Rabu, 5 Januari 2011

SEORANG TUA GELADANGAN




Al kisah seorang tua geladangan
mati dilanggar kereta atau pun lori
tidak ada siapa pun yang mengetahui
kakinya  patah  tengkoknya terkulai
darahnya  membuak membasahi bumi
ditengah kesibukan jalanraya di pagi hari
tubuh terbujur kaku nadinya pun terhenti.
Kini tiada siapa pun yang sudi memikirkan
pasti ada cerita tersendiri yang tersembunyi
Bagaimanakah  geladangan boleh terjadi begini?
adakah bergaduh dengan ibu atau pun isteri
atau teman segeladangan membiarkan
ada masallah atau pun  tekanan sakit jiwa
ataupun balasan tahana kepada keluarganya?
Inilah satu pengajaran yang patut kita renung bersama...


Oleh: Nurimanja,
Padang Kota. Pulau Pinang
Tarikh:    30  September, 2010




50 ulasan:

  1. BERSAMBUNG. Bab 5/ siri 1 Oleh Nurimanja PK..2002
    BAB 5

    Di Sekolah Agama Rakyat Simpang Tiga aku belajar tidak lama sekadar Tahdirin Sani sahaja,di Sekolah Agama Rakyat Samsul Maarif Al Wataniah, Tanjung Piandang aku sambung ke kelas Abtidae awal, setahun belajar aku lompat kelas Abtidae Sales ,kemudian Shanawi Awal. Setahun kemudian aku lompat lagi kelas Shanawi Sales ,
    Di sekolah inilah aku sering saja jatuh sakit, deman, selsema , lelah, sakit kepala, mungkin aku diam di dalam sebuah pondok yang sempek udaranya kurang, disebabkan pondok didirikan lebeh kurang dua depa sebuah,aku kurang dapat udara, malah kawasan yang semak samun dengan sabut kelapa, bersama air yang betakung bila hujan.

    Kedudukan pondok juga tidak begitu selesa. Tepi parit taliair pondok Mat Asari, nomber dua pondok aku ,nomber tiga pondok Abdul Hajar Marzuki, nomber empat pondok Abu Hamzah dan yang akhir sekali pondok Aziz Salim budak Lasak, Sungai Siput. Jikalau aku sakit merekalah yang tolong aku, ambil air dan beli laut di kantin.

    Man Pondan tauke penjual kantin sekolah. Aku paling suka bihun laksanya, kuah pekat, isi ikan banyak, tetapi aku tidak boleh makan belacan, bila makan saja mulalah bersen, kemudian kena selsema, dan dua tiga hari pula deman dan tidak pergi ke sekolah.

    Dalam Shanawi Sales aku terpaksa belajar dua aliran Bahasa Arab dan Akademek, Guru aku Cekgu Omar Dan[PPM] pernah berkata, Tembaklah dua ekor burung dengan se ketul batu. aku selalu berfikir, apa benda itu? akhirnya aku dapat jawapan setelah aku tamat, Aku mendapat dua sijil, SRP dan Shanawi Salis belajar dalam satu masa.

    Waktu di pondok aku memang jarang keluar, sesekali saja ikut Aziz dan Hamzah berjoging, dari jalan Sungai Labu Atas Ke Sungai Labu Bawah, itu pun tidak tamat , sebab aku semput, main badminton memang aku minat , walaupun penat Aziz dan Hamzah tak mudah mengalahkan aku,walaupun aku selalu semput.

    Tetapi cuma ada seorang budak bernama Hambali itu yang aku sering kalah, dia pandai main tepi net, dan hantaran jauh kebelakang , itu yang membuat aku penat, tak terkejar dibuatnya, kini dia aku dengar dah jadi tentera. Baguslah bekhidmat untuk negara.

    BERSAMBUNG.

    BalasPadam
  2. TERASA YANG RASA

    pandang bintang kelip kelip.
    dalam berjuta kecil itu,
    ada 1 bintang sinar
    sampai butakan hati aku,
    bukan mata tusuk panah sampai hati
    kadang nak lari biarkan rasa julung ini tapi tak boleh lari
    sebab dia ikat hati aku.
    dan segala apa yang aku punya.
    cuma kini biar rasa ini kekal
    sebab aku tinggikan rasa makin terasa ini untuk aku makin terasa
    sampai rasa terasa


    Hajjah Jamilah
    saya isteri kepada tuan haji abkam

    BalasPadam
  3. HATI MATI

    hati aku mati untuk berhati.
    mati hati bila berhati hati.
    hati aku mati jika di biarkan
    mati sikit demi sedikit.
    makin lama makin sedepa.
    makin dalam makin tenat.
    bisa badan aku jadi minta tolong
    boleh beri aku hati kau.
    Suapaya bisa aku hidup kembali.
    sebab hati aku mahu hati kau.
    mohon hatikan hati kau
    sama hati mati aku.

    Anis Syahila
    maaf tuan blog tumpang hantar sajak sbb hntar kat majalah smua xnk siar (sy anak encik sanusi)

    BalasPadam
  4. SENYAP

    Tidak puas rasanya aku bicarakan.
    Payah untuk aku lepaskan.
    Sukar juga untuk aku luahkan.
    Benci perasaan ini.
    Dalam hati berkata begitu
    tetapi di bibir berkata begini.
    Tidak jelas butir-butir
    apa yang mahu disuakan.
    Hanya kabur ditutup litup
    kata yang kononnya indah.
    Ah! Tidak usah panjang cerita.
    Memang payah mahu rungkai kata.
    Kerana apa yang dihasratkan,
    memang payah untuk difahamkan.
    Apatah lagi untuk memahamkan.
    Jalan terbaik senyapkan saja


    Miss Seeta Dewi
    sy penjga blog harap qalam terima sajak dari sy ni

    BalasPadam
  5. CINTA FIRDAUS

    ku merasa tak bisa menjauh
    kerna kita terbiasa bersama
    salahkah diriku
    menyayangimu kasih
    aku ingin bersamamu
    hingga di batas waktuku
    aku tak ingin sendiri melayari sepi
    hingga akhir nanti
    badai deras ombak hati
    lemas perasaan sendiri
    hampir jiwa mati
    tak mungkin sang bulan sembuhi
    luka berdarah ini
    cinta di duniawi
    ku lanjut ke firdausi
    melangkah mahligai cinta Islami
    walau seribu tahun berakhir
    asal bahgia kelak bersemi
    anugerah cinta abadi Ilahi

    Camelia Jumbagat
    salam perkenalan dari sy penjaga blog jgk

    BalasPadam
  6. Sajak daripada isteri tuan haji abkam , Puan Hajjah Jamilah dengan sajakanya bertajuk: TERASA YANG RASA. Pengucapannya bagai ada sesuatu yang telah terikat atau telah pun bersama dalam perjanjian , terasa diri bagai terperangkap dan hati ingin lari, tetapi apakan daya kerana hati telah pun merasa apa yang telah dirasakan. Untuk menunggu sampai bila untuk tidak mahu merasa, menyeksakan diri, untuk bebas perlulah ambil tindakan untuk membebaskan keadaan. Jika tidak anda terus merasa apa yang sedang anda rasakan. Semoga keadaan yang sedang anda rasakan, boleh menyakinkan. Fikirlah jika perlu diteruskan. Amin

    BalasPadam
  7. Sajak Sdri Anis Syahila bettajuk HATI MATI tajuknya pun sudah mendebarkan. Pekiraannya bagai mahu mati kalau hati sudah mati, makan tak lalu tidur pun tak lena mandi pun tak basah. Ini amat tenat penyakit yang sukar diubat. Sebenarnya hati ini biasanya suka berubaha-ubah (kalbun) dalam bahasa arabnya. Oleh itu hati mesti dijaga sebaik mungkin pertama masukkan keimanan mengenal ilmu ketuhanan dahulu. Selepas itu baru yang lainnya. Nescaya anda pergi kemana pun hati anda tidak akan rasa sakit atau mahu mati. Kerana qada dan qadar telah menyelinap menjadi hak Binting atau perisai pertahanannya. Serah saja hati pada tuhan ia akan membalas cintamu. Amin

    BalasPadam
  8. Miss Seeta Dewi dengan sajaknya bertajuk: SENYAP. Ternytaa pengucapannya bagai bersahaja, tetapi punyak maksud yang tersendiri. Jawaban yang paling mudah dan tepat untuk bf anda diam sahaja. Supaya derama atau dialog sandiwaranya dapat di terjemahkan dengan senyap ataupun berdiam diri sahaja. Semoga bf anda faham dan sikap senyap anda akan membawa sukses. Okey!

    BalasPadam
  9. CINTA FIRDAUS sajak nukilan daripada sdri. Camelia Jumbagat, nampaknya semua warga penjaga blog kawan-kaawan Nur Atikah agaknya. Ada berbau jiwa-jiwa sedikit
    pengucapannya. Apa-apa pun biasalah penyakit rangmuda punya biasa. Sebenarnya Allah menjadikan umatnya dia suka melihat mereka berkasih sayang di anatara lelaki dan wanita. Seperti Adam dan hawa .Tetapi biarlah pada jalan kebebarannya. Tetapi manusia mudah lupa. Oleh itu belajarlah dahulu mencinati tuhan sebelum menyintai dan mengharapkan kasih sayang sesama manusia, kerana yang abadi itu tuhanMu. Amin

    BalasPadam
  10. Tahdirin Sani apa ni en nuri makin lama makin xphm cerpen en nuri ni byk aya2 bru

    BalasPadam
  11. Abtidae awal bnda apa plak ni?

    BalasPadam
  12. Shanawi Awal nama org ke en nuri?

    BalasPadam
  13. 1 pondok 1 org je ke???

    BalasPadam
  14. huh! 1 pondok sorg je en nuri? masa sy dulu 1 pondok 3org

    BalasPadam
  15. x takut ke tinggal dalam hutan tu en nuri?

    BalasPadam
  16. bahaya tinggal sorg klu en nuri jtuh sakit mcm mana?

    BalasPadam
  17. keciknye pondok en nuri...

    BalasPadam
  18. selesa ke en nuri? sbb kecik sgt la pondok tu

    BalasPadam
  19. huh! kalau malam2 en nuri xleh bangun sakit bahaya tinggal sorg2..

    BalasPadam
  20. x kena penyakit ke? byk nyamuk tingggal dekat semak ni

    BalasPadam
  21. kalau en nuri kena histeria mcm mana? dah la en nuri tinggal sorg jer..

    BalasPadam
  22. sama seprti sy jgk dulu skola pondok tapi sy skola pondok di indonesia...

    BalasPadam
  23. x takut ke en nuri? hutan je sekeliling?

    BalasPadam
  24. mana mereka smua en nuri? en nuri msih berhubung lagi ke?

    BalasPadam
  25. 5 org je? kenapa sikit sgt?

    BalasPadam
  26. setahu sy skola pondok ni ramai kenapa en nuri ada 5 org je?

    BalasPadam
  27. sy pnh jgk skola pondok tp beberapa bulan saja sbb x tahan...

    BalasPadam
  28. eh! pondan pun ada skola pondok ke? hahahhaaha

    BalasPadam
  29. en nuri elergic belacan ke?>??

    BalasPadam
  30. mana nk sedap kalau makan xde belacan en nuri sian en nuri elergic

    BalasPadam
  31. laksa letak belacan ke? bukan letak otak udang ker?

    BalasPadam
  32. x sakit perut ke hari2 makan laksa jer?

    BalasPadam
  33. omar dan? mcm pnh dgr saja dia pengawai penjaga kan? sbb kwn sy ada kwn nama omar dan....

    BalasPadam
  34. semua kawan2 en nuri skrg jd apa? ustaz ke?

    BalasPadam
  35. eh! knapa jd tentera plak wlpn skola pondok?

    BalasPadam
  36. en nuri hebat jgk main badminton ni

    BalasPadam
  37. en nuri ni asyik semput je? penyakit keturunan ker?

    BalasPadam
  38. en nuri x beli ubat hisap ke? sbb sy pun semput tp bila selalu guna ubat hisap alhamdulilah skrg dh kurang

    BalasPadam
  39. mcm mana en nuri thu semua pasal ni? ni msti masa muda en nuri rajin menulis diari ni sbb dgn diari kdg2 kita boleh buat novel

    BalasPadam
  40. sajak misteri la apa jd kat org tua tu?

    BalasPadam
  41. sapa org tua geladangan tu en nuri?

    BalasPadam
  42. org tua tu mati ke akhir sekali?

    BalasPadam
  43. suspen la sajak ni sapa org tua geladangan tu?

    BalasPadam
  44. sajak ni agak misteri la...

    BalasPadam
  45. sajak yg agak simbolik jgk

    BalasPadam
  46. sajak ni en nuri buat utk sapa? org buta ke?

    BalasPadam
  47. sajak org tua ni msti ada maksud tersirat ni

    BalasPadam
  48. sajak berkenaan pasal kehidupan ke en nuri?

    BalasPadam
  49. sajak org tua ni en nuri tuju kepada siapa?

    BalasPadam
  50. sajak politik ke en nuri? org tua ni sapa? najib ker? haha

    BalasPadam