuri tempuhi ni

    BalasPadam
  14. perit btol penderitaan en nuri

    BalasPadam
  15. mcm mana en nuri lalui sampai 5 thn? sy sehari pun xtahan

    BalasPadam
  16. en nuri mmg sy respek la sbb bukan calang2 org boleh terima

    BalasPadam
  17. en nuri ni msti dah pnh rasa susah sbb tu dh biasa

    BalasPadam
  18. sajak ni mcm ada 2 maksud tersirat mcm jiwa2 ada politik pun ada...

    BalasPadam
  19. MCM SAJAK SAYA NOMBOR PLAK? ADA 2 PERGERTIAN TAPI SAYA TAK PERASAN ITU PUN QALAM YG BERITAHU

    BalasPadam
  20. inilah sajak unik ada 2 maksud

    BalasPadam
  21. sajak macam jiwa lagi 1 maksud xdpt tangkap

    BalasPadam
  22. sajak mcm en nuri kecewa di tipu jer..

    BalasPadam
  23. nampak ada 1 maksud je jiwa2 yg lagi 1 yg mana?

    BalasPadam
  24. sajak 2 maksud mcm mana tu?

    BalasPadam
  25. sajak en nuri ni kalau masuk bertanding boleh kalahkan sajak en sanusi ni

    BalasPadam
  26. menarik sajak ni kretif lain dari yg lain

    BalasPadam
  27. susah nk buat sajak ada 2 maksud kalau sajak simbolik senang la jgk

    BalasPadam
  28. hebat sajak en nuri ni kretif ada 2 maksud

    BalasPadam
  29. sajak ni nmpk mcm jiwa2 tapi bila di amati lagi macam sajak di tujukan utk tok guru jer dgn sesumpah jer...

    BalasPadam
  30. saya memohon maaf secara terbuka kepada semua jikalau sajak sy menguris hati qalam dan en nuri tp bolehkan saya ingin mendaftarkan diri di pihak anda? en nuri bolehkah lagi terima org bulan? saya dah keluar sbb qulbai semakin menjadi sy dh sedar sy jauh menyimpang sbb sokong dia

    BalasPadam
  31. harap qalam boleh terima saya? saya dan ustaz kamarudin dah sedar sbb qulbai skrg pandai main bomoh utk mencapai cita2 dia...


    harap encik nurimanja dan encik qalam terima saya disini

    BalasPadam
  32. kat mana plak sajak ni ada 2 maksud nampak ada 1 jer?

    BalasPadam
  33. baca byk kali pun tetap sajak ni bunyi jiwa2 mana ada 2 maksud en nuri?....

    BalasPadam
  34. eh! sajak saya plak disiarkan kali ni?? hehe terima kasih en nuri!!!!

    BalasPadam
  35. sajak olie ni boleh diterima sbb kretif jgk mcm sajak en nuri jgk

    BalasPadam
  36. nampaknya skrg ahli aktif plak sajak di siarkan? ada peluang la aku nnt

    BalasPadam
  37. kali ni en nuri menumpukan sajak ahli lama ke baru?

    BalasPadam
  38. sajak simbolik jgk olie ni

    BalasPadam
  39. sajak agak samar jgk maksudnya

    BalasPadam
  40. sajak olie plak kali ni? nampaknya sajak dia pun agak menarik

    BalasPadam
  41. olie ni laki ke pmpuan?

    BalasPadam
  42. sajak geng2 tabligh xde ke en nuri?

    BalasPadam
  43. sajak tentang perjuang bahasa nampaknya

    BalasPadam
  44. sajak ni mmg kena dgn tema bahasa jiwa bangsa

    BalasPadam
  45. sajak kali ni agak menarik mengetengahkan bahasa

    BalasPadam
  46. btol yg olie kata ni bahasa jiwa bangsa

    BalasPadam
  47. en nuri punya sajak mcm mana boleh ada 2? nmpk 1 je maksudnya jiwa2

    BalasPadam
  48. sajak en nuri dan olie ni dua2 nmpknya menarik

    BalasPadam
  49. esok sajak sapalah plak siarkan?

    BalasPadam
  50. JAWABAN RENGKAS SAHAJA

    - Dua orang teka tepat Ustaz Zaidi dan Ustas Sahzan sajak en nuri dikira ada masud bila kita baca dengan memberi tangkapan fikiran yang lebih kuat atau dipanggil mumbastik ada dua penceritaan.

    - Erti sayembara ini Semacam dg perdandingan kalau musabaqah perlumbaan ada saingan secara sihat .

    - Ustaz Kamarudin dengan Amat Arif biasa saja kita sesama kita 1 malaysia, tidak kira hidup berbilang bangsa, kita ikut apa yang tuhan suruh, jauhkan apa yang tuhan larang.

    - bukan saja bulan dan atau bulan mata satu, roket pun kalau rasa tak puas hati dengan kepempinan mereka join dengan kita, kami
    bebas mencari jalan tengah. demi kebenaran.

    -Sajak kategori tabglig 2009 sudah terbit dulu. ada bagus kita terbit lagi dulu mungkin persara.

    -sekian kalau ada soalan terlepas pandang, kami minta maaf, al maklum kita manusia biasa, Amin.

    BalasPadam